Hari ke-4 sukan antara sekolah berlangsung,
acara pecut akhir pula sedang berlangsung. Alia begitu khusyuk bersenam
meregangkan urat sebelum gilirannya mengambil acara.
“Hai Alia….” Suara halus kedengaran.
“Aiehhh. Siapa pulak yang panggil aku ni? Macam
kenal je suara ni,” Alia menoleh.
“Owhh!!!! Nita. Kau masih aktif juga ye?” Alia
menyoal tanpa bertanya khabar.
“Kau apa khabar?” Alia tersengih bila terasa
yang Nita sedang menyindirnya.
“Sorry. Aku ok. Sihat
selalu. Kau apa khabar? Sihat je aku
tengok. Makin cantik lagi,” Alia sempat memuji. Imah, Sara, Ros dan Maziah
tersenyum bila Alia memuji musuh dalam selimut itu.
“Sebelum ni sihat je. Cuma rasa tak sedap hati je,
bila tengok kau ada kat sini. Alan pun macam tak senang duduk aku tengok. Kau
dah jumpa Alan?” Alia angguk laju sambil tersengih.
“Yups.” Alia tersenyum. Tahu yang Nita sedang
marah.
“Patutlah. Aku pergi dulu. Kejap lagi acara 200
meter nak mula. Kau
masuk final?” Soal Nita sebelum berlalu dengan wajah masam.
“Ye. Itukan acara wajib
aku.” Alia menjawab selamba lalu meneruskan senaman.
“Kulit wajah Nita tu, dah
tak licin macam dulu lagi lah. Tak berseri aku tengok.” Ros memeluk bahu Alia. Alia jungkit bahu. Malas hendak memberi
komen.
“Tak perasan pulak aku.” Alia menjawab selamba.
“Sombong betul. Macamlah dia hebat sangat. Aku
rasa dia cemburukan kaulah. Dia ingat kau nak mengorat Alan lagi, tu sebab dia
tegur kau,” Imah mencelah.
“Biarlah. Aku dah tak ada apa-apa dengan Alan
tu. Dulu pun aku dan dia
berkawan baik. Kalau tak kerana Nita, tentu kami berdua masih akrab seperti
dulu,” Alia menjawab panjang lebar.
“Nampak sangat Nita tu queen control. Kasian
Alan,” Alia tersenyum kecil dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ros.
“Apa nak dikasihankan, pilihan dia sendiri,” Alia
menjawab perlahan.
“Betul kau takde perasan lagi kat Alan tu?” Maziah menyoal Alia. Alia tersentak.
Air yang diminumnya tersembur terkena muka Ros.
“Sorry… sorry… sorry sangat. Ros, sorry ye? Yah
punya pasallah ni. Apalah kau ni, berapa kali aku nak cakap, aku malas nak
fikir hal macam tu. Buat
sakit kepala aku je,” Alia geleng kepala.
“Kau ni, kan. Huhhhhh. Kot ye pun nak sembur air tu, semburlah
kat tempat lain. Ingat muka
aku ni pokok bunga ke?” Ros menggosok mukanya yang basah dengan air minuman.
Alia tersengih sambil merapatkan tapak tangannya meminta maaf. Mereka yang lain
tergelak sakan melihat Ros memyembur air ke arah Alia pula. Sedang seronok
bergurau senda, mereka tersentak mendengar suara Ajay memanggil Alia.
“Alia… Cikgu Asri panggil. Melapor diri kat
garisan permulaan sana,” Suara Ajay menghentikan gurau senda mereka berlima.
“Ok. aku pergi dulu. Doakan aku Berjaya ok,” Alia
berlari anak menuju kegarisan permulaan acara 200m Final ketogeri perempuan A.
Alia merupakan atlit yang paling kecil antara mereka. Alia begitu bergaya
dengan baju jaket dan berseluar tracksuit warna biru iaitu baju seragam untuk
SMK Air Putih. Alia menanggalkan baju jaketnya. Sekarang Alia hanya berrbaju
t-shirt dan seluar ketat paras lutut.
“Hai Alia. Kita bersebelahan rupanya.” Nita
menegur Alia.
