Followers

Thursday, April 22, 2010

Pilihan Hati 29

Iskandar membuka pintu rumah tersebut. Keadaan dalam rumah yang gelap itu menyukarkan pergerakan Iskandar. Lampu rumah di pasang sebaik sahaja Iskandar menghampiri tangga. Beberapa kali nombor telefon pemilik rumah tersebut di dail, namun tidak di jawab.

“Adik, betul ke Ari ada kat rumah ni? Sunyi je abang tengok. Abang dah macam pencuri pulak, masuk rumah orang ni,” Iskandar membebel bila Shila menjawab panggilannya.

“Pergi kat bilik dia. Abang bukan tak tahu, kalau dia tidur, bukan dia sedar pun, telefon dia berbunyi. Cubalah ketuk pintu bilik dia. Kalau tak buka jugak, abang guna kunci yang adik bagi tu.” Iskandar berdengus. Pintu bilik Ari di ketuk kuat. Tugasnya adalah membawa Ariyana balik ke rumah orang tuanya kerana esok adalah hari bahagia Shila. Oleh kerana Ariyana tidak mendapat cuti, terpaksalah Iskandar menjemput Ariyana kerana Datin Hasmah dan Datuk Azran tidak mahu Ariyana memandu seorang diri pada malam hari. Setelah lenguh mengetuk pintu dan masih tiada jawapan, Iskandar membuka pintu bilik menggunakan kunci yang di beri oleh Shila. Lampu bilik di pasang. Iskandar geleng kepala melihat Ariyana sedang nyenyak tidur sambil memeluk anak patung beruang yang hampir sama besar dengan dirinya. Perlahan, bahu Ariyana di sentuh.

“Ari...Ari..Bangun..” Masih tiada tindak balas. Iskandar bergerak ke bilik air. Dia tersenyum sambil merenjis air ke muka Ariyana. Perlahan tangan halus itu menggosok matanya. Ariyana membuka mata perlahan dan duduk memandang wajah Iskandar.

“Err...abang? err..” Matanya semakin tertutup. Iskandar menarik tangan Ariyana bila melihat gadis tersebut hampir terlelap semula.

“Mari, dah lambat ni. Kita balik ke rumah. Mak dan ayah dah tunggu kat sana,” Ariyana berdiri dengan malas. Otaknya masih belum dapat berfungsi dengan baik. Badan yang letih kerana seharian bekerja membuatkan matanya seperti tidak dapat dibuka. Terhuyung hayang dia mengikut langkah kaki Iskandar. Sebelum keluar dari bilik tersebut, Iskandar sempat menyambar sehelai kain tudung dan menyarung ke kepala Ariyana. Ariyana masih memeluk anak patung beruang saat Iskandar membantu dia masuk ke dalam kereta. Iskandar geleng kepala melihat Ariyana yang langsung tidak sedar segala perbuatanya.

“Kalau jumpa lelaki jahat, tak tahulah apa nasib dia ni. Semoga dia sentiasa dilindungi dari perkara buruk,” Iskandar berdoa di dalam hati. Walaupun, cintanya tidak kesampaian, namun dia menghormati keputusan Ariyana. Mungkin ada hikmahnya mengapa dia dan Ariyana tidak bercinta. Semua telah ditentukan. Iskandar memandu dengan tenang menuju ke destinasi.

*******************

“Arif, tu..Abang Is dan Ari dah sampai,” Datin Hasmah menepuk bahu Arif yang sedang leka menonton tv. Arif tersentak dan berdiri tegak. Matanya memandang ke halaman rumah. Dia segera keluar bila melihat Iskandar menggaru kepala diluar kereta.

“Ha...Is...kenapa tak masuk lagi?” Datin Hasmah bertanya. Iskandar mengeluh.

“Tu...macamana nak masuk. Masih enak dia tidur.” Iskandar geleng kepala.

“Arif...tolong bawa Kak Ari ke bilik dia?” Arif pandang wajah Iskandar.

“Kakak tidur ye?” Arif menghampiri kereta Iskandar. Dia tergelak bila melihat Ariyana masih memeluk anak patung beruang.

“Kakak ni...perangai masih tak berubah.” Perlahan Arif mencampung tubuh Ariyana setelah mengalih anak patung beruang yang dipeluk oleh Ariyana.

