Followers

Thursday, October 23, 2014

Relaku Pujuk 57



Setahun berlalu...



“Mawar, kenapa ni?” Aku muncung mulut ke satu sudut. Bila Ishamudin berpaling, ketawanya terus meletus.

“Ya Allah. Isma, anak abah ni. Banyaknya salji.” Ismaradzi tergelak bila tubuhnya di peluk oleh abahnya. Ishamudin geleng kepala sambil kakinya melangkah menghampiriku.

“Perang tepung tak ajak abang pun,” Aku tayang riak tak puas hati.

“Salah abanglah tu. Abang pergi mana tadi? Susah payah Mawar buat kek tu. Macamana nak siap kek Mawar tu kalau asyik berebut dengan budak kecik ni. Orang nak buat kek, dia nak buat jugak. Lepas tu, sengaja dia taburkan  tepung tu atas kepala dia.” Ishamudin tergelak besar.

“Iye? Habis tu, yang kepala isteri abang ni pun putih, kenapa? Sayang pun letak tepung tu atas kepala sayang?” Aku geleng kepala.

“Mana ada. Lepas dia main tadi, Mawar letak plastik tepung tu atas meja. Tak tahu, bila pulak dia sempat pergi ke meja tu dan tarik lapik meja tu, semua benda atas meja tu jatuh. Mawar baru je habis kemas bawah ni. Tak dapat nak buat kek, lah macam ni.” Ismaradzi sekarang baru pandai bertatih. Tangan dia cepat sangat sampai. Sudahlah, kalau dia genggam, memang susah nak lepas. Aku cubit pipi Ismaradzi yang tersengih. Seronok sebab aku pun dah sama seperti dia.

“Isma, mari, abah mandikan. Mama Isma nak abah mandikan jugak?” Aku mencebik. Akibat teringin nak makan kek lapis Masam Manis, aku telah menelefon kakakku untuk bertanya tentang bahan-bahan dan cara membuat kek tersebut. Tetapi tergendala sebentar bila Ismaradzi menghulurkan bantuan. Adunan yang aku buat dengan senang hati dia tambahkan sukatannya.

Aku meneruskan kerjaku sehingga siap. Setelah bertungkus lumus, akhirnya siap juga kek Lapis Masam Manis aku ni. Aku mengeluh lega bila melihat hasil pertamaku. Tak sangka, akhirnya dapat juga aku siapkan kek itu tanpa bantuan sesiapa. Bila menerima pujian dari mak dan bapa mertuaku, makin lebar senyum aku dibuatnya. Isha pun dah nak tempah untuk dihadiahkan buat tunang tersayang. Tak sangka pulak kawan aku tu akhirnya bertunang dengan Abang Asran setelah setahun bercinta. Yang paling aku tak sangka, En. Haikal dan Sitah. Tak sangka, akhirnya mereka berkahwin. Sitah sudah tidak bekerja lagi sebab En.Haikal tak benarkan. Sayang betul En.Haikal kat isteri dia. Aku? Ishamudin pernah suruh aku berhenti, tapi aku tak nak. Sayang pulak rasanya kalau berhenti bekerja. Oleh kerana mak mertua aku sudi menjaga Ismaradzi, rasanya tak salah jika aku bekerja. Lagipun, dapat juga menambah pendapatan suami aku. Dengan kos hidup yang semakin hari semakin tinggi, lebih baik aku bekerja selagi masih mampu.



*************************************



“Kau dah kahwin?” Jelas sekali wajah Shamsuri a.k.a Sham terkejut. Nama hampir sama dengan nama laki aku. Aku angguk kepala. Tak sangka pulak terserempak dengan Shamsuri di sini. Sudah lama kami tidak berjumpa. Sejak tamat belajar, masing-masing membawa diri.

“Kenapa takde orang bagi tahu aku?” Wajahnya jelas sekali terkejut.

“Sebenarnya aku pun tak sangka yang aku kahwin awal. Tapi, mungkin dah jodoh aku,” Aku tersenyum bahagia. Ye. Aku bahagia sebab dapat berkahwin dengan lelaki sebaik Ishamudin. Hari-hari penuh dengan cintanya. Tidak pernah sehari pun dia melupakan aku.

“Tapi kau masih muda,” Aku tersenyum.

“Dia tak kisah pun.”

“Kau tak kisah? Kau tak cemburu tengok rakan-rakan sebaya yang lain enjoy, kau pulak duduk kat rumah melayan suami kau. Tak sayangkan usia remaja kau?” Aku gigit bibir. Geram betul. Asyik fikir nak enjoy je.

