Followers

Friday, January 15, 2010

Pilihan Hati 11

“Abang dah sampai,” Ariyana keluar dari kereta bila pasti kereta Iskandar berada dibelakang keretanya.

“Mana kereta peronda yang abang cakap tu?” Ariyana memanjangkan leher melihat dibelakang Iskandar.

“Agaknya, mereka kat tempat orang kemalangan tadi.” Iskandar menjawab tenang.

“Teruk tak accident tu?” Ariyana pandang ke arah Iskandar. Kemudian dia tersenyum.

“Tak pasti sangat. Ramai orang kat sana tadi.” Iskandar menjawab tenang. Ariyana angguk kepala dan teru tersenyum.

“Kenapa?” Iskandar bertanya sambil angkat kening. Dia hairan bila melihat Ariyana tersenyum dari tadi.

“Abang pakai baju tidur.” Ariyana tergelak. Iskandar geleng kepala. Kemudian dia asyik merenung Ariyana yang cantik berbaju gaun warna merah terang paras lutut.

“Dari mana berpakaian macam orang tak cukup kain ni?” Ariyana muncung mulut kemudian tunduk menahan hujung bajunya yang diterbangkan angin.

“Tahu pun malu. Nanti kalau terjadi apa-apa kat dia, nak salahkan orang lelaki pulak,” Iskandar bersuara sinis. Ariyana berdengus geram.

“Suka hati Ari la nak pakai apa.” Ariyana menjawab kasar.

“Yelah tu. Belum kena memanglah suka hati. Nanti dah kena, baru nak susah hati.” Iskandar menghampiri kereta Ariyana. Ariyana muncung mulut.

“Saya percayakan abang,” Ariyana bersuara perlahan.

“Percayakan abang? Ari ingat abang tak normal ke? Ari...Ari..zaman sekarang ni, orang yang paling rapat dengan kita boleh buat perkara tak senonoh. Jangan terlalu percayakan orang. Hati-hati sikit.” Iskandar memarahi Ariyana secukupnya.

“Yelah.” Ariyana masuk ke dalam keretanya. Iskandar hairan. ‘Marah sangat ke, sampai nak bersembunyi dalam kereta.’ Bisiknya sambil geleng kepala.

“Abang ada baju jaket tak. Ari lupa bawak,” Ariyana bertanya sambil buat muka kasihan.

“Dalam kereta tu,” Jawabnya ringkas. Iskandar mengeluarkan telefon bimbitnya dan beberapa ketika kemudian terdengar dia sedang bercakap dengan seseorang.

“Abang telefon siapa tu?” Ariyana bertanya hairan.

“Dah, masuk dalam kereta tu.” Ariyana berjalan perlahan sambil sesekali menoleh ke belakang. Iskandar masih berdiri membelakanginya. Bila Ariyana berada di dalam kereta Iskandar, dia melihat Iskandar membuka hadapan keretanya.

“Aihhhh. Pandai ke orang tua tu baiki kereta?” Ariyana bercakap sendirian sambil bersandar. Kemudian matanya meliar mencari baju jaket Iskandar. Hampir ½ jam mereka menunggu, akhirnya sebuah kereta tunda sampai. Ariyana memerhati Iskandar dan beberapa orang lelaki sedang berbual. Kemudian mereka bersalaman sebelum keretanya di tunda. Ariyana menanti dengan sabar kehadiran Iskandar. Aura lelaki tersebut sangat mempersonakan. Ariyana tertawan melihat langkah yang teratur menghampirinya. Tiba-tiba dadanya berdegup kencang.

“Kenapa dengan aku ni?” Ariyana menyentuh dadanya. Semakin Iskandar menghampirinya, semakin kuat degupan jantungnya. Dan apabila Iskandar duduk disebelahnya, Ariyana merasakan jantungnya berhenti berdegup. Dia tersedar apabila nada telefonnya kedengaran nyaring didalam beg tangan. Melihat nama si pemanggil membuatkan Ariyana serba salah hendak menjawabnya.

