Followers

Thursday, July 4, 2013

Relaku Pujuk 25



Aku tepuk tangan sebaik sahaja dapat menyiapkan istana pasir tersebut. Tetapi kegembiraanku hanya bertahan tidak sampai 5 minit. Segala penat lelahku musnah dalam sekelip mata bila kaki gergasi menghentam istana pasir yang ku bina.

“Awak!!!” 

Aku menjerit kuat sambil bercekak pinggang melihat lelaki itu berjalan selamba meninggalkan aku setelah kakinya memijak istana pasirku. Aku mengeluh geram. Wajahnya tetap selamba seolah-olah tidak bersalah. Penat aku siapkan istana pasir itu, sekelip mata dia merobohnya. Sudahlah aku tak pernah lagi bina istana pasir seumur hidupku. Tadi, aku bagitahu dia, aku nak bina istana pasir, dia gelakan aku. Katanya, itu mainan budak-budak. Kerana marahkannya, aku terus keluar dan membina istana tersebut seorang diri. Agak lama juga masa di ambil untuk menyiapkannya, dia dengan senang hati meruntuhkannya.

“Nak buat lagi?” Aku tersentak bila ditegurnya dari belakang. Bila masa pulak dia patah balik?

“Tak.” Aku menjawab kasar. Dia duduk mencangkung dihadapanku.

“Habis tu, kau buat tu?” Aku menjeling sekilas.

“Buat bodoh,” Malas nak melayan orang takde perasaan macam dia ni. Buat sakit hati je.

“Owh!!! Macamana buat bodoh?” Aku terus melakukan kerjaku tanpa menghiraukannya.

Dia terus duduk sambil merenung laut yang terbentang luas dihadapan kami. Paras air laut semakin meningkat.

“Kita mandi nak tak?” Aku pandang wajahnya. Mandi???? Aku memandang ke laut. Kemudian aku sentuh pipiku. Muncung mulut semakin panjang.

“Kenapa? Takut kulit muka hitam? Apa kau nak risau? Kau dah kahwin pun. Hitam atau putih, kenyataannya, kau dah kahwin. Kita dah kahwin.” Aku buat muka tak puas hati.

“Siapa kata orang takut kulit muka hitam? Orang tak percaya yang awak nak mandi air laut tu.” Dia mencebik. Memang pun aku takut kulit mukaku hitam. Kulit mukaku agak sensitif. Mudah sangat terbakar bila terkena cahaya matahari.

“Nak mandi atau tak?” Aku tetap geleng kepala.

“Okey. Tak nak sudah,”

Aku cemburu melihatnya berenang ke hulu ke hilir. Kalau tak kerana aku takut mandi laut, memang aku nak juga mandi air laut tu. Akhirnya aku bermain di tepi pantai. Bila ombak datang, aku cepat-cepat berlari ke atas. Aku menjerit kesukaan bila setiap kali dapat mengelak dari terkena ombak kecil itu. Setelah penat, aku kembali duduk menghadap istana pasir yang aku bina tadi.

“Hai...” Aku mendongak memandang lelaki yang menegurku.

“Hai..” Aku menjawab sepatah. Kasihan pulak tengok mamat tu terpacak kat sebelah tempat aku duduk.

“Cantik istana pasir awak tu,” Aku menoleh ke arah istana pasir yang belum siap sepenuhnya.

“Terima kasih. Tapi belum siap lagi,” Aku tersenyum.

“Nak saya tolong?” Aku kerutkan kening.

“Tak mengapa. Dah siap tadi, tapi kena attack kejap tadi, tu yang pecah sana sini.” Aku tersengih. Dia terus duduk dihadapanku sambil memerhati istana pasir yang aku buat.

“Apakata tambah satu lagi kat sebelah sini,” Aku ikut gerak geri tangannya.

“Alamak!! Air dah habis lah.” Aku muncung mulut.

