Followers

Friday, April 13, 2012

Setiaku Di Sini 6



“Awak dah  isi borang tu?” Nazatul hampir terjatuh dari kerusi bila ditanya mengejut oleh Zul Hazmi. Matanya yang sedari tadi memandang ke luar rumah beralih ke wajah tampan yang semakin hari semakin mengganggu ketenteraman hatinya.

“Borang apa?”

“Borang kahwin.” Terbeliak mata Nazatul saat mendengar perkataan kahwin dibibir lelaki itu.

“Merepek je awak ni. Bila masa pulak saya nak kahwin?” Zul Hazmi tergelak.

“Sorry. Tersasul tadi. Nak tanya pasal borang SPA tu. Dah isi tak? Nanti tak dapat jadi nurse kat klinik saya.” Nazatul mencebik bibir.

“Orang tak pandai isi,” Zul Hazmi terbatuk. Gadis disebelahnya tetap selamba. Nazatul berpaling memandang wajah blur lelaki disebelahnya.

“Kenapa? Tak percaya?” Siap angkat kening. Zul Hazmi angguk kepala. Tidak percaya bila mendengar Nazatul tidak pandai mengisi borang online tersebut. Zul Hazmi terdiam. Dalam hati sudah merangka strategi untuk memberi pertolongan pada gadis disebelahnya itu.

“Awak dapat tolong saya isi borang tu?” Zul Hazmi telan air liur. Dia baru hendak menawarkan diri, tiba-tiba Nazatul meminta pertolongan darinya.

“Betul awak tak pandai isi?” Nazatul angguk kepala. Dia memang tak pandai sangat dalam bidang IT ni. Orang kata buta IT. Dia dalam kalangan mereka yang buta IT. Semua kawan-kawannya mengutuk pasal dia tak celik IT. Bila rakan-rakan bertanya samaada dia ada akaun FB atau Twitter, dia buat muka blur. Tak tahu apa-apa.

“Awak tunggu sekejap ye,” Zul Hazmi terus berlari ke keretanya yang elok di parking di halaman rumah keluarga Nazatul. Semenjak menyewa rumah di kampung itu, Zul Hazmi lebih suka menghabiskan masa di rumah atau di ladang milik Nazrin.

            Nazatul kerutkan dahi bila melihat Zul Hazmi membawa beg galas. Macam beg laptop. Nazatul angguk kepala. Lelaki seperti Zul Hazmi mesti seorang yang celik IT. Tak macam dia, nak menaip menggunakan computer di sekolah dulu pun terkial-kial. Inikan pula nak menggunakan laptop. Nazatul tergelak mengenangkan dirinya. Zaman sekarang, sebut je internet, semua orang tahu. Sedangkan dia, walaupun tahu dan pernah dengar, tetapi, belum pernah lagi hendak menghabiskan masa sekadar untuk bersosial di laman sesawang yang semakin berkembang sekarang ni.

“Okey. Sijil-sijil awak bawa ke sini.” Nazatul berjalan masuk ke dalam rumah untuk mengambil sijil-sijilnya. Sementara menunggu Nazatul mengambil sijil-sijilnya, Zul Hazmi membelek email dan FB nya. Dia hanya mengetahui semua tentang kakaknya melalui adik sepupunya. Satu persatu gambar keluarganya di belek.

“Wah!!! Handsomenya. Awak, siapa ni? Pelakon Taiwan ye?” Zul Hazmi tersentak. Sejak bila Nazatul berdiri dibelakangnya.

“Siapa yang handsome?” Soalnya selamba. Jari runcing Nazatul lurus menunding pada skrin. Wajah adik sepupunya yang putih melepak itu.

“Sepupu saya. Amsyar Daniel..” Jawabnya lemah. Semua perempuan pasti terpikat bila melihat wajah tampan adik sepupunya itu. Selama ini, Zul Hazmi selalu mengalah dalam apa jua keadaan yang melibatkan Amsyar Daniel.

“Nama pun dah macho. Masih bujang?” Nazatul begitu teruja melihat gambar-gambar macho lelaki tersebut. beberapa ketika kemudian, Nazatul ketuk kepala sendiri.

