Followers

Wednesday, October 31, 2012

Relaku Pujuk 15




“Boleh saya duduk kat sini?” Aku tersentak dan berpaling.

“Eh!!! En.Haikal,”

          Aku pandang wajahnya yang tersenyum sentiasa itu. Makin comellah En.Haikal ni. Aku memberi ruang kepadanya untuk duduk disebelahku.

“Duduklah En.Haikal. Berselera saya nak makan ni. Ada lelaki handsome duduk kat sebelah,” Kak Mila tersenyum meleret. Ehh!! Orang tua ni, dia pula yang lebih.

“Mila, sedar diri tu sikit. Anak dah 4 orang masih gatal lagi ke?” Kak Kate yang duduk dihadapanku menegur. Kami tergelak melihat Kak Mila muncung bibir.

“Nak kalahkan Kak Onah?” Usikku. Dia hanya menjeling tajam. Kak Onah tak keluar makan sebab dia berpuasa ganti hari ni.

“En.Haikal tak makan kat luar?” Aku bertanya ramah. Takkanlah dia berselera nak makan kat kantin ni. Macam tak percaya pulak. Dia geleng kepala.

“Kat sini, walaupun makanannya ala kadar, tapi ada permandangan yang indah, dah cukup bagi saya,” Aku kerutkan dahi. Aku pandang sekeliling.

“Mana ada permandangan yang indah kat kantin ni. Hari-hari tengok benda yang sama. Hilang selera nak makan,” Aku terus menyuap nasi ke dalam mulut. Nasib baik makanan hari ni sedap. Daging lembu masak kicap dan sayur terung cina masak sambal.

“En.Haikal, berkenan dengan bunga segar ni ye?” Aku angkat muka mendengar suara yang aku tak pernah dengar. Seorang lelaki berkulit sawa matang tersengih sambil membawa tray berisi pinggan.

“John, kalau nak join, duduk jelah. Masih ada kosong lagi tu,” Lelaki yang bernama John itu tersengih dan mengangguk kepala.

“Boleh?” Dia terus duduk di sebelah Kak Kate.

Ketika aku sedang makan, aku perasan seseorang sedang memerhatiku. Bila aku angkat muka, aku terpandang wajah lelaki yang bernama John yang duduk dihadapan En.Haikal sedang merenung kearahku. Aku karutkan dahi. Tak selesalah pulak. Mamat Iban ni nak kena belasah agaknya. Tengok orang macam tak pernah tengok perempuan.

“En.Haikal? Dia ni girl En.Haikal ke?” Aku terbatuk. Uiiii...mulut. Ada juga orang nak makan guna straw dibuatnya. Aku terus mencapai gelas minumanku.

“Merepek je awak ni. Manalah dia sudi nak jadikan saya ni kekasih dia.” Hukkss...huksss. Sekali lagi aku terbatuk. Kalau macam ni selalu, boleh mati tercekik aku dibuatnya.

“Mawar kenapa?” Kak Mila tepuk belakangku.

“En.Haikal, En.John, kasihan Mawar ni. Nanti dia lapar tak dapat buat kerja pulak.” Aku angguk kepala mendengar Kak Sally melarang mereka dari mengusikku. Mereka yang lain ketawa.

“Wah!!! Mawar? Cantik nama girl ni. Orangnya pun cantik. Dah berpunya kah belum?” Aku pandang wajah En.Haikal. Giliran dia pulak terbatuk. Aku pantas menolak gelas berisi air suam padanya.

“Terima kasih Mawar.” Aku tersenyum tawar. Kepalaku pening sebenarnya.

“Auchh..” Aku merasakan kepalaku terkena siku seseorang. Bila aku berpaling ke belakang, wajahku serta merta merona merah.

“Sorry. Tak sengaja.” Ucapnya selamba dan terus berlalu. Huh!!! Tak pasal-pasal kepala aku kena siku. Sejak bila dia duduk kat belakang tu? Aku gosok kepalaku yang terasa sakit terkena siku lelaki tadi.

