Followers

Sunday, February 19, 2012

Setiaku Di Sini 2


Nazatul duduk di atas katil sambil tangannya lincah membelek hensetnya yang terkena air. Nazatul mengeluh berat.

“Mana aku nak korek duit untuk beli henset baru ni? Mesti abang bising lepas ni. Malas betul. Apalah malang sangat nasib aku hari ni. Nak tunggu gaji, lambat lagi.” Mulut membebel. Bunyi motorsikal abangnya kedengaran di halaman rumah. Terus hensetnya disimpan di bawah bantal. Kalau abangnya tahu hensetnya rosak, memang boleh cair tahi telinga dibuatnya.

Nazatul ikat rambutnya dan setelah debar di dada berkurangan, dia keluar dari bilik dengan yakin.

“Abang…. Erkkkk????” Nazatul tiba-tiba kaku. Bila menyedari sesuatu, Nazatul terus berlari kebiliknya semula. Nazatul terus melompat di atas katil dan menyelimut tubuhnya.

“Mak, Atul mana?” Nazatul mendiamkan diri bila mendengar suara garau abangnya bertanya. Perlahan selimut diangkat sedikit supaya ada udara masuk. Nazatul tarik nafas.

“Dah lari masuk bilik dia. Macam orang tak cukup tanah dia lari.”

“Ini siapa pulak?” Nazatul masih mendiamkan diri mencuri dengar perbualan mereka di luar bilik.

“Zul Hazmi. Saya menyewa kat rumah sana tu,”

“Owhh…Penyewa rumah Zara tu?”

“Ye. Ni, nak ikut Naz ke masjid sekejap lagi.”

“Zul, baik Zul pergi mandi dulu. Tentu tak selesa sebab belum mandikan?”

“Saya dah mandi tadi, selepas selamatkan budak perempuan yang lemas tadi. Baik saya tukar baju jelah. Tapi, saya terlupa bawa baju,” Kerana tergesa-gesa tadi, dia terlupa untuk membawa baju bersih.

“Budak lemas?” Suara ibunya bertanya cemas. Nazatul gigit bibir.

“Ye. Sempat jugak bagi dia CPR tadi.” Erkkk…Nazatul terkedu. Bibirnya disentuh.

“CPR? Apa ke benda tu?” Nazrin dan Zul Hazmi ketawa besar.

“Itulah. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut,” Terbeliak mata Nazatul mendengar kata-kata lelaki itu. Jadi, lelaki itu telah menodai bibirnya. Bibirnya dah kena cium. Nazatul gosok bibirnya kasar.

“Dasar lelaki miang.” Kutuknya.

“Guna baju saya jelah. Itupun, kalau awak tak kisah?”

“Saya tak kisahlah. Asalkan ada baju,”

“Lepas sembahyang nanti, singgah ke sini dulu. Kita makan sama-sama. Mak cik masak lebih tadi. Macam tahu-tahu je, ada tetamu hari ni,” Nazatul jatuhkan kepalanya di atas tilam. Mati kering dia lepas ni. Tenti lelaki tu gelakkan dia. Sudahlah sesedap rasa dia kenakan lelaki tadi.

“Mak, kami pergi dulu. Nanti lambat pulak ke masjid.”

Perlahan Nazatul keluar dari selimutnya. Setelah bunyi motorsikal semakin jauh, Nazatul berjalan lemah keluar dari biliknya. Kali ini, dia menggenakan tudung serta jaket.

“Mak, siapa lelaki dengan abang tadi tu?” Nazatul pura-pura bertanya.

“Penyewa baru kat rumah Mak Cik Zara kau tu,”

“Hiss..Mak ni. Kalau Kak Zara dengar, memang makan guna straw dibuatnya. Orang dah kata, panggil dia Kak Zara. Bukan Mak Cik Zara. Tak sedar diri punya orang tua,”

Papppp…

“Adui!! Mak sakitlah.” Nazatul gosok belakang kepalanya yang dipukul oleh ibunya sebentar tadi.

“Sempat pulak kau nak kutuk dia. Dah, tak payah nak buat drama pulak kat sini. Tolong mak masak sekejap. Nanti nak ajak kawan abang kamu tu makan sekali.”

“Hah!! Iee…dia ada rumah sendiri. Pandai-pandailah dia cari makan, mak. Apa pulak kita nak bagi dia makan?” Nazatul tak puas hati.

“Ya Allah, budak ni. Tak baik cakap macam tu. Kita patut memuliakan tetamu. Nak kata kau tak belajar kat sekolah, tak patut pulak. Atau kau nak pergi ke sekolah lagi?” Nazatul terus geleng kepala. Tak sanggup dia nak sambung belajar. Pening kepala dibuatnya.

“Mak nak saya tolong apa lagi. Rasanya dah siap semua,kan?”

“Sedia air untuk cuci tangan. Tolong hiding nasi kat meja tu,” Nazatul angguk kepala.

