Followers

Thursday, February 16, 2012

Setiaku Di Sini 1


Menghabiskan masa ditepi pantai memang sudah menjadi rutin hariannya selepas habis waktu kerja. Berjalan-jalan mengelilingi pantai setiap petang mendamaikan hatinya yang sedang rawan. Rawan kerana kecurangan seorang lelaki yang menghancurkan kepercayaannya. Tetapi, dia tahu, tak semua lelaki seperti itu. Walaupun dikhianati, tak bermaksud dia harus membenci lelaki. Setiap kali ombak datang memukul kaki, Nazatul berlari menyelamatkan diri sambil ketawa tak ingat dunia.

Tiba-tiba seliparnya dihanyutkan ombak dan tanpa berfikir panjang, Nazatul terus mengejar seliparnya. Apabila dia berjaya menyelamatkan seliparnya, barulah dia sedar yang dia sudah berada agak jauh dari pantai. Semakin dia cuba untuk menghampiri pantai, semakin tubuhnya dihanyutkan oleh ombak yang tiba-tiba membesar.

“Tolong!!” Akhirnya itu sahaja yang dia mampu buat. Rasanya sudah penuh perutnya tertelan air laut. Dunianya mula gelap dan perkara terakhir yang dia sedar, pinggangnya dipaut oleh seseorang.

Zul Hazmi mendukung tubuh gadis yang sudah pengsan itu. Sungguh tidak disangka, ketika dia sedang berjalan menenangkan hatinya yang sedang rawan, dia ternampak seorang gadis sedang berjalan ke tengah laut. Nasib baik dia mempunyai kemahiran berenang. Dan, tidak sia-sia dia menyertai skuad skuba. Sekarang dia sedang berkira-kira hendak memberi bantuan pernafasan pada gadis yang sudah pengsan ini.

“Apa yang awak tunggu lagi? Kalau awak tak pandai buat CPR tu, biar saya yang buat,” Zul Hazmi angkat muka menatap wajah lelaki yang menawarkan diri untuk membuat CPR pada gadis yang diselamatkan olehnya tadi. Zul Hazmi memberi ruang kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus tunduk hendak mencium gadis tersebut.

“Ehh!! Encik ni tahu tak buat CPR ni?” Zul Hazmi bertanya sangsi. Dari cara lelaki itu tadi, jelas sekali dia tidak tahu teknik CPR. Mungkin dia hanya berniat jahat terhadap gadis ini.

“Tahulah. Ni saya nak bukak mulut dia, nak bagi bagi nafas pada dia.” Zul Hazmi terus menolak tubuh lelaki tersebut dari menghampiri gadis yang pengsan itu. Tanpa mempedulikan wajah tak puas hati lelaki tersebut, Zul Hazmi terus membuat pernafasan dari mulut ke mulut. Pengalaman dalam bidang perubatan yang diceburinya selama hampir 8 tahun digunakan sebaik mungkin.

Beberapa ketika kemudian, Nazatul terbatuk. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia hanya ternampak sedikit cahaya dan selebihnya beberapa orang jasad manusia sedang memerhati dirinya. Perlahan Nazatul cuba duduk dan dibantu oleh seseorang. Bila dia berpaling ke sebelah, lelaki itu basah kuyup.

“Cik tak apa-apa?” Soalnya bimbang. Nazatul masih pening. Perlahan kepalanya di ketuk perlahan.

“Rasanya dah okey.” Dia angguk kepala. Beberapa orang yang menguruminya sebentar tadi semakin beransur pulang.

“Encik yang tolong saya tadi?” Lelaki itu angguk kepala. Matanya merenung tajam pada Nazatul. Nazatul memandang dirinya yang sudah basah kuyup. Nasib baik baju t-shirt hitam yang dipakainya tidak menampakkan kulitnya.

“Err...”

“Lain kali, kalau nak bunuh diri, pergilah kat tempat yang takde orang. Tak menyusahkan.” Erkkk...Nazatul terbatuk.

“Ehhh...Apa pulak bunuh diri ni? Bila masa saya nak bunuh diri? Awak jangan nak merepek. Saya nak.. hishh..buat apa saya nak bercerita dengan awak? Apa-apa pun, terima kasih sebab selamatkan saya.” Nazatul berusaha untuk berdiri. Dia mengeluh lemah. Telefon bimbitnya basah. Nazatul garu kepala. Pening kepala bagaimana nak menghubungi abangnya. Perlahan Nazatul berjalan untuk pulang ke rumahnya.

“Ehhh...Awak nak pergi macam tu je?” Zul Hazmi bertanya pelik. Kemudian, dia tersedar. Kenapa harus dia menahan gadis itu.