“Abang tolong bawa patung dia. Nanti bising pulak dia, bila tengok anak patung tu takde kat sebelah,” Arif sempat berpesan pada Iskandar. Iskandar geleng kepala.

***********************

“Tak sangka cepat betul masa berlalu ye? Kau pun dah nak kahwin,” Ariyana mengeluh. Shila tersenyum sambil menepuk bahu Ariyana. Ketika itu mereka sedang memasang inai dijari Shila. Selepas Zohor upacara akad nikah antara Shila dan Hadi akan dijalankan. Ia merupakan hari bersejarah bagi Shila dan Hadi. Selepas sembahyang subuh tadi, dia membantu Shila memasang inai.

“Kau pun sama. Betul kau nak kahwin dengan Irwan? Kau kan tak cintakan dia? Kau sanggup?” Ariyana tunduk mengacau inai yang terdapat di dalam bekas.

“Mungkin dah sampai seru agaknya.” Ariyana tersenyum sambil memandang wajah temannya. Shila kerutkan dahi.

“Ari...kau tak patut buat keputusan terburu-buru. Kahwin bukan untuk sehari dua. Untuk seumur hidup tau. Kalau kau tak cintakan dia, macamana hendak bahagia?” Shila bersuara keras. Ariyana gigit bibir. Orang kata, telajak perahu dapat di undur, tetapi telajak kata? Ariyana mengeluh.

“Takdir aku agaknya.” Shila geleng kepala lagi. Dia merasa tidak tenang semenjak Ariyana menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Irwan. Masih terbayang wajah terkejut ayah dan ibunya. Hendak membantah, mereka merasakan tidak patut untuk mencampuri urusan Ariyana.

“Macamana kau nak berhadapan dengan mak mertua kau tu? Kenapalah kau ni suka sangat buat keputusan terburu-buru?” Ariyana mengeluh. Shila geleng kepala. Pelik dengan sikap Ariyana, terlalu sangat berserah pada takdir.

“Doakan kebahagiaan aku ye. Mungkin selepas ni, hubungan kami bertambah baik. Mungkin aku akan dapat terima dia. Kau doakan je,” Ariyana tersenyum. Shila geleng kepala.

“Tak baik buat muka macam tu. Kau nak kahwin hari ni. Kau dengan Abang Hadi pun kahwin cepat jugak,” Ariyana memandang sekeliling bilik yang telah dihias indah. Timbul rasa cemburu melihat Shila bakal menamatkan zaman bujangnya.

“Aku dan Abang Hadi lain. Kita orang memang saling mencintai. Dan ahli keluarga kami pun ok. Alhamdulillah. Aku pun sebenar tak sangka semua ni terjadi kat aku,” Shila merenung jarinya yang semua sudah dibalut dengan kain.

“Irwan tak datang ke?” Shila menoleh ke arah Ariyana yang sedang termenung disebelahnya.

“Dia ada kursus. Siapa yang bawak aku balik semalam?” Ariyana baru tersedar tentang sesuatu. Bangun subuh tadi, dia terkejut bila mendapati dirinya berada di rumah besar itu. Shila tergelak.

“Mak paksa Abang Is pergi jemput kau semalam. Balik dari tempat kerja, Abang Is terus je pergi rumah kau.” Ariyana garu kepala.

“Ye ke?” Shila angguk kepala. Ariyana mendiamkan diri. Malas hendak memikirkan perkara tersebut.

“Aku nak minum. Kau nak ke?” Ariyana berdiri sambil mencapai kain tudung yang tersangkut dikatilnya.

“Boleh jugak. Bagi aku air suam. Bawa sarapan sekali ye. Aku lapar,” Shila buat muka sedih. Ariyana tergelak. Kasihan betul dengan bakal pengantin itu. Kelaparan.

Ariyana berjalan perlahan sambil menyanyi kecil. Di luar masih gelap. Ariyana terus berlalu menuju ke dapur. Sedang leka membetulkan butang lengan bajunya, Ariyana terlanggar seseorang yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu.

“Upss.” Ariyana tunduk menyentuh kakinya.

“Errr..Ari...maaf. Abang tak sengaja.” Iskandar turut sama duduk memegang kaki Ariyana. Ariyana tergamam. Tidak menyangka tindakan Iskandar itu. Ariyana gigit bibir menahan sakit.

