Followers

Tuesday, July 13, 2010

Pilihan Hati 37

“Bagaimana boleh terlepas?” Iskandar bertanya marah. Semua mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat itu mendiamkan diri. Sesiapa pun akan bertanya bagaimana seorang penjenayah boleh melarikan diri dari tahanan semasa hendak ke mahkamah.

“Ada 5 buah kereta yang terlibat dalam usaha melarikan Slash tu.” Jawab Zakri mewakili mereka yang lain. Semua orang tahu Iskandar yang bersusah payah menangkap penjenayah tersebut sebelum dia bertukar ke unit pentadbiran.

“Berapa orang yang ditugaskan mengiringi mereka ke mahkamah?” Iskandar meneliti laporan yang dibuat oleh Hadi.

“Dua buah kereta peronda dengan 10 orang termasuk pemandu trak yang membawa dia,” Hadi menjawab perlahan.

“Hadi...kenapa boleh terlepas? Susah payah kita tangkap dia dulu. Sekarang tentu semakin susah nak tangkap dia balik,” Iskandar duduk bersandar. Dahi dipicit. Menangkap Slash merupakan satu tugas yang berat. Slash mempunyai ramai pengikut yang sanggup buat apa saja. Semua kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah dibawah kawalan Slash. Jadi tidak hairanlah bila ramai yang sanggup membahayakan diri untuk menyelamatkannya.

“Kita kena fikirkan jalan bagaimana hendak menangkapnya semula.” Tuan Azli bersuara perlahan setelah menjadi permerhati di dalam perbincangan mereka.. Iskandar pandang wajah bosnya.

“Sebab tu saya suruh Hadi panggil awak datang ke sini. Kami perlukan bantuan awak.” Iskandar angguk kepala. Dia yakin, kali ini makin sukar mereka hendak menangkap Slash semula. Semalaman mereka mencari cara untuk menangkap Slash semula.

Sementara itu, di rumah, Ariyana gelisah. Telefon bimbit Iskandar tidak dapat dihubungi. ‘Abang, mana abang pergi ni? Kenapa dada ni terasa berdebar-debar je.’ Ariyana duduk di atas katil sambil peluk lutut. Terasa airmata mengalir di pipi. Tiba-tiba hatinya diburu rasa bersalah. Segala kenangan bersama Iskandar terlayar diruang ingatan. Betapa Iskandar begitu sabar melayan kerenahnya.

“Abang...Ari cintakan abang,” Ucapnya perlahan. Barulah dadanya terasa tenang. Ye. Dia yakin. Cintanya masih kuat untuk Iskandar. Ariyana menangis teresak-esak seorang diri sehingga tertidur.

Iskandar membuka pintu bilik dengan perlahan. Bimbang isterinya terjaga. Setelah hampir semalaman bersengkang mata mencari cara untuk menangkap Slash, Iskandar dan rakan-rakan yang lain dibenarkan pulang. Beberapa langkah menghampiri katil, Iskandar tersentak bila mendengar sayup-sayup suara Ariyana.

“Mengigaulah tu,” Iskandar tersenyum. Begitulah keadaan Ariyana semenjak kematian Irwan. Tanpa Ariyana sedari, setiap kali dia mengigau, Iskandar akan menenangkannya. Iskandar hidu bau bajunya.

“Huh....bau masam. Patut pun..seharian aku kat balai tu.” Dia bercakap sendirian. Iskandar menuju ke bilik mandi. Selepas mandi, dia masih mendengar Ariyana bercakap. Perlahan dia mendekati isterinya.

“Abang...jangan tinggalkan Ari. Ari cintakan abang,” Ucanya perlahan. Tersentak Iskandar mendengarnya. Perlahan dia duduk dikatil dan menyentuh bahu Ariyana. Selama ini Ariyana tidak pernah mengigau seperti itu. Kebiasaannya Ariyana menyalahkan dirinya kerana menyebabkan kematian Irwan. Iskandar tersenyum senang.

“Abang...abang jangan pergi.” Ariyana menangis kuat. Iskandar peluk tubuh isterinya.

“Ari...bangun Ari. Abang ada kat sini. Syuhhh...jangan nangis. Abang ada kat sini. Abang takkan tinggalkan Ari.” Ucapnya yakin sambil mengosok bahu dan belakang Ariyana. Ariyana membuka matanya. Dalam kepekatan malam, dia dapat melihat dengan jelas wajah Iskandar yang begitu dekat dengan wajahnya.

“Abang janji takkan tinggalkan Ari?” Ariyana bertanya perlahan. Iskandar angguk kepala.

“Abang janji. Dan...abang cintakan Ari. Cinta sangat-sangat.” Iskandar bersuara yakin. Ariyana peluk tubuh Iskandar.

“Ari isteri abang dunia akhirat. Kita mulakan hidup baru ye?” Ariyana angguk kepala. Tenang hatinya bila Iskandar mengusap rambutnya. Betapa dia rindukan perhatian Iskandar. Perlahan Iskandar sentuh dagu Ariyana dan menatap jauh ke dasar hati Ariyana. Ariyana membiarkan Iskandar menerokai dasar hatinya. Ariyana tersenyum manis. Begitu juga Iskandar. Mereka tenggelam dalam lautan cinta. Ariyana pejamkan mata bila terasa wajah Iskandar semakin hampir ke wajahnya.

