Followers

Wednesday, December 23, 2009

Kembali Pulang 17

“Mak, sakit.” Akmal mengerang kesakitan. Pn.Kalsom mengesat airmatanya bila melihat anak kesayangannya mengerang kesakitan.

“Sabar, nak. Kalaulah, kita dapat bertukar tempat, biar mak yang tanggung semua ni,” Pn.Kalsom menggenggam erat jari-jemari Akmal yang sejuk itu.

“Som, kenapa cakap macam tu. Kita berdoa pada Allah S.W.T semoga Akmal cepat sembuh.” Akmal merenung sayu wajah ibu dan ayahnya.

“Saya bukan apa bang, sedih tengok Al ni. Kenapa dia yang muda ni kena menderita penyakit ni? Masih banyak perkara yang dia belum buat. Dan saya, masih belum puas merasa kasih sayang dia,” Pn.Kalsom menangis lagi. Akmal mengeluh. Merenung sayu wajah orang tuanya yang sarat dengan kesedihan. Tn. Adnan menepuk bahu isterinya. Walau berat menghadapi dugaan tersebut, dia harus nampak kuat supaya orang sekelilingnya juga redha dengan ketentuan Tuhan.

“Mak, maafkan Al. Al tak dapat jaga mak dan ayah lagi. Dan, maafkan Al sebab menyusahkan mak dan ayah,” Akmal bersuara lemah. Airmatanya mengalir perlahan di pipi. Tn.Adnan memandang ke arah lain. Sebak dadanya mendengar kata-kata dari mulut anaknya yang semakin lemah itu.

“Jangan cakap macam tu, Al. Apa yang mak dan ayah buat adalah sebab kami sayangkan Al.” Pn.Kalsom mengusap perlahan kepala Akmal.

“Kita berdoa semoga pembedahan itu berjaya.” Tn. Adnan memeluk bahu isterinya. Pn.Kalsom angguk kepala. Akmal tersenyum nipis.

**************************************

6 tahun berlalu.....

“Hai.....tak sangka rupanya, abang aku ni jiwang orangnya,” Affiah menepuk bahu abangnya.

“Eh. Bising betul budak ni. Orang nak layan blues pun tak dapat.” Affiah tergelak. Affan geleng kepala.

“Bang, minta duit,” Affiah memaniskan mukanya. Affan menjeling tajam wajah adiknya.

“Hai....Dah bekerja pun masih minta duit dari abang? Baik tak payah kerja,” Affan membebel. Affiah tetap tersenyum sambil memujuk abangnya.

“Bagilah. Nanti adik kenalkan abang dengan seseorang. Adik yakin, abang tentu tangkap cintan pada dia, ” Affan geleng kepala.

“Adik ni demam ye?” Affan sentuh dahi Affiah. Affiah geleng kepala.

“Orang sihatlah.” Affiah menjawab lantang.

“Habis tu, kenapa tiba-tiba je nak jual maklumat kawan adik tu pada abang?” Affan pandang wajah adiknya dengan riak tidak percaya.

“Tengok abang layan blues sorang diri, kasihan pulak adik tengok. Sebab tu, adik nak kenalkan abang dengan dia. Kawan satu pejabat dengan adik,” Affiah masih memujuk abangnya.

“Kawan adik ni lain sikit. Ada masalah sikit dengan lelaki. Lebih-lebih lagi yang hensem macam abang,” Affiah menceritakan serba sedikit tentang sahabatnya.

“La...tak naklah. Macam orang sakit je? Entah-entah dia sakit jiwa. Kasihan abang kelak,” Affan geleng kepala. Affiah tergelak.

“Jangan risau. Dia ok. Cuma dia tak suka bergaul dengan lelaki. Dia juga tak mahu bercinta. Dia masih tunggu seseorang katanya.” Affan memandang wajah adiknya meminta penjelasan. Mendengar cerita dari adiknya tentang gadis itu membuatkan Affan terasa sesuatu.

“Biarlah dia tunggu kekasih dia. Takkan nak paksa dia terima orang lain untuk melupakan kekasih dia. Nanti macamana jika kekasihnya balik? Dan abang fell in love with her, abang jugak yang merana,” Affiah berfikir sejenak.

“Betul juga. Tapi, dah lama lelaki tu tak hubungi dia. Dah hampir 6 tahun. Kalau lelaki tu balik pun, mungkin dah berubah hati,” Affiah memandang wajah abangnya.

“Malaslah. Nah!!! Main jauh-jauh.” Affan menghalau adiknya setelah memberi duit kepada adiknya.

“Terima kasih. Abang memang baik. Semoga berjumpa jodoh yang baik.” Affiah tergelak bila melihat wajah kelat abangnya. Affab tertekan kerana mamanya mendesak dia untuk mencari bakal isteri. Selama tinggal di luar negara, dia terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk bercinta. Malah boleh dikatakan dia tidak mempunyai kawan perempuan. Affan berdiri dan beredar menuju ke dalam rumah.