“Mak, Atul makan dulu ye? Atul dah lapar ni,” Nazatul peluk bahu ibunya. Dia tak nak duduk semeja dengan lelaki yang menjadi tetamu mereka.

“Nanti abang kamu marah pulak. Dia dah biasa makan dengan kamu,” Nazatul mencebik. Memang sejak kecil mereka selalu makan bersama.

“Mak cakaplah kat abang yang Atul sakit perut sebab lapar.”

“Ni nak mengajar mak menipu pulak. Kalau abang kamu tahu, tak tidur malam kita berdua dengar ceramah dia,”

“Habis tu? Mak cakap jelah, yang saya tak selesa bila ada lelaki lain kat rumah kita. Abang Naz tentu tak kisahkan?” Nazatul angkat kening.

“Yelah. Nanti mak cakap macam tu. Tapikan, rugi Atul tak tengok kawan Abang Naz kamu tu. Handsome mak tengok. Baik pulak tu,” Nazatul mencebik lagi.

“Isk..Mak ni. Mak berkenan? Nanti, Atul bagitahu abang mak nak pikat kawan dia.” Nazatul tergelak bila melihat muncung ibunya. Tahu sangat yang wanita itu tidak puas hati padanya.

“Cinta mak masih untuk arwah abah kamu. Mak hanya nak kamu jumpa lelaki yang lebih baik dari si Khalid tu. Kenapalah perkara begini terjadi dalam keluarga kita. Abang Naz kamu tu, mak rasa tentu dia dah tak percayakan perempuan lagi,” Pn.Nazrah mengeluh lemah. Nasib yang menimpa kedua-dua anaknya begitu menyakitkan hati.

“Dah takde jodoh antara kami, mak. Lebih baik putus tunang dari bercerai. Nasib baik belum berkahwin. Kalau dah kahwin lagi kesian,”

Pertunangan Nazatul dengan Khalid berakhir bila Khalid mengaku dia telah jatuh cinta pada seorang gadis. Dan yang paling dia kesalkan, gadis itu adalah tunang abangnya. Hati semakin sayu bila mengenangkan abangnya.Gadis itu adalah cinta pertamanya dan mereka telah berjanji untuk berkahwin 2 bulan lagi.

“Mak takut abang kamu tu je. Dia asyik menghabiskan masa di masjid tu. Risau pulak mak tengok dia,”

“Mak, itukan lebih baik dari abang buat benda yang bukan-bukan. Dengan cara itu, abang dapat menenangkan hatinya. Kita berdoa semoga abang tabah menghadapi ujian ini,” Nazatul peluk bahu ibunya.

“Kau sendiri bagaimana? Betul kau dah taka pa-apa?” Nazatul angguk kepala.

“Mak, Atul suka je kat Khalid tu. Belum sampai tahap cinta lagi. Kalau dah kahwin, baru Atul fikir nak serahkan hati Atul ni pada dia. Bila dah putus macam ni, redha jelah,” Nazatul menjawab tenang.

“Kasihan anak-anak mak. Mak berdoa semoga kamu berdua berjumpa pasangan yang baik yang menghargai dan dapat menerima kamu berdua seadanya.”

“Macam tulah. Hidup mesti diteruskan. Mana tahu, Atul jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari dia? Mak jugak yang senang hati. Abang pun sama.” Pn.Nazrah angguk kepala.

********************************

“Atul mana mak?” Nazrin bertanya sebaik sahaja duduk di meja makan. Pn.Nazrah menyenduk nasi lalu diletakan di dalam pinggan Nazrin dan Zul Hazmi. Zul Hazmi pura-pura tidak berminat untuk mengetahui di mana gadis yang diselamatkannya siang tadi.

“Dia tak selesa bila ada lelaki lain kat rumah ni.” Ibunya bersuara perlahan sebelum Zul Hazmi duduk. Nazrin angguk kepala. Malas hendak ambil tahu tentang adiknya. Dia tahu mungkin Nazatul tidak selesa bila ada lelaki lain dirumahnya.

“Jemputlah makan Zul.” Zul Hazmi angguk kepala. Pertama kali menjamah makanan kampung, Seleranya terbuka besar.

“Mesti sedap ni. Pertama kali makan masakan kampung ni,” Teruja sekali dia menceduk lauk dan sayur ke dalam pinggannya.

“Mestilah sedap. Masakan mak paling sedap di dunia tau,” Nazrin memuji masakan ibunya. Zul Hazmi angguk kepala. Dia sudah tidak mampu menjawab kerana menikmati makan malam yang pertama di kampung. Sebenarnya, itu adalah makan malam pertama yang di makan sejak balik dari Mesir. Sebaik sahaja tiba di Malaysia, dia terus menyewa kereta dan datang ke situ.

