Followers

Monday, March 5, 2012

Sedutan Relaku Pujuk - edit




Aku menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ishamudin. Selesai berdoa, Ishamudin berpaling padaku. Aku berlutut dihadapannya dan terus menarik tangannya. Tangan kasar itu aku cium dengan rasa rendah diri. Sekali lagi aku tersentak bila Ishamudin menarik wajahku dan mencium dahiku. Aku masih kaku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Hendak beredar, tangan Ishamudin masih menyentuh kedua-dua belah pipiku. Aku gigit bibir tanda tak puas hati ni. Tapi, tak pula aku cuba untuk melarikan diri. Hanya mataku sahaja memandang ke arah lain. Tak sanggup hendak menentang matanya. Bimbang aku tergoda padanya. Tak pasal-pasal aku cium dia ni pulak. Wajahku semakin merona merah sebab terlalu lama sangat di renung. Aku tahulah aku ni cantik, tapi, kalau tengok lama-lama, nanti jemu. Huhuhu…

“Ehem…” Akhirnya keluar juga suaraku. Kaki dah lenguh sebab duduk berlutut lama sangat. Lagipun tangan aku pun dah kebas ni sebab kaku je dari tadi. Yang suami aku ni buat-buat tak faham pulak. Nampak macam tak sedar je. Kalau aku cium dia baru tahu. Erkkk… apa yang aku merepek ni. Aku geleng kepala.

“Kenapa?” Mataku memandang tepat ke matanya. Wajahnya jelas sekali keliru.

“Apa yang kenapa?” Haiii.lah…awal pagi dah tanya soalan pelik.

“Kenapa kau geleng kepala?” Aku tersenyum. Kemudian pipi sengaja dikembungkan. Akhirnya aku mengeluh lega bila tangan Ishamudin melurut jatuh. Mungkin dia baru tersedar yang tangannya sedang menyentuh pipiku.

“Takde apa-apa. Errr…saya nak sambung tidur boleh?” Aku bertanya selamba sambil menanggalkan telekung ku.

“Apa pulak nak sambung tidur. Tolonglah mak kat dapur tu. Buatkan sarapan ke,” Aku mencebik.

“Yelah…yelah..” Aku menghentak kaki namun tetap juga keluar dari bilik menuju ke dapur. Bila aku sampai di dapur, sunyi je. Mana pulak mak mertua aku pergi. Mungkin dia sembahyang kot. Mataku liar mencari cerek untuk memasak air. Ketika aku sedang mencuci pinggan kotor di dalam singki, aku terkejut bila mendengar bunyi kucing bergaduh. Tanpa menunggu lama, aku terus berlari masuk semula ke dalam bilik kami. Aku peluk lutut sebab takut sangat bila dengar bunyi kucing bergaduh. Ishamudin yang sedang mengadap laptop memandangku dengan kerutan di dahi.

“Kau kenapa?” Aku gigit bibir.

“Awak tak dengar bunyi kucing bergaduh tadi?” Dia angguk kepala.

“Kucing bergaduh tu kat luar sana. Bukan dalam rumah. Itu pun nak takut?” Aku mencebik.

“Isk..awak ni. Seram tau bunyinya. Sudahlah mak takde kat luar tu. Awak temankan saya ye,” Aku turun dari katil menghampirinya.

“Aku ada kerja nak buat ni,” Dia sedang menaip resume.

“Awak nak cari kerja lain?” Dia angguk kepala.

“Kenapa? Awak tak nak kerja satu tempat kerja dengan saya ye?” Aku bertanya sedih. Sampai hati dia. Ni yang buat aku rasa hendak menangis ni.

Papp….

“Aduh!!” Aku gosok dahiku yang dipukulnya sebentar tadi.

“Asyik nak fikir benda yang bukan-bukan je.” Marahnya. Aku mencebik. Habis tu, kenapa nak cari kerja lain.

“Sudahlah. Bising je kau ni. Pergilah tidur.” Aku mengeluh dan terus naik atas katil.

p/s : huhuhuhu..sunyi je blog ni. tak tahu nak post apa..saya post je yang ini...ckit je...

4 catatan:

fyda said...

rndu ngan dorang..
huu

MaY_LiN said...

alahai..kasar nye abg isham ni

Anonymous said...

confuse jap. huhuuuu...

kaira_syuma said...

fyda, dorang pun rindu kat peminat dorang..hihihi

may_lin, kasar bersebab tu...yg ni versi edit. bab awal perkahwinan dorang..

anonymous, confuse sebab apa?