Followers

Thursday, August 19, 2010

Pilihan Hati 41

“Is, kenapa biar Ari bawa barang berat tu?” Suara Datin Hasmah mengejutkan Ariyana yang sedang leka membelek plastik ditangannya. Dia angkat muka memandang wajah ibu mertuanya. Iskandar garu kepala.

“Mana ada mak, dia sendiri yang berebut dengan Is tadi. Is dah larang berkali-kali tau,” Iskandar membela diri. Ariyana tersengih.

“Ari?” Datin Hasmah bersuara lembut.

“Abang tu lambat sangat. Orang dah meleleh air liur ni,” Ariyana tetap menyalahkan suaminya. Iskandar geleng kepala melihat wajah muncung isterinya. Datin Hasmah turut tergelak.

“Biar mak yang bawa barang ni. Ari, kan tak boleh bawa benda berat ni. Dah lupa apa yang doktor cakap semalam?” Ariyana pandang wajah bimbang ibunya. Semalam dia ingat dirinya pengsan kerana terlalu letih, rupa-rupanya itu adalah petanda dia sedang mengandungkan zuriat Iskandar.

“Tapi mak...” Perlahan tangan Datin Hasmah mencapai bungkusan yang dibawa oleh Ariyana.

“Takde tapi-tapi. Jaga cucu mak tu baik-baik,” Ariyana hanya mampu memandang langkah ibu mertuanya yang sudah jauh dihadapan. Sejak mereka tahu dia mengandung, dia dilayan seperti sang puteri. Memasak tak dibenarkan, mencuci pakaian pun tak boleh. Kadang-kadang naik rimas dia bila satu kerja pun dia tidak boleh lakukan. Memandang wajah suaminya yang bersusah payah membawa barang yang dibelinya tadi membuatkan ingatanya kembali ke dua bulan lalu.

“Abang, bangunlah. Abang jangan tinggalkan Ari.” Ariyana bersuara perlahan. Tangan kasar suaminya digenggam erat dan dibawa ke bibirnya. Lama tangan kasar itu dicium. Ariyana mengusap rambut Iskandar dan jari-jemarinya membelai wajah yang terlalu dirindui. Matanya jatuh ke bahagian dada Iskandar yang berbalut sehingga ke bahagian bahu. Apabila tanganya menyentuh bahagian yang berbalut itu, terasa dadanya ditikam dengan benda tajam. Pedih hatinya bila membayangkan Iskandar menanggung sakit yang teramat akibat tembakan tersebut. Sedangkan dirinya yang tidak mengalami perkara tersebut dapat merasakan sakit, apatah lagi Iskandar yang mengalaminya. Ariyana terus mengusap bahu Iskandar pula. Setitik air mata jatuh menimpa tangan Iskandar. Ariyana tunduk merenung lantai. Ketika dia hendak beredar, terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Ariyana berpaling dan melihat senyuman dibibir Iskandar. Ariyana gosok matanya. Tidak percaya. Iskandar tetap tersenyum. Sekali lagi Ariyana mencubit pipinya. Terjerit dia bila merasa sakit.

“Sayang tak bermimpi. Abang ni.” Iskandar bersuara perlahan sambil tersenyum nakal.

“Abang...abang tak apa-apa?” Ariyana bertanya sambil menggenggam tangan Iskandar. Iskandar geleng kepala. Lama Ariyana merenung wajah suaminya sebelum cubitan singgah di lengan Iskandar.

“Abang tipu Ari?” Ariyana berkata marah. Airmata mengalir laju menuruni pipinya. Iskandar mengusap airmatan dipipi isterinya.

“Maaf. Sebelum ni memang abang agak teruk, sebab tu abang tak nak jumpa Ari. Abang tak nak Ari sedih.” Iskandar memujuk isterinya.

“Sampai hati abang. Sepatutnya, Ari temankan abang tak kira waktu sakit atau tak. Abang memang tak nak Ari dekat dengan abang, betulkan?” Ariyana merajuk. Iskandar tergelak halus. Wajah Ariyana yang muncung itu disentuh lembut. Pada masa yang sama, pintu wad dibuka.

“Aih....Ingatkan sakit teruk. Rupanya sedang berasmaradana?” Suara Shila mengejutkan Iskandar dan Ariyana. Iskandar berpaling ke pintu wad. Sementara itu, Ariyana tertunduk malu.

“Is?” Datin Hasmah pandang wajah anak lelakinya. Iskandar garu kepala.

“Err...Is tak nak mak dan ayah risau bila tengok Is belum sedar. Sebab tu Is tak benarkan Hadi bagi tahu keadaan Is,” Iskandar bersuara perlahan. Jari jemari Ariyana masih digenggam erat.

“Is...Is...kalau ye pun, bagi tahu mak dan ayah yang kamu ok. Kasihan mak tengok Ari. Sekurang-kurangnya, mak dapat pujuk dia supaya dia bertenang. Ni tidak, kamu sengaja nak buat kami ni risau.” Datin Hasmah membebel. Datuk Azran geleng kepala. Ariyana merenung sayu wajah suaminya.