“Abang nak pergi mana tu?” Affan menoleh ke arah mamanya.

“Nak keluar sekejap. Jalan-jalan,” Affan tersenyum.

“Baguslah. Mana tahu berjumpa gadis yang berkenan di hati. Jangan lupa pesan mama tu,” Mamanya tersenyum penuh makna. Affan angguk kepala.

Affan berjalan-jalan disekitar pasaraya. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana. Dia hanya mengikut langkah kakinya. Dia kagum dengan perubahan negaranya. Hampir 6 tahun meninggalkan Malaysia, begitu banyak perubahan yang berlaku. Bangunan mencakar langit semakin bertambah.

“Lapar pulak,” Affan melilau mencari kedai makan. Ketika itu dia terpandang wajah adiknya. Affan tersenyum dan berjalan pantas menghampiri adiknya.

“Adik,” Affan tersenyum. Affiah tersentak.

“Abang? Apa abang buat kat sini?” Affiah bertanya riang.

“Jalan-jalan. Cuci mata. Adik sorang? Jum...temankan abang makan,” Affan menarik tangan Affiah.

“Sekejap. Adik tengah tunggu kawan adik ni. Dia pergi ke tandas sekejap. Kita makan sama-sama ye,” Affan angguk kepala. Sementara menunggu kawan adiknya, Affan berjalan ke arah kedai kasut yang berhampiran. Hampir setengah jam membelek kasut, Affan keluar dan mencari kelibat adiknya. Dari jauh dia tersenyum melihat adiknya melambai tangan kearahnya.

“Sorry. Abang leka kat kedai kasut tadi,” Affan tersenyum pada adiknya. Gadis di sebelahnya begitu leka menghirup air minumannya.

“Mira...kenalkan abang aku, Affan,” Mira angkat muka dan memandang wajah Affan. Gelas yang dipegangnya terjatuh. Mira tergamam. Matanya terus merenung wajah Affan.

“Errrr...Awak...Awak tak apa-apa?” Affan hairan melihat wajah pucat gadis itu. Affiah juga hairan melihat tengkah laku sahabatnya.

“Mira....Mira..kenapa ni?” Affiah sentuh bahu Mira. Mira tersentak dari lamunan.

“Awak? Awak tak kenal saya?” Mira tiba-tiba bertanya. Affan hairan. Dia merenung hairan ke arah gadis tersebut.

“Awak kenal saya?” Affan pulak bertanya. Wajah Mira berubah merah.

“ Akmal. Betulkan?” Mira bertanya lagi.

“Bukan Akmal tapi Affan,” Affan menjawab tenang. Lama Mira merenung wajah Affan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam diri Affan. Perlahan Mira berdiri dan berlalu pergi.

“Maaf Affiah, aku pergi dulu,” Mira berlalu meninggalkan Affiah dan Affan terpinga-pinga.

“Kenapa dengan kawan adik tu?” Affiah geleng kepala.

“Entah.” Mereka memandang Mira beredar dengan tergesa-gesa sehingga hampir melanggar orang yang lalu lalang di dalam restaurent tersebut.

“Dia sebut Akmal tadi,kan?” Affiah angguk kepala.

“Mungkinkah dia salah faham?” Affiah dan Affan sama-sama tutup mulut.

“Jadi....dialah yang kita cari selama ni?” Affiah menepuk dahinya.

“Macamana adik boleh tak cam dia? Bukankan Akmal dah tunjukan gambar tu pada adik?” Affan berkata marah.

“Tapi dalam gambar tu, lain. Sekarang ni dia nampak lain. Lebih cantik dari dalam gambar tu. Jadi, abang setuju dengan cadangan Abang Akmal?” Affiah bertanya selamba. Affan buat muka tidak puas hati. Kemudian dia tersenyum.

“Nampaknya, abang takde pilihan lain.” Affan berkata selamba. Affiah tergelak.

“Nampaknya, tak lama lagi makan nasi minyak. Ada orang dah jatuh cinta,” Affiah tergelak. Affan tolak kepala Affiah.

“Merepek je. Abang hanya nak tolong Akmal. Itu je.” Affiah tetap tergelak.

“Ye. Abang Akmal suruh jaga je. Tapi dia pesan, kalau Mira bahagia, dia merestui hubungan abang dengan Mira.” Affiah menepuk bahu abangnya.

“Abang tak pernah terfikir sampai ke situ. Apa yang adik merepek ni,” Affan geleng kepala. Affiah tersenyum lucu melihat wajah abangnya yang merona merah.

***************************

2 catatan:

Hana Norisa said...

best3..hehehehe..
tak sabar nak tahu criter seterusnya...

Yong said...

akmal dah arwah eh? owh ni mesti cousin akmal ni.