Followers

Wednesday, July 17, 2013

Relaku Pujuk 26




Aku gigit bibir geram. Aku ingatkan kami hanya keluar jalan-jalan di taman hotel. Rupanya, dia bawa aku berjalan-jalan di sekitar bandar. Kemudian kami bersiar-siar pula di tepi pantai. Kami berhenti makan di sebuah kedai makan tepi laut. Aku tersenyum lebar bila melihat menu yang disediakan. Mood ku berubah terus. Tak jadi nak marah bila tengok menu di restorent tersebut. 


“Kau nak makan apa? Pilihlah.” 

Satu yang aku suka kat dia ni. Sepanjang kami di sini, dia yang mengeluarkan semua belanja. Aku hanya tahu makan. Tanpa menunggu lama, jari runcingku terus menunjuk udang kara dan sotong.


“Itu je? Ketam tak nak?” Aku muncung mulut. Berfikir 
sejenak. Aku tersenyum lebar bila terpandang kerang.


“Nak kerang rebus. Ketam tak nak. Lambat sangat nak makan.” Dia geleng kepala.


“Okey. Bagi kami kerang rebus.” Aku angkat muka bila melihat Ishamudin terdiam.


“Udang Kara dan sotong tu, kau nak makan masakan yang macamana?” Aku membaca jenis-jenis masakan yang disediakan.


“Udang Kara masak blackpaper. Sotong pula, panggang jelah.” Dia angguk kepala.


“Saya nak ketam rebus dan udang goreng,” Kami berdua mengambil tempat duduk di hujung jeti.


“Wah!!! Cantiknya. Awak, ambil gambar saya kat sini,”


Aku menyerahkan telefon bimbit dan kamera digital kepadanya. Wajahnya saat itu memang melucukan. Terpinga-pinga melihat aku bergaya sakan di hujung jeti tersebut. Tentu dalam hati dia kutuk aku. Tapi, nak salahkan siapa. Bukan orang lain, isteri dia jugak. Hahahaa...


“Cepatlah,” Aku menggesanya. Dia geleng kepala tetapi tetap jugak menangkap gambar ku. Setelah banyak gambar dia ambil, aku berlari kearahnya.


“Cantik tak?”


Aku memerhati satu persatu gambar yang dia ambil. Aku tersenyum puas. Cantik semuanya. Ketika itu Ishamudin berjalan perlahan ke hujung jeti sambil kedua belah tangannya berada di dalam jaket yang dipakainya. Aku menangkap gambar belakangnya. Memang handsome. Kalau tengok dari depan, lagilah handsome. Hahahhaa... aku tergelak besar. Puji suami sendiri.


“Awak..”


Dia berpaling dan ketika itu aku menangkap gambarnya. Dia hanya menjeling lembut sambil tersenyum kecil. Kemudian dia membuang pandang ke laut yang gelap gelita itu.  Aku gunakan peluang itu untuk menangkap gambar candid Ishamudin sebanyak mungkin.


“Dah puas?” Tanyanya sebaik sahaja aku menghampirinya. Aku geleng kepala.


“Asyik tangkap gambar muka garang awak. Boleh tak awak tersenyum sekejap,” Dia geleng kepala namun tetap tersenyum. Aku tersenyum lebar bila dapat menangkap gambarnya tersenyum.


“Sini.” Aku menghampirinya.


Dengan selamba dia memeluk bahuku dan mengambil kamera dari tanganku. Bila menyedari dia hendak mengambil gambar kami berdua, aku terus merapatkan diri padanya dan tersenyum lebar sambil isyarat peace no war tidak pernah tinggal.


“Macam budak-budak. Tak payahlah buat tangan macam tu.” Aku buat muka tak puas hati. Tetapi hanya sekejap. Kemudian dia tersenyum manis padaku. Dadaku semakin berdegup kencang bila dia dengan selamba mendekatkan pipinya ke pipiku. Siapa sangka dia akan menjadi romantik saat ini. Nanti gambar tu, aku nak buat wallpaper. Tentu Kak Onah cemburu tengok gambar aku dengan Ishamudin yang handsome ni. Aku tergelak halus. Baru aku tahu, suami aku ni taklah teruk sangat. Boleh je ikut apa yang aku buat.


