“Mawar, macamana honeymoon kau?
Tentu seronok,kan? Aku ingat kau tak masuk kerja hari ni. Flight kamu berdua pagi tadi,kan?”
Aku angguk kepala. Kelam-kabut aku dibuatnya. Oleh kerana terlambat, aku
masuk kerja jam 11 malam. Kalau aku tak dapat capai target malam ni, memang tak payah tanyalah.
Aku dapat rasakan semua orang memandang kearahku
saat itu. Apa aku nak jawab. Memang seronok pun. Tapi, yang tak bestnya sejak
balik dari bercuti, Ishamudin dah tak layan aku lagi. Kenapa dia marahkan aku,
ye? Aku ada buat salah kat dia ke? Tapi, kenapa aku rasa dia memang sengaja nak
main-mainkan aku.
“Berangan je kerjanya. Tentu best lah tu,” Aku senyap. Malas hendak turut
serta sesi usik mengusik yang bakal berlangsung sebentar lagi.
“Tak best.” Aku menjawab marah. Aku marah sebab Ishamudin telah mengabaikan
aku. Kenapa dengan aku ni, kami baru berkahwin dan aku tak suka dia. Dia tak
suka aku. Kenapa aku merasa marah bila
dia mengabaikan aku?
“Macam marah je. Mawar, mana gambar kahwin kau? Dah siap?”
“Belum. Nantilah saya bawa.” Aku meneruskan kerjaku.
“Mawar, pinjam handphone kejap.
Nak hantar mesej kat laki aku,” Aku kerutkan dahi. Mereka masih belum puas
hendak mengusikku.
“Apahal pulak hantar mesej kat laki kakak, guna handphone orang?” Peliklah Kak Mila ni.
“Ala, kredit handphone akak dah
kering,” Aku menyerahkan jua handphoneku
padanya.
“Wah!!! Bahagianya. Kata tak best. Ni, gambar berpeluk lagi kau letak kat
depan tu,” Alamak. Lupa pulak nak tukar balik.
“Ehhh!!! Kak, bagi balik,” Aku berusaha merampas semula handphone tersebut dari tangan Kak Mila
tapi hampa.
“Wah!! Tak sangka romantik jugak Isham ni.” Wajahku mula membahang.
“Tak nampak macam orang kena kahwin paksa pun.” Kak Onah pula menyampuk.
Mereka semua sudah berkumpul. Biarlah.
“Apa pulak kahwin paksa? Mana ada kita orang kahwin paksa. Merepek jelah.”
Sangkalku. Mereka memandang wajahku dengan wajah yang penuh pertanyaan.
“Kau dah lupa yang Mawar memang ada hati kat Isham tu? Tentulah dia
seronok. Akhirnya kahwin juga mereka berdua. Makbul juga doa aku tu.” Kak Sally
pula menyampuk. Aku gigit bibir. Ini dah melampau.
“Tapikan, kau tengok gambar ni, Isham sedang peluk Mawar. Kat muka dia
memang tak menunjukkan yang dia tak suka. Muka dia tenang. Aku rasa dia memang
sukakan Mawar juga.” Eh!! Ye ke?
“Yelah. Aku yakin sangat Ishamudin memang ada hati dekat Mawar ni. Aku pun
nampak dia senyum dengan ikhlas kat sini. Mawar pun sama. Macam pasangan sedang
hangat bercinta. Siapa yang tangkap gambar ni, Mawar?” Aku angkat muka.
“Merepek je kakak ni. Bercinta apa ke bendanya. Adalah seorang gadis yang
lalu kat kawasan tu. Sham minta tolong dia tangkap gambar kami.” Aku menjawab
malas. Tangan pula semakin pantas membuat kerja.
“ Alamak!! Mawar. Laki kau telefonlah.” Aku kerutkan dahi.
“Hah!! Siapa telefon?” Aku sambut handphoneku.
“Siapa?” Aku bertanya pada Kak Mila sebelum melekapkan telefon ke telinga.
“Ishamlah. Siapa lagi? Kau ada laki lain? Jawablah.” Perlahan aku
melekapkan telefon tersebut ke telinga.
