Followers

Wednesday, October 16, 2013

Relaku Pujuk 30



Pertandingan Bola Tampar antara kilang berlangsung di pagi sabtu yang damai itu. Tak sangka pula mereka anjurkan perlawanan Bola Tampar tu minggu ni. Aku terkejut bila Madam bagi baju sukan padaku. Hendak menolak rasanya memang sudah tidak dapat. Itulah padahnya bila semua orang tahu aku aktif bersukan. Syarikat kami menghantar 3 pasukan. Oleh kerana sukan berlangsung pada hari sabtu, aku bagi tahu kakakku yang aku tak balik rumahnya minggu ni. Nasib baik ada alasan yang munasabah untuk tidak balik kerumahnya.
            Mataku sesekali mencuri pandang ke arah Ishamudin. Dia ditugaskan menjaga garisan. Perlawanan tersebut agak sengit. Beberapa kali aku hampir terjatuh bila mengejar bola. Ketika aku hendak menyambut bola yang rakanku lontarkan padaku, aku berlari laju ke tepi padang tanpa memandang ke kiri dan kanan. Mataku hanya focus pada bola yang melambung tinggi di atas.
“Arghhh...” Aku mendongak kepala. Sejak bila Ishamudin berada di sini.
“Kau tak apa-apa?” Soalnya bimbang. Sepatutnya, aku yang bertanya begitu padanya.
“Saya okey. Awak okey tak?” Aku berusaha membantunya berdiri.
“Sham, okey ke?” Kami berdua memandang ke arah Abang Alik.
“Aku okey.”
“Mawar okey?” Aku angguk kepala.
“Kalau semua okey, kita teruskan game. Okey semua, ambil tempat masing-masing.” Perlawanan Bola Tampar diteruskan semula. Sesekali aku memandang ke arah Ishamudin yang sedang duduk bersandar di tepi gelanggang. Lama wajahnya aku perhatikan. Jelas sekali dia sedang menahan kesakitan. Aku toleh seketika tempat kami terjatuh sebentar tadi. Mesti sakit sebab belakangnya terkena tangga pengadil tu. Jika Ishamudin tidak menyelamatkan aku tadi, aku yakin, muka aku yang terkena tangga itu.
            Bila melihat kerutkan di dahi Ishamudin, hatiku bertambah gelisah. Tumpuan untuk bermain sudah hilang. Lebih baik aku tukar dengan orang lain. Aku angkat tangan pada  pengurus pasukan kami.
“Kenapa Mawar?”
“Saya tak dapat teruskan.” Aku buat muka kasihan. Aku sentuh pinggangku dan pura-pura sakit. Pengurus pasukan kami angguk kepala dan membenarkan aku keluar dari gelanggang. Ishamudin menghampiriku.
“Kau kenapa? Sakit?” Aku angguk kepala.
“Dapat bertahan tak? Tinggal sikit lagi tu.” Aku geleng kepala.
“Awak suruh orang lain ganti tempat awak. Kita balik dulu ye?” Pujukku. Ishamudin memandang sekeliling. Beberapa orang memandang ke arah kami.
“Sham, takpelah. Kau bawa Mawar balik. Biar aku handle kat sini.” Aku tersenyum senang pada lelaki yang sanggup menawarkan diri menggantikan tempat Ishamudin.
“Terima kasih. Man. Alik, aku balik dulu.” Abang Alik angkat tangan tanda membenarkan kami balik.
“Kita ke klinik,” Aku angguk kepala. Bukan aku yang nak buat pemeriksaan. Kalau aku bagitahu yang aku sihat, nanti, dia tak nak pergi klinik pulak. Sesekali aku menoleh padanya. Sejak mula lagi dia mendiamkan diri. Aku yakin, dia masih berada dalam kesakitan. Ketika kami sampai di hadapan pintu klinik, aku menekan lengan dan belakangnya.
“Mawar.... Sakit..” Aku menjeling tajam padanya.