“Maaf. Cik, boleh tolong tangkap gambar untuk saya dan isteri saya, tak?” Aku pandang wajah Ishamudin yang selamba je meminta pertolongan  gadis yang berjalan perlahan dihadapan kami.


“Awak, tak payahlah. Kejap lagi makanan yang kita pesan tu dah nak sampai,” Aku berbisik di telinganya. Oleh kerana dia agak tinggi, terpaksalah aku tarik lehernya.


“Sekejap je.” Terus dia peluk pinggangku dan aku pula menyandarkan kepalaku ke dadanya. Mulut kata tak nak, tapi badan dah sedia untuk beraksi. Kami ambil gambar seperti pasangan yang bahagia. Tersenyum manis setiap kali gambar di ambil. Saling bertatapan. Ahhh...bahagianya. Ishamudin kucup dahiku lama sekali. Aku tersipu malu. Namun, dalam rasa malu itu, aku cium pipinya. Ishamudin tersenyum senang. Bila tersedar yang kami berdua berada di tempat awam, aku tunduk merenung kaki sendiri. Lebih-lebih lagi bila menyedari gadis tadi tersenyum. Tentu dia merasa segan sebab ternampak adegan romantik pasangan suami isteri yang buat free show tadi.


“Terima kasih.” Ucapannya senang sambil menghulur duit Rm20.00 pada gadis tersebut.


“Tak payah, bang. Saya tolong sikit je,” Gadis tersebut menolak.


“Ambil je. Buat beli top up, ke,” Gadis tersebut serba salah.


“Takpe. Ambillah. Awak dah tolong kami tadi,” Aku tersenyum padanya. Bila aku lihat wajahnya yang serba salah itu, aku terus tarik tangannya dan meletakkan duit tersebut ketangannya.


“Terima kasih. Selamat bercuti. Saya doakan semoga awak berdua bahagia ke akhir hayat.” Aku tersenyum. Begitu juga Ishamudin. Gadis tersebut berlalu dengan langkah perlahan.


“Tahu tak kenapa aku minta tolong dia tadi,” Aku geleng kepala. Ketika itu, kami berdua sudah kembali ke meja makan setelah makanan yang kami pesan sudah siap.


“Tadi aku ada nampak dia dengan seorang budak kecil. Budak kecil tu macam lapar je. Mungkin adik dia agaknya.” Aku karutkan dahi.


“Iye? Bila awak jumpa dia? Kenapa saya tak perasan?”


“Macamana nak perasan. Kau leka dengan kamera  kau tu.” Aku mencebik bibir.


“Habis tu, kenapa bagi sikit sangat?” Aku bertanya sambil tanganku lincah mengupas kulit ketam.


Hahahaa...nampak macam sedap je ketam ni. Tak pasal-pasal aku tukar selera. Ishamudin hanya memerhati aku makan. Biarlah dia. Yang penting aku kenyang. Dia pun dengan baik hati tolong aku kupas kulit ketam tersebut. Dia kupas aku makan. Seronoknya ada orang tolong buangkan kulit ketam ni. Kalau nak tunggu aku buang kulit ketam ni, sampai esok pagi pun tak sudah.


“Ya tak ya juga. Kenapa aku bagi sikit sangat tadi,” Dia garu belakang tengkuknya. Comel je suami aku ni bila dia buat macam tu.


“Awak tak makan?” Aku bertanya dengan riak tak bersalah. Dia hanya merenung tanpa kata. Dia mencapai udang goreng kemudian memakannya dengan perlahan..


“Sedapnya.”


“Kau ni, makan tu, perlahanlah sikit. Sampai comot ni kenapa? Kerang dan sotong tu siapa nak makan? Tadi kata tak nak order ketam.” Aku tersengih bila Ishamudin menyapu sisa makanan yang melekat di tepi mulutku. Bahagia bila ada orang sudi membersihkan mulut kita yang comot ni.


“Ala, bukannya awak dapat habiskan ketam tu,” Aku menjawab sambil terkial-kial nak buang kulit ketam tu.


“Macam budak-budak,” Kutuknya. Dan, tangannya terus merampas ketam tersebut lalu dibuangnya kulit ketam itu. Aku tersenyum lebar.