“Saya pergi ambil. Awak tunggu kat sini,” Aku tersengih. Aku geleng kepala. Kenapa dengan aku ni? Aku bukan kenal dia pun, kenapa aku berani sangat berbual dengannya. Tapi, takkan nak halau pulak. Dia nak tolong je.

Pada ketika itu, aku ternampak Ishamudin menghampiriku. Pada masa yang sama lelaki tadi juga menghampiriku. Saat itu, mataku hanya melihat Ishamudin yang berjalan tenang dibelakang lelaki tadi. Dengan rambut basah, bibir merah, wajahnya tetap tampan dimataku biarpun tanpa senyuman. Aku tunduk malu bila dia berada betul-betul dihadapanku sambil merenung wajahku yang sudah kemerahan saat itu.

“Nak mula dari mana?” Aku menoleh ke sebelah.

“Errr....”

“Mawar, siapa ni?” Aku gigit bibir kemudian buat muka tak bersalah. Memang bukan salah aku pun, dia yang datang sendiri.

“Err...” Aku geleng kepala.

“Awak siapa?” Lelaki tersebut pula bertanya pada Ishamudin. Ishamudin tersenyum sinis lalu mencium dahiku dihadapan lelaki tersebut. Terbeliak mataku menerima kejutan yang tak termimpi olehku.

“Err..Awak..” Aku pantas tertunduk malu.

“Awak siapa? Apa awak nak buat pada isteri saya ni?” Aku garu dahi bila melihat wajah pucat lelaki tadi. Jelas terbayang riak bersalah diwajahnya. Suara Ishamudin ketika itu juga jelas kedengaran marah.

“Isteri saudara?” Ishamudin angguk kepala.

“Maaf. Saya tak tahu. Saya ingatkan dia seorang diri. Sebab, dari tadi saya perhatikan, tiada sesiapapun yang mendekatinya.” Aku tersenyum padanya.

“Maaflah. Suami saya sedang mandi, sebab tu awak nampak saya seorang je kat sini,” Dia tersenyum lemah.

“Owh...Okey. Saya Fazrul. Pemilik kedai peralatan renang tu,” Aku melihat ke arah kedai yang dimaksudkannya.

“Saya Mawar. Ini suami saya..” Sebelum sempat aku memperkenalkan mereka, Ishamudin terlebih dahulu menghulur tangan pada lelaki tersebut.

“Ishamudin. Panggil Sham. Sebenarnya kami sedang bercuti sekarang ni. Honeymoon,” Perkataan Honeymoon itu sengaja ditekankan. Aku gigit bibir. Geram melihat lakonan suamiku ini. Kenapa perlu bagi tahu  orang lain yang kami sedang honeymoon. Tangannya erat memeluk pinggangku sekali sekala jari jemarinya menolak beberapa helai rambutku lalu diselit di tepi telinga.

“Owh!! Begitu. Tahniah!!! Selamat pengantin baru,” Kami berdua tersenyum.

“Terima kasih.” Fazrul kemudiannya meminta diri untuk beredar.

Ketika itu, aku kaku berdiri disebelahnya. Aku hanya memandang tangannya yang berada dipinggangku. Agak lama kami mendiamkan diri sehingga dia bersuara perlahan.

“Depan aku pun, kau nak mengorat lelaki lain?” Aku telan air liur. Terasa panas cuping telinga mendengar tuduhan tak berasas itu. Wajahnya juga masam mencuka.

“Apa awak cakap? Saya mengorat lelaki lain? Huh!!! Merepek je.” Aku berdengus marah. Malas hendak melayan kerenahnya.

“Dia yang datang tegur saya dulu, bukan saya yang panggil dia datang. Biasalah lelaki, pantang jumpa perempuan cantik.” Tanpa sedar aku telah memuji diri sendiri. Dia tergelak halus.

“Cantik???” Soalnya bersama gelak. Aku berdengus kasar dan menyiku perutnya.

“Aduiii...kenapa dengan kau ni? Sakitlah,” Aku menjeling sekilas. Perangai entah apa-apa. Suka sangat nak naikkan darah aku.

