Followers

Sunday, July 4, 2010

Pilihan Hati 36

Errr...abang...”Ariyana memanggil Iskandar yang hendak keluar dari bilik mereka. Iskandar tersenyum manis pada isterinya. Ariyana menghampiri Iskandar. Dengan selamba dia menarik tali leher dari tangan Iskandar. Iskandar hanya tergamam. Terkejut dengan tindakan luar jangkaan dari isterinya.

“Ari...” Ucapnya perlahan. Ariyana tidak mempedulikan renungan suaminya. Dia terus memasang tali leher tersebut. Iskandar akhirnya tersenyum. Sebelum ini, Ariyana hanya menyediakan baju dan seluar panjang beserta tali leher yang sudah dipadankan mengikut warna dan memenuhi cita rasa Iskandar. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat Iskandar bila Ariyana sudi memasang tali leher untuknya. Selepas balik dari kursus minggu lepas, sikap Ariyana sedikit berubah. Dia juga sudah tidak menolak sekiranya Iskandar meminta dia memicit kepala atau badan Iskandar yang letih kerana bekerja seharian di pejabat. Tanpa dapat ditahan, Iskandar mencium dahi Ariyana. Tersentak isterinya itu bila menerima kucupan syahdu dari suaminya. Beberapa ketika kemudian, Ariyana memukul dada Iskandar sambil mulutnya muncung. Marah dengan tindakan Iskandar.

“Tu tanda terima kasih dari abang.” Ariyana menjeling tajam. Iskandar tersenyum bahagia. Perlahan tangannya memeluk erat tubuh Ariyana.

“Abang...dah lewat ni. Nanti lambat pulak masuk office.” Ariyana menolak tubuh Iskandar.

“Malas la nak turun kerja. Abang cuti je hari ni,” Iskandar memeluk Ariyana semula. Iskandar tergelak melihat Ariyana membeliakkan matanya.

“Okey. Abang gurau je. Nak pergilah ni. Tapi....Abang nak minta sesuatu dari Ari.” Ariyana pandang wajah Iskandar yang sudah tersenyum nakal. Ariyana kerutkan dahi.

“Apa dia? Cepatlah. Nanti abang lambat pulak sampai ke office.” Lama mereka saling bertatapan. Iskandar kenyitkan mata. Perlahan tangannya menyentuh bibirnya. Ariyana kerutkan dahi sekali lagi. Tidak faham maksud suaminya.

“Isteri abang ni lambat lah.” Ariyana tersentak bila merasakan bibirnya disentuh lembut. Terbeliak matanya bila menyedari Iskandar sedang menciumnya.

“Abang...” Wajahnya merona merah. Iskandar terdorong ke belakang bila badannya di tolak oleh Ariyana. Iskandar tersenyum puas.

“Okey. Abang pergi dulu.” Iskandar menyanyi kecil sambil menuruni tangga. Ariyana mengekori langkah Iskandar ke sehingga ke pintu besar.

“Is...tali leher dah pasang?” Datin Hasmah bertanya sambil menghampiri anaknya. Iskandar tersenyum lantas menarik tangan Ariyana.

“Sudah mak. Ari yang tolong ikatkan. Dia dah pandai ikat. Takdelah Is menyusahkan mak lagi,” Iskandar berkata riang. Ariyana tunduk malu.

“Baguslah. Suka mak mendengarnya.” Datin Hasmah tersenyum sambil memeluk bahu Ariyana.

“Bila lagi nak bagi cucu untuk mak dan ayah?” Soalnya perlahan sambil mengusap bahu menantunya. Iskandar tergelak sambil geleng kepala.

“InsyaAllah mak. Kalau ada rezeki tak ke mana. Mak jangan risaulah,” Ariyana gigit bibir bila mendengar kata-kata dari bibir suaminya.

“Yelah. Hati-hati bawak kereta tu.” Pesannya sebelum Iskandar masuk ke dalam kereta. Iskandar angguk kepala.

“Mak...” Datin Hasmah terkejut bila Iskandar memanggilnya lagi.

“Apa dia? Kenapa tercegat kat situ pulak? Dah pukul berapa sekarang?” Iskandar tersengih.