“Assalamualaikum,” Aku bersuara perlahan. Mataku merenung wajah
rakan-rakanku yang ketika itu sedang memandang kearahku.
“Waalaikumsalam. Kau rindukan aku?” Soalan yang buat lidahku kelu.
“Hah!!!” Leher rasa kena cekik. Pak cik ni, soalan tak pernah nak bengkang-
bengkok, semuanya straight to the point.
“Tadi kau hantar mesej kau rindukan aku.” Erkkk..Bila masa pulak aku hantar
mesej kat dia? Aku menjeling tajam wajah Kak Mila yang pura-pura pandang kat
tempat lain.
“Mana ada.”
“Habis tu siapa yang hantar tadi? Bukan kau?”
“Bukan.”
“Jadi kau tak rindukan aku?”
“Tak. Erkk. Rindu ehh...tak..tak.” Alamak!!! Terlepas pulak.
“Okeylah. Aku nak tidur. Assalammualaikum,” Dia terus memutuskan talian.
Aku kerutkan dahi.
“Pelik. Call orang, lepas tu tanya orang rindukan dia? Siapa nak rindukan
kau,” Aku berdengus kasar.
“Ehemm!! Sejak bila kau pandai bercakap seorang diri ni? Kalau rindu cakap
jelah rindu. Tawar menawar pulak.” Aku tersentak. Beberapa saat kemudian aku
pandang wajah Kak Mila. Mereka tersengih.
“Kak, kakak hantar mesej pada siapa tadi? Apa yang kakak text?” Tanganku
pantas explore mesej yang dihantar.
“Dengan suami akaklah. Tiba-tiba akak rasa rindu kat dia.” Aku tepuk dahi
sendiri bila membaca mesej yang dihantar oleh Kak Mila.
“Akak hantar mesej kat handphone
Ishamudin. Ehhh...bila pula nama orang tua ni bertukar?” Sejak berkahwin, aku
letak nama dia Monster Husband.
Hahahhaa....nasib baik, sepanjang kat Sabah dia tak check handphone aku. Kak
Mila tersengih.
“Ye ke Mila. Kau memang best lah. Mesej apa yang kau hantar?” Kak Kate dan
Kak Mila bertepuk tangan.
“I miss U 2nite,” Aku buat muka
tak puas hati. Tentu Ishamudin kutuk aku. Aduh!!! Susah juga kalau ada
kakak-kakak yang berperangai macam budak-budak tak cukup umur.
“Tapi, aku sebenarnya memang nak hantar mesej kat laki aku. Tapi, aku
terlupa aku guna handphone kau tadi.
Untuk tidak memenatkan jari aku, aku hantar ke nombor laki kau,” Aku buat
muncung itik. Kurang asam betullah Kak Mila ni. Tak pasal-pasal aku dapat malu
malam ni.
“Siapa suruh kau letak nama Monster
Husband kat nombor laki kau?” Marahnya padaku.
“Orang belum jumpa nama yang best untuk pak cik tu. Nama tu, untuk
sementara je.” Kak Mila dah tersengih mendengar kata-kataku.
“Lawaklah kau ni Mawar. Tak patut kau panggil laki kau pak cik. Bukannya
tua sangat dia tu. Lagi satu, aku dah tukar nama dia tadi. Dah kau letak nama Monster Husband kat situ, bunyinya tak
sedap. Tak sangka, cepat je dia balas. Ingatkan dia bagi mesej, tapi dia call pulak. Tentu dia pun rindukan
kau,lah Mawar.” Kak Mila bercerita panjang lebar.
“Kau letak nama apa? Mila, kalau bab tu, kau memang terbaik punya.” Kak
Kate thumb up ibu jarinya..
“Suami Terchinta...” Mereka semua tergelak besar. Aku dah tak tahu nak buat
apa. Tak kisah pun sebenarnya, sekurang-kurangnya dapat juga mereka
menghilangkan mengantuk mereka.
“Dah puas?” Mereka geleng kepala.