“Sakit?” Iskandar bertanya bimbang. Ariyana angguk kepala. ‘Mestilah sakit. Badan abang tu berat. Kaki Ari kecil je,’ Ariyana membebel di dalam hati.

“Maaf. Abang tak nampak Ari tadi.” Iskandar gosok kaki gadis tersebut. Timbul rasa bersalah kerana terpijak kaki Ariyana. Dengan selamba Iskandar mendukung Ariyana dan di bawa ke sofa. Ariyana tersentak dan matanya terus memandang wajah Iskandar. Bagitu juga Iskandar. Mereka saling berbalas renungan. Pada masa yang sama, Datin Hasmah turun dari tangga.

“Is? Ari?” Pelik dia melihat adegan tersebut. Datin Hasmah terasa sesuatu di hatinya. ‘Mungkinkah mereka?’ Beberapa saat kemudian dia geleng kepala.

“Ari... Is..kenapa?” Sekali lagi Datin Hasmah bertanya. Ariyana dan Iskandar tersentak. Masing-masing kelam kabut mengalih pandangan ke arah lain.

“Is terpijak kaki Ari tadi mak. Kat dapur tu,” Iskandar garu kepala yang tidak gatal.

“Iye? Teruk ke?” Datin Hasmah terus menghampiri Ariyana. Dia geleng kepala bila melihat kesan merah di kaki Ariyana.

“Pergi ambil minyak angin. Nanti bengkak pulak kaki budak ni,” Ariyana gigit bibir menahan sebak. Datin Hasmah tidak pernah membezakan kasih sayangnya pada mereka berempat.

“Kenapa ni, sayang. Sakit?” Ariyana geleng kepala. Tangisan halus bergema diruang tamu itu.

“Mak, terima kasih sebab sayangkan Ari dan Arif. Kalau Ari kahwin kelak, mungkin Ari tak dapat merasa kasih sayang mak dan ayah lagi,” Ariyana memeluk erat tubuh Datin Hasmah. Datin Hasmah mengusap bahu gadis itu.

“Kenapa pulak? Ari dan Arif tetap anak kesayangan mak dan ayah. Sama seperti Shila dan Iskandar. Rasanya, Irwan bukanlah lelaki yang tak baik, sampai tak benarkan Ari jumpa mak dan ayah? Dah...jangan merepek lagi,” Datin Hasmah sapu airmata yang mengalir dipipi Ariyana.

“Mak, kalau Ari ada buat salah, tolong maafkan ye? Dan, doakan kebahagiaan Ari,” Datin Hasmah mencium pipi yang basah dengan airmata itu.

“Kenapa Ari cakap macam tu? Majlis Ari kan lambat lagi. Sepatutnya Shila yang berkata macam tu pada mak sekarang ni.” Ariyana tersenyum.

“Alamak!!!!!”

“Kenapa?” Datin Hasmah tersentak.

“Shila...tentu dia kelaparan kat atas tu. Ari sebenarnya nak ambil sarapan untuk Shila.” Ariyana cuba berdiri, namun terduduk lagi sambil menahan kakinya yang masih sakit.

“Tunggulah sekejap. Abang Is kamu ni mana pulak. Lama betul pergi ambil minyak angin. Is...ooo...Is..” Iskandar berlari menghampiri ibunya.

“Tak jumpa la mak. Kat mana mak simpan?” Iskandar bertanya sambil menggaru kepala. Datin Hasmah geleng kepala.

“Budak ni...Tolong kamu hantar sarapan untuk Shila kat bilik dia. Tu lagi sorang, tak tahu nak ambil sendiri.” Datin Hasmah membebel. Iskandar garu kepala.

“Kaki Ari tu? Nak bawa dia ke klinik tak?” Iskandar masih risau memikirkan kaki Ariyana. Ariyana tersenyum.

“Tak payahlah. Sikit je ni. Lepas sapu minyak nanti, rasanya okey lah tu,” Ariyana mengurut kakinya. Rasa sakit semakin berkurangan. Datin Hasmah berlalu ke dapur mencari minyak angin. Iskandar mengekori langkah ibunya ke dapur.

***********************

2 catatan:

MaY_LiN said...

ala..bile ni..
abg is ni lmbt la

nursya said...

ape la abg is nie...