“Kenapa dengan Ishamudin tu?” Aku jungkit bahu. Mana aku tahu.

“Datang bulan kot,” Upss...Aku tutup mulut. Terlepas sudah. Mereka yang lain tergelak. Aku hanya tersengih buat muka tak bersalah.

“Apa pulak lelaki datang bulan. Merepek je cik adik manis ni,” Meluat betul aku dengan dia ni. Mulut manis betul. Aku sumbat mulut dia dengan sayur terung ni, baru padan muka dia.

“Tak sia-sia saya keluar awal tadi. Dapat jumpa amoi cantik. En.Haikal, dia ni department mana?” Aku mendiamkan diri. Hilang selera untuk menghabiskan nasi yang tinggal separuh di dalam pingganku.

“Bobbin. Kenapa?” John tersengih. Aku kerutkan dahi.

“Patutlah En.Haikal selalu melepak kat bawah. Rupanya ada amoi cantik.” Aku mencebik.

“Maaflah. Kami dah sudah ni. En.Haikal dan Encik ni, kami pergi dulu.” Kak Kate bagi isyarat pada yang lain. Aku terus berdiri. Kepala sedikit pening. Aku tidak mampu berdiri dengan stabil dan terus aku berpaut di tepi meja.

“Ehh!! Mawar kenapa?” Aku cuba untuk berdiri namun masih tidak berdaya.

“Kepala saya pening,” Aku bersuara lemah. Aku terasa seseorang memegang bahuku.

“Saya bawa awak ke bilik rehat. Awak semua boleh tolong hantar bekas makanan kami ni?” Semua benda yang aku nampak semuanya berputar ligat dimataku dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.

**************

“Sedar pun.” Aku pandang sekeliling. Mataku terasa berat untuk dibuka. Suara Kak Rina kedengaran jelas ditelingaku.

“Kak Rina, Kak Ana. Saya kat mana ni?” Aku kerutkan dahi dan duduk bersandar di katil.

“Kat kliniklah. Kau ni. Buat orang risau je.”

“Kenapa dengan saya, kak?”

“Kau pengsan kat kantin tadi. Nasib baik takde apa-apa. Doktor cakap kau letih. Apa yang buatkan kau letih sangat tu? Banyak sangat kerja kat bahagian kau tu?” Aku sentuh kepalaku yang masih terasa berat.

“Agaknya sebab saya tidur lambat malam tadi.” Baru aku ingat. Semalam aku tidur hampir pukul 3 pagi sebab nak habiskan novel 7 Hari Mencintaiku tapi masih juga tak sempat nak habiskan. Sebab tebal sangat. 1050 muka surat. Mana larat nak habiskan dalam satu malam. Tapi, kalau tak kerana aku bekerja shiff pagi, memang aku baca sampai habis. Susah juga, kalau dah minat ni. Tapi, bila di suruh baca buku agama, baca buku latihan, cepat je mata ni mengantuk. Itukan kerja Syaitan nak melalaikan kita umat Islam.

“Sebab itu je? Tapi mereka cakap kepala kau terkena siku Si Ishamudin tu. Lepas tu, Sitah bagitahu akak, semalam kau kena pelempang Si Hadiah tu. Kenapa dengan budak 2 orang tu? Kau memang syok kat Ishamudin tu?” Aku karutkan dahi. Kak Ana ni, bercakap tu perlahan-lahanlah sikit. Nanti tak pasal-pasal aku pengsan balik sebab kena bebel.

“Bukanlah. Malam tadi saya baca novel. Lepas tu tidur dalam jam 3 pagi camtu. Tak cukup rehatlah ni,” Aku lihat wajah tak puas hati Kak Ana dan Kak Rina membuatkan badanku semakin lemah.

