Aku berlari anak-anak ke lobby hotel. Gembira tak
terkira bila mendengar Abang Zam datang menjengukku. Sebaik sahaja sampai di
lobby, baru aku teringatkan sesuatu. Aku terlupa bagitahu Ishamudin aku berjumpa
dengan abangku. Aku meraba poket seluar. Namun apa yang aku cari tiada.
“Alamak!!! Handphone aku. Macamana ni?” Sedang aku leka berkira-kira untuk
balik ke bilik, namaku dipanggil.
“Abang Zam...” Aku terus berlari kearahnya dan menyalami tangannya.
“Wah!!! Berseri wajah pengantin baru ni,” Aku tersipu malu. Apalah abang
aku ni. Berseri apanya.
“Mana suami kau? Abang belum jumpa dia lagi.” Aku mengeluh. Memang Abang
Zam dan Ishamudin tak pernah berjumpa. Masa hari perkahwinan kami, Abang Zam
tak dapat balik. Tiket yang dia beli terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak
dapat dielakkan. Beria-ia dia nak balik, tetapi tetap juga tidak dapat balik.
“Tadi dia dalam toilet, jadi Mawar terlupa nak bagitahu dia.” Abang Zam
geleng kepala.
“Kenapa tak telefon bagitahu dia?” Aku tersengih lagi.
“Haahaha..tapi...handphone tertinggal kat bilik pulak,” Aku tersengih.
“Habis tu, tak payah keluarlah.”
“Mana boleh. Nantilah Mawar bagitahu dia.”
“Call dia sekarang.” Aku muncung bibir. Bukan tak nak call, masalahnya, aku
tak ingat nombor telefon dia.
“Mawar lupa nombor fon dia.” Aku mengaku. Abang Zam geleng kepala kemudian
perlahan kakinya melangkah ke kaunter pertanyaan hotel tersebut.
“Nombor bilik kau ingat?” Aku angguk kepala.
“217.” Aku hanya melihat abangku sedang bercakap dengan penyambut tetamu
tersebut.
“Adik boleh tolong call bilik 217 ni tak?” Pintanya. Penyambut tetamu itu
pandang pelik ke arah kami berdua.
“Maaf. Boleh saya tahu Encik ni siapa?”
“Ini adik saya. Telefon dia tertinggal di bilik tetapi saya call tadi,
takde orang jawab. Saya nak call suami dia,” Aku hanya memerhati abangku
berurusan dengan penyambut tetamu tersebut.
“Pn.Mawardina?” Aku angguk kepala. Mana pulak pak cik ni pergi. Orang
telefon dia tak angkat. Gadis tersebut
membuat panggilan ke bilik kami.
“Maaf encik. Tak ada orang jawab. Mungkin dia dah keluar atau berada dalam
bilik air.” Aku mengeluh.
“Takpelah. Nanti cik tolong tinggalkan pesan pada dia. Saya nak bawa adik
saya keluar sekejap.” Gadis tersebut angguk kepala.
“Okey. ”
“Terima kasih,”
Kami berdua keluar dari hotel tersebut. Aku gembira sangat
dapat jumpa abangku. Kalau di kira, memang sudah agak lama kami tidak berjumpa
sebab abangku ini sibuk orangnya. Sebab tu sampai sekarang masih belum
berkahwin.
“Kita nak pergi ke mana ni?” Aku bertanya tidak sabar. Pintu kereta Proton
Waja aku buka. Ini kali pertama aku naik kereta Abang Zam.
“Kita pergi makan kat tempat yang special.” Abang Zam terus memandu kereta
menyusuri jalan raya yang agak tenang. Dia membawaku ke sebuah restauran
makanan Korea.
“Wah!!! Dah lama Mawar teringin nak makan makanan Korea ni. Tapi nak order
apa ye?” Aku lihat abangku leka dengan telefon bimbitnya.
“Abang, restorent ni Halal, ye?”
“Halal. Orang melayu yang buka kedai ni. Abang dengar, dia dah lama tinggal
kat Korea, jadi bila balik ke sini, dia buka restorent ni.” Aku angguk kepala.
Hidangan sampai tidak sampai 15 minit. Daging panggang yang nampak enak itu
membuatkan airliurku hampir meleleh.
“Makanlah. Apa tunggu lagi,” Aku angguk kepala. Aku menjamu selera tanpa menghiraukan
keadaan sekeliling. Abang Zam geleng kepala melihat telatahku.
“Dah berapa tahun kau tak makan? Laki kau tak bagi kau makan, ke?” Aku
tersengih.
“Mana ada. Dia bagi Mawar makan apasaja yang Mawar nak makan. Tapi, yang
ini, sedap sangat, sebab tu Mawar makan macamni,” Abang Zam aku lihat tenang
sahaja malam itu.
“Macamana dengan laki kau tu? Dia okey?”