“Sorry. Terlupa pulak dengan tujuan asal.” Dia tersengih. Zul Hazmi tersenyum. Hatinya sedikit terusik bila melihat Nazatul begitu teruja menatap gambar adik sepupunya. Ada kemungkinan Nazatul akan terpikat pada Amsyar Daniel jika mereka berjumpa. Lelaki seperti Amsyar dapat memiliki apa saya yang dia nak. Wajah tampan yang menjadi kegilaan setiap gadis. Lama wajah Nazatul di renung. Adakah Nazatul juga akan terpaut. Zul Hazmi geleng kepala.

“Kenapa? Tak nak tolong saya?” Nazatul pelik bila melihat lelaki dihadapannya itu geleng kepala. Kadangkala dia tidak mengerti tentang lelaki ini. Dia terlalu banyak rahsia. Tetapi, dia tetap senang berbual-bual dengan Zul Hazmi. Lelaki ini tak seperti bekas tunangnya. Bekas tunangnya dulu, sering marah-marah bila mereka berjumpa. Marah sebab, Nazatul tak benarkan dia pegang tangannya. Pelik betul. Dah terang dan nyata dalam Islam melarang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin diharamkan bersentuhan. Berjumpa berdua pun di larang. ‘Erkk… macam sekarang ni.’ Nazatul garu kepala. Kemudian dia berdiri.

“Awak nak pergi mana?” Nazatul tersengih.

“Nak panggil abang sekejap. Tak selesalah macam ni,” Zul Hazmi angguk kepala.

“Nazrin kan keluar tadi?” Nazatul tersengih. Bagaimana dia boleh terlupa tentang perkara tu.

“Takpe, awak masuk ke dalam. Biar saya yang tolong isikan borang ni. Nanti dah siap saya suruh awak semak.” Nazatul angguk kepala. Dia tersenyum senang. ‘Bertuahlah siapa yang jadi kekasih lelaki itu. Mahu ke dia berkasih seperti lelaki lain? Alangkah indahnya jika aku yang menjadi isterinya,’ Erkk…Nazatul ketuk kepala sendiri. Jauhnya melamun. Wajah tampan Zul Hazmi di renung. Timbul satu perasaan lain dihatinya. Melihat ketenangan wajah itu, jantungnya berdegup kencang. Apakah maksudnya? Berkali-kali dia cuba untuk memandang ke arah lain, namun matanya seakan-akan melekat diwajah tampan itu.

            Zul Hazmi berpaling ke arah Nazatul. Gadis itu masih merenungnya. ‘Beranganlah tu,’ Bisiknya dalam hati. Sengaja dia biarkan Nazatul dengan dunianya. Alangkah indahnya jika Nazatul teringatkan tentangnya. Tetapi, sudikah Nazatul memikirkan tentang dirinya? Zul Hazmi mengeluh sendiri. Dia geleng kepala. Niat kena betul. Dia datang ke kampung ini untuk membuka klinik. Biarlah dia dah pendapatan sendiri baru berfikir tentang perkara lain. Zul Hazmi meneruskan kerjanya. Setelah selesai, tangannya membelek sijil-sijil Nazatul. Dia geleng kepala bila mengenangkan gadis itu tidak mahu menyambung pengajiannya. Keputusan Nazatul cemerlang. Sekali lagi wajah Nazatul dipandangnya. Terukir senyum di bibirnya buat si gadis yang masih berkhayal. Entah apalah yang difikirkannya. Zul Hazmi berdiri menghampiri Nazatul yang sedang duduk tegak di ruang tamu. Suara Pn.Nazrah di dapur mencuit hatinya. Wanita tua itu begitu senang hati menyanyi. Nazrin pulak ke kolam udang. Sekejap lagi dia balik katanya tadi. Zul Hazmi terus berdiri di hadapan Nazatul. Timbul niat nakal untuk mengusik gadis itu. Selamba Zul Hazmi ketuk dahi Nazatul dengan sijil-sijil tersebut.

