Followers

Thursday, December 8, 2011

Sedikit sedutan dr Relaku Pujuk...


“Tak elok membazir. Saya nak bawa balik. Nanti dapatlah saya sambung makan lagi,” Aku menjawab selamba.

“Yelah tu. Kuat makan, tapi badan masih juga kecil,” Aku mencebik bibir. Kami berdua beredar dan berjalan menyusuri jambatan yang diperbuat dari kayu itu. Sungguh tenang udara malam itu. Sejuklah pulak. Aku hanya pakai cardigan nipis dan tidak mampu menghalang rasa sejuk yang menggamit tubuhku.

“Sejuk?” Soalnya lembut. Aku angguk kepala.

“Aku pun sejuk jugak ni. Kalau aku bagi kau baju ni, nanti, aku pula yang kesejukan,” Aku menghembus nafas kasar. Itu pun nak berkira. Apalah suami aku ni. Tak peka langsung dengan keadaan isteri dia. Kenapa bila dalam drama atau filem, bila heroin kesejukan, pantas je hero dia bagi baju jaket dia.

“Sini,” Aku terasa tubuhku ditarik mendekatinya.

“Kalau macamni tak sejuk sangat,kan?” Aku terkejut dengan perlakuannya yang sukar diramal. Aku menyembunyikan senyum. Siapa sangka, aku dapat lebih dari itu. Itulah bahagianya kalau keluar dengan suami sendiri.

“Selesa?” Aku angguk kepala. Siapa yang tak selesa kalau berada dalam pelukan hangat suaminya. Betulkan?

“Takkan sejuk sampai tak dapat nak jawab soalan aku tu? Atau kau berangan benda lain. Betul tak?” Aku muncung mulut semula. Orang masih berada diawangan ni, mana sempat nak jawab soalan awak tu. Tak faham betul.

“Berangan apa pulak. Yelah..yelah..Dah selesa,” Aku bersuara merajuk.

5 catatan:

YONG JIAO XIU said...

nak lagi...hehehe.

Aida Nadia said...

next3...!!

MaY_LiN said...

nak lg..

kaira_syuma said...

saba ye.....hihihi

Ardyllia Airish said...

Nice entry .xsaba nk bace next entry . relaku pujuk, jangan kau pergi , pergi xkembali da abez bace within 3days . alia najwa n setia ape he he . blom smpt nak bace . nanti esok la . ni focus exam esok .huhu