Followers

Monday, July 26, 2010

Pilihan Hati 38

“Petang nanti kita jalan-jalan kat Pulau Sipandan pula.” Iskandar memeluk bahu Ariyana dan mencium leher isterinya. Ariyana menjerit. Walaupun dia tidak terkena kulit lehernya, Ariyana tetap menggeliat kegelian. Namun kemudian perlahan-lahan dia membiarkan Iskandar menciumnya. Rasa selesa dan nyaman bila Iskandar melayannya dengan lembut. Setiap sentuhan suaminya membuatkan dadanya berdegup kencang. Walaupun agak segan kerana mereka sedang berada di luar, oleh kerana rasa bahagia yang tidak dapat di elak membuatkan Ariyana membiarkan Iskandar melakukan sesuka hati padanya.

“Ari sayang abang tak?” Soal Iskandar perlahan.

“Sayang. Abang sayang Ari tak?” Ari bertanya manja. Iskandar tersenyum bahagia. Iskandar mencium ubun-ubun isterinya. Ariyana membalas pelukan suaminya. Betapa bahagianya bila cinta berbalas.

“Tak sangka ye, sampai jugak kita ke sini.” Iskandar memandang jauh ke hadapan. Pemandangan yang indah terbentang dihadapan mata.

“Ye. Seronok betul.” Ariyana tersenyum puas. Permandangan di Pulau Mabul itu memang mengasyikkan. Untuk ke Pulau Mabul, mereka perlu singgah di jeti Semporna yang memakan masa selama satu jam dari Lapangan Terbang Tawau. Dan meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul dengan menaiki bot selama 3o minit. Sepanjang dua hari mereka begitu menghargai saat mereka bersama. Iskandar begitu senang melayan setiap kerenah isterinya. Ariyana pula sengaja mengambil peluang untuk bermanja dengan Iskandar.

“Abang,” Ariyana memanggil dengan suara halus. Iskandar pandang wajah menawan itu. Dia angkat kening. Ariyana gigit bibir. Geram bila Iskandar sengaja buat tidak tahu.

“Apa dia?” Soalnya dengan muka selamba. Ariyana tolak wajah Iskandar yang asyik melekat dipipinya. Iskandar sengaja mengeraskan diri.

“Malulah orang asyik tengok kat kita.” Ariyana bersuara keras. Iskandar pandang sekeliling.

“Mana ada orang tengok. Sayang ni rabun agaknya. Semua orang buat hal mereka lah.” Iskandar mencium pipi Ariyana. Ariyana sudah tidak dapat mengelak lagi. Memanglah semua orang nampak sedang bermesra dengan pasangan masing-masing. Agaknya semua mereka ni sedang berbulan madu. Sama macam dia dan Iskandar. Betul ke? Ariyana mengeluh. Zaman sekarang susah hendak membezakan mereka yang sudah berkahwin dengan mereka yang belum berkahwin dan sedang mabuk bercinta. Kadangkala yang bercinta perlakuannya melebihi orang yang sudah berkahwin.

“Kenapa Ari nampak cantik hari ni? Ari sengaja nak goda abang ye?” Iskandar bersuara lembut. Ariyana menjeling tajam.

“Perasan. Abang ni, dulu tak pulak nak puji kita. Sekarang bukan main manis lagi mulut dia,” Ariyana menyindir suaminya. Iskandar tergelak.

“Dulu bukan tak nak puji. Tapi...kalau puji pun tak kena layan. Menghabiskan air liur je.” Iskandar menjawab selamba. Ariyana cubit lengan suaminya. Lama mereka mendiamkan diri sebelum Iskandar bersuara perlahan.

“Kenapa Ari tak nak terima abang lepas kita kahwin dulu?” Iskandar merenung wajah ayu dihadapannya. Ariyana membalas renungan suaminya.

“Sebab Ari ingat abang kahwin dengan Ari hanya kerana simpati.” Luahnya perlahan. Iskandar geleng kepala. Ariyana peluk erat tubuh sasa suaminya.

“Abang takkan kahwin dengan Ari kalau setakat kerana simpati.” Iskandar bersuara yakin. Ariyana mendongak memandang wajah tampan itu.