“Ermm...Entah. Mawar dan dia sebenarnya tak sebulu. Kalau berjumpa asyik
bergaduh je. Dari mula Mawar jumpa dia sampai sekarang, kami asyik bertengkar.”
Aku mengeluh. Tapi, sekarang kami dah tak selalu bertengkar. Bukanlah
bertengkar sampai tahap yang lebih-lebih. Ishamudin suka sangat mengusikku.
Suka buat aku marah, tetapi, hanya sekejap.
“Mak ada cakap hari tu, yang Mawar dan dia bekerja di kilang yang sama.
Nampaknya memang dah jodoh kamu,lah tu.” Aku mencebik bibir.
“Jodoh apanya kalau asyik bergaduh. Tapi, dia taklah teruk sangat. Cuma
mulut tu, asyik nak kenakan Mawar. Suka sangat nak usik Mawar. Setakat ni, dia
okey je. Dia jaga Mawar dengan baik.” Abang Zam ketawa.
“Dia sengaja nak bergaduh dengan Mawar untuk tarik perhatian Mawarlah tu.”
“Tarik perhatian Mawar?”
“Lelaki memang macam tu. Sengaja nak buat perempuan marahkan mereka. Bila
marah, sudah tentu Mawar asyik teringatkan dia. Betul tak?” Aku terdiam
seketika.
Sejak kami melancarkan perang dingin, memang aku
asyik teringatkan dia. Sehingga aku begitu peka dengan kehadirannya. Setiap
kali mendengar namanya, aku jadi tak tentu arah. Sama ada marah atau suka, aku
tak pasti.
“Merepeklah. Kenapa dia nak tarik perhatian Mawar, dia sudah ada tunang
masa tu.”
“Dia baru jumpa gadis yang dia minat. Mungkin sebelum tu, dia tak banyak
pilihan. Tapi, bila jumpa Mawar, ada resah dalam hati dia. Dan mungkin juga,
dia rasa menyesal sebab lambat kenal Mawar.”
“Mungkin juga. Mawar dengar, tunang ...err...bekas tunang dia yang memikat
dia terlebih dahulu,” Abang Zam tergelak.
“Kan dah kata.” Aku jungkit bahu.
Setelah puas menjamu selera, Abang Zam
menghantarku balik ke hotel. Dia perlu balik ke kem sebab esok dia ada tugasan
ke Lumut, Perak. Begitulah pekerjaan sebagai tentera. Bila-bila masa dihantar
bertugas tak kira tempat. Nasib baik, kunci bilik aku bawa, kalau tidak, tidur
diluarlah jawabnya.
Aku melangkah perlahan ke
dalam bilik yang bercahaya malap. Di satu sudut aku terpandang sebuah meja
kecil yang terdapat kek beserta lilin dan juga dua biji gelas. Aku kerutkan
dahi.
“Aih??? Aku salah masuk bilik ke?” Aku pandang sekeliling bilik. Tiada
sesiapa pun di dalam bilik tersebut. Aku buka almari pakaian dan meneliti satu
persatu baju didalamnya.
“Betul ini bilik kami. Mana pulak orang tua tu pergi? Meja dan kek ni
semua, untuk siapa?” Aku menarik sehelai kertas yang terselit di bawah bekas
kek.
‘Selamat Pengantin baru dan Selamat Hari Lahir,’ Aku karutkan dahi. Hari
lahir siapa? Hari lahir aku dah lepas.
“Erkk...mungkinkah dia..” Aku membuka beg galasku. Salinan kad pengenalannya
aku keluarkan. Alamak...hari lahir dia. Aku garu kepala yang tidak gatal.
Mataku meliar memandang sekeliling bilik dan akhirnya mataku berhenti di
balkoni bilik. Sesusuk tubuh sedang duduk menghadap permandangan laut yang
gelap-gelita itu. Perlahan aku menghampirinya. Aku berdiri dihadapannya namun
dia sedikitpun tidak bergerak. Aku tunduk merenung wajahnya. Rupa-rupanya dia
tertidur. Macamana ni? Nak kejutkan atau biarkan dia tidur kat sini?
Errkk...Kalau biarkan tidur kat sini, macam tak patut pulak. Nanti dia
kesejukkan. Baik aku pergi mandi dulu, lepas tu baru fikir nak buat apa kat
dia,
Aku terus berlalu ke bilik mandi.
Ketika aku keluar dari bilik mandi, Ishamudin
masih lagi tidur di balkoni. Setelah memakai baju tidur dan menunaikan solat
Isyak, aku berjalan perlahan menghampirinya. Perlahan aku berlutut dihadapannya
dan menyentuh tangannya yang sudah sejuk itu.
“Errrkkk..” Aku terkejut bila melihat Ishamudin terjaga. Matanya digosok
perlahan kemudian memandang tepat kearahku. Tanpa kata, dia terus berlalu
meninggalkan aku seorang diri di luar. Aku kerutkan dahi dan mengejar
langkahnya. Dia terus naik ke atas katil dan menarik selimut menutup wajahnya.