“Aduh!!! Ehh..Apahal ni?” Soalnya pelik sambil mengusap dahinya. Sedangkan Zul Hazmi sudah ketawa tak ingat dunia. Suka hatinya bila Nazatul muncung mulut. Zul Hazmi terdiam bila wajah penuh tanda Tanya Pn.Nazrah terjengul dari dapur. Bila melihat Nazatul menggosok kepala, Pn.Nazrah geleng kepala. Tahu sangat anaknya itu sedang berangan. Semenjak putus tunang, Nazatul agak gemar berangan.

“Berangan ye?” Usiknya. Nazatul mencebik. ‘Mana nak letak muka ni,’ Nazatul pura-pura membetulkan alas meja. Zul Hazmi menyambung gelak setelah Pn.Nazrah berlalu semula ke dapur. Nazatul gigit bibir. Geram pulak bila melihat Zul Hazmi masih mengetawakannya. Nazatul pandang kiri dan kanan. ‘Line clear,’ Bisiknya dalam hati. Sepantas kilat kakinya menyepak kaki Zul Hazmi.

“Aduh!!” Zul Hazmi tunduk memegang kakinya yang terasa sakit disepak oleh Nazatul sebentar tadi. Giliran Nazatul  pulak yang ketawa tak ingat dunia. Zul Hazmi gigit bibir dan menjeling tajam pada gadis dihadapannya. ‘Nak kena budak ni. Penat-penat aku tolong dia isi borang tu, dia sepak pulak kaki aku ni.

“Oitt..Ingat kaki orang ni bola ke apa?” Nazatul masih ketawa dan hanya berhenti bila suara ibunya menjerit dari dapur.

“Atul, apahal ketawa mengalahkan Pontianak tu.” Nazatul terus tutup mulut. ‘Alamak!!! Terlupa pulak mak kat dapur,’ Nazatul perah otak untuk cari idea.

“Pontianak mana ada siang hari macam ni, mak. Tadi tu, Atul ingat nak ganti dorang. Okey ke tidak bunyinya?” Nazatul menjerit. Terlupa sekejap pak cik kat depan dia tu yang masih memegang kakinya. Zul Hazmi geleng kepala.

“Budak ni. Tak malu ke menjerit depan orang bujang. Jatuh saham anak mak ni,” Nazatul gigit bibir. Matanya merenung wajah Zul Hazmi yang sedang merenungnya. Terasa wajahnya panas. ‘Alamak!!! Malunya. Terlepas sudah,’

“Kalau waktu malam dengar awak ketawa macam tu, saya rasa, Cik Ponti memang menyerah kalah. Suara awak lagi seram dari Cik Ponti tu tau,” Nazatul membeliakkan matanya. Terkena lagi. Mengapalah dia terlupa tentang lelaki ni.

“Dah siap ke?” Tiba-tiba Nazatul bertanya padanya.

“Apa yang dah siap?” Zul Hazmi bertanya pelik. Nazatul kerutkan dahi.

“La, borang saya tadi tu?”

“Owhhh…itu. Lupa pulak. Awak tolong semak. Takut ada yang salah.” Nazatul keluar menghampiri meja tempat duduk Zul Hazmi sebentar tadi. Setelah yakin betul, Nazatul mendongak memandang wajah Zul Hazmi yang ketika itu turut sama merenungnya.

“Errr…dah okey. Lepas tu nak buat apa?” Nazatul berdiri bila Zul Hazmi menghampirinya. Zul Hazmi terus duduk menyemak semula. Setelah yakin betul, barulah dia menekan butang hantar.

“Dah siap. Awak tunggu je surat dari mereka.” Nazatul angguk kepala.

“Err…Awak, terima kasih ye.” Zul Hazmi angguk kepala.

********************************
p/s : layan jelah..pendek je n3 ni...

2 catatan:

kaknOOr said...

memang blh layan pun kelakar baca kisah zatul yg blur ...
Sbg lagi cik penulis....

Unknown said...

kaknoor, terima kasih...doakan saya dpt idea ye..hihihih