Aku tidak menghiraukannya. Apa yang pasti selagi aku belum habiskan makanan ni, aku tak kisah dia nak marahkan aku. Yang penting, dia belanja. Selepas menghabiskan ketam, aku beralih pula pada Udang Kara. Sedap betul. Tapi pedas sangat. Ishamudin geleng kepala bila aku suapkan isi Udang Kara tersebut ke mulutnya. Bila dia mengelak, aku capai pula udang goreng lalu aku suap kemulutnya. Dia tidak menolak. Aku tersenyum senang hati. Rasa macam orang sedang bercinta pulak.


Alhamdulillah. Kenyang sudah. Mataku memandang wajah Ishamudin dengan riak tak bersalah. Kerang dan sotong masih tidak terusik. Ishamudin geleng kepala.


“Itulah. Tamak sangat. Kan tak habis. Membazir je,” Marahnya. Aku tersengih.


“Sorry. Lain kali tak buat lagi.” Ishamudin geleng kepala.


“Kau tunggu kat sini, aku nak pergi bayar bil,” Aku angguk kepala. Aku panggil pekerja restorent tersebut. Baik aku bawa balik kerang dan sotong ni. Taklah membazir.


“Abang, tolong bungkus ye,” Dia angguk kepala. Ishamudin datang menghampiriku. Wajahnya kehairanan.


“Kenapa?”


“Tak elok membazir. Saya nak bawa balik. Nanti saya sambung makan lagi,” Aku menjawab selamba.


“Yelah tu. Kuat makan, tapi badan masih juga kecil,” Aku mencebik bibir.


Kami berdua beredar dan berjalan menyusuri jambatan yang diperbuat dari kayu itu. Sungguh tenang udara malam itu. Sejuklah pulak. Aku hanya pakai cardigan nipis dan tidak mampu menghalang rasa sejuk yang menggamit tubuhku.


“Sejuk?” Soalnya. Aku angguk kepala.


“Aku pun sejuk jugak ni. Kalau aku bagi kau baju ni, nanti, aku pula yang kesejukkan,” Aku menghembus nafas kasar. Itu pun nak berkira. Apalah suami aku ni. Tak peka langsung dengan keadaan isteri dia. Kenapa bila dalam drama atau filem, bila heroin kesejukan, pantas je hero dia bagi baju jaket dia. Takkan realiti tak macam tu. Aku mengeluh.


“Mari,” Aku terasa tubuhku ditarik mendekatinya.


“Kalau macamni tak sejuk sangat,kan?” Aku terkejut dengan perlakuannya yang sukar diramal. Aku menyembunyikan senyum. Siapa sangka, aku dapat lebih dari itu. Itulah bahagianya kalau keluar dengan suami sendiri. Hilang terus rasa merajuk sebentar tadi.


“Selesa?” Aku angguk kepala. Siapa yang tak selesa kalau berada dalam pelukan hangat suaminya. Betulkan? Kalau macam ni sampai pagi pun aku sanggup.


“Takkan sejuk sampai tak dapat nak jawab soalan aku tu? Atau kau berangan benda lain. Betul tak?” Aku muncung mulut semula. Orang masih berada diawangan ni, mana sempat nak jawab soalan awak tu. Tak faham betul.


“Berangan apa pulak. Yelah..yelah..Dah selesa,” Aku bersuara merajuk. Ishamudin tergelak halus sebelum mencium kepalaku.


 Ishamudin memeluk pinggangku erat. Hatiku meronta-ronta minta dilepaskan, tetapi tanganku pula bertindak bertentangan dengan hati lalu menyentuh tangan Ishamudin yang berada dipinggangku.


“Cantik bulan malam ni. Tapi kalau kita habiskan masa di dalam bilik lagi best ni,” Ucapnya perlahan. Aku mendongak memandang ke dada langit.


“Hah!!! Manalah best duduk dalam bilik tu. Bukan boleh tengok bintang macam ni.” Aku menjawab dengan kerutkan di dahi. Dia hanya tergelak. Entah apalah yang difikirkannya saat itu. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Mungkinkah dia maksudkan benda tu? Aku cuba menolak tangannya, namun dia semakin erat memeluk pinggangku.


“Awak tak suka saya,kan?”  Aku sengaja bertanya untuk menyedarkannya. Takkan dia sudah berubah dan mula sukakan aku.


