Followers

Sunday, March 7, 2010

Pilihan Hati 21

Ariyana membuka mata perlahan. Dia duduk di atas katil dengan mata yang masih mengantuk. Dia memandang sekeliling, masih gelap. Perlahan tangannya meraba lampu meja disebelah katil. Sebaik sahaja lampu terpasang, Ariyana pejamkan mata. Perlahan dia membuka matanya semula kemudian menoleh ke meja memandang jam loceng.

“5.30 pagi? Macamana aku boleh ada kat bilik ni?” Ariyana garu kepala. Perlahan dia bergerak ke meja solek.

“Aduh!!!! Aku tidur dengan make up kat muka.” Ariyana geleng kepala. Hampir 5 minit merenung diri di hadapan cermin, Ariyana beredar ke bilik mandi. Selepas mandi dan menunaikan sembahyang subuh, Ariyana turun ke tingkat bawah. Shila masih belum bangun. Ariyana menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua.

Ariyana leka menonton televisyen selepas menyediakan sarapan pagi. Bunyi tapak kaki menghampirinya membuatkan Ariyana berpaling.

“Mengantuknya,” Shila mengeluh selepas menguap. Ariyana geleng kepala.

“Beb...siapa yang hantar aku ke bilik malam tadi?” Ariyana bertanya pada Shila sebaik sahaja temannya itu melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Siapa lagi? Abang kesayangan aku la,” Ariyana angkat kening.

“Abang kesayangan kau? Abang Hadi?” Shila membeliakkan matanya.

“Bila masa pulak Abang Hadi jadi abang kesayangan aku? Merepek je kerjanya,” Shila geleng kepala. Ariyana terdiam. ‘Takkanlah dia?’ Ariyana gigit bibir. Malunya... hanya Tuhan yang tahu.

“Kepala kau sakit tak? Ada bengkak ke tidak kat kepala kau tu?” Shila bertanya sambil memeluk bantal yang sentiasa tersedia di atas kerusi. Ariyana sentuh kepalanya.

“Kenapa dengan kepala aku?” Ariyana bertanya pelik. Shila tersenyum.

“Abang Is minta maaf. Sebab semalam, dia tak sengaja terhantuk kepala kau ke pintu bilik semalam. Betul kau tak tahu?” Shila menjeling nakal ke arah Ariyana.

“Atau....kau pura-pura tidur sebab kau suka Bang Is dukung ye?” Shila tersengih nakal. Ariyana buat muka marah.

“Gila. Kepala aku terkena pintu bilik? Kenapa aku tak sedar?” Ariyana garu kepala.

“Sebab... Kau, kalau dah tidur, rumah ni di masuk pencuri pun kau tak sedar.” Ariyana tersengih. Memang dia kuat tidur dan susah hendak terjaga.

“Engkau ni...tak dapat diberi peluang mengutuk aku.” Ariyana mencebik.

“Errr...Beb...siapa lelaki handsome yang berbual dengan kau malam semalam?” Ariyana berpaling memandang wajah Shila.

“Lelaki?” Ariyana cuba mengingati kejadian malam semalam. Terbayang wajah Iskandar.

“Lelaki mana pulak?” Ariyana garu kepala.

“Ala...takkan tak ingat langsung. Abang Hadi bagitahu aku, nama lelaki tu... Ir...Irwan...kalau tak silap aku.” Ariyana cuba mengingati nama tersebut. Beberapa saat kemudian dia tersenyum.

“Owh!!! Irwan. Kenapa? Kau jatuh cinta kat dia?” Ariyana tersenyum nakal. Shila menjeling tajam.

“Merepek je. Mana ada. Kekasih kau ke? Kau bercinta tak bagi tahu aku ye?” Shila tunding jari telunjuk ke arah muka Ariyana. Ariyana mencebik.

“Engkau ni. Pandai-pandai je buat cerita. Mana ada. Dulu memang aku sukakan dia. sekarang dah tak lagi dah.” Shila kerutkan dahi.

“Maksud kau? Dia? cinta monyet kau tu?” Ariyana tersenyum mendengar Shila menyebut perkataan cinta monyet.

“Monyet pandai bercinta ke?” Ariyana bertanya selamba. Shila berdengus kasar.

“Tak sangka pulak. Macamana perasaan kau bila jumpa dia semula? Tentu berdebar-debarkan? Maklumlah jumpa cinta pertama. Tentu bahagia rasanya.” Ariyana geleng kepala.

“Mana ada cinta pertama. Sebenarnya, aku dan dia tak pernah bercintalah. Aku yang syok sendiri kat dia. Biasalah orang kacak, ketua pengawas pulak tu. Ramai yang nak dekat dengan dia. Aku cuma berani tengok dari jauh je.” Ariyana tersenyum bila mengingatkan kenangan lalu.

“Owh!!!! Jadi, kau memang tak pernah bercinta?” Ariyana geleng kepala. Shila tergelak.

“Kasihan pulak kawan aku ni. Ok. Kalau Irwan nak couple dengan kau? Kau rasa macamana? Ok tak?” Ariyana tersentak. Dia tidak pernah terfikir sampai ke situ.

