“Cikgu, ada kayu kat depan tu,” Alia menjerit
kuat sehingga Syah Aiman terpaksa brek mengejut. Di hadapan mereka terdapat
sebatang kayu melintang ditengah-tengah jalan.
“Kenapa ada kayu kat sini? Siapa yang buat
kerja bodoh macam ni?” Syah Aiman membebel. Alia memandang sekeliling. Kawasan
tersebut sudah memasuki kampungnya.
“Ini jalan ke kampung saya cikgu,” Syah Aiman
terdiam seketika. Tidak lama kemudian dia membuka pintu kereta. Namun sebelum
sempat kakinya melangkah keluar, tangannya ditarik oleh Alia. Wajah bimbang
Alia dipandang dengan kerutan di dahi.
“Kenapa?” Syah Aiman bertanya pelik.
“Saya rasa tak sedap hatilah. Saya rasa itu
perangkap. Kita guna jalan satu lagi.” Syah Aiman terdiam sejenak. Memang logik
akal. Mungkin benar kayu itu satu perangkap. Manusia zaman sekarang sudah
terlalu bijak.
“Cikgu undur sampai simpang depan tadi. Kita
masuk guna simpang tu jelah. Jalan tu, ok sikit. Yang ini jalan baru siap. Kat
tepi-tepi tu ladang kelapa sawit.” Syah Aiman ikut sahaja apa yang Alia cakap. Alia
lebih tahu keadaan kampung dia berbanding Syah Aiman. Ketika mereka berundur
dari tempat tersebut, di tempat kayu diletakan tadi, keluar beberapa orang
lelaki membawa parang.
“Ya Allah. Nasib baik cikgu tak turun tadi.
Tengok tu,” Alia menunding jari pada sekumpulan lelaki keluar dari semak.
“Alhamdulillah. Nasib baik kita tak lalu kat
situ tadi. Memang bahayalah tempat ni.” Syah Aiman terus memecut laju sebaik
sahaja sampai disimpang yang satu lagi.
“Selalu ke mereka buat macam tu?” Syah Aiman
bertanya bimbang. Kalaulah Alia tidak menghalangnya tadi, tak tahulah apa
nasibnya.
“Saya tak pernah kena. Tapi, sebelum ni memang
pernah juga dengar tentang kes rompakan kat situ.”
“Nasib baik saya tak turun tadi. Kalau terjadi
apa-apa pada awak, tak tahu apa saya nak buat.” Alia juga sama seperti Syah
Aiman. Syukur kerana Allah S.W.T menyelamatkan mereka berdua dari bahaya.
“Terima kasih sebab halang saya tadi.” Syah
Aiman memandang wajah Alia sekilas. Alia tersenyum senang.
“Sama-sama,” Syah Aiman terus memandang ke
hadapan. Debaran didadanya semakin kencang setiap kali melihat Alia tersenyum manis.
Alia kerutkan dahi bila Syah Aiman mendiamkan diri. ‘Pelik betul. Sekejap
ramah, sekejap dia jadi macam batu.’ Alia membuang pandang keluar. Gelap. Malam
sudah mengambil tempat. Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. ‘Patutlah.
Dah pukul 9 malam.’ Alia mengeluh. Kalau tidak kerana kesesakan lalu lintas
dibandar tadi, mungkin mereka datang awal.
“Dah lewat sekarang ni, esok cikgu tak mengajar
ke?” Alia bertanya pada Syah Aiman yang dari tadi mendiamkan diri.
Syah
Aiman yang pada masa itu mencuri pandang wajah Alia terkejut bila disapa
mengejut. Alia kerutkan dahi.
“Ermm..Esok? saya dah apply cuti. Sebenarnya
nak balik ke Pakistan esok. Flight petang.” Alia angguk kepala. ‘Owh!! Pergi
Pakistan. Jumpa ayah dia kot.’
“Cikgu Hamidah pun pergi jugak?”
“Ye. Dah lama tak pergi sana.” Alia angguk
kepala.