“Waalaikumsalam,” Ariyana menjawab perlahan. Seketika kemudian dia melirik ke arah Iskandar yang tenang memandu.

“Dah nak sampai. Kejap lagi awak call. Saya dalam perjalanan nak balik ni,” Sesekali matanya memandang wajah Iskandar. Iskandar pula, terus memandu dengan tenang walaupun di hati ingin mengetahui siapakah pemanggil tersebut. Ariyana pandang keluar kereta sebaik sahaja perbualan mereka tamat.

“Ari dari mana tadi? Kenapa tak ajak Shila keluar sekali?” Ariyana tersentak bila mendengar Iskandar bertanya padanya. Ariyana garu kepala. Mencari jawapan yang sesuai. Beberapa saat kemudian dia bersuara.

“Jumpa kawan.” Jawabnya ringkas. Iskandar angguk kepala. Malas hendak bertanya lebih lanjut. Ariyana hampa bila Iskandar tidak bertanya lagi. Ariyana melelapkan matanya seketika dan tanpa dia sedar, dia terus terlelap.

“Ari....Ari..dah sampai.” Iskandar memanggil nama Ariyana beberapa kali namun tiada jawapan. Akhirnya Iskandar sentuh bahu Ariyana membuatkan Ariyana tersentak.

“Hahhhh...Kenapa?” Ariyana bertanya bodoh.

“Dah sampai. Nak tidur dalam kereta?” Iskandar bertanya selamba. Pantas Ariyana geleng kepala.

“So, apa tunggu lagi. Aku nak balik ni.” Ariyana kelam kabut keluar dari kereta sehingga tertinggal beg tangannya.

“Ari...” Iskandar memanggil Ariyana. Ariyana tersenyum sebelum berpaling memandang wajah Iskandar. Sangkanya Iskandar ingin mengucapkan selamat malam padanya.

“Beg tangan tu, nak suruh aku pakai?” Ariyana menghentak kaki menghampiri Iskandar dan merampas beg tangan tersebut.

“Takde perasaan langsung,” Bentaknya kasar dan berlalu meninggalkan Iskandar yang menggeleng kepala melihat gelagat Ariyana. Setelah yakin Ariyana selamat masuk ke dalam rumah dan pagar sudah dikunci, barulah Iskandar beredar. Selesai mandi, Ariyana tergerak hati untuk membelek telefon bimbitnya. Senyuman terukir dibibirnya bila terdapat mesej dari orang yang dia tunggu.

‘Selamat malam. Maaf, tadi abang terlupa,’ Ariyana tersenyum lebar.

“Sombong. Cakap je yang abang malu nak ucapkannya bila berdepan dengan Ari,” Ariyana berkata perlahan. Kemudian dia bersedia untuk membalas mesej tersebut. Namun seketika kemudian, dia membatalkan niat untuk membalas mesej tersebut. Ariyana leka memikirkan sama ada hendak membalas mesej tersebut atau membiarkan sahaja dan akhirnya dia terlelap.

*************************

Iskandar memandang telefon bimbitnya. Masih kosong. Kemudian dia mengeluh hampa. ‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa sejak akhir-akhir ini, perasaan aku tak pernah tenang?’ Iskandar berbisik sendirian. Selepas menghantar Ariyana balik, dia terus memecut laju ke rumahnya. Ketika hendak melelapkan mata, bayangan Ariyana terlayar diruang matanya. Dia mengeluh. Tanpa sedar, dia menghantar mesej pada Ariyana. Namun dia mengeluh hampa bila tiada balasan. ‘Agaknya dia dah tidur,’ Iskandar memandang ke langit. ‘Banyaknya bintang,’ Iskandar terus leka merenung bintang yang tersusun indah di dada langit.

************************

“Abang, tolong...Ari...” Iskandar terjaga sebaik sahaja menjawab panggilan telefon adiknya. Iskandar gosok matanya sebelum melirik ke arah jam di tepi katilnya.

“Apa hal bising, awal-awal pagi. Abang mengantuk ni.” Iskandar bersuara lemah.

