Followers

Wednesday, March 14, 2012

Bakal Mak budak


sedikit sedutan dari Relaku Pujuk..tak ingat bab brapa dah...layan jelah...

******************************


“Mawarrrr...” Aku pejam mata bila terasa badanku hampir terjatuh. Namun aku mengeluh lega bila tubuhku dipeluk seseorang.

“Sayang tak apa-apa?” Aku buka mata perlahan. Wajah risau Ishamudin menyapa mataku.

“Mawar ok. Bila abang sampai?” Aku bertanya pelik. Tadi, aku tak nampak dia di dewan makan. Sejak mengandung ni, aku selalu berulang alik ke tandas. Tak sangka pulak tadi aku hampir terjatuh sebab lantai depan tandas tu licin.

“Sayang ni. Boleh tak hati-hati sikit berjalan tu. Nasib baik abang sempat sambut sayang tadi.” Aku tersengih.

“Maaf.” Aku buat muka kasihan. Dia gigit bibir. Geramlah tu.

“Mawar jangan ambil mudah tentang keselamatan Mawar. Kalau kebetulan abang ada di sisi Mawar, dapat juga abang lindungi Mawar. Kalau di takdirkan abang pergi jauh, siapa nak selamatkan Mawar?” Marahnya. Terkulat-kulat aku kena marah.

“Abang nak pergi ke mana? Abang memang selalu ada di sisi Mawar. Tak kira jauh mana pun abang pergi, abang mesti balik bila Mawar panggil.” Aku peluk lengannya. Ishamudin mengeluh.

“Macamana abang nak nasihatkan bakal mak budak ni?” Aku tersengih. Kami masuk ke dalam production. Ketika Ishamudin buka pintu untukku, aku melepaskan pelukan di lengannya. Tak nak nanti di tengok oleh pekerja lain tu. Mesti mereka mengata aku ni manja sangat dan suka menunjuk sayang aku pada Ishamudin. Aku pernah dengar mereka mengumpat tentang aku. Aku tahu mereka cemburu sebab aku kahwin dengan Ishamudin yang handsome tu. Tapi, semua itu pekerja baru jelah dan juga sekutu-sekutu Ilyana tu.

“Kenapa?” Ishamudin

“Tak ada apa-apa,” Aku berjalan selamba di sebelahnya.

“Kenapa abang tengok sekarang ni, Mawar dah tak suka nak peluk abang masa kat kilang ni. Dah jemu ye?” Duganya. Aku mencebik bibir.

“Abang pun sama,” Dia tergelak.

“Eleh...Setiap kali abang peluk sayang, tentu sayang tolak. Baru berniat nak peluk, sayang dah lari jauh. Sudahlah masa kat rumah tu sikit je sayang habiskan masa dengan abang,” Mengadu pulak dia. Mana sempat nak layan dia. Sambil menolong ibu mertuaku mengemas rumah dan mencuci pakaian, aku juga menghabiskan masa membaca novel dan buku-buku ilmiah.

Masa untuk Ishamudin memang terhad. Di kilang pulak, aku sibuk sejak order semakin meningkat sekarang ni.

“Tak selesalah.” Aku menjawab lemah dan terus duduk di kerusiku. Ishamudin masih setia menemaniku.

“Abang balik lah ke tempat kerja abang tu. Nanti orang tengok kita lepak kat sini. Nanti mereka cakap yang Mawar ni tak kerja, asyik memadu asmara dengan abang,” Aku meluahkan rasa tidak senangku. Walau cuba di kawal untuk tidak memikirkan tentang kata-kata yang menyakitkan hati oleh mereka-mereka yang benci melihat kami berdua bersama

“Biarlah mereka semua tu. Kita bukan mengganggu mereka.” Aku mengeluh lagi.

“Memang tak ganggu mereka, tapi, tak naklah menimbulkan rasa tak puas hati mereka. Biarlah bersederhana. Kalau kat rumah, Mawar tak kisah. Tapi, kalau kat luar, kena kurangkan ye.” Dia terdiam.

“Okey. Syarat, sayang kena lebihkan masa untuk abang. Lagi satu, jangan kuat sangat bekerja. Sayang sekarang ni semakin rajin. Di rumah bekerja, di kilang bekerja.” Aku tersenyum.

“Abang jangan risaulah. Sekarang ni, kandungan Mawar dah ok.” Kami berdua berpaling ke arah suara rakan-rakanku yang baru masuk.

“Sham, kenapa dengan Mawar kali ni?” Aku tersengih.

“Macam biasa. Dia hampir terjatuh kat depan tandas tu tadi.” Semua mereka merenung tajam padaku.

“Lantai tandas tu licin. Bukan salah Mawar pun.” Aku berdalih. Mereka hanya mampu geleng kepala.

***************************

p/s : layan n3 ni ye...tak ingat bab brapa....supaya korang sentiasa ingat kat member dua orang ni...hihihihi

6 catatan:

MaY_LiN said...

memangla ingat..
tgg nak pegang je..
hihihi

fyda said...

best!!

Miz Novexx said...

romantiknya Isham...... :D

lieyna said...

wahhhh..best22222 sangaaaaaaaaaaattttt..tq kaira

kaira_syuma said...

may_lin, huhuhu..sabar ye...kalau ada rezki,dptlah d terbitkan..

fyda, terima kasih...

miz novexx, isham mmg romantik..hihihi..

lieyna, sama2..tqvm jugak sbb tetap setia jenguk blog ni...huhuhu

sayang korang semua

Kk Zen said...

rindu mawar ngan hisyam hehe..
thanks cik.writter hehe