“Ermm..Cikgu, dah sampai. Tu, rumah kayu nombor
3 tu,” Syah Aiman memperlahankan keretanya dan berhenti di hadapan sebuah rumah
yang sederhana kecilnya.
“Assalammualaikum,” Alia memberi salam.
Rumahnya kelihatan sunyi. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Keadaan di luar
semakin gelap kerana hari merangkak ke tengan malam.
“Assalamualaikum,” Sekali lagi Alia memberi
salam. Namun, masih tiada jawapan. Akhirnya Alia mengeluarkan kunci pendua yang
dibawanya.
“Mungkin nenek dan datuk saya bermalam di
kebun.” Alia menolak pintu rumah tersebut.
“Jemputlah naik. Ayah biasanya pergi berburu.
Mungkin balik lambat.” Syah Aiman memandang sekeliling. Rasa tidak sedap hati
untuk naik. Terasa seperti diperhatikan.
“Cikgu tak nak naik?” Syah Aiman tersentak.
“Tak mengapa ke? Maksud saya, kita
berdua..ermm..” Alia garu kepala. Terlupa pulak tentang keadaan mereka. Itulah.
Selalu sangat menghabiskan masa dengan Ajay dan Ariy sampai dia terlupa bagaimana
hendak membataskan pergaulan dengan lelaki lain.
“Takkan cikgu nak bermalam di dalam kereta tu?”
“Takpelah saya rasa.” Alia angguk kepala. Syah
Aiman kembali ke kereta semula. Namun, langkahnya terhenti seketika. Dia belum
menunaikan solat Isyak lagi.
“Alia, saya tumpang solat boleh,kan?” Alia
berpaling pada wajah tampan yang sedang berdiri di kaki tangga. ‘Takkan nak
sembahyang di dalam kereta. Kalau hendak ke masjid, sekarang ni mana sempat nak
ke sana.’ Alia terdiam sejenak. Keadaan di kampung yang bergantung pada enjin
generator, jadi, kebiasaananya, selepas Isyak, mereka akan menutup masjid
tersebut.
“Naiklah,” Syah Aiman angguk kepala. Setelah
mencapai baju bersih, Syah Aiman terus masuk ke dalam rumah tersebut.
Selesai
sembahyang, Syah Aiman keluar dari bilik. Alia yang sedang menyediakan sesuatu
di dapur dihampiri.
“Saya lapar. Ada apa-apa yang dapat saya makan
tak?” Syah Aiman bertanya perlahan sambil menarik kerusi di hadapan Alia.
“Maggi ada. Cikgu nak?” Syah Aiman angguk
kepala. Sekarang sudah lewat malam, kalau hendak paksa Alia memasak, memang tak
dapat. Di atas meja itu, terdapat semangkuk maggi yang masih panas.
“Cikgu makanlah. Nak air tak?”
“Nak. Buatkan saya ai milo panas.” Tanpa banyak
soal Alia terus membancuh air milo untuk Syah Aiman.
“Awak tak makan?” Alia tersengih.
“Sekejap lagi saya makanlah,” Syah Aiman angguk
kepala. Alia hanya memerhati Syah Aiman makan dengan lahap sekali. Sebenarnya
Alia juga lapar, tetapi, memandangkan maggi hanya tinggal sebungkus, jadi dia
biarkan Syah Aiman makan.
“Alhamdulillah. Kenyang. Pandai awak masak.
Lain kali, masakan saya lauk yang sedap-sedap ye,” Alia mencebik bibir.
‘Lebih-lebih pulak orang tua ni,’ Kutuknya dalam hati.
Syah
Aiman berdiri lalu membawa mangkuk kotor tersebut ke singki. Alia turut sama
berdiri.
“Letak dalam tu. Nanti saya cuci,” Alia
menghalang Syah Aiman dari mencuci mangkuk tersebut. Namun, Syah Aiman buat tak
dengar.