“Kau ni kenapa? Aku dah kata tadi, dah jodoh aku. Lagipun, usia bukan penghalang untuk berkahwin. Siapa kata lepas kahwin tak boleh enjoy? Kau ingat orang bujang je boleh enjoy?”  Terasa hati aku dibuatnya. Lebih baik aku enjoy dengan suami aku sendiri dari menghabiskan masa dengan lelaki yang tiada kaitan denganku.

“Bukan macam tu, maksud aku. Kenapa awal sangat kau kahwin?” Aku mengeluh. Dia ni memang tak faham bahasa agaknya.

“Kan aku dah cakap tadi. Jodoh aku dah sampai. Kenapa masih tak faham,” Aku sedia untuk beredar. Dia tak tahu ke, aku seronok sangat bila terserempak dengannya. Rindu pada rakan-rakan setelah lama tidak berjumpa. Sejak berkahwin, aku terputus hubungan dengan rakan-rakan lain. Tak sangka pulak aku terserempak dengannya.

“Mawar, tunggu..” Shamsuri menarik tanganku.

“Sham..lepaskan tangan aku,”

“Sorry..Sorry Mawar. Mawar aku..aku sukakan kau dari dulu lagi. Kenapa kau tak tunggu aku?” Aku tersentak. Sham suka aku?

“Apa kau merepek ni.”

“Sampai hati kau, Mawar. Selama ni, aku setia pada kau sorang. Aku tolak cinta gadis lain sebab aku nak hadiahkan hati aku pada kau seorang. Ini balasan kau atas kesetiaanku.” Ucapnya sedih.

“Apa kau merepek ni? aku tak pernah janji apa-apa pada kau. Kau dah lupa, kita hanya kawan. Hanya kawan. Sampai bila-bila,”

“Tapi, kau pernah kata kau sayangkan aku,” Aku mengeluh. Lama wajah Shamsuri aku pandang.

“Sayang aku pada kau adalah sayang seorang sahabat. Aku sayangkan kau seperti aku sayangkan kawan-kawan yang lain. Aku minta maaf jika kau salah faham dengan maksud sayang aku tu. Sekarang, aku dah berkahwin. Cinta dan kasih sayang aku hanya untuk suami aku.” Aku melangkah pergi meninggalkan Shamsuri. Tidak sanggup untuk  terus menunggu disitu.

“Aku tak dapat terima yang kau dah kahwin.” Aku berpaling memandang wajah bengis Shamsuri.

“Terpulang pada kau. Nampaknya, ini akan jadi hari terakhir kita berjumpa. Selagi kau tak buang perasaan itu, aku takkan jumpa kau lagi.” Tak sangka, selepas 4 tahun tak berjumpa, hubungan kami berakhir.

            Aku menghampiri suami dan anakku. Ishamudin sudah tarik muncung sedepa.

“Giliran sayang pulak dukung Isma.”

“Ala... Abang, Is ni berat tau.” Ismaradzi sedang enak tidur.

Ishamudin terus berlalu menolak troly ke kereta. Tangannya terus menyimpan barang-barang keperluan dapur yang kami beli tadi ke dalam bonet kereta. Marahlah tu. Manja mengalah Ismaradzi. Aku cium pipi gebu anakku.

“Marah pulak Abah Isma tu,” Aku melirik pandang wajah tegang suamiku. Dia masih mendiamkan diri. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mula bergerak meninggalkan lot parking. Ishamudin masih tayang muka tak puas hatinya.

“Abang marah ye? Mawar minta maaf. Dia tu kawan Mawar masa sekolah. Rasa macam tak patut pulak, kalau tak tegur dia,” Aku menjelaskan padanya. Dia tetap mendiamkan diri.

“Abang janganlah marah. Mawar setia pada abang sorang tau.” Aku memujuknya. Perlahan tangannya aku tarik dan cium. Dia hanya menjeling sekilas.

“Abang marah macam ni, semakin handsome saya tengok. Ni yang buat Mawar tak lena tidur malam,” Sengaja aku mengusiknya. Tapi, masih kaku. Sesi memujuk terpaksa dihentikan sebab Ismaradzi dah terjaga.

“Is, duduk elok-elok. Abah tengah bawak kereta tu,” Aku pukul tangan Ismaradzi yang hendak berpindah tempat duduk.

“Sabar sayang. Kejap lagi sampai,” Ishamudin sentuh pipi Ismaradzi. Aku mencebik. Ismaradzi pulak terus duduk diam. Kata abah dia je dia nak dengar. Mama dia yang cantik ni, dia tak nak layan.

Sebaik sahaja sampai di halaman rumah, ibu mertuaku tersenyum menyambut kami. Rindu dekat cucu tunggal dialah tu.

