Followers

Tuesday, February 16, 2010

Pilihan Hati 17

Selepas makan dan mengemas meja makan. Ariyana menonton tv sementara menunggu Shila yang sedang menjawab panggilan dari seseorang Ariyana termenung lagi. Fikirannya melayang.

“Barang ni untuk sebulan or berbulan-bulan?” Iskandar bertanya bila melihat troli yang ditolaknya hampir penuh. Ariyana hanya memandang sekilas wajah Iskandar.

“Untuk sebulanlah.” Ariyana menjawab malas bila merasakan Iskandar masih menanti jawapan darinya.

“Bila lagi nak habis ni? Lenguh dah kaki ni,” Iskandar bersuara lagi. Ariyana menjeling tajam.

‘Padan muka. Siapa suruh rajin sangat nak ikut tadi,’ Ariyana tersenyum sambil memandang ke arah lain. Hampir 1 jam mereka mengelilingi Mall. Kakinya juga terasa penat. Lebih-lebih lagi Iskandar yang sedang menolak troli itu. Kasihan juga melihat lelaki tersebut bersusah payah menolak troli tersebut.

“Hoi!!! Kau apa hal tersengih macam kerang busuk ni. Aku bercakap dengan dia, dia buat derk je. Angau.” Shila tepuk tangan di depan muka Ariyana. Ariyana tersentak. Dia mengelamun rupanya.

“Kau ada rahsia tak bagi tau aku ye?” Shila buat muka tak puas hati. Ariyana gelebah. ‘Bila masa pulak minah ni ada kat sini?Takkan nak bagi tahu dia tentang hal petang tadi? Mengamuk pulak minah ni,’ Ariyana garu kepala mencari idea. Akhirnya, Ariyana mengeluh. Memang dia tidak dapat berahsia dengan Shila.

“Masa kat Mall tadi, kita orang terserempak dengan Kak Ida,” Ariyana berhati-hati membuka cerita.

“Hahhhh...Terserempak perempuan tu? Abang Is macamana?” Shila berdiri sambil cekak pinggang. Ariyana tersenyum kecil. Takut melihat wajah Shila yang kemerahan itu.

“Releklah beb....aku nak bercerita pun hilang selera tengok muka kau yang dah macam monster tu,” Ariyana tarik tangan Shila supaya duduk. Shila berdengus kasar.

“Ada dia tegur Abang Is?” Shila masih bersuara kasar.

“Uiiiii...garangnya. Kot ya pun marah kat dia, janganlah libatkan aku jugak,” Ariyana tersenyum. Suhu kemarahan Shila akan melonjak tinggi bila terdengar nama Hanida.

“Masa nak balik tu, terserempak dengan dia dan kekasih dia. Dia ada tegur Abang Is. Tapi, sekejap je. Lepas tu, kami berdua blah.” Ariyana fokuskan matanya ke screen tv. Shila hairan.

“Itu je? Dia tak tanya perkara lain?” Ariyana pandang wajah Shila.

“Perkara lain? Perkara apa?” Ariyana berusaha untuk berlagak selamba. Bimbang Shila memaksanya bercerita tentang perkara yang memalukan semasa di Mall tadi. Shila pandang wajah Ariyana dengan riak tidak percaya. Seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh Ariyana.

“Cerita kau macam tak lengkap je? Tergantung.” Shila masih merenung wajah gelisah Ariyana.

“Mana ada. Betullah. Kami tak borak lama-lama. Sekejap je.” Ariyana pandang ke arah lain. Wajahnya merah menahan malu bila teringat Iskandar memeluk pinggangnya.

“Malas aku nak layan kau. Aku nak tidur,” Ariyana melarikan diri ke bilik. Bimbang dia akan menceritakan semuanya pada Shila. Dan, dia yakin, Shila akan tergelak besar. Kemungkinan besar, itu akan menjadi bahan usikan Shila berminggu-minggu lamanya.

Ariyana berbaring di atas katil sambil merenung syiling. Terbayang riak wajah Iskandar yang menawan itu sedang tersenyum manis padanya. Ariyana tersenyum meleret dan tanpa sedar dia menarik kain selimut menutup wajahnya. Seakan-akan mata Iskandar sedang merenungnya.

