Followers

Wednesday, March 16, 2011

Jangan Kau Pergi 19


Baik-baik memandu tu. Jangan bawa laju sangat. Ingat anak isteri kat sini, Pesan Pn.Mariam pada anak tunggalnya. Elman angguk kepala.


Baik ma. El pergi dulu, ma, pa, Setelah bersalaman dengan mama dan papanya Elman terus berlalu. Hafiya berjalan mengekori langkah Elman.


Abang, Fiya minta maaf. Hafiya menarik tangan Elman dan menciumnya. Elman sedikitpun tidak memandang wajah isterinya. Bimbang hatinya akan mengalah dan merayu Hafiya supaya mengikutnya balik ke kampung.


Ye. Pergi dulu, Elman terus masuk ke dalam kereta dan berlalu. Hafiya menyeka airmata yang mengalir perlahan dipipi.


Elman gigit bibir menahan airmata dari mengalir. Hatinya juga sayu melihat Hafiya menyekaa airmata. Semakin jauh meninggalkan rumah papanya, Elman terasa semakin sebak. Begitu terasa kehilangan. Kerana marah dia sanggup meninggalkan Hafiya padahal, jiwanya meronta supaya merayu Hafiya balik ke kampung bersamanya.


Di rumah, Hafiya merenung satu persatu sudut bilik yang terasa kosong. Semenjak Elman bersikap dingin padanya, hatinya sedikit sebanyak mula terasa kehilangan. Akhirnya Hafiya duduk dibirai katil dan mengeluh. Orang kata telajak perahu dapat diundur, telajak kata buruk padahnya. Hafiya tersentak bila pintu bilik ditolak kasar dari luar. Hafiya angkat muka dan menyapu airmata yang sejak tadi mengalir. Hafiya tersentak bila tubuhnya dipeluk erat.


Abang tak kira. Fiya mesti ikut abang balik, Hafiya gigit bibir menahan tangis. Elman sudah tidak peduli. Apa yang pasti dia mahukan Hafiya menemaninya.


Tapi Fiya dah janji dengan papa, Hafiya menjawab perlahan sambil membalas pelukan suaminya.


Untuk sebulan ni je. Fiya tinggal dengan abang, temankan abang, Hafiya terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata Elman. Akhirnya Hafiya angguk kepala.


Terima kasih, sayang, ucapnya gembira sambil mengucup dahi Hafiya. Hafiya tersentak bila mendengar perkataan sayang dari mulut Elman.


Mari abang tolong kemaskan barang Fiya, Elman tarik tangan Fiya dan bergerak ke almari. Hampir semua baju Hafiya diletak ke dalam beg.


Abang…..banyak sangat tu. Lagipun baju kat kampung tu ada lagi. Hafiya menahan tangan suaminya. Elman tersengih. Hafiya terdiam.


Ina macamana? Hafiya bertanya bimbang. Sepatutnya Nurina sudah mula bersekolah di sekolah barunya. Elman garu kepala.


Okey. Fiya kemas barang. Abang jumpa mama dulu, Elman terus berlari ke tingkat bawah. Nurina dan Alif hanya memandang pelik ke arah Elman.


********************


Mama, Fiya pergi dulu, Hafiya menyalami tangan Pn.Mariam dan memeluk ibu mertuanya.


Takpe. Biasalah. Mama dulu pun macam tu jugak. Tak sanggup nak berjauhan. Hafiya tunduk malu. Elman tersengih sambil menggenggam jari jemari isterinya. Nasib baik Nurina tidak kisah tinggal dengan Pn.Mariam. Lagipun, baginya Pn.Mariam sangat baik padanya. Dia juga dapat berjumpa papanya.


Kami pergi dulu, Hafiya membalas lambaian tangan Nurina.


Alif, cepat lambai nenek, Hafiya angkat tangan Alif untuk melambai pada Nurina dan Pn.Mariam. begitu ceria wajah Alif namun berbeza pula dengan Nurina dan Pn.Mariam. sementara En.Ezhan pula memeluk bahu isterinya bagi menenangkan Pn.Mariam.