“Sedap. Pandai mak cik masak.” Pn.Nazrah tersenyum senang. Melihat gelagat anak muda itu, dia teringatkan Nazatul. Sesuai benar jika Nazatul dan Zul Hazmi bersama. Tapi, bila mengingatkan perangai anak gadisnya yang tak serupa perempuan tu, dia geleng kepala.

“Mak, Atul dah makan ke??”

“Dia dah makan. Lapar sangat katanya.” Nazrin angguk kepala.

“Dia balik naik apa tadi? Kak Zara tu kata, Atul balik jalan kaki dari tempat kerja dia,” Pn.Nazrah angguk kepala.

“Ye. Badan dia basah kuyup. Katanya jatuh dalam laut.” Zul Hazmi terbatuk. Nazrin kerutkan dahi. Pn.Nazrah pulak menghulur air suam kepada Zul Hazmi.

“Janganlah gelojoh sangat makan tu. Perlahan-lahan. Takde orang lain nak berebut makanan ni,” Zul Hazmi tersipu malu. Pn.Nazrah geleng kepala. Melihat Zul Hazmi makan seperti anak muda itu sudah setahun tak makan.

“Masakan mak cik ni sedap sangat. Sebab tu saya makan tak ingat dunia,” Cover malu. Padahal dia terkejut mendengar perkara yang berkaitan dengan gadis yang bernama Nazatul itu. Dalam hati dah tergelak jahat. Maknanya, Nazatul takut untuk menceritakan tentang perkara itu pada keluarganya.

“Budak tu memang tak mendengar kata. Orang dah pesan, jangan balik jalan kaki sorang diri. Dia tu perempuan. Nanti benda tak elok terjadi, siapa yang susah?” Nazrin geleng kepala. Zul Hazmi terdiam. Nampaknya, Nazrin sayangkan adiknya. Beruntung Nazatul ada abang yang baik macam Nazrin. Berbeza dengan dirinya. Ada kakak pun, macam takde. Bila teringat tentang kakaknya, Zul Hazmi mengeluh. Sejak melarikan diri 4 tahun lepas, dia tidak tahu apa perkembangan kakak dan keluarganya.

Selepas menjamu selera, Zul Hazmi dan Nazrin berbual seketika. Nazrin senang berbual dengan sahabat barunya itu. Seronok bila berjumpa orang yang cepat mesra dan mempunyai pandangan yang sama dalam hidup.

“Apa rancangan awak selepas ni?”

“Saya tak tahu lagi. Saya nak cuba hidup dengan cara kampung ni. Awak boleh tolong saya?” Nazrin kerutkan dahi. Pemuda kampung ni berlumba-lumba berhijrah ke bandar, lelaki bandar ni pulak, nak bekerja di kampung.

“Saya ni bekerja biasa je. Menguruskan ladang kambing dan kolam udang saya tu.” Zul Hazmi tersenyum lebar.

“Kolam udang? Wah!!! Tentu besar pulangannya.” Nazrin tersenyum kecil.

“Takdelah besar sangat. Cukup untuk kami bertiga makan. Kambing saya tu, belum mengeluarkan hasil. Baru nak mencuba.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Kenapa awak tak bermalam di hotel sana? Saya rasa, awak ni orang berada,kan?” Zul Hazmi tersenyum.

“Saya nak merasa tinggal di kampung. Tinggal kat rumah kampung.” Nazrin angguk kepala.

“Naz, sebenarnya, saya tak selesa tinggal kat rumah tu. Boleh tak saya bermalam di sini untuk malam ni? Esok saya nak tukar kunci rumah tu. Saya…” Zul Hazmi garu kepala sambil tersengih. Dia tidak mahu menuduh, tetapi, perasaannya tidak enak bila mengingatkan rumah tersebut. Teringat dengan tuan rumah itu, buat bulu romanya berdiri. Nazrin tergelak besar.

“Kak Zara tu memang macam tu. Pantang jumpa lelaki handsome.” Zul Hazmi garu kepalanya.

“Boleh,kan. Untuk malam ni je.” Nazrin angguk kepala.

“Terima kasih.” Zul Hazmi mengeluh lega. Dia takutkan perempuan yang berperangai seperti tuan rumahnya itu.

*************************************

6 catatan:

Lieynaim mohd noor said...

interesting .... xsabar nie nak tgu zul bertemu dgn atul..hheheheh

Wawa said...

menarik!!! buat lah cerita ni lawak2 macam cerita Isham ngan Mawar tu ek... heheh

Unknown said...

lieyna, tqvm....sabar ye...

wawa, insyaAllah. kali ni nak buat mereka berdua ni sama2 lucu...(kalau dpt la)

MaY_LiN said...

wawawawa..
mesti zul niade masalah pamili ni

Anonymous said...

best...
lading ---->tu ladang ke

Unknown said...

may_lin, hihihi...sebab tu dia membawa diri tu..hihihi

lieza, tq..a'ahh..ladang..huhuhu...