“Mawar, kau dan Isham tak duduk satu rumah ke?” Aku geleng kepala.
“Dia tak cakap pun nak tinggal berdua dengan saya.”
“La, buat apa dia nak cakap kalau dah namanya berkahwin, tentulah tinggal
berdua. Agaknya dia sedang cari rumah sewa tu.” Hai..mereka ni, kalau diberi
peluang memang sampai ke pagi mereka bercerita tentang aku.
“Mawar, kau tahu tak Diah dah kahwin?” Kak Diah dah kahwin? Dengan
siapa?
“Hah!! Kahwin? Bila?” Aih..kenapa aku tak dengar cerita tentang tu.
“Jumaat lepas,” Aku kerutkan dahi.
“Jumaat?” Kak Onah angguk kepala.
“Ye.” Bererti semasa aku dan Ishamudin di masih di Sabah.
“Kahwin dengan siapa pulak?”
Pelik betul. Aku kerutkan dahi bila mendengar
berita tersebut. Kenapa aku tak dengar cerita dari Isha? Agaknya dia malas
hendak mengungkit kisah tu kat depan aku. Biarlah.
“Dengan anak saudara belah mak dia. Kita orang pun terkejut juga bila
dengar dia dah kahwin.” Aku angguk kepala. Tentu Ishamudin sedih bila dengar
Kak Diah dah kahwin. Tapi mengapa mereka tak jadi berkahwin ye? Soalan itu
masih belum terjawab. Kalau aku tanya pada Ishamudin, aku yakin dia takkan
bercerita tentang perkara lepas.
“Kak, tentu semua orang terkejut dengar saya kahwin dengan Ishamudin, kan?”
Aku bersuara perlahan.
“Huhh!! Tak payah cerita. Macam-macam aku dengar. Tapi, mereka semua
kesiankan Mawar.” Aku angkat muka.
“Kesiankan saya? kenapa?”
“Sebab Mawar jadi pengantin terjun,” Mereka tergelak. Lucu bila dengar
perkataan pengantin terjun.
“En.Haikal tu suka kat kau ye Mawar?”
“Hah!! En.Haikal? Suka saya? Eh..mana ada,” Pelik betul. Manalah dia nak
kat aku yang serba kekurangan ni.
“Ye? Tapi, kenapa minggu lepas tak nampak dia kat kilang ni?”
“La...Manalah saya tahu. Mungkin dia pergi mesyuarat,” Mereka berlima
terdiam seketika.
“Mungkin juga. Manalah tahu, dia
pergi bercuti bawa hati yang lara,” Kak Mila buat muka sedih.
“Lara apa pulak. Awek dia lagi cun dari saya.”
“Mana kau tahu perempuan tu awek dia?” Aku tayang gigi. Betul juga. Manalah
tahu, perempuan tu syok kat dia. Nampaknya, soalan aku tadi masih tiada
jawapan. Cepat je mereka tukar topik. Siapa yang tahu kenapa Ishamudin dan Kak
Diah tak jadi kahwin ye?
*********************
Hari ini kami bekerja shiff pagi. Hari ini
merupakan hari aku terpaksa berdepan dengan ramai orang. En.Haikal, Abang
Handsome, Kak Diah dan ramai lagi. Yang paling penting, aku akan berjumpa
Ishamudin. Cuti hujung minggu lepas aku tidak balik ke mana-mana. Aku sengaja
terperap di asrama. Puas aku tunggu dia call aku, tapi dia tetap juga tak call
aku. Sekarang ni, aku rasa aku sedang merajuk. Huhuhu...merajuk? Ada ke orang
nak pujuk.
“Kak Onah, kenapa pulak budak tu monyok je muka dia?”
“Entah. Dah macam ayam berak kapur aku tengok.”
“Takkan kena penyakit rindu pulak?”
“Aku rasa memang penyakit itu yang dia hidap. Tak pun, itu penyakit orang
dah kahwin,”
“Tak mungkinlah. Saya masa mula-mula kahwin dulu, happy sepanjang masa.”