“Kenapa awak tipu kami semua. Kenapa tak cakap yang awak cedera tadi? Degil sangat.” Marahku sambil menarik tangannya menuju ke kaunter pendaftaran. Tanpa mempedulikan riak tak puas hati Ishamudin, aku terus menarik keluar walletnya dan menyerahkan kad pengenalan Ishamudin pada nurse yang bertugas.
“Kau ke aku yang sakit ni?” Soalnya dengan riak tak puas hati.
“Awaklah. Lain kali, kalau sakit, bagi tahu kat orang. Jangan pandai-pandai nak sembunyikan dari saya.” Marahku. Hai..kat depan kaunter pun sempat jugak aku nak marah dia. Aku tersenyum kelat ke arah nurse yang bertugas itu.
“Biasalah tu cik, abang cik ni tak nak susahkan adik dia.” Ya Allah. Sabar jelah aku. Sibuk je perempuan ni. Dia ingat aku ni adik Ishamudin. Oi.. mak cik, aku ni isteri dia. Sekilas aku pandang wajah Ishamudin yang sedang menyembunyikan senyum. Suka nampak bila orang cakap macam tu.
“Ermm...memang dia tak nak menyusahkan saya. Cuma saya tak suka, kemudian hari dia mengadu sakit sana-sini.” Jawabku tenang.
“Beruntung awak ada adik macam dia ni,” Aku tersenyum pada lelaki yang tiba-tiba menyampuk perbualan kami sebentar tadi. Yang perempuan kat kaunter ni pulak, lambat betul dia buat kerja. Ishamudin berdengus kasar.
“Dia bukan adik saya. Dia isteri saya.” Aku tayang riak tak puas hati pada Ishamudin. Tadi senyum lebar bila perempuan tu cakap aku ni adik dia. Sekarang muka dia masam mencuka pulak bila lelaki tu kata aku ni adik dia. Cemburulah tu.
“Owh!!! Suami isteri ye?” Ishamudin angguk kepala.
“Terima kasih.” Ucapku selamba sebaik sahaja dia menyerahkan kad pengenalan Ishamudin padaku.
“Jum. Duduk kat sana,” Aku terus menarik lengannya.
“Aduiii...Mawar, sakit.” Aku geleng kepala.
“Macam budak-budak.” Ishamudin gigit bibir. Marahlah tu.
            Aku tersenyum manis ke arah kanak-kanak kecil yang dari tadi asyik merenungku.
“Eh!! Kau nak pergi ke mana?” Ishamudin menarik tanganku ketika aku hendak ke tandas.
“Orang nak ke tandas. Awak tunggu kat sini.” Dia angguk kepala.
“Okey. Jangan lama-lama tau. Nanti terlepas giliran kita pulak,” Aku kerutkan dahi.
“La... kalau mereka panggil nama awak, masuk jelah.” Marahku. Ishamudin terdiam. Tak sangka pulak dia jadi begitu sensitive bila sakit.
“Yelah.” Jawabnya lemah. Aku geleng kepala.
            Setelah yakin tangan dan mukaku bersih, aku keluar dari tandas. Ketika pintu tandas dibuka, wajah Ishamudin menyapa mataku.
“Isk...Awak ni. Apa awak buat kat sini?” Soalku pelik sambil berlalu ke ruang menunggu.
“Bosan duduk kat sana tu sorang diri. Lepas tu. Pening kepala cium bau ubat tu semua. Tak payah jumpa doctor, kita beli ubat lepas tu balik.”
“Apa awak cakap?” Aku bercekak pinggang dihadapannya. Ishamudin tersentak.
“Errrr..Tak perlu jumpa doctor. Bukan teruk pun sakitnya.” Jawabnya perlahan. Perlahan aku tersenyum.
“Awak takut jumpa doctor ye?” Usikku.
“Mana ada.” Dalihnya. Aku mencebik dan kembali duduk. Kali pertama nampak wajah serba salahnya.
            Aku tersenyum membalas senyum kanak-kanak yang berdiri dihadapanku. Perlahan dia menghampiriku.
“Comelnya. Siapa nama?” Aku cubit pipinya.
“Adib,” Jawabnya sambil tersengih. Aku pandang wajah ibunya yang sudah mengambil tempat duduk disebelahku.
“Berapa umur dia, kak?”
“3 tahun.”
“Owh!!! Comel. Pipi dia ni..tembam sangat.” Aku cium pipinya.
“Ehemm..” Aku menoleh ke sisi. Ishamudin berpeluk tubuh.