“Kenapa dengan aku ni?” Ariyana bertanya pada diri sendiri. Dup..dap..dup..dap....Ariyana sentuh dadanya. Degupan jantungnya terasa semakin kuat. Setiap kali nama Iskandar meniti dibibirnya, jantungnya berdegup kencang.

“Kenapa tiba-tiba terfikir tentang dia? huhhh” Ariyana mengeluh dan bertukar posisi. Bila teringat Iskandar mencium bahunya, Ariyana geleng kepala. Dia sentuh bahunya. Wajahnya berubah merah bila mengingatkan kejadian tersebut.

'Romantik jugak orang tua tu,’Ariyana tersengih. Sedang leka berangan sambil tersengih-sengih, Ariyana tersentak bila mendengar lagu Like The First Time nyanyian kumpulan T-ara. Kumpulan gadis cantik dari Korea bergema di dalam biliknya. Ariyana cuba mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Kerana malas hendak duduk, Ariyana berusaha mencapai telefon bimbitnya sehingga dia terjatuh.

“Ouchhhh..Adui..sakitnya..” Ariyana menggosok punggungnya. Ariyana memandang telefon bimbitnya.

“Ari kenapa?” Ariyana kerutkan dahi bila mendengar suara lelaki bertanya padanya. Sekali lagi dia merenung screen telefon. Dia tutup mulut bila menyedari Iskandar yang menelefonnya.

‘Kenapa dia call time macam ni? Aku baru je teringat kat dia, dia dah telefon. macam tau-tau je,’ Ariyana berbisik sendirian.

“Ari...Ari..” Ariyana membetulkan suaranya dan berusaha untuk bertenang.

“Assalammualaikum,” Ariyana memberi salam. Iskandar tergelak.

“Waalaikumsalam.” Iskandar menjawab perlahan.

“Kenapa Ari menjerit tadi? Bunyi macam orang jatuh je?” Ariyana garu kepala yang tidak gatal. ‘Nak jawab apa ye?’ Ariyana mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang dia harus bagi.

“Terjatuh dari katil.” Ariyana menjawab perlahan. Terdengar suara Iskandar yang tergelak besar dihujung talian. Ariyana muncung mulut. ‘Tergelak sakan pulak dia,’Ariyana muncung mulutnya.

“Siapa yang terjatuh? Ari?” Iskandar bertanya sambil ketawa. Ariyana gigit bibirnya tanda geram mendengar suara Iskandar yang mengejek dirinya.

“Yelah. siapa lagi kat dalam bilik ni?” Ariyana berkata kasar. Berkecil hati sebab Iskandar mentertawakannya. Jika orang lain, mungkin dia tidak kisah, tetapi sekarang, Iskandar. Kalau boleh, dia tidak mahu menampakan kesilapannya di depan Iskandar. Tak tahu mengapa dia terlalu menjaga perlakuannya di hadapan lelaki itu.

“Ari...Ari tak apa-apa? Abang mengganggu ke?” Ariyana tersentak bila Iskandar bersuara cemas dihujung talian.

“Tak ada apa-apa. Kenapa abang call ni?” Ariyana bertanya perlahan.

“Kenapa? Tak boleh?” Iskandar pula bertanya kembali. Ariyana bergerak ke jendela. Merenung langit yang dipenuhi bintang. ‘Cantik...’ Bisiknya perlahan.

“Apa yang cantik?” Iskandar bertanya pelik. Ariyana tersentak.

“Bintang kat langit tu,” Ariyana berkata perlahan. Mereka mendiamkan diri merenung langit.

“Ye. Cantikkan. Subhanaullah.” Iskandar turut sama merenung langit.

“Errrrr...Ari,” Iskandar memanggil Ariyana.

“Ermmmm,” Ariyana menjawab sepatah sambil matanya terus leka merenung langit.

“Abang minta maaf pasal petang tadi.” Ariyana menark nafas berat. Sedaya upaya dia ingin melupakan perkara tersebut. Dan, malam itu, Iskandar mengungkitnya semula.

