Followers

Thursday, January 16, 2014

Relaku Pujuk 40



“Lagu best la.”
Sebaik sahaja terdengar lagu Korea Roly - Poly oleh kumpulan T-ARA, aku terus berdiri dan menari mengikut rentak muzik. Sebenarnya aku dah hafal tarian ni. Masa kat asrama hari tu, hampir setiap hari aku layan lagu Korea. Setiap petang jumaat, aku duduk mengadap Astro 391. Tak cukup dengan itu, semenjak berkahwin ni, aku gunakan laptop dan broadband Ishamudin untuk memuat turun video yang aku suka.
“Pandailah Mawar. Aku suka tarian ni. Cantik.” Aku tersenyum dan terus menari. Nasib baik, bobbin tak banyak sangat malam ni. Order agak berkurangan awal tahun macam ni.
“Orang dah lama berlatih tarian ni.” Aku tersengih. Mereka geleng kepala.
“Kasihan aku kat Ishamudin, dapat isteri yang serba boleh macam kau ni.” Aku angkat kening. Memang kasihan pun. Kalau dia tahu aku menari, memang sedialah nak kena gelak. Tapi, masa kat Sabah hari tu, dia okey je. Tapi, mungkin sebab itu tarian tradisional.
“Mawar, Isham datang,”
“Hah!!!”
Aku terus bersembunyi di bawah meja dan perlahan-lahan merangkak menuju ke tempat yang agak sunyi. Hahhaha...janganlah dia nampak perangai tak senonoh aku sebentar tadi. Boleh pulak aku menari dalam production ni. Apasal aku terlupa yang dia bekerja shiff malam juga. Nampaknya, tak dapatlah aku nak buat hal. Kena hati-hati lepas ni.
            Aku keluarkan kepala sedikit dari bawah meja. Pandang kiri takde orang, pandang kanan, takde orang.
“Huhh...Selamat.” Aku terus keluar dari tempat persembunyian dan tarik nafas kelegaan.
“Dah puas?”
“Hah...Selamat....ehhh...salah..salah..” Aku gigit bibir bila melihat Ishamudin sedang elok duduk bersila di atas meja tempat aku bersembunyi sebentar tadi.
“Apa awak buat kat sini?” Aku bertanya pelik. Cover malu.
“Kau buat apa kat bawah meja tu?”
Matanya memerhati setiap gerak geriku.
“Saya? Saya..er..saya cari anting-anting kat bawah tu,”
“Ye? Dah jumpa?”
“Sudah. Ni ha..dah pakai dah...” Aku tayang anting-anting yang melekat kat telingaku. Padahal ianya memang tak pernah tanggal dari cuping telingaku.
“Seronok kau menari tadi. Tak sangka pulak kau pandai menari. Apa lagi yang kau pandai buat? Main bola pun pandai. Menyanyi pandai. Menari pandai.” Aku muncung mulut.
“Orang nak pergi buat kerja.”
Aku terus berlalu namun langkahku terhenti bila dia menarik tanganku dan menolak tubuhku ke dinding. Aku toleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun kat situ. Sememangnya tadi aku merangkak ke situ kerana tempat itu tiada orang. Jadi, tentu Ishamudin takkan jumpa aku. Nampaknya, semua itu memberi kelebihan pada Ishamudin untuk lakukan apasaja padaku.
“Nampaknya aku dah jumpa bakat terpendam kau. Lepas ni, sebelum tidur kau kena menari untuk aku?” Aku dapat rasakan leherku seperti kena cekik mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia tersenyum.
“Hah!!! Menari? Ehhh...saya tak pandai. Tadi tu tak sengaja.” Aku menolah. Dia terus menekan bahuku ke dinding. Jarinya mengelus lembut bibirku. Aku gigit bibir. Tidak suka diperlakukan sebegitu.