“Awak nak saguhati? Saya minta maaf, sebab, saya tak mampu nak bagi hadiah atau saguhati. Lagipun. Saya nak bunuh diri tadi,kan. Rasanya, saya yang patut minta pampasan sebab awak dah halang saya dari bunuh diri,” Nazatul berkata geram. Zul Hazmi menjeling tajam wajah pucat gadis itu.

“Awak nak balik ke mana? Nanti saya tolong hantar,” Terbeliak mata Nazatul mendengar pelawaan lelaki itu.

“Ehhh...Saya bukannya kenal awak pun. Okeylah. Saya pergi dulu. Terima kasih.” ‘Ishkkk...tiba-tiba nak tunjuk baik. Entah-entah dia ada niat tak elok kat aku,’ Nazatul terus melajukan langkah kakinya. Nasib baik rumahnya tidak jauh dari pantai tu. Dia hanya perlu berjalan kaki untuk kerumahnya.

Sepanjang perjalanan Zul Hazmi bertanya penduduk kampung yang ditemuinya. Dia perlu mencari rumah untuk bermalam. Seketika kemudian, dia ternampak susuk tubuh yang dikenali. ‘Gadis tadi tu. Nak pergi mana pulak perempuan tu?’ Zul Hazmi menekan hon keretanya setelah berada dibelakang gadis itu. Sudahlah berjalan mengikut arus. Tak pandang kiri-kanan. Bimbang pulak dia melihat gadis itu. Kemungkinan dia cuba untuk membunuh diri lagi.

“Kambing Johan masuk longkang...” Nazatul melatah sambil melompat. Zul Hazmi gigit bibir menahan gelak. Lucu betul perempuan tu.

“Awak lagi? Awak nak saya mati awal ke? Saya belum cukup amal lagi ni. Tahu tak?” Nazatul bercekak pinggang. Terkejut mak beruk dia dibuatnya.

“Takkan awak nak bunuh diri kat tepi jalan ni pulak?” Nazatul gigit bibir. Geram dia dengan mulut lelaki yang menegurnya itu. Nampak macam dah tua, tapi mulut tu takde insuran agaknya. Sesedap rasa kata aku nak bunuh diri.

“Oiii...Pak cik, saya ni masih belum cukup amal. Awak tak tahu ke membunuh diri tu berdosa?” Nazatul terus menyembur lelaki pelik itu. Sudahlah dia sengaja menekan hon padanya sebentar tadi. Nasib baik tak jatuh ke dalam parit.

“Sorry ye budak. Mana tahu awak tak ingat hukum bunuh diri tu. Err..Nak tumpang tanya, kat mana nak cari rumah tumpangan kat sini?” Nazatul tak jadi hendak marah. Ini peluang yang baik untuk kenakan lelaki itu.

“You go straight don’t belok-belok.” Nazatul dah berlari meninggalkan lelaki tersebut. Tergelak besar dia bila mengingatkan iklan dalam tv tu. Zul Hazmi ternganga. Tidak menyangka gadis itu menjawab dengan meniru iklan dari tv tu.

“Huh!! Sabar jelah dengan minah senget ni. Mana aku nak cari rumah tumpangan ni?” Zul Hazmi terus memandu perlahan. Matanya menangkap sebuah kampung. Kereta dipandu ke masjid yang berdekatan. Dia belum menunaikan solat asar lagi. Rasanya lebih baik dia berhenti sekejap di masjid tu.

Selepas menunaikan solat Asar, Zul Hazmi menghampiri lelaki muda yang sedang berzikir di satu sudut. Perlahan dia mengambil tempat duduk disebelah lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum ramah. Zul Hazmi membalas dan mengambil peluang itu untuk bertanya.

“Saudara, kat kampung ni, ada tak rumah tumpangan?”

“Rumah tumpangan? Kenapa?”

“Saya nak cari rumah tumpangan sebenarnya untuk sebulan 2 ni.” Lelaki itu angguk kepala.

“Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Zul Hazmi. Panggil Zul je. Saudara?” Lelaki berkopiah itu tersenyum.

“Saya Nazrin. Zul nak menyewa sebuah rumah atau bilik je?” Zul Hazmi terdiam sekejap. Kalau menyewa bilik, macam tak patut pulak. Lebih baik menyewa sebuah rumah. Senang sikit dia nak membuat aktiviti tanpa gangguan.

“Kalau boleh nak menyewa sebuah rumah. Harga tak kisahlah.” Nazrin angguk kepala.

“Kalau macam tu, mari saya hantar awak ke tempat tu.” Selepas melipat sejadah, Nazrin berdiri dan diikuti oleh Zul Hazmi.