“Tak mungkinlah.” Shila garu dagunya.

“Kalau ye? Macamana? Dari cara dia pandang kau semalam, memang dia ada niat nak mengorat kau.” Ariyana geleng kepala. Shila angguk kepala.

“Kau ni...entah-entah dia dah ada kekasih. Kau dan Abang Hadi pulak? Macam ada sesuatu je?” Wajah Shila berubah. Ariyana tersengih.

“Kali ni betul-betul kan? Kalau kau mainkan perasaan Abang Hadi, siap kau.” Shila menjeling sinis ke arah Ariyana.

“Apa kaitan dengan kau?” Soalnya sinis.

“Abang Hadi tu baik tau. Kalau kau benar-benar sayangkan dia, aku suka sangat.” Ariyana tersengih. Tumpang gembira. Shila tersenyum.

“Kali ni aku serius. Tak nak main-main lagi.” Shila menjawab yakin.

“Tak sangka ye, begitu cepat kau jatuh cinta.” Shila angguk kepala.

“Tapi, kau rasa....Abang Hadi tu suka kat aku ke tidak? Takut pulak, kalau-kalau, aku bertepuk sebelah tangan. Yelah. Balasan sebab selalu lukakan hati orang lain. Mana tahu terkena diri sendiri pulak.” Shila bersuara lemah. Menyesali tindakannya dahulu.

“Sudahlah. Lagipun, lelaki-lelaki yang kau mainkan perasaan tu, bukannya lelaki baik. Mereka semua tu, hanya nak mengambil kesempatan je. Jangan risaulah. Kalau terjadi pun, mungkin ada hikmahnya. Betulkan?” Ariyana tepuk bahu sahabatnya. Shila tersengih.

“Jum...sarapan. Aku dah masak Bihun Goreng untuk kau tadi,” Ariyana berlalu menuju ke dapur. Shila mengekori Ariyana dari belakang.

************************

3 bulan berlalu.....

“Kenapa termenung ni. Semenjak kebelakangan ni, aku selalu nampak kau termenung. Kau ada masalah?” Hadi bertanya pada temannya. Iskandar tersenyum lemah. Tidak tahu haruskah dia bercerita pada Hadi tentang perasaannya sekarang.

“Aku okey. Memang ada masalah. Tapi tak tahu masalah apa.” Iskandar jungkit bahu. Hadi tergelak.

“Biasanya, kalau macam tu....memang tak lain tak bukan, tentu masalah hati dan perasaan.” Hadi tersenyum sambil angkat keninga pada Iskandar. Iskandar berdengus kasar.

“Mana ada.” Iskandar menompang dagu di atas meja. ‘Kenapa dengan aku ni? Asyik teringat kat dia je. Kenapa baru sekarang?’ Iskandar mengeluh. Hadi disisi langsung tidak diendahkan. Hadi geleng kepala.

“Kalau sukakan seseorang, baik lafazkan sebelum terlewat. Jangan sampai terlepas baru nak menyesal.” Iskandar angkat muka merenung wajah Hadi. ‘Alamak!!!! Dia tahu ke aku tengah fikir tentang Ari?’ Iskandar garu kepala.

“Apa yang kau merepek ni? ” Iskandar gelabah. Hadi tersenyum sinis.

“Muka kau ni, macam budak-budak baru nak belajar bercinta aku tengok. Gelabah tak tentu pasal. Baru nampak dia bersama lelaki lain, dah buat kepala kau pening. Fikir macam-macam.” Iskandar hanya mampu mendiamkan diri. Memang diakui dia gelabah dan seolah-olah kali pertama jatuh cinta.

“Macamlah kau tu banyak pengalaman.” Iskandar berkata sinis. Control macho. Hadi tersengih.

“Kau serius nak couple dengan adik aku tu?” Wajah Hadi berubah.

“Errr...Kau tak kisah?” Hadi pula bertanya.

“Dia dah besar. Aku tak kisah. Cuma takut kau tak tahan dengan perangai dia tu. Manja tak bertempat. Tapi, sebenarnya, aku yang jadikan dia macam tu. Semua kehendak dia aku turutkan. Harap kau dapat bersabar dengan karenah dia,” Hadi tersenyum. Baginya, mencintai seseorang, bermaksud menerima segala kebaikan atau keburukan pasangan kita.

“InsyaAllah.” Hadi angguk kepala.

6 catatan:

epy elina said...

hohohooh....
is dah trjtuh cnta kat ari....
ala is...
mluah je....
x kan la ari yg nak stat dulu....
x kan timba cr prigi...
ari pun suke kat ko 2 is...
hrp2 shila ngn hadi kekal kali ni...

MaY_LiN said...

cepatla bgtau..
abg is ni..

rosse - violet said...

yes.....yes......rase dr dlu lg IS sukekn Ari cume dier xsedar.....
Terimes....kerna wt IS sedar ha3...best wo,....

aqilah said...

wahtever, however, anyover, nak is dgn ari gak tau!!!!!!!! apapun, akak followwwww....................

nursya said...

is...is..
biler nk bgtau kat ari nie...
tensennyerrrr...

Puteri said...

Nak tanya,cik writer..sape watak utama sebenarnya??