Followers

Thursday, October 3, 2013

Relaku Pujuk 28



Aku berlari anak-anak ke lobby hotel. Gembira tak terkira bila mendengar Abang Zam datang menjengukku. Sebaik sahaja sampai di lobby, baru aku teringatkan sesuatu. Aku terlupa bagitahu Ishamudin aku berjumpa dengan abangku. Aku meraba poket seluar. Namun apa yang aku cari tiada.
“Alamak!!! Handphone aku. Macamana ni?” Sedang aku leka berkira-kira untuk balik ke bilik, namaku dipanggil.
“Abang Zam...” Aku terus berlari kearahnya dan menyalami tangannya.
“Wah!!! Berseri wajah pengantin baru ni,” Aku tersipu malu. Apalah abang aku ni. Berseri apanya.
“Mana suami kau? Abang belum jumpa dia lagi.” Aku mengeluh. Memang Abang Zam dan Ishamudin tak pernah berjumpa. Masa hari perkahwinan kami, Abang Zam tak dapat balik. Tiket yang dia beli terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Beria-ia dia nak balik, tetapi tetap juga tidak dapat balik.
“Tadi dia dalam toilet, jadi Mawar terlupa nak bagitahu dia.” Abang Zam geleng kepala.
“Kenapa tak telefon bagitahu dia?” Aku tersengih lagi.
“Haahaha..tapi...handphone tertinggal kat bilik pulak,” Aku tersengih.
“Habis tu, tak payah keluarlah.”
“Mana boleh. Nantilah Mawar bagitahu dia.”
“Call dia sekarang.” Aku muncung bibir. Bukan tak nak call, masalahnya, aku tak ingat nombor telefon dia.
“Mawar lupa nombor fon dia.” Aku mengaku. Abang Zam geleng kepala kemudian perlahan kakinya melangkah ke kaunter pertanyaan hotel tersebut.
“Nombor bilik kau ingat?” Aku angguk kepala.
“217.” Aku hanya melihat abangku sedang bercakap dengan penyambut tetamu tersebut.
“Adik boleh tolong call bilik 217 ni tak?” Pintanya. Penyambut tetamu itu pandang pelik ke arah kami berdua.
“Maaf. Boleh saya tahu Encik ni siapa?”
“Ini adik saya. Telefon dia tertinggal di bilik tetapi saya call tadi, takde orang jawab. Saya nak call suami dia,” Aku hanya memerhati abangku berurusan dengan penyambut tetamu tersebut.
“Pn.Mawardina?” Aku angguk kepala. Mana pulak pak cik ni pergi. Orang telefon dia tak angkat.  Gadis tersebut membuat panggilan ke bilik kami.
“Maaf encik. Tak ada orang jawab. Mungkin dia dah keluar atau berada dalam bilik air.” Aku mengeluh.
“Takpelah. Nanti cik tolong tinggalkan pesan pada dia. Saya nak bawa adik saya keluar sekejap.” Gadis tersebut angguk kepala.
“Okey. ”
“Terima kasih,”
Kami berdua  keluar dari hotel tersebut. Aku gembira sangat dapat jumpa abangku. Kalau di kira, memang sudah agak lama kami tidak berjumpa sebab abangku ini sibuk orangnya. Sebab tu sampai sekarang masih belum berkahwin.
“Kita nak pergi ke mana ni?” Aku bertanya tidak sabar. Pintu kereta Proton Waja aku buka. Ini kali pertama aku naik kereta Abang Zam.
“Kita pergi makan kat tempat yang special.” Abang Zam terus memandu kereta menyusuri jalan raya yang agak tenang. Dia membawaku ke sebuah restauran makanan Korea.
“Wah!!! Dah lama Mawar teringin nak makan makanan Korea ni. Tapi nak order apa ye?” Aku lihat abangku leka dengan telefon bimbitnya.
“Abang, restorent ni Halal, ye?”
“Halal. Orang melayu yang buka kedai ni. Abang dengar, dia dah lama tinggal kat Korea, jadi bila balik ke sini, dia buka restorent ni.” Aku angguk kepala.
Hidangan sampai tidak sampai 15 minit. Daging panggang yang nampak enak itu membuatkan airliurku hampir meleleh.
“Makanlah. Apa tunggu lagi,” Aku angguk kepala. Aku menjamu selera tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Abang Zam geleng kepala melihat telatahku.
“Dah berapa tahun kau tak makan? Laki kau tak bagi kau makan, ke?” Aku tersengih.
“Mana ada. Dia bagi Mawar makan apasaja yang Mawar nak makan. Tapi, yang ini, sedap sangat, sebab tu Mawar makan macamni,” Abang Zam aku lihat tenang sahaja malam itu.
“Macamana dengan laki kau tu? Dia okey?”