Aku malas nak ikut serta kempen menyakat mereka tu. Aku terus melakukan
kerjaku tanpa menoleh kiri kanan.
“Sebab kau kahwin dengan lelaki yang kau cinta.” Aku menjeling sekilas.
“Dah ada reaksi sedikit.”
“Eh...Isham...” Aku tersentak dan angkat muka.
“Hahahhaha... nampak sangat kau rindukan Isham. Sebut nama dia terus angkat
muka.” Aku gigit bibir. Geram betul dengan kakak dua orang ni. Kak Sally dan
Kak Ita tersengih. Kak Ita dah lama juga berjuga bercuti. Kasihan aku tengok
dia, sebulan menginap di hospital sebab menjalani pembedahan appendik.
“Mawar..Mawar.. Kalau rindu call. Zaman dah canggih macam ni, gunakanlah
kemudahan yang disediakan itu.” Kak Kate menasihatiku. Aku tersenyum lemah.
Masalahnya sekarang, aku bingung mengenangkan minggu ni aku kena balik rumah
Kak Rina. Aku bukan tak nak balik rumah kakakku itu, tetapi aku rasa tak selesa
dengan suami adik ipar Kak Rina tu. Cara dia pandang orang membuatkan aku rasa
tidak selesa. Oleh sebab itu, aku lebih suka terperap di dalam bilik jika
mereka sekeluarga datang menziarah. Dengarnya, minggu ni mereka akan bermalam
di rumah Kak Rina. Kenapalah aku berjanji hendak balik minggu ni. Tapi, kalau
Ishamudin call aku dan bawa aku balik kampung dia, tak perlulah aku menghadap
muka biras kakakku itu. Tapi, harapkan dia nak call aku? Tunggu bulan jatuh ke
riba.
“Arghhhh..” Aku mengeluh dan menompang dagu. Aku takde mood nak kerja. Akhirnya aku berdiri dan berjalan perlahan
menuju ke tandas.
“Mawar, kau nak pergi mana tu?” Aku berpaling ke arah Kak Onah.
“Ke tandas kak,” Aku berjalan perlahan. Fikiran melayang entah ke mana. Aku
terus berjalan dan langkahku terhenti bila seseorang berdiri dihadapanku. Aku
angkat muka. Aku tersenyum kecil pada lelaki yang sedang berdiri sambil
tersenyum itu.
“Kenapa ni? Ada masalah?” Aku angguk kepala. Entah mengapa aku selesa
berbicara dengannya.
“Nak share?” Aku geleng kepala.
Bila teringatkan Ishamudin, aku batalkan hasrat untuk bercerita tentang
masalahku dengan Abang Asran.
“Rindukan Isham?” Aku angkat muka merenung wajah Abang Asran yang sedang
tersengih.
“Errrr....Abang handsome... Abang suka saya tak?” Aku bertanya serius.
Terkejut Abang Asran dibuatnya. Beberapa saat kemudian dia tergelak.
“Jum, kita jalan-jalan sekejap,” Aku kerutkan dahi. Gilalah Abang Asran ni.
Takkan nak berjalan-jalan dalam production
ni. Tentu ramai operator perempuan dapat mata juling tengok aku dan dia
berjalan macam orang makan angin kat taman.
“Takpelah. Nanti bising pula Madam kalau nampak saya makan angin kat dalam production ni.” Abang Asran tersengih.
“Okey. Kalau macam tu, kita berjalan balik ke meja kerja awak,” Aku angguk
kepala. Niat hendak ke tandas aku batalkan.
“Tentang soalan Mawar tadi tu, mulanya, abang ingat, abang ada hati kat
Mawar. Tapi, bila dengar Mawar nak kahwin dengan Isham, abang tak rasa apa-apa
selain dari terkejut. Jadi, abang simpulkan, sebenarnya abang selesa berkawan
dengan Mawar. Mawar tak seperti gadis lain. Mawar anggap semua orang yang baik
dengan Mawar adalah kawan.” Aku kerutkan dahi. Tak faham sebenarnya.
“Kenapa? Tak faham?” Aku angguk kepala. Dia tersenyum.