“Hai. Good luck,” Alia
menghulur tangan untuk bersalam.
“Thank,” Ucap Nita selamba.
“Semua peserta, ambil tempat masing-masing. Acara akan dimulakan sebentar lagi,” Suara
pengadil memberi arahan.
“Kegarisan.” Suara pengadil bergema di seluruh
stadium bagi memulakan acara pecut perempuan akhir pada petang itu.
“Sedia..”
Tummmmmm.
Bunyi pistol yang menandakan acara tersebut sudah
bermula. Kelihatan para peserta dengan
pantas memecut dan berusaha untuk menghabiskan larian mereka. Suara sorakan
dari penyokong masing-masing berlawan dengan suara nyanyian oleh pasukan yang
merasakan jaguh mereka bakal berjaya mendapat tempat digarisan penamat. Syah
Aiman berdiri bila melihat semua pelajar sekolahnya bersorak memberi sokongan
kepada peserta harapan mereka. Dari jauh mereka dapat melihat Alia sedang
mendahului peserta lain. Dan ketika sampai di garisan penamat, mereka melihat
Alia jatuh tersungkur. Mereka tidak pasti sama ada Alia memenangi acara
tersebut atau tidak. Kelihatan beberapa orang ahli PBSM datang membawa
pengusung menghampiri Alia. Syah Aiman yang melihat kejadian tersebut, segera
berlari ke arah mereka yang mengerumuni Alia.
“Alia, kau ok ke?” Soal Maziah bimbang.
“Kaki aku sakit,” Alia menjawab sambil
airmatanya menitis membasahi pipinya yang mulus itu. Dalam kesibukan mereka
memujuk Alia, Syah Aiman mengambil peluang tersebut untuk merakam vedio. Dia
tersenyum melihat wajah Alia yang jelas keanak-anakan itu. Tidak cukup dengan
vedio, Syah merakam pula gambar Alia dari pelbagai sudut dengan menggunakan
kamera telefon bimbitnya. Syah Aiman menghampiri anak muridnya itu setelah
selesai menangkap gambar Alia.
“Sini saya tengok,” Syah Aiman dengan selamba
membelek lutut Alia. Alia tersentak. Tidak sedar bila Syah Aiman berada di
situ. Maziah memberi ruang kepada Syah Aiman untuk melihat kecederaan rakannya
itu.
“Macamana luka dia? Teruk sangat ke?” Soal
Pn.Hamidah bimbang.
“Tak teruk sangat, Cikgu,” Syah Aiman sedar
situasi mereka. Dia harus membahasakan ibunya cikgu bagi mengelakkan
kontroversi.
“Luka ni mesti dicuci. Nak saya bawa dia ke
klinik?” Syah Aiman menawarkan diri. Pn. Hamidah termenung memikirkan tindakan
yang harus di ambil.
“Bawalah. Alia, awak ada acara lagi petang ni?” Puan
Hamidah bertanya sambil memandang wajah Alia yang jelas menahan kesakitan. Alia
geleng kepala. Bibir digigit kerana sakit yang teramat sangat di lutut dan
tangannya. Syah Aiman membelek luka di tangan Alia. Begitu prihatin sekali Syah
Aiman mencuci luka di tangan Alia. Alia tertunduk malu. Maklumlah, guru yang
selalu dikutuknya itu begitu mengambilberat tentang dirinya. ‘Memanglah dia
tolong. Dia kan cikgu,’ Bisiknya dalam hati bagi mengelakkan rasa bersalah pada
gurunya itu. Maziah membantu Alia berdiri dan berjalan menuju ke kereta Syah
Aiman.
“Maziah, awak ikut sekali,” Ajaknya. Maziah dengan
pantas angguk kepala. Mereka berdua duduk di belakang.
“Lia, aku nampak Nita tolak kau tadi. Kau perasan
tak?” Maziah memulakan perbualan sebaik sahaja kereta bergerak.
“Memang aku rasa ada orang tolak aku tadi. Tapi
tak perasan pulak siapa. Betul ke dia tolak aku?” Alia bertanya lagi. Maziah
angguk kepala.
“Kenapa dia tolak aku ye?” Alia garu dahinya. Maziah tersenyum.