Setelah agak jauh meninggalkan perkarangan rumah mereka. Elman terus memandu tanpa memandang wajah Hafiya. Hafiya pula merenung Elman sambil tersenyum. Entah mengapa tiba-tiba dia perasan yang Elman semakin kacak dimatanya. Lebih-lebih lagi sekarang. Wajahnya merona merah.


Elman pula serba tak kena. Sekarang baru dia sedar apa yang dia lakukan adalah sesuatu yang sungguh tak disangka. Tidak pernah seumur hidupnya menangis. Tetapi bila terpaksa berjauhan dari Hafiya, air mata tidak dapat ditahan sehingga membuatkan dia membuat keputusan untuk kembali pada memujuk Hafiya mengikutnya sama.


Dah puas? Hafiya masih tersenyum bila Elman memandang sekilas ke arahnya.


Baru hari ni saya tahu abang ni handsome juga ye. Hafiya tergelak kecil. Wajah Elman merona merah.


Kalau saya tak nak ikut tadi, apa abang nak buat? Hafiya bertanya nakal. Elman menjeling tajam. Alif begitu leka bermain dengan botol susunya.


Abang dukung Fiya bawak lari, Hafiya tergelak.


Tapi kenapa mesti bawa saya balik? Walauapapun, saya tak akan ubah fikiran. Saya tetap akan tolong papa di syarikat. Nada Hafiya berubah serius. Elman mengeluh.


Suka hati awak. Janji, untuk sebulan ni awak temankan saya. Elman menjawab selamba. Dalam hati Elman kuatkan semangat untuk membuat Hafiya jatuh cinta padanya. Sebelum ini dia tidak pernah cuba untuk memikat isterinya itu. Bila mendengar cadangan dari Asran. Setelah penat sahabatnya itu berdebat dengannya, akhirnya Asran mencadangkan dia supaya memikat Hafiya supaya isterinya itu jatuh cinta padanya. Pada mulanya dia menolak dan yakin dia mampu melupakan perasaannya pada Hafiya. Namun diakhirnya, dia mengalah. Hafiya telah mengisi ruang hatinya. Di mana-mana dia ternampak wajah manis Hafiya.


***********************


Mulai hari ni, saya nak awak tidur dengan saya. Tak nak tidur asing-asing, Hafiya kerutkan dahi. Sejak siang tadi perangai Elman sangat pelik.


Tapi… Hafiya terdiam bila mulutnya di sentuh oleh jari telunjuk suaminya.


Saya suami awakkan? Hafiya angguk kepala.


Jadi, isteri kena dengar cakap suami. Lagipun, sepatutnya dari dulu lagi kita tidur bersama. Halal tau. Selamba Elman berkata sambil menyimpan beg Hafiya di dalam biliknya. Hafiya hanya mampu memandang tidak percaya.


Biar betul? Ucapnya sambil buat muka tidak puas hati. Elman tersengih.


Yelah. Apa pulak tak betul. Hafiya karutkan dahi. Elman tersengih.


Peliklah awak ni. Hafiya terus beredar ke dapur.


Peti sejuk dibuka. Selama hampir sebulan lebih meninggalkan rumah tersebut, peti sejuk pula kosong. Hafiya kembali ke bilik Elman.


Abang…ahhh… Hafiya terus menutup pintu bilik bila terpandang sesuatu yang tak sepatutnya. Hafiya terus tutup pintu. tersenyum sendirian. ‘Kenapalah orang tua tu suka sangat buka pakaian tak pakai tuala?’ Rungutnya sendirian. Alif yang sedang leka bermain kereta kontrolnya tersengih bila melihat keretanya melanggar kaki ibunya. Hafiya baring di atas sofa sambil menunggu Elman keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian Elman keluar dengan wajah selamba dan terus duduk di kerusi yang sama dengan Hafiya. Tersentak Hafiya bila kakinya di angkat dan diletakkan di atas paha lelaki itu.


Err…gelilah, Hafiya menarik kakinya namun Elman terus mencengkam kaki halus Hafiya.


Geli ye, Elman semakin galak menggaru tapak kaki Hafiya. Hafiya menggeliat.