“Syuhhhh....Masa sekarang ni. Kita gunakan untuk melayan perasaan sekejap. Tak payah fikir benda yang bukan-bukan.” Bisiknya lembut ke telingaku. Aku terpana.


Kami berdua menghayati suasana malam dalam keadaan senyap. Mataku semakin mengantuk bila ditiup angin malam, namun aku cuba untuk bertahan. Aku tidak mahu terlepas saat indah ini. Ini akan jadi kenangan paling manis dalam hidupku. Aku rasakan Ishamudin menggosok kepalaku dengan dagunya kemudian dia meletakkan dagunya elok di atas kepalaku.


“Jum. Balik. Dah lewat ni,” Aku angguk kepala. Tangannya beralih pula dibahuku, sebelah lagi tangannya menarik tanganku supaya memeluk pinggangnya. Aku ikutkan sahaja, kerana aku merasa selesa dan selamat bila berada dekat dengannya.


            Ketika kami sampai di bilik, Ishamudin terus berlalu ke bilik air.


“Kau tak tidur lagi?” Aku tersentak bila ditegur mengejut oleh Ishamudin. Bila masa dia keluar dari bilik air?


“Orang belum mengantuk. Nak habiskan kerang dan sotong ni,” Aku terus mengopek kulit kerang tersebut. Ishamudin geleng kepala dan terus duduk di atas sofa. Aku membawa bungkusan tersebut ke balkoni bilik. Bimbang Ishamudin tak selesa dengan bau kerang dan sotong tu.


            Aku menjenguk ke dalam bilik, Ishamudin sedang leka bermain telefon bimbitnya. Entah apalah yang dia buat tu. Perlahan aku berdiri dan kepala aku jenguk ke dalam bilik.


“Awak belum tidur?” Soalku selamba. Ishamudin angkat kening.


“Aku tunggu kau.” Glup...Tunggu aku?


“Tunggu saya? Takpelah. Awak jangan risau. Nanti, kalau mengantuk, saya tidurlah. Tak payah tunggu saya.” Aku tersengih. Ishamudin gigit bibir. Erkk..Aku salah cakap ke?


“Makan cepat-cepat.” Aku mencebik dan kembali semula mengupas kulit kerang.


“Alhamdulillah. Habis jugak.” Aku kemaskan bekas plastik tersebut dan letakkan di tepi. Pintu slide aku tutup dan kunci. Kemudian, langsir aku tarik. Kesian suami aku. Sampai tertidur dia tunggu isteri dia habis makan. Selepas mencuci tangan dan berus gigi, perlahan aku menghampiri Ishamudin yang sedang lena di atas sofa sambil memeluk sebelah kakinya. Aku tersenyum bila melihat wajah kacak suami aku ketika dia sedang tidur. Tanpa dia sedari, aku terus menangkap gambarnya. Jangan jealous tau. Seksi lagi tu. Baju t-shirt yang dia pakai menampakkan sebahagian dadanya yang bidang. Dia tak tukar pakaian ke tadi? Tidur dengan masih pakai baju t-shirt dan seluar jean. Mataku terpaku pada dadanya yang bidang itu. Dada bidang yang sering menjadi bantal kepalaku sejak kami sampai di Sabah ni. Perlahan aku sentuh dadanya. Aku tersenyum kecil. Bila menyedari kenakalanku, aku ketuk kepala sendiri. Mood miang sudah datang.


“Awak, awak, jum tidur atas katil,” Aku sentuh lengannya. Ishamudin bergerak sedikit. Perlahan matanya dibuka.


“Erm...”Ishamudin terus berlalu dan merebahkan badannya di atas katil. Aku geleng kepala. Mengantuk sangatlah tu. Aku tarik kain selimut lalu menyelimut tubuhnya. Kemudian, perlahan aku naik di atas katil dan berbaring disebelah Ishamudin. Dalam hati aku berdoa semoga kami dapat menerima diri masing-masing dan semoga hubungan kami 
berkekalan sehingga ke akhir hayat.


*********************************

p/s : Semoga terhibur... selamat berpuasa buat semua yang beragama islam....

3 catatan:

Unknown said...

best,selamat berpuasa semua.

Anonymous said...

alahai..bunga bunga cinta..mekar di hati mereka

>>k<<

Aida Sherry said...

ermmmm... rindu sungguh dgn couple ni.....