“Kenapa?” Dia geleng kepala.
“Takde apa-apa. Sakit tekak.” Aku angguk kepala.
“Nanti jangan lupa bagitahu doctor tu awak sakit tekak,” Ishamudin hanya bersandar lemah.
“Dia demam ye?” Kanak-kanak tersebut sudah berada di dalam pangkuanku.
“Demam. Batuk, selsema. Sekarang tak teruk sangat. Tadi, panas betul badan dia.” Aku angguk kepala. Tahu sangat penyakit budak-budak ni.
“Adib, jangan tarik rambut kakak,” Aku tersenyum dan berusaha untuk melepaskan tangan Adib. Rosaklah stail rambut aku ni. Bila aku cium pipinya, baru dia melepaskan tangannya.
“Ishamudin Bin Ismail.” Ishamudin tarik tanganku.
“Ehh!!! Awak masuklah. Saya tunggu kat luar.” Wajahnya kelat. Bila melihat tiada tanda-tanda untuk dia masuk ke bilik doctor, maka terpaksa juga aku ikut dia masuk.
“Ye En.Ishamudin, sila duduk,”
“Terima kasih.”
“Kenapa dengan Encik?” Ishamudin pandang wajahku. Takkan takut nak bercakap dengan doctor. Suami aku ni. Kat kilang, dia biasa je bila bercakap dengan orang-orang besar. Takkan nak bercakap dengan doctor dia takut.
“Errmmm..saya.”
“Maaf Doktor, dia ada masalah bercakap. Dia tak suka pergi ke klinik. Fobia.” Ishamudin siku lenganku. Aku mencebik.
“Dia terjatuh masa kami bersukan pagi tadi. Awak, kat mana sakit tu. Cakaplah.” Ishamudin pandang wajahku. Aku angguk kepala.
“Err..Kat belakang dan lengan,” Doctor tersebut berdiri.
“Okey. Sini. Saya tengok.” Ishamudin kerutkan kening bila disuruh doctor tersebut duduk dihadapannya. Aku tergelak. Aduii..lelaki macho tapi takut kat doctor. Doktor tersebut mengarahkan Ishamudin buka baju. Walaupun Ishamudin cuba membantah, tetapi akhirnya dia terpaksa juga buka baju dihadapan doctor tersebut.
“Bila saya tekan, kalau sakit, cakap ye,” Ishamudin angguk kepala.
“Ada lebam besar ni. Jatuh kat mana tadi?”
“Arghhhh... ” Ishamudin menjerit. Aku besarkan mata. Tak senonoh betul dia ni.
“Sakit,” Jawabnya dengan riak muka sedih.
“Itulah. Siapa suruh jadi hero.” Marahku. Tapi, kalau tidak kerana Ishamudin, tentu wajah aku yang comel ni cedera teruk terkena tangga pengadil tu.
“Dia terjatuh lalu terkena tangga  masa perlawanan bola tampar pagi tadi.” Doktor tersebut angguk kepala.
“Ada rasa sakit kat tempat lain?”
“Kat lengan dia pun ada lebam tu,”
“Kat belakang dan lengan je sakit.” Doktor tersebut angguk kepala.
“Okey. Ambil ubat kat depan nanti.” Kami berdua keluar dari bilik tersebut dan menunggu ubat.
            Ketika berada di dalam kereta, Ishamudin meneliti satu persatu ubat yang diberi.
“Macam tu je rupanya bila jumpa doctor.” Aku karutkan dahi.
“Kenapa?”
“Ingatkan dia bagi injection.”
“Isk... awak ni. Injection tu mana boleh bagi sesuka hati.”
“Lepas ni kita balik rumah jelah.” Aku pandang wajah Ishamudin.
“Tak naklah. Saya nak berehat kat asrama. Lagipun, minggu ni masuk kerja malam. Kalau balik hari ni, esok dah balik ke asrama lagi.” Jawabku pantas. Ishamudin mengeluh kemudian dia angguk kepala. Sepanjang perjalanan, kami mendiamkan diri.

*****************************
p/s : Selamat membaca semua.... selamat hari raya Aidil Adha juga buat semua umat Islam tak kira di mana sahaja anda berada...

3 catatan:

Unknown said...

BEST...

MaY_LiN said...

isk isk isk..
mawar ni..
cian cik abg..

Anonymous said...

Nk lagiiii.....