“Awak ikut saya ye,” Zul Hazmi angguk kepala. Nazrin menunggang motorsikal Honda EX5 sementara itu Zul Hazmi mengekori di belakang dengan Nissan Murano nya. Mereka berhenti di sebuah rumah yang agak besar di kampung tersebut. Tidak jauh dari situ terdapat beberapa buah rumah kecil.

“Assalamualaikum,” Nazrin memberi salam.

“Waalaikumsalam,” Salamnya disahut oleh wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

“Aih…Nazrin. Jemputlah naik,” Nazrin geleng kepala.

“Takpelah kak. Kita orang duduk kat sini je. Errr…Ni ada kawan nak cari rumah tumpangan. Ada kosong tak?” Zul Hazmi tersenyum pada wanita itu. Dahinya berkerut bila melihat wanita itu tersenyum meleret padanya.

“Lelaki ni? Wah..Handsomenya. badan tegap lagi. Ni mesti ada bulu dada,” Erkkk… Zul Hazmi tersenyum kelat. Dalam hati dah mengucap panjang dia dengan gelagat perempuan dihadapannya.

“Maaf mak cik. Ada tak rumah tumpangan untuk saya?” Soalnya ramah. Dia sengaja memanggil wanita itu dengan panggilan mak cik supaya dia sedar diri.

“Janganlah panggil I mak cik. I ni belum tua lagi tau. Panggil I, Cik Zara.” Zul Hazmi menepis tangan wanita yang asyik menyentuh lengannya.‘Ya Allah, kuatkanlah iman ku,’ Doanya dalam hati.

“Kak Zara, dah masuk maghrib ni. Kami nak ke masjid sekejap lagi. Ada tak rumah sewa tu, kalau takde, saya bawa dia bermalam di rumah saya jelah sementara waktu.” Zul Hazmi angguk kepala. Dia lebih rela bermalam di masjid dari ditinggal berdua dengan wanita ini.

“Ehhh…Apa pulak. Mari, ada sebuah rumah kosong tu. Takkan kau nak bawa lelaki lain kat rumah kau tu. Adik kau tu perempuan. Apa pulak kata orang kampung nanti,” Nazrin mencebik. Mereka berjalan menuju ke sebuah rumah kosong yang tidak jauh dari tempat itu.

Zul Hazmi meninjau dalam rumah tersebut. Rumah kecil yang terdapat sebuah bilik, ruang tamu, dapur serta bilik air. Kecil namun kemas dan nampak comel.

“Berapa sewa sebulan?”

“RM350 termasuk bil api dan air.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Okey. Saya setuju. Saya bayar untuk 1 bulan dulu. Kemungkinan saya akan tinggal di sini lebih lama. Bergantung dengan keadaan saya. Ada surat yang perlu ditanda tangan?” Kak Zara angguk kepala dan terus mengeluarkan surat perjanjian dan resit.

“Terima kasih. Kalau ada apa-apa, jangan segan dan malu, pintu rumah saya sentiasa terbuka,” Kak Zara tersenyum manis. Zul Hazmi gosok lengannya. Berdiri bulu romanya bila tangan kasar itu menyentuh lengannya.

“Kak Zara, kita orang nak pergi ke masjid lagi ni. Zul ni belum mandi lagi.” Kak Zara mencebik bibir pada Nazrin.

“Yang kau sibuk ni kenapa? Kau tak balik ke? Tadi adik kau tu, berjalan macam orang tak betul. Biasa naik teksi, tadi, aku tanya, dia kata dia balik jalan kaki.”

“Hah!!! Atul balik jalan kaki? Budak ni memang nak kena. Aku dah cakap tak payah kerja, masih jugak degil,” Nazrin membebel dan terus berlalu.

“Ehhh…Nazrin, tunggu saya.” Tanpa sempat mandi, Zul Hazmi terus berlari mengejar Nazrin setelah pintu rumah dikuncinya. Tidak sanggup dia nak tinggal berdua dengan tuan rumah itu. Menyeramkan. Tanpa menunggu persetejuan Nazrin, dia terus membonceng motorsikal Nazrin.

“Takut betul saya dengan perempuan tu,” Nazrin tergelak besar.

“Awak ikut saya jelah,” Zul Hazmi angguk kepala.

*************************************

salam...layan n3 ni dulu ye...tajuk blm ada lagi ni...

3 catatan:

fifi said...

bestlah cite nie....funny..sambung lagilah tau

MaY_LiN said...

oh..
atul ni mesti adik nazrin ni..
isk..pe kak zara tu..

Anonymous said...

Semacam je kak Zara tu...gedik ... hati2 Zul tersilap gaya kena tangkap basah nanti, tak ke haru jadinya.

~ kak min ~