“Abang ni. Orang risau ni. Ari tak balik lagi. Dari malam tadi. Kereta dia pun takde kat bawah tu. Shila takut jadi apa-apa kat dia. Semalam dia jumpa lelaki yang mak kenalkan. Takut pulak lelaki tu buat perkara tak baik pada dia,” Panjang lebar penerangan yang diberikan.

“Owh!!!!!!!!!!!!!! Ye ke? Cuba adik tengok kat bilik dia?” Iskandar bersuara lemah.

“Tapi..kereta dia takde kat bawah tu,” Iskandar mengeluh.

“Malam semalam kereta dia rosak. Dia telefon adik, tapi adik tak jawab. Dia call abang. Abang tolong hantar dia balik. Kereta dia dah di hantar ke bengkel.” Iskandar menerangkan satu persatu pada adiknya.

“Betul?” Shila bertanya lagi.

“Pergi tengok dulu kat bilik dia. Abang nak tidur ni,” Iskandar terus memutuskan talian. Shila berlari ke bilik Ariyana. Perlahan pintu bilik diketuk. Masih tiada jawapan dan tombol pintu dipulas perlahan. Shila menjenguk ke dalam bilik dan terpandang Ariyana sedang tidur nyenyak.

“Sedapnya kau tidur. Aku yang risau bagai nak gila kat luar. Telefon bukannya nak jawab.” Shila membebel seorang diri. Kemudian dia tersenyum.

“Aih...tidur pakai jaket. Macam kenal je jaket tu,” Shila tersenyum panjang. Kemudian perlahan pintu ditutup tidak mahu mengganggu Ariyana yang sedang enak tidur.

**********************

Ariyana menggeliat. ‘Lega rasanya,’ Ariyana tersenyum kemudian merenung wajahnya dihadapan cermin.

“Hoiii..cantik dah tu. Jangan risau,” Ariyana tersentak dan berpaling ke belekang.

“Shila. Terkejut aku,” Ariyana hampir melompat. Shila duduk di tepi katil.

“Kereta kau mana?” Shila bertanya perlahan.

“Huhhhhh....Kasihan betul kat aku. Masa nak balik tu, kereta buat hal pulak. Tak dapat nak start. Lepas tu, aku call kau, sampai lenguh jari aku mendail, masih juga tak berjawab.” Shila tersengih.

“Aku tak sedar langsung. Tadi bila aku tengok nama kau kat telefon kelam kabut aku dibuatnya. Ingatkan lelaki tu buat perkara tak baik kat kau.” Ariyana geleng kepala.

“Kau ni, ke situ pulak.” Ariyana menanggalkan jaket yang dipakainya.

“Ehemmm...Jaket tu, macam kenal je? Siapa yang tolong kau semalam,” Shila tersengih. Ariyana kerutkan kening.

“Owhhhhh..Lupa pulak. Bila aku tak dapat call kau, aku call abang Is.” Jawabnya tenang.

“Owhhhh...” Shila tersenyum nakal.

“Apa?” Ariyana hairan melihat Shila tersenyum nakal.

“Takde apa. Saja nak senyum. Tak boleh? Suka hati akulah nak senyum. Abang Is tolong ye, baik tak abang aku tu, ” Shila bertanya nakal. Ariyana geleng kepala.

“Malas aku nak layan kau. Aku nak mandi.” Ariyana beredar ke bilik mandi.

“Macamana dengan janji temu kau tu? Berjalan lancar?” Shila mengekori Ariyana sampai ke bilik mandi.

“Biasa je. Nanti aku cerita. Aku nak mandi dulu. Tak sabar betul perempuan ni,” Shila tergelak dan berlalu ke tingkat bawah. Hari ahad masa untuk mereka mengemas rumah setelah sepanjang minggu bekerja.

***************************

2 catatan:

MaY_LiN said...

ala..
nak ngan abg is..
hikhikhik

nursya said...

hai tido smpai x buka jaket abg is yek...
agak2 abg is ade msk dlm mimpi ari x???
hihihi....