“Kau nak goda aku?” Cepat-cepat aku geleng kepala.
“Habis tu, mengapa kau buat muka macam tu? Kau tahu tak, aku cepat tergoda bila kau gigit bibir macam tu,” Aku bagi dia jelingan maut.
“Pernah tak orang cakap yang mata kau ni menggoda?” Meremang bulu romaku saat hembusan nafas hangatnya menyapa telingaku. Dia bersuara perlahan ditelingaku kemudian menyentuh lembut mataku dengan bibirnya.
“Ehhh...awak ni...saya nak goda awak atau awak yang nak goda saya ni. Awak tahu tak, awak bercakap perlahan macam ni seperti awak sedang goda saya tau,” Dia tersenyum. Lantas daguku disentuhnya. Aku membalas renungannya tanpa rasa takut. Aku yakin dia tidak akan berani untuk melakukan perkara yang tak patut buat masa sekarang. Lebih-lebih lagi, kami sekarang berada di dalam kilang. Isk... Ishamudin ni, kalau ye pun nak romantika de amor, buatlah kat rumah. Ini tidak, kat kilang. Dalam production pulak tu. Tak sesuai langsung. Mawar, kau kenapa? Takkan dah tergoda? Aku terus ralit membalas renungan matanya.
“Kau nak kena cium?” Aku kerutkan dahi.
“Awak berani nak buat macam tu kat saya di sini?” Aku bertanya keliru. Lagipun, kalau dia nak buat, tentu dia dah buat selama kami tinggal bersama,kan?
 Dia tergelak halus. Eleh!!! Tak mungkin dia berani. Biasa aku baca dalam buku cerita, si suami hanya nak takutkan isteri mereka. Tak mungkin dia berani nak buat pun.
“Kau tak kisah kalau aku cium kau kat sini?” Aku mencebik.
“Saya tahu, awak nak kenakan saya. Saya takkan tertipu.” Saat itu wajahnya semakin hampir. Aku masih berwajah selamba, biarpun dalam hati sudah tidak tentu arah. Bimbang juga kalau dia betul-betul cium aku kat sini. Apa aku nak buat?
Mataku terbeliak bila dengan pantas dia mencium bibirku.
“Awak.... apa ni?” Aku tolak badannya. Dia tersenyum menang.
“Kau suka?” Soalnya sambil terus merenung wajahku. Aku gigit bibir.
Marah dan malu bercampur menjadi satu. Aku gigit bibir sambil menjeling padanya. Tayang muka tak puas hati kat dia. Ikut suka dia nak cium aku. Pantas aku tolak tubuhnya dengan kasar. Aku terus berlalu dan beberapa langkah kemudian aku berpaling padanya. Dia tersenyum sambil mengenyit matanya padaku.
“Nanti kita sambung lagi. Yang tadi tu, intro je. Kau beruntung tau, kau orang pertama sentuh bibir aku. Dan, aku yakin, aku orang pertama yang cium kau,kan?” Dia tersenyum bangga. Cisss....kurang asam jawa  punya suami. Bangga sebab dapat ciuman pertama aku. Habis tu? Aku tak bangga? Aku tunduk malu. Kenapa dengan aku ni. Tadi marah, sekarang malu pulak. Aduh!!! Rosaklah budak bernama Mawardina ni. Aku geleng kepala. Pertama kali bibirku disentuh oleh lelaki. Tak tahu apa yang patut aku lakukan.
“Mawar, kenapa ni?” Aku muncung mulut dan duduk ke kerusi meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi. Takde mood untuk berbual. Janganlah ada orang ternampak adegan romantis kami sebentar tadi. Kalau ada yang ternampak, memang heboh satu kilang ni, kami berdua buat adegan romantis kat kilang.
“Isham jumpa kau tadi?” Aku angguk kepala.
“Ehem....bahagia kau dengan Isham sekarang ye, Mawar. Siap bagi tanda lagi.” Aku kerutkan dahi. Tanda?
