Followers

Thursday, February 4, 2010

Pilihan Hati 14

“Is, aku nak keluar sekejap dengan adik kau. Boleh ke?” Iskandar pandang wajah Hadi dan adiknya silih berganti. Ariyana juga pandang wajah Shila. Shila tersengih.

“Abang tolong hantar Ari balik ye. Kalau abang nak bawak Ari jalan-jalan, okey jugak tu.” Shila menyiku pinggang abangnya. Iskandar ketuk kepala Shila. Ariyana tergelak sambil menunjuk ibu jarinya pada Shila. ‘Padan muka.’ Bisiknya dalam hati. Shila membulatkan matanya. Tahu bahawa Ariyana mengutuknya.

“Abang ni... jatuh saham orang,” Shila membentak sambil menggosok kepalanya.

“Takpe kan, Ari?” Hadi bertanya pada Ariyana.

“Beb.....please!!!! Tolong aku ye?” Shila berbisik ke telinga Ariyana. Perlahan Ariyana angguk kepala.

“Abang temankan Ari pergi beli barang dapur sekali ye. Esok adik nak rehat kat rumah.” Ariyana membulatkan matanya sambil menggigit bibir. Geram dengan kata-kata Shila itu.

“Takpe. Kalau kau tak nak, aku boleh pergi sorang-sorang.” Ariyana menjawab kasar.

“Sementara Abang Is ada tu, biarlah dia temankan Ari.” Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia tidak kisah, mungkin dengan cara itu, dia dapat memulihkan hubungannya dengan Ariyana. Ariyana terdiam.

“Yelah,” Akhirnya Ariyana mengalah dan berlalu meninggalkan mereka bertiga.

“Betul adik boleh keluar dengan Abang Hadi?” Shila bertanya lagi.

“Lebih baik kamu berdua pergi, sebelum aku ubah fikiran,” Shila dan Hadi segera berlalu sambil tergelak.

Ariyana bersandar di tepi kereta Iskandar. Iskandar dengan sengaja bermain dengan kunci keretanya. Ariyana hampir melompat bila mendengar alarm dari kereta Iskandar. Iskandar tersenyum melihat wajah kelat Ariyana. Ariyana menjeling tajam. ‘Sengaja nak sakitkan hati aku,’ Ariyana masuk ke dalam perut kereta dengan wajah masam.

“Ari nak beli barang tu kat mana?” Ariyana pandang wajah Iskandar.

“Esok je, Ari pergi beli,” Ariyana menjawab mendatar.

“Apasalahnya pergi hari ni. Esok masa untuk berehat kat rumah je. Sementara abang free hari ni,” Iskandar cuba berlembut dengannya.

“Menyusahkan abang je,” Ariyana turut bersuara perlahan.

“Takpe. So, Ari nak beli kat mana barang tu?” Ariyana garu kepala sambil berfikir.

“Kat Mall je lah. Malas nak pergi jauh-jauh,” Ariyana menjawab perlahan. Iskandar memandu tenang.

*********************************

Iskandar menolak troli mengikut ke mana sahaja Ariyana pergi di dalam Mall tersebut. Mulanya, Ariyana hendak menolak troli tersebut sendiri, tetapi bila Iskandar campur tangan, Ariyana mengalah. Malas mahu berdebat. Ariyana menghampiri bahagian beras. Setelah berjumpa jenama beras yang dia suka, Ariyana cuba mengangkatnya. Sekali lagi, tangannya di tepis. Ariyana angkat muka. Iskandar dengan selamba mengangkat beras tersebut dan meletaknya di dalam troli. ‘Macamlah aku tak larat nak angkat beras tu,’ Ariyana membebel di dalam hati. Iskandar yang menyedari Ariyana sedang marah, buat muka selamba. Hampir 1 jam mereka berpusing-pusing di dalam Mall tersebut, akhirnya, Ariyana dan Iskandar mengeluh lega.

“Ari nak ke kedai roti dulu. Abang nak makan apa?” Ariyana bertanya perlahan sambil menoleh ke belakang. Iskandar pandang wajah Ariyana kemudian dia memandang ke kedai roti.

“Apa-apa jelah.” Ariyana angguk kepala. Perlahan langkahnya menghampiri kedai tersebut. Iskandar menunggu di luar. Hampir 10 minit menunggu, Ariyana muncul juga.