Setelah
selesai mencuci, Syah Aiman bersedia untuk beredar tetapi terpaksa mematikan
langkahnya apabila melihat Alia hampir terjatuh dari kerusi.
“Alia..”
Alia
pejam mata bila terasa badannya hampir terjatuh. Niatnya hendak mengambil roti
di dalam kebinet dapur tersebut terbantut kerana badannya sudah selamat
mendarat di atas lantai.
“Lembut pulak lantai ni,” Perlahan Alia membuka
matanya. Mata Alia terbeliak.
“Alia...isk.. budak ni. Cepatlah angkat. Sakit
badan saya ni.” Syah Aiman menolak tubuh Alia yang kaku itu. Syah Aiman
kerutkan dahi. Hatinya tertanya-tanya mengapa Alia berkeadaan begitu. Apabila
dia berpaling ke belakang, wajahnya merona merah. Pantas wajah pucat Alia
menyapa matanya.
“Alia!!!!” Alia pejamkan mata bila mendengar
suara garau yang memanggil namanya.
***********************
“Pak cik, saya rasa mereka memang patut
dinikahkan.”
“Nikah? Atok, Alia tak salah. Kami..kami tak
buat apa-apa pun,” Alia menahan lengan datuknya. Tok Man terdiam. Hendak
membela cucunya, dia tidak mampu kerana ramai saksi yang menyaksikan adegan
Alia dan lelaki itu di dapur tadi. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang
Salim katakan di surau tadi. Sangkanya, Salim membuat fitnah. Sungguh tidak
disangka, cucunya pulang membawa seorang lelaki.
“Terpulang pada kamu semua. Alwi, kau setuju
nikahkan Alia dengan lelaki ni?” Pak Alwi terdiam. Tidak sempat untuk bertanya,
balik dari berburu, dia dikejutkan dengan berita tersebut.
“Tapi, ayah, kita tak kenal lelaki ni. Macamana
dengan nasib Alia.” Pak Alwi berkata perlahan. Wajah sayu Alia dipandang dengan
rasa kecewa.
“Abah, Alia tak salah. Kenapa pulak Alia kena
kahwin dengan cikgu Syah. Alia tak nak berkahwin. Kenapa abah tak faham?” Alia
menghentak kakinya. Tangannya di tarik kuat oleh Nek Som.
“Alia, sabar.” Alia gigit bibir. Bagaimana dia
hendak bertenang jika, ianya perkara yang boleh memusnahkan masa depannya. Dia
takkan berkahwin di usia semuda ini. Lebih-lebih lagi kahwin dengan lelaki yang
sering mencari salahnya.
“Pak cik, kalau pak cik tak mahu Alia berkahwin
dengan lelaki ni, saya sudi berkahwin dengan Alia.” Terbeliak mata Alia
mendengar kata-kata tidak masuk akal keluar dari mulut lelaki yang sedang sopan
duduk di sebelah Tok Imam. ‘Berkahwin dengan Salim? Tentu gelap masa depan aku.
Lelaki yang hanya tahu mengharapkan harta keluarga semata-mata itu hendak
dijadikan tempat bergantung? Terima kasih sajalah. Lebih baik aku berkahwin
dengan Cikgu Syah,’ Alia menjeling tajam pada wajah Salim yang
tersengih-sengih. ‘Kali ini tentu Tok Man akan kahwinkan Alia dengan aku.
Takkan dia nak kahwinkan Alia dengan lelaki yang dia tak kenal,’ Salim terus
tersengih. Tok Man memandang wajah marah cucunya. Wajah tenang anaknya juga
dipandang. Akhir sekali, wajah pemuda tampan yang sedang tunduk merenung lantai
itu di pandang dengan rasa hati yang berbaur. Dia tahu, dalam keadaan begini,
tiada siapa yang akan percaya pada Alia dan pemuda itu.
“Salim, apa kamu merepek ni. Mak tak benarkan
kau berkahwin dengan perempuan yang entah apa-apa ni,” Alia menjeling tajam
wajah wanita tua yang tidak pernah menyukainya sejak dulu lagi.