Setelah yakin luka Iskandar sembuh, dia dibenarkan pulang ke rumah. Namun begitu lukanya tetap perlu dibersihkan. Dan ianya telah menjadi tugas Ariyana.

“Adui!!!! Kasarnya isteri abang ni,” Iskandar mengaduh kesakitan bila Ariyana sengaja menekan luka di bahu suaminya. Seminggu telah berlalu, sekarang Iskandar sudah berada di rumah mereka. Doktor telah memberi nasihat berkenaan luka Iskandar yang mesti selalu dicuci.

“Isk...isk...manja betullah abang ni,” Ariyana mencebik. Iskandar tersengih.

“Ala, manja dengan isteri abang apa salahnya?” Iskandar memeluk pinggang Ariyana.

“Rindunya abang pada Ari. Ari tak rindukan abang?” Iskandar merengek sambil mendongak merenung wajah merah Ariyana.

“Abang ni, sakit-sakit macam ni pun sempat pulak nak bermanja. Mestilah Ari rindu sangat pada abang,” Ariyana membalas pelukan suaminya. Iskandar tersenyum senang.

“Macam nilah isteri abang,” Ariyana usap pipi Iskandar. Mereka bertentang mata.

“Abang jangan biarkan Ari tertanya-tanya keadaan abang lagi ye? Ari nak bersama abang dalam keadaan susah dan senang.” Iskandar tersenyum mendengar luahan hati isterinya.

“Maafkan abang sebab pentingkan diri sendiri. Kesakitan ini tak seberapa jika dibandingkan dengan rasa hati abang bila lihat Ari menangis. Itulah perkara yang abang tak nak tengok,” Perlahan airmata mengalir saat mendengar luahan hati suaminya. Pantas airmata itu disapu oleh jari jemari kasar milik suaminya.

“Please...jangan menangis. Abang lebih suka tengok Ari senyum. Kerana senyuman isteri abang ni mampu menghilangkan rasa sakit ni,” Ariyana tergelak halus. Dia menangis bukan kerana bersedih. Dia terlalu gembira. Gembira bila Iskandar menyintainya sepenuh hati.

“Ari cinta sangat pada abang,” Tanpa dapat ditahan Ariyana meluah rasa hatinya.

“Abang tau. Kerana abang pun merasakan perkara yang sama,” Iskandar berkata perlahan. Mereka tenggelam dalam arus cinta yang semakin membara.

“Ari....” Ariyana mendongak memandang wajah Iskandar.

“Abang cemburu tengok Hadi tak lama lagi jadi ayah. Agaknya, bila abang dapat jadi ayah ya?” Ariyana tunduk merenung dada suaminya yang berbalut itu. Perlahan jari jemari halusnya menyentuh bahagian yang cedera itu. Ariyana mengeluh.

“Abang suka kalau kita dapat anak dalam setahun dua ni?” Iskandar angguk kepala.

“Okey. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki ye.” Iskandar tersenyum lebar dan memeluk erat isterinya.

Iskandar sentuh bahu isterinya. Tersentak Ariyana bila terasa tangan kasar menyentuh bahunya. Wajah suaminya direnung dengan penuh rasa cinta.

“Dah tak payah nak termenung kat sini. Mari masuk. Tu buah mempelam dah panggil sayang,” Ariyana memeluk lengan suaminya dan tersenyum manis.

“Ari sayang abang,” Ucapnya perlahan. Iskandar mencium dahi isterinya dengan senang hati. Dia bersyukur diberi peluang untuk terus menyayangi Ariyana pilihan hatinya. Dan keluarganya hampir lengkap dengan bayi yang bakal lahir kelak. Mereka sama-sama berdoa semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

-TAMAT -

salam ramadhan buat semua...huhuhuhu...akhirnya habis juga....dah tau nak buat ending yang mcm mana...so...layan jelah...kalau ada yang tak puas hati dengan ending ni...saya minta maaf banyak2...huhuhu...kekeringan idea...

10 catatan:

nursya said...

ok aper...
happy ending...
akhirnya tamat gak citer nie...
hehehe...
tahniah yek....

kaira_syuma said...

tqvm nursya..ingat nak post 2 episode...tp idea langsung takde...huhuhu

epy elina said...

wah...
best2x....
thniah pda cik aira...

miz ruha said...

wah,,,!!!
abis suda,,,
sgt suke ngan ending nyer,,,,

Miss Kira said...

wah2..
best2 ending dia..
:D

Anonymous said...

salam. bestnya happy ending....postlah lagi...special endinglah pulak....

Anonymous said...

wat spesel episod leh...

Anonymous said...

baru jumpe. mnarek sgt. tk puas lak.

ada said...

Best..

Eirahana Eirahana said...

Best