“Errrr...Ari..” Ariyana garu kepala yang tidak gatal. ‘Nak jawab apa lagi?’ Sungguh dia keliru.

“Boleh tak lupakan hal tu? Ari malu,” Ariyana bersuara perlahan. Iskandar hembus nafas perlahan.

“Maaf.” Mereka sama-sama mendiamkan diri. Hanya deru nafas yang kedengaran di cuping telinga.

“Ari...abang hanya nak ucap selamat malam,” Iskandar tersenyum kecil. Tidak faham dengan sikapnya sendiri. Walau berkali-kali cuba dikawal supaya tidak menghubungi Ariyana jika tiada perkara penting, namun dia tetap tewas. Semenjak Ariyana menelefonnya beberapa minggu lepas, seboleh mungkin, dia ingin mendengar suara Ariyana setiap malam. Cukup sekadar mendengar Ariyana memberi salam. Dia juga suka menelefon Ariyana pada lewat malam kerana gadis itu akan menjawab panggilan sesiapa saja tanpa melihat nama si pemanggil.

“Owh...selamat malam,” Suara Ariyana yang tersekat-sekat itu membuatkan Iskandar tersedar dari lamunan. Ariyana merenung telefon bimbitnya.

‘Kenapa semenjak dua menjak ni, asyik suara Abang Is je aku dengar? Takkan dia pun syok kat aku? Errrr...Aku syok kat dia ke?’ Ariyana tepuk dahi sendiri. Dia terus merenung siling bilik.

Semenjak akhir-akhir ini, ingatannya selalu terbayang kisah lama. Kenangan yang menyedihkan. Ariyana teringat kata-kata pedas yang pernah dilontarkan oleh Iskandar padanya beberapa tahun lepas.

“Abang, boleh tolong Ari hari ni? Ari nak...” Belum sempat Ariyana menghabiskan ayatnya, Iskandar angkat tangan.

“Sudahlah Ari. Kalau Ari nak tarik perhatian abang untuk sukakan Ari lebih dari sekarang, baik lupakan saja,” Ariyana kerutkan dahi.

“Apa yang abang merepek ni?” Ariyana tergelak. Iskandar merenung tajam wajah Ariyana. Ariyana terdiam. Pelik.

“Mulai hari ni, aku tak nak ambil tahu tentang kau lagi,” Iskandar bersuara tegas. Ariyana kerutkan dahi. Shila yang sedang membaca buku disebelah Ariyana menoleh.

“Apa yang abang cakap tu? Ari ada buat salah ke?” Shila menyampuk. Wajah Iskandar yang tegang itu membuatkan Shila merasa pelik.

“Sudahlah Ari, apa yang Ari buat hanya sia-sia. Abang hanya cintakan Hanida sorang seumur hidup ini,” Ariyana semakin keliru.

“Apa kaitannya dengan Ari? Ari sengaja nak tarik perhatian abang? Untuk apa?” Ariyana keliru. Shila juga angguk kepala.

“Sudahlah,” Iskandar berlalu meninggalkan 2 orang gadis itu dalam keadaan tertanya-tanya.

Ariyana tersentak bila telefonnya berbunyi. 1 mesej masuk.

‘Tidur lagi. Tak baik tidur lewat malam,’ Ariyana termenung. ‘Kenapa Abang Is berubah?’ Bisiknya pelik. Lama telefon bimbitnya direnung.

‘Abang pun sama. Sweet dream,’ Ariyana tersenyum. ‘Mungkin ini permulaan yang baik untuk kami berdua,’ Bisiknya lagi. akhirnya Ariyana terlelap dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

p/s: sori lmbt upload n3 ni....cuti panjang so, blk kpg. blm ada idea yg best. hope korang enjoy baca n3 ni...byk imbas kembali pulak cite ni ye..hehehee...

4 catatan:

MaY_LiN said...

alahai~
ni yang angau kat abang is neh..
hihihi

Hafia Hana said...

cpt smbunng ea...

abg is sweet mcm honey la

+_^

Anonymous said...

hhehehe,,,i loike ur story..besh2!!continue2 =))

nursya said...

abg is da angau kat ari...
sukanyer....