“Dahlah. Orang nak rehat sekejap.” Mereka geleng kepala. Aku tayang wajah tak puas hati. Takkan nak berehat pun tak boleh.

“Tak payah rehat kat sini. Mari, akak hantar kau ke asrama. Kami dah minta sick leave dari doktor tadi. Lebih baik kau rehat kat asrama.” Aku angguk kepala. Perlahan aku turun dari katil dan berjalan perlahan keluar dari bilik tersebut.

“Dapat berjalan?” Aku angguk kepala.

*****************

            Keesokan harinya, bermacam-macam soalan ditanya oleh rakan-rakan sekerjaku. Aku tersenyum. Dan paling aku tak dapat lupa, malam tadi Ishamudin call aku. Terkejut beruk aku bila menerima panggilan darinya. Beria-ia dia minta maaf malam tadi. Aku tergelak lagi.

“La...tergelak pulak dia. Orang tanya dia macam-macam, jawapan dia hanya gelak. Otak kau dah tak betul ye?” Aku kerutkan dahi. Kemudian aku tergelak lagi.

“Saya dah sihat. Semalam letih je. Sebab saya tidur lambat. Jangan risaulah. Hari ini, saya dah sihat. Sebab malam tadi saya tidur nyenyak.” Hahhaa...Nyenyak sebab ada orang minta maaf. Lucu betul. Dia ingat siku dia tu kuat sangat sampai aku mengalami gegaran otak. Memang melucukan. Bila aku ingat balik, aku terasa hendak ketawa. Penghujungnya aku terus duduk dibawah meja dan ketawa sepuas hati. Sampai berair mataku sebab ketawa lama sangat.

“Mawar kenapa? Sakit lagi?” Aku geleng kepala dan dan menahan perut.

“Saya terlebih sihat. Tentu kakak semua panik tengok saya pengsan semalam.” Mereka geleng kepala lagi.

“Mawar..Mawar. Kau tak tahu betapa kelam kabutnya kami semalam.En.Haikal siap nak hantar kau ke Hospital lagi. Nasib baik ada Doktor kat klinik semalam.”

“Orang lain risau dekat dia. Dia pulak tergelak sakan. Sukalah hati sebab En.Haikal dukung sampai ke Klinik.” Bukan jauh pun klinik yang mereka sebut tu. Dalam kilang ni jugak. Sebuah bilik yang dikhaskan untuk Klinik bagi memudahkan pekerja mendapat rawatan tanpa perlu keluar pada waktu bekerja. Kebiasaannya, Doktor hanya akan datang 2 kali seminggu. Isnin dan Khamis. Kiranya semalam aku bernasib baik sebab doktor ada di klinik tersebut. Tapi bukan itu yang buat aku gelak. Teringat betapa gugupnya si dia memohon maaf padaku malam tadi. Aku tersenyum lagi.

“Kau rasa budak ni betul atau dah tak betul? Agaknya, ada urat putus semalam, tapi Doktor tu tak jumpa kot?” Aku terus tersenyum. Ingatanku melayang pada kenangan malam tadi.

“Aku..aku minta maaf,” Aku kerutkan dahi. Siapa yang call aku lepas tu minta maaf pulak ni? Lama aku mendiamkan diri.

“Kau dengar tak ni?”

“Awak ni siapa? Kenapa call saya lepas tu minta maaf? Peliklah awak ni.” Ada jugak manusia pelik zaman sekarang ni. Sengaja call orang lepas tu minta maaf. Atau, lelaki ni nak kenakan aku. Lepas tu dia akan cakap dia salah call. Kemudian nak berkenalan. Eii...tak kuasa aku nak berkenalan dengan lelaki yang aku tak kenal. Selalu sangat dengar kes, perempuan kena tipu oleh lelaki yang dia kenal melalui tersalah nombor telefon ni.

“Err...Aku..aku Sham,” Gagap pulak?