Abang….. lepas la. Geli, Hafiya ketawa. Dia cuba membalas dengan menggeletek pinggang Elman pula. Giliran Elman pula berusaha menepis tangan halus yang semakin ligat menggeletek pinggangnya. Alif yang menjadi penonton setia gurau senda mereka hanya tersengih sambil tepuk tangan. Melihat keseronokan yang ibu dan papanya rasai, Alif terus masuk di antara Elman dan Hafiya. Melihat wajah ceria Alif, Hafiya terus menggeletek anaknya itu. Gelak ketawa Alif bergabung dengan suara Elman dan Hafiya membuatkan suasana rumah tersebut semakin ceria.


Alif, sudah. Ibu tak larat lagi dah. Mari tidur ye, Akhirnya Hafiya mengalah dan mendukung tubuh kecil anaknya. Elman mengekori dari belakang sambil mengagah-agah Alif membuatkan anak kecil itu terus memeluk leher Hafiya dengan erat.


Abang, huk..huk…sudah lah. Sesak nafas Fiya dibuatnya. Elman semakin galak mengusik Alif. Mereka bertiga masuk ke bilik bersama-sama. Sebaik sahaja Alif baring di atas tilam, Elman terus baring di sisi Alif. Tanganya menepuk punggung Alif supaya anak kecil itu tidur. Hafiya pula beredar keluar bilik membiarkan Elman menidurkan alif.


Ketika Hafiya leka menonton tv, Elman kembali duduk di kerusi yang sama. Hafiya angkat kaki sedikit untuk memberi ruang untuk suaminya duduk. Elman menjeling sekilas wajah serius isterinya. Niat untuk mengusik Hafiya masih belum hilang. Perlahan Elman jatuhkan tangannya ke kaki Hafiya.


Eh!!! Apa ni? Elman tersengih bila Hafiya menepis tangannya. Elman terus berfikir bagaimana hendak menggenakan isterinya. Ketika dia sedang leka, Hafiya terlebih dahulu bertindak. Terus pinggang suaminya menjadi sasaran jari-jemari runcing. Elman terus menggelupur seperti ayam kena sembelih. Hafiya tergelak.


Syyyttt..Janganlah kuat sangat ketawa tu. Nanti Alif terjaga, Hafiya tutup mulutnya.


Luculah abang ni, Sekali lagi Hafiya cuba menggeletek Elman tanpa henti.


Fiya..Fiya..sudah..sudah..abang kalah. Geli. Elman ketawa bebas. Hafiya tergelak riang. Entah di mana silapnya ketika Hafiya hendak berdiri, kakinya terpijak botol susu Alif dan dia terjatuh menimpa badan Elman. Mereka saling berbalas renungan. Perlahan tangan Elman melingkari pinggang Hafiya. Hafiya pula merebahkan kepalanya di dada bidang suaminya. Mereka sama-sama mendiamkan diri menikmati suasana yang mendamaikan itu. Degupan jantung Elman yang kadangkala tenang, kadangkala kencang umpama musik membuatkan mata Hafiya mengantuk. Akhirnya, Hafiya terlelap di dada Elman.


************************************


Semalam ada orang tu, sesedap rasa dia gunakan kita sebagai tilam dia, Hafiya menjeling sekilas wajah suaminya yang sedang bersarapan. Wajahnya merona merah bila mengingatkan dia terlena di dada suaminya semalam.


Ye ke? Siapa orang tu? Hafiya berlagak selamba. Dia tahu Elman sengaja mengusiknya.


Entah. Sudahlah badan dia berat, tidur atas lantai lagi. Habis sakit badan abang ni. Ni mesti kena urut baru elok. Elman menghirup kopinya.


Ye ke? Nantilah saya bagi tahu orang tu suruh dia urut abang. Siap pijak-pijak lagi. Elman terbatuk. Air yang di minumnya tersembur. Hafiya tergelak sakan. Elman menjeling tajam.


Ingat badan abang ni kayu ke, nak di pijak-pijak, Elman bersuara marah. Hafiya tersengih.


Abang rasa? Elman geleng kepala. Perangai Hafiya semakin hari semakin nakal.