“Dia cemburu bila tahu si Alan tu ada jumpa kau
lagi. Aku terserempak dengan
mereka kat tandas sebelum acara korang tadi. Tengah bergaduh. Cemburu punya
pasallah tu,” Maziah berkata perlahan. Syah Aiman hanya menjadi pendengar.
“Laaa… Apasalahnya dia jumpa aku. Kami memang berkawan sejak dulu lagi.
Budak ni nak masuk ICU agaknya,” Alia berkata geram.
“Kalau aku jumpa dia, aku belasah dia
cukup-cukup,” Alia menggenggam tangannya.
“Aduh!!!!” Alia melihat tangannya yang masih
berdarah.
“Huhuhuuhuhu. Sakitnya,” Alia mengesat airmatanya
yang menitis kerana terlalu sakit.
“Itulah. Sakit-sakit macam tu pun, masih nak
marahkan orang.” Syah Aiman memandang wajah Alia yang memuncungkan mulutnya
dari cermin pandang belakang.
“Sibuk je!!!” Alia menjawab halus. Syah Aiman geleng kepala.
“Degil. Keras kepala,” Alia menjeling tajam
wajah selamba Syah Aiman yang sedang memandu itu.
“Sudahlah. Kau ni tak pandai bersabar.
Biasalah, perempuan, kalau kekasih dia jumpa perempuan lain, tentulah dia
cemburu. Perkara biasalah tu,” Maziah menenteramkan sahabatnya. Wajah Alia
masam mencuka. Syah Aiman tergelak kecil. Wajah Alia yang masam itu mencuit
hatinya.
“Kenapa cikgu suka sangat ketawakan saya?” Alia
bertanya marah. Sakit hatinya bila Syah Aiman asyik mentertawakannya.
“Takde apa-apa. Kenapa perempuan suka sangat
ikut emosi dalam setiap perkara ye?” Syah Aiman bertanya kembali. Alia membuang
pandang keluar cermin kereta. Malas mahu menjawab soalan Syah Aiman yang
dirasakan hanya menyakitkan hatinya.
“Tu sebab aku tak nak fikir hal macam tu
sekarang ni. Baru bercinta, dah sanggup buat orang macam tu. Kalau dah kahwin,
agaknya dia sanggup bunuh orang hanya kerana hal kecil.” Alia betul-betul
marah.
“Sudahlah. Memang perangai Nita macam tu.
Lagipun kau dan Alan tu, takde apa-apakan?” Alia angguk kepala.
“Tapi aku tetap tak puas hati. Kalau dia
bincang elok-elok, pastu tanya betul-betul apa hubungan aku dengan Alan, aku
tak kisah. Ni, sakit kaki aku tau.” Marahnya lagi. Maziah geleng kepala. ‘Ingatkan dah reda. Sambung balik,’ Bisik
Maziah malas.
“Ok. Dah sampai. Simpan lagi marah kamu tu.” Syah Aiman berkata selamba sambil menoleh ke
belakang. Alia dan Maziah memandang wajah Syah Aiman.
“Dapat berjalan?”Mata Syah Aiman terus menikam
anak mata Alia yang galak itu.
Alia
angguk kepala. Dia berusaha keluar dari kereta sambil dibantu oleh Maziah.
Tanpa amaran, Syah Aiman terus mencampung tubuh Alia bila melihat anak muridnya
itu begitu susah untuk berjalan. Alia terkejut. Begitu juga Maziah. Tindakan
spontan Syah Aiman itu membuatkan mereka berdua terdiam tanpa kata.
“Ehhhh. Lepaslah. Orang pandai jalan sendirilah,”
Alia berusaha untuk melepaskan diri dari dukungan Syah Aiman. Syah Aiman tidak
mempedulikan rengekan Alia. Akhirnya Alia mengalah. Sakit tangan dan kakinya
bertambah dengan sakit dihatinya. Syah Aiman tersenyum. Maziah juga tergelak
bila melihat Alia muncung mulut.
“Nurse, tolong dia ya. Kaki dia luka sebab
terjatuh tadi,” Syah berkata perlahan. Nurse tersebut tersenyum dan angguk
kepala. Seketika kemudian, seorang doctor datang menghampiri mereka sambil
tersenyum ramah.