“Tanda apa kak?” Mereka semua tersenyum simpul. Masing-masing tersenyum padaku.
“ Ganas jugak Isham tu. Sampai bengkak telinga kau. Tu, kat leher tu pun bengkak aku tengok.” Aku geleng kepala. Oh...tidak. Ini ke yang Ishamudin cakap pagi tadi. Kesan merah kat telinga dan leher aku memang masih jelas. Kat leher Ishamudin juga jelas kelihatan. Aduh!!! Tentu mereka fikir benda yang bukan-bukan.
“Kakak salah faham ni. Bukan dia yang buat. Pagi tadi saya dan dia kena sengat oleh lebah masa petik buah rambutan.” Aku menerangkan perkara sebenar. Mereka tetap tersenyum penuh makna. Masing-masing geleng kepala.
“Yelah tu. Takkan Isham pun kena kat leher jugak? Pandai pulak lebah tu buat tanda ye. Tentu lebah kepala hitam yang gigit korang berdua tu. Tapi takpelah. Perkara biasa tu. Suami isteri katakan.” Aku gigit bibir. Mereka memang tak percaya dengan cerita aku.
“Ada harapanlah kita dapat anak saudara lepas ni. Nampaknya Isham memang bekerja keras tu.” Mereka masih giat mengusikku. Aku hanya mampu mengeluh. Nak buat macamana. Kesan merah di cuping telinga dan leherku memang jelas kelihatan. Maklumlah kulit aku dah putih melepak sekarang ni.
“Patutlah Isham tu tak pandang tempat lain. Dari tadi asyik pandang ke sini.” Kak Mila tergelak. Aku mencebik bibir sambil menyentuh leherku.
“Kalau kau nak tahu, dia dah lama perhatikan kau tadi. Siap tersenyum, geleng kepala. Siap berpeluk tubuh bersandar kat meja dia. Dia tak tahu kau pandai menari?” Kak Mila angkat kening padaku.
“Hah!!! Dah lama perhatikan saya? Jadi, dia nampak semua apa yang saya buat?” Mereka angguk kepala. Aku tutup muka. Ah!!! Malunya. Mana nak letak muka ni.
“Semenjak kebelakangan ni, aku asyik nampak Isham tu curi-curi pandang kat kau. Tak sangka pulak dia sanggup bekerja shiff. Tentu dia sayang sangat kat kau,” Aku terdiam. Tidak tahu apa yang patut aku jawab.
“Entahlah kak. Tapi dia tu, susah sangat nak cakap dia sayang saya tau,” Aku mengeluh. Aku memang takde rahsia pada mereka semua ni.
“Tak semestinya sayang kena ucap. Melalui perbuatan pun dah cukup. Akak tengok, Isham sekarang berbeza dengan Isham yang dulu. Sekarang ni, dia dah pandai balas senyum kita orang. Kalau dulu, berjalan asyik pandang depan je. Muka pulak masam 24 jam,” Aku tergelak. Memang kenyataannya begitu. Entah apalah yang dia tak suka dekat kami waktu tu.
“Orang dah bahagia, nak sembunyikan perasaan bahagia tu susah tau. Kau tengok si Diah tu, kadangkala, aku kasihan jugak kat dia. Nampak makin teruk pulak aku tengok. Kawan-kawannya yang lain tu, semua tinggalkan dia. Manusia memang macam tu, bila senang semua nak dekat, bila susah, semua larikan diri,” Kak Onah mengeluh. Aku memang menyedari hal itu. Memang kasihan kat Kak Diah. Makan seorang diri. Dia jadi pendiam. Tapi, sekarang dia dah bertudung. Tak macam aku ni. Bila agaknya aku akan berubah.
“Kasihankan. Kak, kalau saya buat benda tak elok, rajin-rajinlah tegur ye. Kadangkala, saya ni pelupa. Nak kena ingatkan selalu,” Itulah manusia. Memang sentiasa diberi peringatan.
