Followers

Thursday, April 19, 2012

Lagi Sedutan Relaku Pujuk




“Aku nak panjat pokok ni. Kau tunggu kat bawah ni. Kutip buah-buah yang aku petik kejap lagi.” Aku angguk kepala. Takkan nak geleng kepala pulak. Mahu kena tempeleng?


“Awak, betul saya tak boleh panjat?” Dia geleng kepala.


“Jangan nak malukan aku. Kalau orang lain tengok, malulah aku,” Aku mencebik dan terus mencapai guni yang kami bawa bersama tadi. Satu persatu tangkai buah rambutan jatuh dihadapanku. Aku mendongak memandang cik suami aku kat atas pokok tu. Dia buat tak nampak aku kat bawah ni.


“Awak, kenapa asyik jatuh atas kepala orang ni?” Aku bercekak pinggang. Dia tergelak besar di atas sana. Mana tidaknya, sekarang rambut aku dah berubah corak. Kebetulan setangkai buah rambutan jatuh atas kepala aku.


“Aikss...sejak bila isteri aku bertukar fesyen rambut. Rambutan??? Rambut tambah Hutan. Betullah tu.”  Aku kertap gigi. Geram dah ni. Sengaja nak kenakan aku.


“Baik awak turun. Kalau tak, saya tebang pokok ni. Punyalah besar kawasan ni, atas kepala saya juga awak jatuhkan tangkai rambutan tu.” Marahku siap tangan berada dipinggang. Dia tergelak senang di atas pokok tu. Sikit pun dia tak takut dengan ugutan aku.


“Larat ke kau nak tebang pokok ni dengan pisau kecil kau tu?” Aku pandang pisau ditanganku. Erkkk...yelah. Kalau aku nak tebang pokok rambutan tu, setahun pun belum tentu tumbang. Pisau untuk potong sayur tu manalah sesuai untuk tebang pokok besar tu.


“Kutip je buah tu. Nanti tak habis, aku tinggalkan kau kat sini.” Aku berdengus kasar. Siap hentak kaki lagi. Dia tergelak besar di atas pokok tu. Seronok sangat kenakan aku. Tanpa suara, aku kutip semua buah-buah rambutan tersebut.


“Awak, hauslah. Teringin nak minum air kelapa muda,” Aku pandang wajah suamiku yang sudah kemerahan itu. Penat sangat agaknya. Perlahan aku sapu peluh yang menitik didahinya. Tanpa amaran, Ishamudin cium dahiku. Aku mencebik. Suka sangat ambil kesempatan.


“Tanda terima kasih.” Aku tersengih. Tak kisah pun sebenarnya. Kalau boleh nak lama-lama.


“Haus?” Aku angguk kepala. Matanya meliar memandang sekeliling.


“Sekejap.” Dia terus berlalu ke arah pokok kelapa yang berada tidak jauh dari tempat kami berehat. Aku hanya memerhati Ishamudin yang tangkas sekali memanjat pokok kelapa tersebut. Sekejap je, dia datang bersama 2 biji buah kelapa muda.


“Nah!!” Aku menyambut buah kelapa yang sudah di kupas  itu.


“Terima kasih.” Dia angguk kepala.


“Sedap. Manislah air kelapa ni. Awak nak minum?” Dia terus menyambut buah kelapa tersebut tanpa banyak soal.


“Awak, awak ada dengar bunyi tak?” Aku terdengar bunyi berdengung. Tapi masih jauh. Dia memandang ke atas. Kami berdua berlari ke tempat luas untuk melihat apa yang menghasilkan bunyi tersebut.

p/s : yang ini versi edit...teringin nak makan buah rambutan....huhuhu