“Ermm...Entah. Mawar dan dia sebenarnya tak sebulu. Kalau berjumpa asyik bergaduh je. Dari mula Mawar jumpa dia sampai sekarang, kami asyik bertengkar.” Aku mengeluh. Tapi, sekarang kami dah tak selalu bertengkar. Bukanlah bertengkar sampai tahap yang lebih-lebih. Ishamudin suka sangat mengusikku. Suka buat aku marah, tetapi, hanya sekejap.
“Mak ada cakap hari tu, yang Mawar dan dia bekerja di kilang yang sama. Nampaknya memang dah jodoh kamu,lah tu.” Aku mencebik bibir.
“Jodoh apanya kalau asyik bergaduh. Tapi, dia taklah teruk sangat. Cuma mulut tu, asyik nak kenakan Mawar. Suka sangat nak usik Mawar. Setakat ni, dia okey je. Dia jaga Mawar dengan baik.” Abang Zam ketawa.
“Dia sengaja nak bergaduh dengan Mawar untuk tarik perhatian Mawarlah tu.”
“Tarik perhatian Mawar?”
“Lelaki memang macam tu. Sengaja nak buat perempuan marahkan mereka. Bila marah, sudah tentu Mawar asyik teringatkan dia. Betul tak?” Aku terdiam seketika.
Sejak kami melancarkan perang dingin, memang aku asyik teringatkan dia. Sehingga aku begitu peka dengan kehadirannya. Setiap kali mendengar namanya, aku jadi tak tentu arah. Sama ada marah atau suka, aku tak pasti.
“Merepeklah. Kenapa dia nak tarik perhatian Mawar, dia sudah ada tunang masa tu.”
“Dia baru jumpa gadis yang dia minat. Mungkin sebelum tu, dia tak banyak pilihan. Tapi, bila jumpa Mawar, ada resah dalam hati dia. Dan mungkin juga, dia rasa menyesal sebab lambat kenal Mawar.”
“Mungkin juga. Mawar dengar, tunang ...err...bekas tunang dia yang memikat dia terlebih dahulu,” Abang Zam tergelak.
“Kan dah kata.” Aku jungkit bahu.
Setelah puas menjamu selera, Abang Zam menghantarku balik ke hotel. Dia perlu balik ke kem sebab esok dia ada tugasan ke Lumut, Perak. Begitulah pekerjaan sebagai tentera. Bila-bila masa dihantar bertugas tak kira tempat. Nasib baik, kunci bilik aku bawa, kalau tidak, tidur diluarlah jawabnya.
            Aku melangkah perlahan ke dalam bilik yang bercahaya malap. Di satu sudut aku terpandang sebuah meja kecil yang terdapat kek beserta lilin dan juga dua biji gelas. Aku kerutkan dahi.
“Aih??? Aku salah masuk bilik ke?” Aku pandang sekeliling bilik. Tiada sesiapa pun di dalam bilik tersebut. Aku buka almari pakaian dan meneliti satu persatu baju didalamnya.
“Betul ini bilik kami. Mana pulak orang tua tu pergi? Meja dan kek ni semua, untuk siapa?” Aku menarik sehelai kertas yang terselit di bawah bekas kek.
‘Selamat Pengantin baru dan Selamat Hari Lahir,’ Aku karutkan dahi. Hari lahir siapa? Hari lahir aku dah lepas.
“Erkk...mungkinkah dia..” Aku membuka beg galasku. Salinan kad pengenalannya aku keluarkan. Alamak...hari lahir dia. Aku garu kepala yang tidak gatal. Mataku meliar memandang sekeliling bilik dan akhirnya mataku berhenti di balkoni bilik. Sesusuk tubuh sedang duduk menghadap permandangan laut yang gelap-gelita itu. Perlahan aku menghampirinya. Aku berdiri dihadapannya namun dia sedikitpun tidak bergerak. Aku tunduk merenung wajahnya. Rupa-rupanya dia tertidur. Macamana ni? Nak kejutkan atau biarkan dia tidur kat sini? Errkk...Kalau biarkan tidur kat sini, macam tak patut pulak. Nanti dia kesejukkan. Baik aku pergi mandi dulu, lepas tu baru fikir nak buat apa kat dia,
 Aku terus berlalu ke bilik mandi.
Ketika aku keluar dari bilik mandi, Ishamudin masih lagi tidur di balkoni. Setelah memakai baju tidur dan menunaikan solat Isyak, aku berjalan perlahan menghampirinya. Perlahan aku berlutut dihadapannya dan menyentuh tangannya yang sudah sejuk itu.
“Errrkkk..” Aku terkejut bila melihat Ishamudin terjaga. Matanya digosok perlahan kemudian memandang tepat kearahku. Tanpa kata, dia terus berlalu meninggalkan aku seorang diri di luar. Aku kerutkan dahi dan mengejar langkahnya. Dia terus naik ke atas katil dan menarik selimut menutup wajahnya.