“Yelah.” Kak Onah tepuk bahuku.
“Kau ada cakap pada dia yang kau nak sertai persembahan tarian tu?” Kak kate bertanya sambil tangannya pantas membuat kerja. Aku gigit lidah menayang gigiku yang tersusun cantik. Terlupa pulak tentang persembahan tarian untuk malam sambutan ulangtahun syarikat. Entah macamana aku terlibat dengan dunia tarian ni. Mungkin gara-gara minat sangat dekat K-POP tu.
“Lupalah. Nanti saya bagitahu dia.”
“Jangan tak jadi pulak. Kalau tak jadi siapa nak ganti tempat kau tu. Sudahlah aku dengar mereka cakap, kau penari utama.” Aku tergelak besar.
“Memang pun.” Satu hal pulak lepas ni.
“Mawar, Isham sekarang semakin handsome aku tengok. Pandai kau jaga dia,” Kak Mila angkat kening. Mereka yang lain tersengih penuh makna padaku.
“Apa pulak, baru seminggu kami duduk bersama, itupun, mak dia yang masak. Saya tak pandai memasak,” Aku tersengih.
“Ala...tak semestinya badan dia sihat sebab makan pakai cukup. Yang penting, hati dia tenang dan bahagia.” Kak Kate menjawab bagi pihakku. Aku hanya tersenyum.
“Ye ke? Saya? Saya sihat tak?” Aku berdiri sambil berpusing untuk memudahkan rakan-rakanku melihat perubahan diriku.
“Kau?” Aku angguk kepala.
“Masih sama macam dulu,” Aku mencebik dan kembali duduk.
“Betul tak apa yang kami cakap hari tu? Ishamudin sekarang tak macam Ishamudin yang dulu. Badan makin tegap, muka pulak berseri. Maklumlah seri pengantin masih ada. Dah ada berita baik tak?” Aku tersentak.
“Berita baik? Berita baik apa pulak?”
“Ya Allah, budak ni. Sabar jelah aku. Lembab betul,” Aku berdengus. Selamba je Kak Onah kutuk aku.
“Perut tu, bila nak ada isi?” Aku sentuh perutku. Kenapa dengan perut aku.
“La...Kak, orang belum makan lagi sebab tu perut orang macam ni,” Aku tersengih sambil menyentuh perutku. Mereka yang lain tergelak.
“Kak Onah, cakap tu biar jelas. Budak ni, memang dia  dah kahwin. Tapi, fikiran masih macam budak-budak,” Aku pandang wajah Kak Sally. Apa yang dia orang merepek ni.
“Mawar dah mengandung?”
“Hah!!!” Aku rasakan duniaku berhenti seketika.
“Tengok. Sempat pulak dia buat muka tak bersalah dia.”
“Errr....Saya dan Isham..errrr..” Takkan nak cakap kami belum bersama seperti pasangan lain.
“Biarlah mereka tu. Orang masih dalam mood pengantin baru. Manalah terfikir nak mengandung dulu,” Aku hanya mendiamkan diri. Bimbang pulak, kalau aku menyampuk, terlepas pulak rahsia. Baik aku angguk kepala.
“Kalau Mawar dan Isham ada anak, tentu comel,kan. Sorang cantik sorang lain kacak.” Kak Sally tersenyum bahagia. Ehh..macam dia pulak yang nak dapat anak. Jauh betul mereka berangan.
“Hai Sally, kau ke Mawar yang dah berkahwin?” Kak Sally berdengus marah. Kami semua tergelak besar.

*************************
p/s : Selamat membaca semua..kalau ada yang tak best, rajin-rajinlah komen ok.. kalau ada salah dan silap, harap sudi tegur...

4 catatan:

Unknown said...

nak lagi.....best sangat2.

ada said...

best..nk lgi
.

MaY_LiN said...

nak lg..mst isham jeles mawar masuk tarian tuh

Unknown said...

Hahaha....sugary sweet! Buat dance Roly Poly lg.. :D