“Sham? Sham yang mana satu? Awak jangan nak main-main. Agaknya awak salah nombor tak?” Takkan Sham kawan satu sekolah aku tu. Tak mungkinlah. Kami dah lama tak berhubung.

“Tak.. bukan..Aku ni. Ishamudin.” Mulutku terlopong bila mendengar nama penuhnya. Erkkk...sejak bila dia gagap? Mana dia dapat nombor telefon aku?

“Err...Awak  call saya? Ermm..Kenapa?” Penyakit gagap dia sudah berjangkit kat aku pulak.

“Aku minta maaf sebab siku kepala kau siang tadi. Aku tak sengaja.” Aku mengulum senyum. Hisss...hilang terus gugup dia.

“Kuat juga awak siku kepala saya tadi. Nasib baik takde gegaran otak.” Aku tergelak kecil mengenakannya. Tentu dia bengang disebelah sana. Tapi, kenapa perlu call aku malam buta macam ni? Dah macam pasangan bercinta pulak. Risau dengan kekasih hati dia. Kenapa tak tunggu esok je? Aku gigit bibir menahan gelak. Kalaulah aku dapat tengok muka gelabah dia, kan seronok. Boleh juga aku abadikan di dalam telefon bimbit aku.

“Kau maafkan aku tak?” Suara dia ni, walaupun kasar, tapi tetap sedap di dengar. Mak tolong, Mawar dah angau dekat tunang orang.

“Jangan risau. Setakat siku awak tu apalah sangat. Saya pengsan bukan sebab awak. Okey. Selamat malam. Saya nak tidur.” Aku terus memutuskan talian sebelum tergelak besar.

“Tengok. Mawar, kalau rasa tak dapat bekerja, apakata kau ambil MC?” Aku terpinga-pinga mendengar suara Kak Onah begitu hampir denganku. Alamak!! Terkantoi lagi. Baru dia call, aku dah macam orang tak betul. Kalau dia mengaku cinta, memang aku angau terus.

“Ehh..Kak Onah ni. Orang sihat. Betul. Saya okey. Semalam saya terlalu letih je. Sebab tidur lambat malam tu.” Mereka semua memandang wajahku. Jelas terpancar riak risau.

Jam 8.00 pagi keadaan kilang semakin bising kerana hampir semua department beroperasi. Kami berlima khusyuk membuat kerja masing-masing. Aku yakin, pasti semua orang sibuk bercerita tentang peristiwa semalam. Mesti ramai yang nak tengok muka aku yang comel ni. Sebab apa? Sebab aku kena dukung oleh En.Haikal yang handsome tu. Sebelum ni ada juga khabar angin En.Haikal bercinta dengan budak kilang siap keluar tengok wayang lagi. Itu semua gosip. Dan, gosip itu berkaitan dengan aku. Nasib baik, aku pandai cover.

“Mawar, bagaimana hari ni? Okey?” Aku tersengih bila di tegur oleh Abang Asran.

“Abang handsome. Mawar okey. Semalam letih sikit je,” Dia angguk kepala.

“Jaga kesihatan tu. Jangan tidur lambat sangat. Ni mesti kes baca novel banyak sangat ni,” Aku tersengih lagi. Abang Asran ni macam tahu-tahu je perangai aku yang memang hantu novel ni.

“Terima kasih, Abang Handsome.” Dia angguk kepala dan terus berlalu. Beberapa minit kemudian tiba-tiba dadaku berdegup kencang. Kenapa ni? Tiba-tiba je aku rasa degupan jantungku tak tentu hala. Aku sentuh dadaku.

“Kenapa Mawar?” Aku angkat muka. Riak risau terpancar jelas diwajah Kak Mila. Aku geleng kepala.

“Mawar, ikut saya ke pejabat.” Aku angkat muka memandang wajah serius En.Haikal. Pada masa yang sama, aku ternampak Ishamudin berjalan pantas menuju ke pejabat. Aku mencuri pandang kearahnya. Dia memandang sekilas ke arah kami dan meneruskan perjalanannya.