“Is tak larat la nak memandu hari ni. Is cuti jelah?” Iskandar garu kepala sambil tersengih.

“Hahhhh...Cuti? ” Ariyana turut sama terkejut.

“Kenapa pulak nak cuti? Abang jangan nak buat hal.” Ariyana menghampiri suaminya. Iskandar terus memeluk isterinya.

“Mak, Is nak bawak Ari pergi jalan-jalan hari ni. Rindu nak keluar dengan Ari.” Ariyana mendongak. Membalas renungan suaminya. Datin Hasmah geleng kepala.

“Ada-ada je budak ni. Habis tu...kerja kamu kat balai tu, macamana?” Iskandar tersengih.

“Kejap lagi Is telefon balai. Kalau Is turun kerja pun, rasanya takde satu kerja yang Is dapat buat. Asyik teringatkan Ari..” Ucapnya tenang. Sekali lagi Ariyana tersentak. Datin Hasmah geleng kepala.

“Suka hati kamu lah Is.” Datin Hasmah berlalu ke dalam rumah. Iskandar tersenyum manis sambil merenung wajah kelat isterinya. Ariyana bengang.

“Penat-penat orang pakaikan tali leher untuk dia.. senang hati pulak dia tak nak turun kerja. Abang ni kan!!!! Huh!!!.” Ariyana menolak tubuh sasa Iskandar.

“Siapa suruh Ari baik sangat pagi ni. Bila Ari tolong ikatkan tali leher abang ni...abang rasa bahagia sangat.” Iskandar bersuara perlahan. Lama mereka berbalas renungan sehingga tidak mendengar suara Datin Hasmah memanggil mereka.

“Is...Ari...kalau ye pun nak bercinta...pergilah masuk ke dalam rumah. Hairan jiran sebelah tu tengok kamu berdua tu. Nak kata pengantin baru, rasanya dah lama korang berdua kahwin,” Datin Hasmah membebel. Iskandar garu kepala. Ariyana tunduk malu. Akhirnya Iskandar menarik tangan Ariyana dan masuk ke dalam rumah semula.

“Err...Ari nak pergi ke mana tu?” Iskandar bertanya gugup. Ariyana kerutkan dahi. ‘Apahal pulak ni?’ Bisik Ariyana dalam hati.

“Ari nak kemas rumah la. Apalagi?” Ariyana menjawab geram.

“Temankan abang tukar baju ye,” Iskandar tarik tangan Ariyana dan berjalan perlahan menaiki tangga. Ariyana tepuk dahi.

“Nak tukar baju pun, kena bawa Ari sekali?” Soal Ariyana pelik. Iskandar hanya tersengih.

“Ari pun kena tukar baju. Kita pergi jalan-jalan hari ni. Abang nak habiskan masa untuk bersama Ari hari ni,” Ariyana hanya menurut. Perangai Iskandar sangat berbeza dengan hari-hari sebelumnya.

“Ari belum mandi pagi ye?” Ariyana kerutkan dahi.

“Kenapa? Sibuk je abang ni.” Ariyana menjeling tajam wajah suaminya.

“Cepatlah mandi. Kita pergi jalan-jalan hari ni. Rindu nak keluar jalan-jalan dengan Ari. Kita tengok wayang. Nak tak?”Ariyana merenung pelik wajah suaminya. Iskandar buat muka selamba.

“Cepatlah mandi.” Iskandar menolak tubuh Ariyana sehingga masuk ke bilik air. Sedang leka Ariyana mandi, telefon bimbitnya berbunyi. Iskandar menjawab panggilan dari nombor yang dia tidak kenali.

“Hallo. Nak cari siapa?” Ucapnya perlahan.

“Assalammualaikum. Abang Is... Arif ni,” Suara di sebelah sana menjerit riang. Iskandar tersenyum.

“Arif??? Arif apa khabar? Macamana hidup kat sana? Okey tak?” Iskandar meletak semula baju yang hendak dipakainya.