“Kenapa kaki ni?” Soalnya ramah sambil menyentuh
lembut kaki Alia yang berbalut itu.
“Terjatuh,” Jawab Alia pendek. Doktor muda itu
tersenyum.
“Nakal sangat ye, tu sebab jatuh ni. Betulkan?”
Doktor Adam bertanya. Alia tunduk malu. Dengan perlahan dia membuka pembalut
luka Alia dan mencuci luka tersebut. Syah Aiman yang melihat keramahan doctor
muda itu, berasa kurang senang.
“Tak pun, bergaduh dengan boyfriend ya?” Doktor
muda itu menoleh ke arah Syah Aiman yang berwajah gelisah. Maziah sudah
tersenyum. Sementara Syah Aiman dan Alia tersentak sambil memandang wajah
masing-masing sebelum memandang wajah Dr.Adam semula.
“Ehh. Mana ada. Saya terjatuh masa berlari dalam
acara olahraga tadi.” Jawab Alia pantas. Syah Aiman angguk kepala mengiakan.
“Betul ke? Mana cikgu kamu?” Maziah menunding
jari ke arah Syah Aiman. Dr. Adam terkejut sambil memandang wajah Syah Aiman
yang tersenyum.
“Awak?” Soalnya lagi. Syah Aiman angguk kepala.
“Saya ingatkan awak teman lelaki dia ni!” Katanya
jujur.
“Hahh. Dia?” Alia dan Syah Aiman saling
berpandangan.
“Berapa umur awak?” Soalnya sambil mencuci tangan
setelah siap membersihkan luka Alia.
“25 tahun. Saya guru sandaran je kat sekolah
mereka,” Jawab Syah Aiman tenang. Cuba dibuang
rasa tidak senang hatinya pada doktor muda itu.
“Saya ingatkan masih belasan tahun tadi.” Mereka
tergelak.‘Buta agaknya mata doctor ni, tak patut betul dia cakap muka Cikgu
Syah tu macam budak-budak umur belasan tahun.’ Alia membebel. Setelah membayar bil, mereka bertiga beredar.
“Ingat, jangan lupa cuci selalu luka tu” Pesan
Dr.Adam.
“Ye. Terima kasih Doktor,” Ucapnya sebelum
berlalu.
Alia
berjalan perlahan sambil dibantu oleh Maziah. Syah Aiman hanya memerhati dari
belakang. Syah Aiman mahu mendukung Alia tadi, tetapi Alia menolak. Syah Aiman
tersenyum melihat kaki dan tangan Alia yang berbalut. Macam orang hendak
bertinju lagaknya. Ketika berada di dalam kereta, Syah Aiman tidak mampu
menahan keinginan untuk ketawa. Akhirnya dia ketawa besar.
“Kenapa cikgu?” Soal Maziah hairan. Alia juga
memandang hairan ke arah Syah Aiman.
“Bila tengok Alia macam tu, teringat kat kawan
saya masa kat U dulu. Dia masuk acara tinju. Kalau tengok betul-betul, memang
sebiji macam orang nak pergi bertinju.” Alia terkejut. Begitu juga dengan
Maziah. Beberapa saat kemudian, Maziah turut ketawa.
“Cikgu!!!!!” Marah Alia sambil memukul bahu
Syah Aiman yang duduk dihadapannya.
“Aduh!!! Apa ni? Marah sikit nak pukul orang,”
Syah Aiman menggosok bahunya. Alia yang tersedar akan tindakan kasarnya
tertunduk malu.
“Padan muka. Siapa suruh ketawakan saya?” Alia
menjeling tajam. Maziah dan Syah Aiman masih ketawa dan Alia pula tersandar
malas.
**********************
p/s : selamat membaca. kalau tak best sila2lah komen ye...
3 catatan:
hahahahha...kelakar sggh la diaorg nie...huhuhuuu nita jahat y ko nie
Haha..slalu tgu n3 cite nie... Sbg cpt2 yek..
Best nak lagi.. cepat cepatlah sambung ye...
Post a Comment