“Mak, lebih baik saya..”
“Kau diam. Keputusan mak muktamat. Dari dulu
lagi mak tak nak bermenantukan dia. Setelah apa yang dia buat dengan lelaki ni,
kau masih juga nak kat perempuan macam tu? Jangan nak memalukan mak.” Alia
pening kepala. Tidak tahu apa yang dia patut buat. Sungguh. Dia tidak menyangka
semua ini terjadi padanya.
“Assalamualaikum,” Mereka semua berpaling ke
halaman rumah. Seraut wajah tenang menyapa mata. Syah Aiman berdiri dan terus
menghampiri ibu dan datuknya.
“Mama, bukan salah Syah.” Syah Aiman terus
memeluk tubuh ibunya dan berbisik perlahan. Pn.Hamidah mengusap belakang anak
bujangnya. Dia tahu, dia percaya anaknya tidak akan berbuat perkara yang
bukan-bukan.
“Alia, siapa tu?” Nek Som bertanya pada
cucunya.
“Dia pengetua sekolah Alia. Mama cikgu Syah.” Nek
Som angguk kepala. Tangan Pn.Hamidah disambut erat.
“Maaf mak cik. Semua ni silap saya. Kalau saya
tak paksa Syah hantar Alia balik semalam, tentu perkara macam ni tak terjadi,”
Perlahan Pn.Hamidah memulakan bicara.
“Tok Man, cepatlah. Kalau lelaki ni tak sudi
berkahwin dengan Alia, biar saya yang berkahwin dengannya.” Semua mata
memandang ke arah pemuda yang dari tadi asyik menyampuk perbincangan mereka.
Syah Aiman merenung tajam wajah lelaki yang nampaknya begitu mengharapkan Alia
berkahwin dengannya.
“Nek, Alia tak nak berkahwin. Alia nak sambung
belajar.” Alia goncang lengan neneknya. Nek Som tepuk perlahan tangan cucunya.
“Alwi, apa keputusan kamu?” Tok Man bertanya
pada anaknya. En.Alwi memandang wajah sedih anaknya. Matanya memandang wajah
pemuda yang sedang merenung lantai.
“Kau sudi kahwin dengan anak aku?” Syah Aiman
tersentak bila bahunya ditepuk perlahan oleh mamanya. Syah Aiman gelisah.
Sebahagian hatinya merelakan tetapi sebahagian lagi melarang. Semua mata
memandang kearahnya membuatkan hatinya bertambah tidak keruan.
“Takpelah. Salim betul kau...”
“Pak cik, saya setuju kahwin dengan Alia.” Alia
terus rebah tidak sedarkan diri. Semua yang hadir berbisik sesama sendiri.
Pelbagai andaian mula kedengaran.
“Alia.. Alia bangun nak,” Nek Som pukul pipi
cucunya namun masih tiada tidak balas.
“Syah, pergi tengok Alia tu.”
“Boleh saya pegang tangannya?” Tok Man dan
En.Alwi saling berpandangan. Kemudian mereka angguk kepala.
“Dia
tahu ke apa yang patut dibuat?” Pn.Hamidah angguk kepala mendengar pertanyaan
dari Nek Som.
“Dia belajar jurusan perubatan.” Nek Som angguk
kepala. Semua menunggu dengan sabar.
“Bang Aji, seperti yang Bang Aji serta kamu
semua dengar tadi, itulah keputusan kami. Kita tunggu Alia sedar. Bila dia dah
sedar, kami akan bawa dia ke masjid.” Semua yang hadir angguk kepala. Salim
tersenyum lebar. Sakit hati Syah Aiman dibuatnya. Lama wajah Alia direnung.
Timbul rasa marah dihatinya bila mengenangkan Alia akan berkahwin dengan lelaki
lain. Hatinya mula terasa pedih seperti disiat dengan pisau tajam.