“Alhamdulillah. Sekarang dah okey sikit bang. Dah dapat biasakan diri dengan keadaan di sini. Kak Ari apa khabar? Dia dah okey? Mak dan ayah apa khabar? Kak Shila, Abang Hadi.” Iskandar tersenyum lagi.

“Mereka semua sihat. Ari pun dah okey jugak. Dah ada perubahan sikit.” Ucapnya tenang.

“Owh!!! Mana Kak Ari, bang. Rindu nak dengar suara dia.” Pada masa yang sama, Ariyana menjerit memanggil Iskandar.

“Abang...” Iskandar tersentak.

“Ha..ada kamu dengar suara dia?” Iskandar tergelak sambil menghampiri pintu bilik ari.

“Sekejap ye, Arif.”

“Ok.”

“Apa dia? Menjerit pulak dia.” Iskandar berdiri di depan pintu bilik air tersebut.

“Tolong ambil baju t-shirt Ari kat dalam almari tu kejap. Ari lupa bawaklah.” Ariyana menjerit dari dalam bilik air.

“La...kain tuala tu kan ada...pakai jelah.” Iskandar sengaja mengusik isterinya.

“Kenapa bang?” Arif bertanya sebaik sahaja mendengar suara Iskandar tergelak.

“Mandi tak bawak baju. Pelik betul perangai kakak kamu tu. Dengan abang pun masih malu.”
Iskandar bersuara perlahan. Terdengar suara garau Arif ketawa dihujung talian.

“Abang cakap kat kakak, Arif nak cakap dengan dia. Tentu dia keluar dari bilik air tu,” Iskandar tersenyum nakal.

“Ye tak ye jugak. Kejap ye,” Iskandar ketuk pintu bilik air tersebut.

“Tak nak kawan dengan abang. Orang minta tolong sikit pun nak berkira.” Ariyana bersuara kasar.

“Ari...keluarlah cepat. Arif telefon ni. Tak nak cakap dengan Arif?” Iskandar bersuara nakal. Ariyana yang sedang duduk terus berdiri tegak.

“Arif? Betul ke? Abang bohongkan? Abang nak Ari keluar dari sini. Betul tak?” Ariyana bertanya lagi.

“Betul. Kalau tak percaya. Ari bukak sedikit pintu tu, dengar suara Arif ni.” Ariyana membuka sedikit pintu itu dan menjenguk kepalanya.

“Arif, cakaplah. Tu kakak kamu tak percayakan abang.” Iskandar menekan loudspeaker.

“Kak, keluarlah dari bilik air tu. Nak jadi badak berendam ke? Kasihan abang Is kahwin dengan badak berendam.” Sebaik sahaja mendengar suara Arif, Ariyana terus keluar dan menyambar telefon bimbitnya. Lupa dirinya hanya berkain tuala. Iskandar geleng kepala. Ariyana duduk ditepi katil sambil berbual-bual dengan Arif. Rindu pada adiknya membuatkan Ariyana tidak menghiraukan Iskandar yang sedang berbaring sambil bermain rambut Ariyana yang panjang itu. Sesekali tangannya menepis tangan Iskandar yang nakal mengusik telinganya.

“Abang...janganlah. Suka sangat ganggu Ari.” Ariyana menepis tangan Iskandar. Iskandar hanya tersengih. Suka melihat wajah masam isterinya.

“Kenapa kak?” Arif bertanya pelik bila mendengar suara kakaknya memarahi Iskandar.

“Takde apa-apa.” Ariyana berdiri dan bergerak menuju ke meja solek.

“Macamana dengan akak sekarang? Dah okey? Abang Is baik tak?” Arif bertanya perlahan. Ariyana tersenyum dan mengangguk kepala. Ariyana membalas renungan mata Iskandar yang sedang memerhati dirinya melalui cermin. Iskandar sedang menggoda Ariyana. Manalah tahu mungkin rezekinya pagi itu. Ariyana tunduk malu bila menyedari Iskandar sedang memerhati gerak gerinya.

“Dia okey. Arif jangan risaulah.” Ariyana menjawab sambil tangannya bermain dengan bucu meja soleknya.