“Baru balik cucu nenek ni,” Mak mertuaku terus mengambil Ismaradzi dari pelukanku. Tergelak riang anakku itu bila di acah oleh neneknya. Ishamudin terus mendiamkan diri sambil membawa barang-barang yang kami beli tadi. Aku tahu dia masih marah. Biarlah dia marah sekejap. Nantilah aku pujuk.

            Selepas mengemas barang-barang keperluan dapur, Ishamudin terus masuk ke bilik. Aku geleng kepala. Manja mengalahkan Ismaradzi.

“Kenapa dengan Isham tu?” Aku tersenyum.

“Cemburu mak. Tadi, Mawar terserempak kawan lama kat tempat letak kereta. Mulanya, Mawar tak nak tegur, tapi, kami dah lama tak jumpa, lagipun, dia kawan baik Mawar masa sekolah dulu. Jadi, Mawar tegurlah. Abang pulak dah tarik muncung dia,” Mak mertuaku tergelak.

“Isham tu, mengalahkan Isma pulak dia.”

“Ye mak. Manja sangat.” Aku mencuci tangan dan setelah mengemas singki, aku berjalan perlahan ke bilik.

“Mawar, Isma ni nak menyusu agaknya. Merengek je budak comel ni,” Sebelum sempat aku masuk ke bilik, ibu mertuaku panggil. Ismaradzi menghulur tangan padaku.

“Anak mama ni. Lapar ye?” Dia tersengih. Pipi tembam anak aku ni buat aku geram tau. Aku cium pipinya bertalu-talu sambil melangkah masuk ke dalam bilik. Ketika pintu bilik dibuka, Ishamudin sedang berbaring di atas katil. Bila terpandang wajahku, dia terus membelakangiku. Aku tersenyum. Dulu, mengata aku manja, sekarang dia yang terlebih manja.

“Abah marah mamalah sayang,” Aku meletakan tubuh Ismaradzi di atas katil dan perlahan aku berbaring disebelahnya.

“Sabar sayang. Mama tahu sayang lapar,” Ismaradzi ketawa. Tahu sekejap lagi dia dapat menyusu. Perlahan aku usap kepalanya. Ishamudin masih membelakangi kami. Sesekali aku cuit bahunya. Dia menepis. Aku tergelak halus.

            Ismaradzi terus menyusu dengan lahap sekali. Lapar sangat agaknya. Selepas menyusu, Ismaradzi panjat badan suamiku. Sengaja aku suruh Ismaradzi usik ayahnya. Ishamudin terus menggeletek tubuh Ismaradzi.

“Abang, maafkan Mawar ye. Tadi tu, kawan satu sekolah Mawar. Rasa tak elok pulak kalau tak tegur dia. Maaf ye,” Aku tarik bahunya. Dia terus mengeraskan badannya. Ismaradzi masih dipeluknya erat. Kemudian Ishamudin berdiri sambil mendukung tubuh Ismaradzi. Terkebil-kebil aku ditinggalkan seorang diri di dalam bilik tu. Aku geleng kepala. Aku turun dari katil. Lebih baik aku tolong mak mertua aku memasak kat dapur.

            Ketika aku keluar dari dari bilik, terdengar suara perempuan memberi salam. Aku panjangkan leher melihat siapa gerangan yang memberi salam itu. Ishamudin menyambut salam tersebut sambil berdiri di hadapan pintu. Dia tersenyum lebar bila melihat wajah Arisa. Aku mencebik bibir dan terus berlalu ke dapur. Sejak mula berkahwin, aku tak suka tengok Arisa tu rapat dengan suami aku. Sudahlah nak tegur aku pun tak nak. Kalau dengan suami aku, ramah pulak. Benci aku tengok perempuan tu. 2 tahun lebih aku bergelar isteri pada Ishamudin, hanya beberapa kali je dia tegur aku. Itu pun, jika berada di depan mak mertua aku. Barulah dia tunjuk baik. Aku gigit bibir.

“Siapa kat luar tu?” Aku tersentak mendengar suara lembut ibuku bertanya.

“Arisa, mak.” Aku menjawab malas.

“Arisa? Dia dah sampai? Tadi dia datang nak jumpa Isham. Katanya nak minta tolong Isham hantar dia ke asrama.” Aku angguk kepala. Berusaha untuk tidak menunjukan rasa tidak senang.

“Mak, Sham pergi hantar Arisa dulu,” Aku gigit bibir lagi. Arghhh...tak suka macam ni. Dia keluar dengan perempuan lain boleh. Aku hanya berbual dengan Shamsuri tadi. Itupun kami berjumpa secara kebetulan. Tak patut.

“Mawar, kenapa? Nak ikut?” Aku geleng kepala.