“Errr...Awak, saya minta maaf sebab keluar tak bagitahu awak,” Aku menunggu
balasan. Namun hampa. Dia terus membatukan diri. Hampir 5 minit menunggu masih
juga tiada balasan. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur. Lagipun, aku
tak pandai sangat dalam hal pujuk memujuk ni. Kalau mengusik tu, serahkan pada
aku. Aku terus berbaring disebelahnya. Semenjak seminggu di sini, aku merasa
senang tidur sekatil dengannya. Dia juga tidak pernah mengambil kesempatan
keatasku. ‘Eleh, kau tu uzur, sebab tu dia dapat bersabar. Kalau kau tak uzur,
aku yakin, dah lama kau jadi isteri sebenar dia,’ Aku menoleh ke arah
Ishamudin. Suara tadi begitu jelas ditelingku. Aku gigit bibir bila
mengenangkan kata-kata tersebut. Memandangkan aku sudah boleh bersembahyang
sejak beberapa hari lepas, timbul rasa tak sedap hati. Mungkinkah Ishamudin
sedang merancang sesuatu tadi? ‘Tak
mungkin. Dia takkan paksa kau bersama dia. Walaupun dia suka sakitkan hati kau,
aku yakin, dia takkan paksa kau jalankan tanggungjawab kau terhadapnya selagi
kau belum bersedia.’ Satu suara lagi menyangkal. ‘Habis tu, apa semua tu. Meja,
kek, lilin, gelas dan bunga. Suasana bilik ini juga lain dari hari biasa,’ Aku
pening kepala.
“Awak... selamat hari lahir,” Aku berbisik ketelinganya. Biarlah kalau dia
dengar atau tidak. Yang penting aku dah ucapkannya. Aku terus pejamkan mata
tanpa menghiraukan suara-suara halus yang aku dengar tadi. Setelah berselawat
beberapa kali, akhirnya aku berasa tenang.
Keesokan harinya, selepas
menunaikan solat subuh berjemaah, Ishamudin tidak menghiraukanku. Macam-macam
perkara yang aku buat untuk tarik perhatiannya, namun sedikitpun dia tak ambil
peduli.
Ketika di dalam pesawat
pun, dia buat tak tahu je sampai aku rasa tersisih. Kalau marahkan aku, dia
patut cakap terus terang. Jangan mendiamkan diri macam ni. Sesekali aku menoleh
padanya. Wajahnya tetap masam mencuka. Tapi, bila ditegur oleh pramugari, boleh
pulak dia tersenyum. Siap berbual mesra lagi dengan pramugari tu. Ni yang buat
aku rasa nak marah. Aku ni isteri dia, boleh pulak dia buat tak nampak. Daripada
aku pening kepala melayan kerenah dia, baik aku tidur. Telinga aku sumbat
dengan earphone dan volume aku pasang
kuat-kuat. Biar sampai pekak telinga ni, supaya tak payah dengar suara sumbang
dia bergelak ketawa dengan pramugari tu. Buat sakit hati je. Adakah aku sedang
cemburu sekarang ni. Aku mengeluh. Nak cemburu pun, aku tak layak sebenarnya.
Orang tak suka kita, manalah nak layan cemburu kita ni.
Aku tersedar bila terasa
pipiku dipukul perlahan oleh seseorang. Bila kau buka mata, wajah kelat Ishamudin
menyapa mataku.
“Dah sampai. Tak nak turun?” Soalnya kasar.
Sepanjang perjalanan
balik, Ishamudin hanya mendiamkan diri. Hanya aku menjawab setiap soalan yang
ditanya oleh Isha dan ibu mertuaku. Ishamudin pula melelapkan matanya di sebelah
tempat duduk pemandu.
“Tentu seronok,kan Mawar. Kat sana banyak pulau,kan,” Aku angguk kepala.
“Penat betul orang kat depan tu.” Aku menoleh sekilas wajah suamiku. Namun
tiada reaksi.
“Aah..mak. semalam, kami habiskan masa kat pasar cari ole-ole untuk dibawa
balik.” Mak mertuaku angguk kepala. Selepas itu, kami berbual tanpa
menghiraukan Ishamudin yang sudah jauh berlayar.
****************************
p/s : Selamat membaca semua. nampaknya, macam takde rezeki nak ke versi cetak... huhuhu...
4 catatan:
hehe... kn hubby dh merajuk...kuar kn skill memujuk tuh,kalu berpanjangan rajuk nyer parah....best...
its okay. klu tak dpt nk bukukan cuba publish kat cn bg abis or publish sndr n jual scr online. amacam okay tak? :D Dah lama follow ceta ni nk jgk tau kesinambungan smpai abis.
huhuhu..ayok..abis la mawar..
cik abg da ngajok..
Kalau x de rezeki ke versi cetak just habiskan di blog aje...citer ni dah lama pending rasanya...
Post a Comment