“Errr...Awak, saya minta maaf sebab keluar tak bagitahu awak,” Aku menunggu balasan. Namun hampa. Dia terus membatukan diri. Hampir 5 minit menunggu masih juga tiada balasan. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur. Lagipun, aku tak pandai sangat dalam hal pujuk memujuk ni. Kalau mengusik tu, serahkan pada aku. Aku terus berbaring disebelahnya. Semenjak seminggu di sini, aku merasa senang tidur sekatil dengannya. Dia juga tidak pernah mengambil kesempatan keatasku. ‘Eleh, kau tu uzur, sebab tu dia dapat bersabar. Kalau kau tak uzur, aku yakin, dah lama kau jadi isteri sebenar dia,’ Aku menoleh ke arah Ishamudin. Suara tadi begitu jelas ditelingku. Aku gigit bibir bila mengenangkan kata-kata tersebut. Memandangkan aku sudah boleh bersembahyang sejak beberapa hari lepas, timbul rasa tak sedap hati. Mungkinkah Ishamudin sedang merancang sesuatu tadi?  ‘Tak mungkin. Dia takkan paksa kau bersama dia. Walaupun dia suka sakitkan hati kau, aku yakin, dia takkan paksa kau jalankan tanggungjawab kau terhadapnya selagi kau belum bersedia.’ Satu suara lagi menyangkal. ‘Habis tu, apa semua tu. Meja, kek, lilin, gelas dan bunga. Suasana bilik ini juga lain dari hari biasa,’ Aku pening kepala.
“Awak... selamat hari lahir,” Aku berbisik ketelinganya. Biarlah kalau dia dengar atau tidak. Yang penting aku dah ucapkannya. Aku terus pejamkan mata tanpa menghiraukan suara-suara halus yang aku dengar tadi. Setelah berselawat beberapa kali, akhirnya aku berasa tenang.
            Keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Ishamudin tidak menghiraukanku. Macam-macam perkara yang aku buat untuk tarik perhatiannya, namun sedikitpun dia tak ambil peduli.
            Ketika di dalam pesawat pun, dia buat tak tahu je sampai aku rasa tersisih. Kalau marahkan aku, dia patut cakap terus terang. Jangan mendiamkan diri macam ni. Sesekali aku menoleh padanya. Wajahnya tetap masam mencuka. Tapi, bila ditegur oleh pramugari, boleh pulak dia tersenyum. Siap berbual mesra lagi dengan pramugari tu. Ni yang buat aku rasa nak marah. Aku ni isteri dia, boleh pulak dia buat tak nampak. Daripada aku pening kepala melayan kerenah dia, baik aku tidur. Telinga aku sumbat dengan earphone dan volume aku pasang kuat-kuat. Biar sampai pekak telinga ni, supaya tak payah dengar suara sumbang dia bergelak ketawa dengan pramugari tu. Buat sakit hati je. Adakah aku sedang cemburu sekarang ni. Aku mengeluh. Nak cemburu pun, aku tak layak sebenarnya. Orang tak suka kita, manalah nak layan cemburu kita ni.
            Aku tersedar bila terasa pipiku dipukul perlahan oleh seseorang. Bila kau buka mata, wajah kelat Ishamudin menyapa mataku.
“Dah sampai. Tak nak turun?” Soalnya kasar.
            Sepanjang perjalanan balik, Ishamudin hanya mendiamkan diri. Hanya aku menjawab setiap soalan yang ditanya oleh Isha dan ibu mertuaku. Ishamudin pula melelapkan matanya di sebelah tempat duduk pemandu.
“Tentu seronok,kan Mawar. Kat sana banyak pulau,kan,” Aku angguk kepala.
“Penat betul orang kat depan tu.” Aku menoleh sekilas wajah suamiku. Namun tiada reaksi.
“Aah..mak. semalam, kami habiskan masa kat pasar cari ole-ole untuk dibawa balik.” Mak mertuaku angguk kepala. Selepas itu, kami berbual tanpa menghiraukan Ishamudin yang sudah jauh berlayar.

****************************
p/s : Selamat membaca semua. nampaknya, macam takde rezeki nak ke versi cetak... huhuhu...

4 catatan:

Unknown said...

hehe... kn hubby dh merajuk...kuar kn skill memujuk tuh,kalu berpanjangan rajuk nyer parah....best...

IVORYGINGER said...

its okay. klu tak dpt nk bukukan cuba publish kat cn bg abis or publish sndr n jual scr online. amacam okay tak? :D Dah lama follow ceta ni nk jgk tau kesinambungan smpai abis.

MaY_LiN said...

huhuhu..ayok..abis la mawar..
cik abg da ngajok..

Eijan said...

Kalau x de rezeki ke versi cetak just habiskan di blog aje...citer ni dah lama pending rasanya...