“Malas nak layan awak. Saya nak balik,” Aku mengemas peralatan untukku membina istana pasir tadi.

“Macam budak-budak. Orang pergi honeymoon, mana ada bawa benda alah ni semua. Kau je datang sini bawak semua benda ni. Patutlah lelaki tu datang mengorat.” Aku tidak menghiraukannya.

“Suka hati oranglah. Takde kaitan dengan awak pun,” Aku mencebik.

“Siapa cakap? Lelaki tadi tu, tentu dalam hati dia kata aku kahwin dengan budak tak cukup umur.” Aku menjeling sekilas wajahnya. Dia angkat kening.

“Habis tu, kenapa awak mengaku saya ni isteri awak?” Ketika itu kami berada di dalam lif.

“La..mestilah aku mengaku, kalau dah kenyataannya kau isteri aku. Berdosa menipu tu.” Aku mencebik lagi.

“Kalau awak buat-buat tak kenal saya tadi, takdenya awak rasa malu.” Sedikit sebanyak aku terasa hati bila merasakan dia malu berkahwin denganku.

“Apa pulak malu. Bila masa pulak aku cakap aku malu?” Aku mendiamkan diri.

“Jawablah,” Aku terasa bahuku ditolak perlahan.

“Mawar, jawablah,” Aku terus keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Tanganku ditariknya.

“Kenapa ni?” Soalnya bila kami berada di pintu bilik. Aku terus mendiamkan diri.

Aku ingin lihat apa tindakannya jika aku mogok tak nak bercakap dengannya. Selama 3 hari kami di sini, entah mengapa hari ini aku terasa hati dengan sikap sambil lewanya. Tapi, pagi tadi, hubungan kami okey je. Beberapakali aku cuba membuka pintu bilik kami, namun masih tidak berjaya. Tanganku pula menggeletar dan akhirnya aku berdiri kaku di pintu bilik kami.

“Heii...kenapa ni?” Aku keraskan badan bila Ishamudin sentuh bahuku. Tanpa sedar, airmataku jatuh perlahan di pipi. Bila terasa tidak dapat menahan sebak, aku melarikan diri darinya. Suaranya memanggilku tidak ku hiraukan. Aku nak berada jauh darinya sekejap.

Aku tundukkan kepala sebaik sahaja sampai di tangga. Aku menangis sepuas-puasnya. Benci betul, kenapa aku terlalu mudah menitiskan airmata ketika berdua dengannya. Setiap kata-katanya sentiasa membekas dihatiku. Aku merasa seperti diabaikan. Menyesal aku ikut dia datang ke sini. Takkanlah sebab aku bina istana pasir, dia merasa malu? Kenapa? Salahkah kalau perempuan bina istana pasir? Aku dah lama ingin bina istana pasir tu, dia pula..huh!! Aku kesat air mata dipipi.

“Arghhh...Tak suka macam ni,” Aku kesat airmata yang mengalir dipipi dengan kasar sekali.

Aku terus berdiri dan berpaling untuk kembali ke bilik kami. Sebaik sahaja sampai di bilik, aku melihat sekeliling. Aih!!! Pelik. Mana pulak dia pergi? Pintu tak di kunci. Perlahan aku lekapkan telinga di pintu bilik mandi. Aku dapat dengar dengan jelas suaranya menyanyi perlahan. Aku tersenyum kecil. Kenapa? Entahlah. Agaknya otak aku ni dah mereng. Merajuk, menangis, ketawa macam dah sebati pulak. Tapi, hanya lelaki itu yang menghadiahkan semua perasaan tersebut.

Sementara menunggu Ishamudin habis mandi, aku mengambil kesempatan menghabiskan novel yang aku beli sebelum kami berkahwin. Oleh kerana Ishamudin selalu sangat mengusikku, maka aku tiada masa untuk menghabiskan novel itu. Sambil itu, aku pasang earphone kemudian aku duduk di balkoni bilik. Setelah membaca beberapa helai, aku letakkan buku tersebut atas kepalaku. Hilang mood membaca kerana asyik melayan lagu yang best-best dalam ipodku.