Malas nak layan Fiya. Abang nak pergi sekolah ni. Hafiya tersenyum. Menyedari Elman mengalah dengannya.


Abang, jangan marah tau. Nanti cepat tua, Usiknya sebelum Elman keluar dari pintu. Elman kembali semula dan tanpa amaran, pinggang Hafiya dirangkulnya dan sebelah tangannya berada di tengkuk Hafiya. Hafiya tersentak. Sangkanya Elman sedang marah.


Errrr…Abang, Fiya minta maaf, Ucapnya gugup. Tanpa amaran, Elman terus meragut bibir comel itu. Hafiya membeliakkan matanya. Tidak sangka akan tindakan spontan suaminya.


Ahhh… Abang jahat, Hafiya sentuh bibirnya yang terasa perit kerana digigit oleh Elman. Elman tersenyum menang . Melihat wajah Hafiya yang hampir menangis, timbul kebimbangan dihatinya. Pantas tangan Hafiya yang menutup mulut itu disentuh.


Sakit? Hafiya masih tidak melepaskan tangannya. Hanya matanya merenung tajam wajah suaminya yang kerisauan itu.


Mari abang tengok. Nak abang tolong sapukan ubat? Hafiya geleng kepala.


Jangan macamni. Abang tolong ye. Abang tak sengaja tadi. Salah Fiya jugak. Kenapa nakal sangat, Hafiya masih merenung wajah suaminya tanpa bercakap membuatkan Elman semakin berasa serba salah. Namun, bila menyedari suaminya sudah lambat ke sekolah, Hafiya tergelak.


Abang ni. Fiya tak apa-apa. Abang pergilah. Nanti lambat pulak, Hafiya menolak tubuh Elman. Elman geleng kepala. Siapa yang pikat siapa ni? Elman terus berlalu selepas Hafiya mencium tangannya.


Abang, Sekali lagi Hafiya memanggil Elman dengan manja. Jari telunjuknya menyentuh dahi. Elman tersenyum sambil geleng kepala namun dia tetap menghampiri Hafiya dan mengucup dahi isterinya. Hafiya tersenyum bahagia.


*****************************


Slm, enjoy ya...kalau ada yg 'kureng' share la ngan saya..huhuhu

14 catatan:

hana_aniz said...

suuuwwweeettt!! nak lagi cik kaira!! huhu

Ema Emaharuka said...

Huwa sweetnya di orang
fiya cepat dpt baby ya...
Elman x saBar nak jd ayah;)

kak cepat smbung,he;)

Ibu Hafiz said...

Mujurlah El ikut nasihat Asrar...pikat Fiya sampai jatuh cinta pada suami sendiri.. Sweet jer, bile terpisah barulah masing2 terasa sunyi & nangis... berkejar El patah balik.. :-)

semoga lepas ni hubungan EL & Fiya makin erat, hope El akan tahu Fiya takut bersalin sebab kes kakak dia dulu..dan Ina & Aliff bukan anak kandung Fiya..

puteri ain said...

sweettttt !! suka suka suka..best :)

korro suffian said...

soo sweet... suspen btul citer nie... unik... i want baby...

kaira_syuma said...

hana, tq...tengah usaha ni...hihi

ema, tengah usaha tu...hehehehe,

ibu hafiz,elman dah cinta sangat kat fiya tu...

puteri ain, tq..mmg sweet...sy pun suka...hhhahhaa

korro, nakal ye..nak baby..tungguuuu...

diahperi said...

hrap2 kali ni hubungan fiya n elman akan pulih ye dan hidup spt suami isteri dlm erti yg sebnar k

MaY_LiN said...

wawawa..
sudah pandai ya c fiya tu..
romantika

Anonymous said...

suka sangat3! ;]

Anonymous said...

suka sangat3! ;]

kaira_syuma said...

diahperi, insyaAllah.....

may_lin, fiya mmg nakal...sifat tersembunyi..hehehhee

anonymous, tqvm

tari said...

sweet...

Misz Emiylia said...

wahhhh....sgt sgt sweeeet diorg ni!!!
nakalnye fiya...hihihi...thanks akak...smbg lg...:)

princess ryanna said...

bab ni plg2 sweettt sgt2....