“Alhamdulillah. Suka Arif mendengarnya. Bila lagi nak bagi anak saudara untuk Arif?” Arif tergelak. Wajah Ariyana merona merah mendengar soalan adiknya. Serta merta matanya memandang Iskandar yang masih merenungnya.

“Entahlah. Malas nak cerita hal tu. Adik ni...pelajaran macamana?” Ariyana mengubah topik perbualan. Arif tergelak. Tahu kakaknya malu hendak bercerita tentang perkara tersebut.

“Biasa je kak. Jangan risau. Arif okey kat sini. Okeylah kak, Arif nak letak ni...kejap lagi nak keluar dengan kawan.” Ariyana angguk kepala.

“Hermmm...Hati-hati keluar tu. Assalammualaikum..” Ariyana letak telefon bimbitnya di atas meja sebelum bergerak ke almari untuk mengambil pakaiannya. Sebelum sempat tangannya membuka pintu almari, terasa sepasang tangan sasa memeluk pinggangnya. Menjerit kuat Ariyana dibuatnya.

“Syuhhh...Abang ni.” Ariyana berpaling dan membalas renungan Iskandar.

“Ari....boleh tak?” Iskandar bertanya perlahan. Ariyana tergamam.

“Apa yang bolehnya?” Iskandar tepuk dahi bila mendengar soalan Ariyana. Lama Iskandar mendiamkan diri. Kemudian perlahan wajahnya didekatkan ke wajah Ariyana. Ariyana cuba mengelak dan akhirnya dia berjaya melepaskan diri.

“Maaf. Ari belum bersedia.” Iskandar mengeluh sambil mengertap bibir. Kecewa. Namun dia tidak mahu memaksa Ariyana.

“Okey. Abang akan tunggu Ari bersedia.” Ariyana tunduk merenung lantai. Iskandar menghempas tubuhnya ke atas katil

“Err...Abang...” Panggilnya perlahan. Iskandar memandang Ariyana yang masih tunduk merenung kakinya sendiri. Iskandar menunggu kata-kata seterusnya.

“Ari dah..” Kata-katanya terhenti bila telefon bimbit Iskandar berdering kuat.

“Ari dah apa?” Iskandar bertanya tanpa menghiraukan telefonnya yang berbunyi itu.

“Abang jawab dululah telefon tu.” Ariyana mencapai telefon bimbit Iskandar lalu
menyerahkannya kepada suaminya. Iskandar menyambut malas. Dengan selamba tangan Ariyana ditarik sehingga isterinnya jatuh ke dalam pangkuannya. Wajah Ariyana merona merah. Iskandar tersenyum.

“Hadi...kenapa?” Soalnya tanpa semangat. Keinginan untuk bermesra dengan Ariyana membuatkannya malas hendak menjawab panggilan dari sesiapa. Beberapa saat kemudian, wajahnya berubah serius. Perlahan dia menolak tubuh Ariyana dan berdiri tegak.

“Betulke?...okey...kejap lagi aku sampai. Okey..ye..aku tau..bye.” Iskandar bergerak ke almari dan mencapai baju t-shirt dan seluar jean.

“Abang...kenapa ni? Apa yang terjadi?” Ariyana bertanya cemas. Wajah tegang suaminya mengundang rasa tidak enak dihatinya.

“Abang ada urusan penting kat balai. Mungkin abang tak balik malam ni. Abang pergi dulu,” Iskandar mengucup dahi Ariyana sebelum berlari menuruni tangga. Ariyana hanya mampu memandang suaminya beredar.

“Ya Allah, lindungilah suamiku di mana saja dia berada dan jauhilah dia dari perkara yang tidak diingini. Amin.” Ariyana berdoa didalam hati.

4 catatan:

Anonymous said...

apa la agaknya keje yg hadi ckp tu...
rasanya ari dah terima is as her hubby...

Hana Norisa said...

kaxau daun je Hadi ni...
apa agaknya keje tu?

keSENGALan teserlah.. said...

kes ape lak kat balai???
jgn pape jadi kat is dah laa..
sbb is sgt lain macam..
huhu..

MaY_LiN said...

memang saspen la..
pela nak jadi tuh..
sis..ader typing error
letiherana~letih kerana