“Lamanya. Lenguh kaki abang ni. Beli roti atau buat roti kat dalam tu?” Ariyana muncung mulutnya.

“Abang ni tak sabar langsung. Tak nampak ke orang ramai tu?” Ariyana menunjuk mengunakan isyarat mulut ke dalam kedai tersebut.

“Yelah.” Mereka meneruskan perjalanan menuju ke kereta. Ketika hendak keluar dari pintu Mall, Iskandar tersentak bila terpandang wajah seseorang yang sudah lama ingin dibuang dari ingatannya. Perempuan tersebut tersenyum padanya. Ariyana turut sama terkejut.

“Hai...ingat saya lagi?” Perempuan tersebut menegur Iskandar.

“Hai.” Iskandar menjawab sepatah. Perempuan tersebut menoleh ke arah Ariyana.

“Wah!!! Shoping barang dapur. Awak dah kahwin dengan dia?” Perempuan tersebut tunding jari ke wajah Ariyana. Ariyana kerutkan kening. Tidak suka diperlakukan begitu. Iskandar gigit bibir.

“Upsss. Lupa pulak, ini kekasih saya, Hasrul.” Lelaki tersebut hulur tangan pada Iskandar. Iskandar cuba berlagak tenang.

“Rul, ini Iskandar. Bekas tunang I tu,” Lelaki tersebut tersenyum pada Iskandar. Kemudian dia merenung Ariyana sambil tersenyum. Ariyana mendekatkan diri pada Iskandar. Takut melihat renungan tajam lelaki tersebut yang seolah-olah menembusi bajunya. Iskandar yang menyedari kelakuan lelaki tersebut segara merangkul pinggang Ariyana. Ariyana tersentak tetapi tidak menolak. Rasa selamat dari pandangan mata lelaki itu.

“Bila nak kahwin?” Iskandar bertanya. Ariyana mendiamkan diri. Rasa tidak selesa sebab Iskandar sedang memeluknya. Hendak menolak, terasa tangan Iskandar semakin erat memeluk pinggangnya.

“Tak main la kahwin-kahwin ni. Kita orang selesa macam ni. Awak berdua dah ada anak?” Hanida bertanya sambil tersenyum mengejek dan memeluk lengan kekasih hatinya.

“Belum ada rezeki. Sekarang ni, masih honeymoon.” Iskandar menjawab tenang. Ariyana semakin tidak selesa bila merasa pelukan Iskandar semakin kuat.

“Owh....Akhirnya kahwin jugak awak berdua ye. Kan saya dah cakap dulu yang awak berdua ni pasangan kekasih,” Iskandar angguk kepala. Kemudian Iskandar tersenyum manis pada Ariyana.

“Jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak sangka akan kahwin dengan dia.” Iskandar selamba mencium bahu Ariyana. Ariyana tersentak. Wajahnya merah. Malu diperlakukan begitu. Tidak menyangka Iskandar akan melakukan perkara tersebut.

“Okeylah. Tak nak kacau orang tengah honeymoon ni. Bye. Tahniah!!!!” Hanida dan Hazrul beredar meninggalkan Iskandar dan Ariyana. Iskandar menolak troli sambil sebelah tangannya masih berada di pinggang Ariyana.

“Errr...Abang...lepaslah..” Ariyana menepis tangan Iskandar.. Iskandar melepaskan tangannya dari pinggang Ariyana dan berjalan laju menghampiri keretanya. Mereka mendiamkan diri. Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang memandang mereka dengan rasa kecewa.

“Ari...errrr...abang minta maaf sebab buat Ari macam tu tadi.” Iskandar bersuara perlahan. Ariyana tidak tahu apa yang perlu dia jawab. Dia sepatutnya marah. Tetapi, dia keliru.

“Lupakan je. Tapi itu yang terakhir. Ari pun takut tengok mata lelaki tu tadi. Huhhhh...nampak sangat lelaki bermata keranjang.” Ariyana berlagak selamba. Iskandar angguk kepala. Kemudian mereka terus mendiamkan diri sehingga sampai di rumah Ariyana. Selepas membantu mengangkat barang ke dalam rumah, Iskandar terus pulang.

**********************************

4 catatan:

hana_aniz said...

sambung cepat2!!
huhuhu...

MaY_LiN said...

alahai~manje nye abg is tu..
pandai berlakon

aqilah said...

nak lagi.......................

nursya said...

menjadi sggh lak0nan si is ngn ari tuh...
loving couple..