“Kenapa En.Haikal?”

“Ikut saya sekejap.”

“Kak, saya pergi sekejap ye?” Kak Onah angguk kepala.

“Bertuah betul jadi perempuan cantik. Semua orang ambil berat.” Aku hanya tersenyum. Siapa kata bertuah? Aku rimas tau bila ramai sangat yang perihatin. Lepas tu, nak kena mengadap pula wajah-wajah tak puas hati pekerja wanita yang lain. Semua pandang serong kat aku. Mana-mana aku pergi, semuanya nak mengutuk aku. Nasib baiklah kat bahagian Bobbin ni, mereka kenal aku dan tahu semua tu gossip belaka.

“Duduk,” Pelawanya.

“Untuk awak,” Aku menyambut bungkusan yang dihulurnya.

“Apa ni En.Haikal?”

“Ubat untuk pulihkan tenaga awak.” Aku pandang tanpa riak kotak Pati Ayam Brands tersebut. Boleh ke tekak aku terima benda ni?

“Tak perlu susah-susah. Saya dah sihat. Errr...En.Haikal, terima kasih sebab tolong saya semalam,”  Aku menolak kotak tersebut. Dia tersenyum.

“Perkara kecik je. Awak simpan jelah. Baik untuk kesihatan tu.” Dia tersenyum.

“So, dah sihat lah ni?” Aku angguk kepala.

“Terima kasih ye.”

“Takkan terima kasih je?  Temankan saya makan tengahari ni. Boleh?” Temankan dia makan? Tapi, rakan-rakan aku macamana?

“Kawan-kawan saya?” Dia terdiam seketika.

“Bawalah sekali. Macam semalam juga. Mana tahu, awak pengsan lagi.” Aku tersipu malu. Tentu teruk rupa aku semalam.

“Okey. Jumpa tengahari nanti. Awak boleh balik ke tempat duduk awak,”

“Terima kasih, En.Haikal.” Aku terus berlalu. Perlahan pintu bilik aku tutup dan ketika aku berpaling, aku tersentak bila hampir melanggar seseorang. Sebaik sahaja terpandang wajah lelaki tersebut, aku terasa hendak tergelak. Tiba-tiba teringat hal semalam. Aku menggulum senyum dan berjalan perlahan dibelakangnya.

“Kau dah sihat?” Aku angkat muka. Dia ni bercakap dengan aku ke bercakap di telefon? Tapi tak nampak pun dia pakai earphone. Lagipun, mana boleh jawab telefon dalam production ni. Kalau waktu malam, aku tahulah, ramai yang curi-curi guna handphone.

“Kau dengar tak soalan aku tu?” Jadi, dia sedang tanya akulah tu. Macamana nak tahu dia sedang bercakap dengan aku kalau waktu tu, aku berada 1 meter dibelakangnya. Nasib baik kawasan tu takde orang dan terlindung dari pandangan pekerja yang lain.

“Awak bercakap dengan saya?” Dia tersentak dengan perlakuanku yang tiba-tiba berada ditepinya. Tentu dia terkejut beruk. Aku tersenyum lebar padanya. Dah macam kepala kura-kura pulak aku rasa saat ni. Kemudian aku berjalan perlahan disisinya.

“Saya sihat je.” Dia hanya memandangku dengan ekor matanya. Aku tutup mulut sebelum tawaku terlepas.

“Baguslah,” Jawabnya dan terus berlalu. Aku mencebik.

“Sombong.” Bisikku perlahan dan terus berjalan di belakangnya menuju ke meja kerjaku.

*******************
p/ s : salam... terima kasih buat semua yang sudi baca cite ni. rakan-rakan semua boleh tolong saya tak???.. konflik yg macamana korang nak tengok dalam novel ni???? 

0 catatan: