Followers

Wednesday, January 27, 2010

Kembali Pulang 23

“Akhirnya, kahwin jugak kau ye?” Mira tersentak bila ditegur oleh seseorang. Lama dia merenung wanita cantik dihadapannya yang sedang mendukung anak kecil.

“Kau dah lupakan aku?” Wanita tersebut muncung mulutnya. Pura-pura marah.

“Zu...Zuriana?” Mira hampir melompat.

“Oi...Kot ye pun, jagalah sikit perangai tu. Kau tu nak kahwin hari ni,” Zuriana tergelak bila melihat Mira hampir menangis.

“Janganlah emo pulak. Tak cantiklah pengantin menangis. Nanti make up rosak,” Zuriana usap bahu Mira. Mira peluk erat tubuh Zuriana. hampir 5 tahun tidak berjumpa.

“Comelnya. Anak kau?” Mira cubit pipi anak kecil yang berdiri sebelah Zuriana.

“Adik aku ni,” Zuriana peluk bahu anak kecil itu. Mira kerutkan kening.

“Iye ke?” Mira buat muka tidak percaya. Zuriana tergelak.

“Kau ni. Aku mana ada adik kecil. Ni anak sulong aku. Tahun ni masuk 3 tahun. Itulah, apasal kau tak pergi majlis kahwin aku?” Zuriana merajuk.

“Kau tak jemput aku pun,” Mira tampar bahu Zuriana.

“Siapa suami kau tu?”Mira bertanya ceria. Sudah lama tidak berjumpa sahabat baiknya itu. Banyak perkara yang mereka hendak bualkan.

“Siapa lagi. Si dia lah,” Zuriana tersenyum manis.

“Iye?” Mira bertanya kuat. Mulutnya ternganga. Zuriana tergelak melihat aksi Mira.

“Azlan dan Rita pun ada datang tau. Dan.... kau nak tahu? Mazlan...rugi kau tak terima dia dulu. Semakin handsome,” Zuriana bercerita rancak. Semantara menunggu pengantin lelaki datang, mereka berbual tentang perkara sewaktu mereka di sekolah.

“Bakal suami kau hendsome tak?” Zuriana bertanya ingin tahu. Mira tersenyum.

“Tentu kau terkejut bila tengok dia,” Mira tersenyum penuh rahsia. Zuriana pelik. Bunyi kompang diluar rumah membuatkan mereka berlari ke tingkap untuk melihat pengantin lelaki.

“Mira... bukankah..... Dia... dia dah takde, kan?” Zuriana terkejut. Mira tersenyum.

“Bakal suami aku tu, Affan Ikmal. Abang sepupu dia,” Zuriana terkejut. Mulutnya ternganga. Mira tergelak bila melihat aksi Zuriana.

“Kau dah tahu?” Mira angguk kepala.

“Dia yang bagi tahu. Sebelum dia cakap perkara sebenar. Dia menyamar jadi arwah Akmal. Dan, kerana itu jugak aku terima dia. Selepas dia bagi tahu perkara sebenar, aku merajuk kat dia. Tapi, aku tak dapat lupakan dia. Perasaan aku pada dia lain dari perasaan aku pada Akmal. Pelik,kan?” Mira bercerita panjang lebar. Ketika itu, dia dan Zuriana sahaja di dalam bilik pengantin.

“Maafkan kami. Kami terpaksa buat macam tu. Kami tak mahu kau sedih,” Zuriana bersuara perlahan. Sebenarnya dia sudah tahu tentang penyakit Akmal yang tidak dapat diubati. Dan mereka berpakat untuk memaksa Mira melupakan Akmal.

“Betul kau tak anggap lelaki tu sebagai arwah Akmal?” Zuriana bertanya lagi. Mira tersenyum.

“Sebenarnya, hanya rupa saja yang sama. Perangai, memang tak sama langsung. Mereka orang yang berlainan. Jangan risau.” Mira tersenyum lagi. Tahu sahabatnya mengambil berat tentangnya.

*****************

“Aku terima nikahnya Syamira binti Syamil dengan mahar yang tersebut,” Sekali lafaz sahaja Mira sah menjadi isteri Affan. Affan tersenyum bangga bila melihat senyuman manis dibibir isterinya. Majlis bersanding berjalan lancar.

“Tahniah Mira,” Mira terpana. Lelaki yang berdiri dihadapannya itu sangat kacak. ‘Macam kenal je dia ni. Siapa ye?’ Mira berbisik sendirian. Lama dia merenung wajah lelaki tampan itu sehingga disiku oleh suaminya. Mira tersenyum.

“Mazlan? Betul, kan?” Mira bertanya kuat. Lelaki tersebut angguk kepala. Mira tergelak riang. Affan hairan.

“Kenalkan, Mazlan. Kawan satu sekolah dengan Mira,” Affan tersenyum dan menyambut huluran tangan Mazlan.

“Tahniah. Bertuah awak dapat kahwin dengan Mira ni. Dulu, dia ni sukar sangat nak dipikat. Berhati batu,” Mazlan sempat mengutuk Mira. Mira muncung mulutnya. Affan angguk kepala.

“Sekarang pun masih macam tu. Keras hati,” Mereka tergelak bila melihat muncung mulut Mira semakin panjang.

“Awak!!!!” Mira menjeling tajam wajah suaminya.

“Takkan panggil awak lagi. Panggillah abang ke, hubby ke,” Mazlan mengusik Mira. Affan tersenyum bila melihat wajah kelat Mira.

“Sibuk je kau ni. Syuhhh...pergi makan kat sana tu.” Mazlan tersenyum kemudian menggeleng kepala. Berlainan betul perangai Mira yang dulu dan yang berada dihadapannya itu.

“Lan, hadiah aku mana? Aku nak hadiah yang besar tau,” Mira sempat mengusik Mazlan. Affan geleng kepala mendengar soalan isterinya.

“Aku bagi kau set tidur nak tak? Bila aku kahwin kelak, kau bagi aku sebuah rumah. Okey tak?” Mazlan berkata selamba.

“Kedekut,” Mazlan tergelak lagi.

“Hadiah aku tu, lain dari yang lain. Kau jangan terkejut kelak bila buka hadiah tu,” Mira tersenyum. Affan merenung wajah Mira.

“Mira gembira kahwin dengan abang?” Mira tersentak mendengar soalan Affan itu.

“Kenapa abang tanya?” Mira hairan. Affan tersenyum bila Mira memanggilnya dengan panggilan abang.

“Dari tadi abang nampak senyuman tak lekang dari bibir Mira.” Mira tertunduk malu. Kemudian Mira angguk kepala. Affan cium dahi Mira.

“Abang cintakan Mira sepenuh hati ini,” Mira tersenyum mendengar kata-kata keramat itu.

“Aihhhh...kasihannya kat aku ni. Datang takde orang layan. Pengantin pulak asyik bercinta,” Mira dan Affan berpaling memandang ke arah suara lelaki tersebut.

“Azlan...Rita pun ada,” Mira gembira sekali melihat sahabatnya datang ke majlis perkahwinannya.

“Isteri aku, memanglah ada,” Azlan menjawab sambil peluk erat bahu Rita. Terbeliak mata Mira mendengarnya.

“Akhirnya kahwin jugak korang ye?” Rita terenyum. Azlan tergelak melihat aksi Mira.

“Kenapa? Tak percaya?” Azlan angkat kening.

“Takdelah. Panjang jodoh.” Mira garu kepala. Teringat Rita dan Akmal juga pernah membuatkan hidupnya rumit semasa disekolah dulu.

“Kasihan betul kat Akmal. Penyakit dia tak dapat diubati. Masa Akmal dikebumikan, kenapa aku tak nampak kau?” Azlan bertanya hairan. Mira tunduk.

“Sebenarnya, Mira baru tahu 2 bulan lepas. Takde sesiapa yang bagi tahu dia tentang Akmal,” Affan bersuara tenang. Azlan terkejut.

“Mira, betul ke? Sorry.” Azlan pandang wajah Mira.

“Jadi selama ni, kau tak tahu?” Mira geleng kepala.

“Aku ingatkan kau tahu. Sebab tu, aku tak bercerita tentang dia pada kau.Tapi, kenapa kau nampak sedih masa kita orang berjumpa kat sekolah dulu?” Azlan pandang wajah Mira. Mira mengeluh.

“Akmal ada jumpa aku beberapa minggu sebelum tu. Dia cakap dia tak dapat jumpa aku lagi sebab dia dah bertunang,” Mira pandang wajah Affan. Affan tersenyum. Tiada riak cemburu diwajah suaminya. Affan memahami situasi Mira.

“Owhhh,” Azlan hanya mampu mengangguk kepala.

“Tindakan dia betul. Jika tidak, rasanya, aku tak dapat terima sesiapa lagi dalam hidup ni.” Mira bersuara tenang. Affan tersenyum saat matanya menangkap mata redup Mira.

“Tapi, tak sangka pulak dia ada abang sepupu yang mirip sangat wajah dia,” Azlan merenung wajah Affan. Namun, tetap ada perbezaan di wajah mereka. Lagipun, wajah Akmal kebudak-budakan sementara Affan pula, lebih matang.

“Awak tak takut, jika Mira tersalah anggap pada awak?” Azlan bertanya sambil tersengih. Affan tersenyum.

“Takut jugak. Tapi, saya yakin, dia dapat bezakan antara saya dan Akmal. Lagipun, dia juga dah lama tak jumpa Akmal. Yang pasti, dalam hati dia, nama saya yang terpahat kat situ. Itu kisah silam dia. Dan saya juga tahu segala yang berlaku antara mereka dulu. Jadi, InsyaAllah, tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi.” Affan bersuara yakin. Mira cium tangan Affan. Ye. Dalam hati dia sekarang hanya ada satu nama. Affan Ikmal. Bukan lagi Affan Akmal.

*******************************

6 catatan:

Hana_aniz said...

blom ending lg kn?
jgn la.. huhuu,,
nak yg romantica de amor..

kaira_syuma said...

salam, blm...lepas ni last episode..tunggu ye

Anonymous said...

salam semua...

best sangat2 citer ni...ingatkan dh last epi rupanya lom lagi..suka2

2 thumbs up utk penulis..

::cHeeSeCaKe:: said...

ade smbungn lg kn??
best2..

cik ian@aH Lian~ said...

bayangkan kalau
Mira betul2 melompat?
ekekeke nak kawen pun masih macam kanak2 ribena...
comel!

YONG JIAO XIU said...

bgs2..suma dpt happy ending. mazlan solo lagi? pas kat sy je lah, sy ni pun solo lagi. hehehe gatal la plk.