“Tak naklah mak. Penat tadi belum hilang lagi. Mawar tolong mak je.” Aku menjawab perlahan.

            Sebak hati aku ni. Aku ni isteri dia, tapi dia buat tak nampak je. Aku memandang dari ekor mata. Kemudian aku berdengus kecil bila melihat senyum lebar di bibir Arisa membalas senyum suami aku. Pipi Ismaradzi dicubitnya geram. Aku terus mencapai periuk nasi. Malas aku nak tengok drama yang menyakitkan hati. Rasa macam mereka tu suami isteri pulak. Habis tu, aku ni siapa?

            Malamnya aku bawa Ismaradzi masuk tidur awal. Aku tak sedar pukul berapa Ishamudin sampai ke rumah. Mulanya aku ingat dia bawa Ismaradzi sekali, rupa-rupanya dia balik semula ke rumah menghantar Ismaradzi. Alasannya, Ismaradzi menangis sebab takut dekat kawan-kawan Arisa. Biarlah. Orang dah tak suka kita nak buat macamana. Takkan nak paksa dia suka kat kita. Baik aku tidur awal. Esok keja. Dari fikir tentang perkara yang tak penting, baik aku sambung tidur.

            Aku terjaga bila terasa pipiku diusap perlahan. Aku terus pejamkan mata. Aku tahu, tentu Ishamudin yang cuba memujukku. Aku pura-pura tepis tangannya. Kemudian aku terasa pipiku diciumnya.

“Abang cintakan sayang,” Aku terus mendiamkan diri. Walaupun hati sedikit terubat dengan ucapan cintanya, namun aku masih marah bila dia meninggalkan aku begitu sahaja bila berjumpa sepupunya itu. Tidak lama selepas itu, Ishamudin berbaring disebelahku. Mungkin dia menyangka aku sudah tidur.

“Selamat malam sayang,” Ucapnya perlahan sambil memeluk pinggangku. Tapi hanya seketika, bila Ismaradzi merengek. Mungkin kepanasan, sebab dia berada di antara kami. Aku mengeluh lega. Jika tidak, aku takut aku terpujuk dengan sentuhannya sebentar tadi. Aku terus melelapkan mata.

            Selepas menunaikan solat Subuh, Ishamudin cium dahiku. Aku tunduk mencium tangannya. Hal semalam dilupakan.

“Abang minta maaf kalau sayang cemburu. Tapi, abang memang cemburu bila tengok lelaki tu pegang tangan sayang,” Luahnya. Aku gigit bibir menahan marah.

“Abang kena yakin, cinta Mawar hanya untuk abang selagi Allah S.W.T mengizinkan.” Ucapku lembut. Dia angguk kepala.

“Abang tu, Mawar cemburu tengok abang rapat sangat dengan Arisa tu. Kenapa dulu tak ajak dia kahwin. Kenapa kahwin dengan Mawar?” Marahku. Tiba-tiba nak emo sekejap. Aku berpaling bila menyedari Ishamudin tergelak.

“Abang tahu sayang cemburu semalam. Abang sengaja buat sayang cemburu. Dengan itu, abang yakin yang sayang masih sayangkan abang. Masih cintakan abang,” Aku pukul dadanya. Ishamudin terus tarik tubuhku dan dipeluknya erat. Kami sama-sama mendiamkan diri. Suasana dingin dan sejuk itu membuatkan kami semakin selesa berkeadaan seperti itu.

“Kita ni, hari-hari macam orang baru bercinta. Sayang tak jemu asyik tengok muka abang yang handsome ni?” Soalnya perlahan setelah lama kami mendiamkan diri. Aku geleng kepala.

“Abang jemu tengok muka Mawar?” Soalku sedih. Dia tersenyum.

“Alhamdulillah. Sampai saat ini, abang tak pernah rasa jemu. Sebab, abang percaya dengan ciptaan Allah S.W.T. semua ciptaan Yang Maha Esa itu indah. Sama macam sayang,” Aku terharu mendengarnya. Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih abang.”

****************************

                                          -TAMAT -  

p/s : Saya tamatkan sehingga episode ni je... kalau ada masa, saya akan tambah lagi... maaf di atas kekurangan novel ni..saya budak baru belajar..

6 catatan:

Ziana Eunos said...

Best!! Dah lama tunggu..hihi

MaY_LiN said...

kaira!!!!
nnt wt SE lak eh
thanks 4 new n3

Anonymous said...

best..

IVORYGINGER said...

Best ending... Gambate for next story.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tumpang bertanya, karya ini ada dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan tak? Boleh beri pada saya alamat e-mel?

Anonymous said...

Tahniah... Plot best... Bahasa brrsehaja.Sedap dI baca.tq kongsi cerita ini.teruskan menulis...