**********************************

“Terima kasih sayang,” Iskandar tersenyum manis bila Ariyana membuka mata. Ariyana tarik selimut menutup wajahnya. Iskandar tergelak kecil.

“Kenapa ni?” Soalnya perlahan sambil mencium dahi Ariyana yang masih bersembunyi dibawah selimut. Ariyana geleng kepala. Iskandar menarik selimut yang menutup wajah Ariyana. Dia tersenyum. Ariyana gigit bibir tanda geram dengan tindakan Iskandar.

“Nak goda abang lagi ye?” Iskandar cuba mencium Ariyana semula, namun sempat dihalang oleh Ariyana. Ariyana menjeling tajam.

“Okey. Mari mandi. Abang kena turun awal hari ni.” Iskandar tarik tangan Ariyana, namun tidak berjaya.

“Tak nak. Abang mandilah dulu.” Ariyana masih malu untuk berhadapan dengan Iskandar. Lebih-lebih lagi bila melihat keadaan dirinya saat itu.

“Malu ye???” Iskandar kenyitkan mata. Ariyana angguk kepala.

“Okey. Abang mandi dulu. Lepas ni sama-sama solat Subuh ye.” Iskandar kucup dahi Ariyana sebelum beredar ke bilik mandi. Ariyana tutup mukanya dengan bantal kemudian menjerit kuat.

************************

Ariyana dan Iskandar menuruni tangga sambil berpelukan. Datin Hasmah memandang pelik ke arah mereka berdua. Tidak pernah dia melihat Ariyana ceria seperti itu. Iskandar juga sentiasa tersenyum dan begitu asyik sekali merenung wajah Ariyana.

“Abang, jangan tengoklah.” Ariyana tolak wajah Iskandar yang semakin hampir mengena pipinya. Iskandar hanya tersenyum manis. Wajah mulus itu tetap diciumnya.

“Ehemmm..” Datuk Azran batuk kecil. Iskandar pandang wajah ayahnya. Ariyana sudah menundukan wajahnya. Malu.

“Ayah sakit tekak ye? Dah minum air asam jawa?” Iskandar bertanya sambil tersenyum. Datuk Azran geleng kepala. ‘Ingatkan nak kenakan dia, kita pulak yang dia kenakan,’ Bisiknya dalam hati.

“Ye. Sakit tekak dan sakit mata. Ni kenapa macam ulut bulu dah naik daun ayah tengok?” Ariyana gigit bibir. Geram dengan tingkah suaminya yang masih tidak faham maksud Datuk Azran.

“Biasalah bang. Orang mabuk bercinta memang macam tu.” Datuk Azran geleng kepala. Iskandar tersenyum manis. Selesai menikmati sarapan pagi, Iskandar bersedia hendak ke pejabat.

“Sayang abang,” Iskandar menyua pipinya kepada Ariyana. Ariyana muncung bibir. Geram dengan suaminya itu. Suka sangat mengusik dirinya.

“Tak nak. Tak malu ke mak dan ayah tengok tu.” Ariyana menolak pipi Iskandar.

“Buat apa nak malu. Tangok mak tu, tersenyum je dia bila nampak kita mesra macamni.” Iskandar tarik tubuh Ariyana ke dalam pelukannya.

“Rasa rindu pulak. Ari tak rindu kat abang?” Iskandar bertanya sambil membetulkan anak rambut Ariyana yang menutupi sebelah mata Ariyana. Ariyana tertunduk malu. Kemudian dia angguk kepala. Tersenyum Iskandar melihatnya.

“Okey. Abang pergi dulu. Kalau diikutkan hati, malas rasanya nak turun kerja.” Iskandar kucup dahi Ariyana sebelum masuk ke dalam kereta.

“Abang..” Ariyana menghampiri Iskandar.

“Ups....Sorry. Terlupa pulak,” Iskandar tergelak kecil. Ariyana menyalami tangan dan tunduk mencium tangan kasar itu.

*************************

p/s : slm...rasanya cite PH ni sudah sampai ke penghujung....huhuhu...sdg cari idea tuk ending yang terbaik utk korang semua...doakan sy dpt idea yg best ok....

10 catatan:

miz ruha said...

okey,,,,okey,,,
ak doakn mg dpt idea yg terbaik n dpt wt ending yg terbaik,,,
i'll waiting,,,

kaira_syuma said...

miz ruha, tqvm....minta maaf byk2...sebab buat semua org tertunggu ending PH ni....

Anonymous said...

bes!!!!!

itu_aku +_^ said...

suke2
keept it up
hope diorg trus bhgia

MaY_LiN said...

hihihihi
da berbaik akhirnya

epy elina said...

hohohhoo...
sweet la part ni...

::cHeeSeCaKe:: said...

best..sweet sgt

ainaS said...

so...sweet la....teruskn....

Anonymous said...

best2,,happy ending ye,,he2

nursya said...

uish...
da nk abis ker???
xpuas lg nieh...
huhuhu...

aper2 pn..sy doakan awk dpt idea yg best yek utk ending citer nie..

gudluck..