Aku tersenyum manis bila Ishamudin menghampiriku. Ishamudin merenung wajahku penuh kasih sayang. Aku pejamkan mata saat Ishamudin mendekatkan bibirnya kewajahku. Perlahan aku buka mata. Ishamudin tersenyum menggoda sehingga membuatku tertunduk malu. Kami sama-sama menikmati permandangan petang yang mendamaikan itu. Terasa nyaman bila berada dalam pelukannya.

Aku tersentak bila kakiku ditimpa sesuatu. Aku pandang ke kiri dan ke kanan. Aku bermimpi disiang hari? Aku geleng kepala. Novel yang terjatuh dan menimpa kakiku, aku capai. Alangkah indahnya, jika semua itu bukan angan-angan. Beberapa ketika kemudian, mataku beralih pada Ipod ditanganku.

Bila terpandang Ipod ni, aku teringatkan Ishamudin. Sungguh aku tak sangka, masa di airport hari tu, iaitu sebelum kami berlepas, dia sempat membeli hadiah untukku. Bila sampai di hotel, dia suruh aku cari lagu-lagu yang aku minat untuk di download. Aku pula, tidak melepaskan peluang. Bermacam-macam lagu aku cari. Sampai dia hampuk kepala aku dengan bantal sebab asyik cari lagu Korea. Keesokan paginya, aku ternampak kotak kecil berbalut kemas di atas meja solek. Beserta kad ucapan.

‘Hadiah kecil untuk budak kecil,’

“Budak kecil jatuh..” Aku terkejut bila sekali lagi buku ditanganku terlepas dan jatuh menimpa kakiku. Aku berpaling bila menyedari ada seseorang berdiri tidak jauh dari tempatku duduk.

“Awak ni, terkejut saya,” Dia tersengih. Mood kami sudah kembali normal.

“Pelik betul. Sejak bila kau melatah?” Sejak bila aku melatah? Aku sendiri tidak sedar sejak bila. Tetapi, aku akan melatah jika berada dalam keadaan terkejut. Rasanya itu bukan melatah. Mungkin hanya tindak balas sebab dikejutkan.

“Mana ada orang melatah. Orang terkejut je,”

“Ye ke? Kalau orang lain terkejut, mereka akan sebut mak atau opocot. Ha..Tu baru terkejut.”

Ishamudin sedang menggosok rambutnya dengan tuala kecil. Wah!!! Semakin handsomelah laki aku ni. Lama mataku terpaku pada wajahnya sehinggalah Ishamudin kenyitkan matanya padaku, terus aku tunduk merenung ipodku. Dia ni,kan suka sangat nak usik aku. Teringat peristiwa pagi tadi. Wajahku kembali merona merah.

“Ala...lain orang lain cara. Ikut suka hati la nak sebut apa pun,” Yelahkan. Tak semua kita sebut benda yang sama ketika terkejut.

“Alasan. Kau dah puas dengar lagu tu? Kau tak nak mandi lagi? Busuklah kau ni,”  Sepantas kilat aku cium baju yang aku pakai. Bau wangi adalah.

“Mana ada bau busuk.” Aku mendongak memandang wajah selamba Ishamudin namun hanya sekejap kerana aku terlupa yang dia hanya berkain tuala paras lutut. Dia tergelak halus.

“Kau sendiri yang cium sebab tulah tak hidu bau tu.” Aku bingkas bangun dan berlalu ke bilik mandi setelah menghadiahkan jelingan maut padanya. Dia angkat kening dan mencebik bibir.

“Mandi cepat-cepat. Kejap lagi kita keluar jalan-jalan.” Aku angguk kepala.

**************************
p/s : ikhlas buat semua yang setia menanti cite ni...

2 catatan:

Unknown said...

best...nak lagi.

MaY_LiN said...

amboi..
nakal la sham ni..
cian mawar asik terkena je