“Mama, kalau Syah kahwin dengan Alia, Alia
masih dapat belajar dengan tenang kat sekolah,kan?” Syah Aiman bertanya pada
mamanya. Tok Man, En.Alwi, Nek Som dan Datuk Zamri memandang wajah serius Syah
Aiman.
“Apa maksud Syah?”
“Syah akan kahwin dengan Alia. Pak cik, saya
akan bertanggungjawab. Semua ini salah saya, jadi biarlah saya yang berkahwin
dengannya. Saya janji, saya akan benarkan Alia sambung belajar dan pastikan dia
berjaya menggulung ijazah.” Nek Som tersenyum. En.Alwi terdiam. Bagaimanapun,
hatinya sudah mula menyukai Syah Aiman. Dia tahu Syah Aiman akan menjaga Alia
dengan baik berbanding Salim.
“Tapi, kenapa baru sekarang nak
bertanggungjawab?” Tok Man bertanya mewakili anaknya. Syah Aiman mengeluh.
“Saya hanya fikirkan tentang Alia. Masa depan
dia. Dia masih muda dan yakin saya mampu menjaganya.”
“Abang, biarlah dia dan Alia yang berkahwin.
Saya tak berkenan sangat dekat budak Salim tu. Gatal semacam je saya tengok. Sudahlah
tak bekerja, macamana nak menyara budak Alia tu. Alia tu pulak, memang tak
dengar cakap. Nanti bergaduh pulak dengan Sanah tu. Tak tahu apalah yang si
Sanah tu tak suka kat cucu kita ni.” Nek Som memang setuju sangat kalau Syah
Aiman yang berkahwin dengan Alia. Matanya dapat menangkap secebis rasa sayang
telah hadir dihati anak muda itu buat cucunya. Melihat keluarga pemuda itu yang
sopan dan lemah lembut berbicara menenangkan hatinya.
“Tapi, kita dah setuju nak kahwinkan Alia
dengan Salim tadi.” Tok Man mengeluh.
“Tapi tok, saya belum bagi jawapan tadi. Saya
tak kata yang saya tak nak kahwin dengan Alia. Saya Cuma masih keliru dan tak
nak buat keputusan terburu-buru,” Syah Aiman membela diri. Sekarang dia yakin,
dia takkan benarkan Alia berkahwin dengan lelaki lain.
“Yelah ayah. Al pun rasa, lebih baik Alia
berkahwin dengan budak ni. Walaupun kita tak kenal dia, tapi, sudah di kira
baik sebab dia menghantar Alia dengan selamat sehingga ke rumah. Perkara
semalam tu, memang jelas hanya salah faham. Tapi, kita kena fikirkan maruah
Alia dan saya tak nak terjadi hal yang lain dikemudian hari.” Nek Som angguk
kepala. Dia yakin, apa yang mereka nampak semalam hanyalah salah faham. Tetapi,
oleh kerana banyak mata yang menyaksikannya, jadi mereka terpaksa mengikut
keputusan orang kampung. Maknanya Alia dan Syah Aiman dikira kena tangkap
basah. Jika, Alia berkahwin dengan Salim, bimbang tentang masa depan
satu-satunya cucu perempuannya itu.
**************************
p/s : salam semua...lama tak update blog ni...bermula dari sini, saya ubah jalan ceritanya..harap korang semua sudi membacanya...adios amigos...
4 catatan:
arap2 dlm citer kali nie aalia n syah xbercerai... xbest la kalu bercerai
owh... patut pn mcm penah bc sblm ni..(downloading lmbt...br bc chap baru ni..peace!)
aah harap2 smbngn lps ni xde cerai berai ye... sy tngu n3 strusnya..;)
Eunhae diela...InsyaAllah. kali ni cuba utk tidak pisahkan mereka..
aniesue, hehehe....bru smpt nak on9 ni. kalau ada idea baru, InsyaAllah, kali ni mereka tak becerai..
syah syah..
nape cenggitu
Post a Comment