“Senang cerita, abang anggap Mawar macam adik je.” Aku pandang wajahnya.
“Jadi, samalah macam saya. Abang ni macam Abang Zam saya. Tapi, abang lebih
mengongkong,” Aku tersengih. Wajah Abang Asran jelas menunjukkan dia tidak
faham.
“Mengongkong?”
“Ehh...Bukan...bukan..terlebih prihatin.” Aku tayang gigi. Dia geleng
kepala.
“Mungkin sebab saya ada adik perempuan yang tak dapat diselamatkan. Jadi,
bila nampak awak, saya seperti ternampak adik saya tu,” Aku pandang wajahnya.
“Adik? Mana dia sekarang?” Abang Asran ada adik? Setahu aku, dia anak
tunggal.
“Dia meninggaldunia masa dia umur macam Mawar ni. Dia suka sangat
terikut-ikut budak-budak tak tentu hala tu,” Aku angguk kepala.
“Masalah Mawar tu ada kaitan dengan Isham?”
“Hah!! Isham? Errr...bukan. Bukan dia.” Aku mengeluh. Baik aku cakap kat
dia jelah.
“Sebenarnya, saya kena balik rumah kakak saya hujung minggu ni. Tapi, saya
tak suka sebab ada keluarga adik ipar dia. Saya rasa tak selesa je bila mereka
ada kat rumah tu,” Aku berterus terang. Bukan nak membuat fitnah, tapi itulah
kenyataannya.
“Kenapa tak ikut Isham balik?” Aku tersengih. Takkan nak cakap, dah
seminggu Isham tak call aku. Apalah yang pak cik tu marah sangat kat aku.
“Tapi, owh... ye juga. Isham duty
minggu ni. Sejak balik dari honeymoon
hari tu, dia sibuk je. Petang pulak rajin dia pergi gym.” Aku kerutkan dahi mendengar penjelasan Abang Asran. Pergi gym? Kenapa dia pergi gym ye? Malas nak tanya.
“Kalau tak nak balik. Terus terang dekat kakak awak tu,” Aku terdiam.
“Takpelah. Nanti saya bagi tahu kakak, saya tak dapat balik,” Dia
tersenyum. Aku berjalan perlahan menuju ke meja kerja. Seketika kemudian aku
merasakan seseorang sedang merenung kearahku. Bila aku angkat muka, aku
bertembung pandang dengan Ishamudin yang ketika itu hendak ke pejabat. Wajah
dia macam marah je. Aku melangkah longlai menghampiri rakan-rakanku.
“Lamanya kau pergi tandas?” Aku kerutkan dahi. Lama apanya. Aku tak sempat
pun pergi ke tandas tadi.
“Orang tolong budak baru tu pasang wayer
kat mesin dia,” Memang betul pun. Sementara menunggu Abang Asran bagi nasihat,
aku rajinkan diri membantu budak baru kat bahagian sebelah tadi. Kasihan tengok
dia terkial-kial memasukkan wayer
tersebut ke dalam mesin.
“Rajin kau ye.” Aku tersengih dan meneruskan kerjaku.
Minggu ni, semua orang pelik tengok aku berubah
perangai. Ada yang cakap, aku berubah selepas berkahwin. Ada yang cakap, aku
dan Ishamudin tak bahagia. Biarlah apa orang nak cakap. Bagus juga dia tidak
menghubungiku, mungkin dengan cara itu, aku dan dia dapat tenangkan diri. Dia
juga perlukan masa untuk mengubati hatinya. Walaupun masa seminggu di Sabah
merupakan hari yang paling indah buatku, tetapi, belum tentu ianya hari
terindah buat Ishamudin.
****************************** P/S : selamat membaca semua...
4 catatan:
nice story.. truskan menulis.. i'll be waiting for next entry.. hehe...
menarik! cepat sambung ;)
-Mr.SweetHeart
best...
isk isk isk..
jeles sangat isham ni..
ngan abg zam pun..
adeh..
mawar kenalah say sorry n sambut beday isham
Post a Comment