“Jadi....sejak bila abang cintakan Ari?” Kali ini mereka lebih banyak bertanya tentang perasaan masing-masing. Iskandar tersenyum manis sambil menggaru dahi.

“Kalau abang cakap, tentu Ari tak percaya.” Ujarnya lembut. Ariyana angkat kening.

“Kenapa?” Ariyana dan Iskandar saling berbalas renungan. Iskandar mencium mata Ariyana yang begitu asyik sekali merenung wajahnya.

“Abang cintakan Ari sejak pertama kali kita berjumpa. Ingat tak masa Ari menangis sewaktu menunggu Arif balik dari sekolah?” Ariyana angguk kepala.

Waktu itu dia masih dalam kesedihan sebab kehilangan kedua orang tuanya. Iskandar yang baru tamat pengajian di Akedemi Polis memandang hairan ke arah seorang gadis yang sedang duduk sambil menangis di halaman rumahnya. Iskandar leka merenung wajah sedih yang tetap nampak ayu hingga dia terlupa dirinya sudah bertunang.

“Abang selalu buat Ari marah. Tetapi itu hanyalah helah abang supaya Ari membenci abang dan juga salah satu cara untuk abang menghalang perasaan abang dari terus melarat. Abang tidak mahu menjadi lelaki yang curang.” Iskandar mengusap rambut Ariyana. Ariyana tersenyum kecil. Memang dulu perangai Iskandar sukar dijangka. Kadangkala baik, ada waktunya lelaki itu selalu memarahinya.

“Ari pulak, sejak bila cintakan abang ni?” Tanyanya sambil bermain dengan jari jemari halus milik isterinya. Ariyana tersengih kemudian angkat bahu.

“Tak tahu sejak bila. Tapi yang pasti, semakin dekat hari perkahwinan Ari dengan Irwan, perasaan tu semakin kuat. Ari pernah terfikir untuk melarikan diri bersama abang jika abang terima luahan perasaan Ari malam tu,” Ariyana tergelak kecil. Dia sudah dapat menerima hakikat Irwan telah pergi dari hidupnya kerana takdir telah menentukan jodohnya dengan Iskandar.

“Maafkan abang sebab tak kejar Ari malam tu. Abang takut menghampakan ayah dan mak.” Ariyana angguk kepala. Iskandar menarik tangan Ariyana dan mereka berjalan perlahan menuju ke bilik mereka.

“So, malas nak keluar petang ni. Tengok kat luar tu. Macam tahu-tahu je,” Iskandar kunci pintu bilik dan kenyitkan mata pada si isteri. Ariyana mengeluh kecewa. Niat hendak menyusuri pantai terhalang. Hujan turun dengan lebat sekali sebaik sahaja mereka masuk ke bilik penginapan mereka. Iskandar sudah memeluk pinggang isterinya dengan erat. Semenjak hubungan mereka pulih, dia semakin tidak dapat berjauhan dari isterinya itu. Asyik berkepit ke hulu ke hilir.

“Kita lepak kat bilik je. Abang sejuk ni.” Perkataan sejuk itu sengaja ditekankan. Ariyana menjeling tajam suaminya yang tersengih seperti kerang busuk. Tahu apa yang si suami inginkan. Sejuk itu satu alasan. Beberapa ketika kemudian, Ariyana turut sama tersenyum dan merangkul leher suaminya. Apa yang pasti Ariyana tidak dapat mengelak kerana dia juga punya keinginan yang sama seperti Iskandar. Iskandar meragut mesra bibir nipis isterinya bila melihat Ariyana tidak menghiraukan permintaannya. Ariyana tidak mengelak sebaliknya membalas kucupan suaminya.


*********************************

6 catatan:

hana_aniz said...

walawehhh.. so sweet la!! weee~~
i like!

apple_pie said...

wahhh.......romantik abes neh.. gud2..

miz ruha said...

sweet abis,,,
suke nyer,,,

shaz said...

amboi2....
tgh memadu kasih yek..
hehehe...

MaY_LiN said...

wawawawa..
pandai dating2 yea..
hunny2 bear yea..

kaira_syuma said...

huhuhuhu...jiwang karat pulak si ari dan is ni...hehehhee