Followers

Thursday, October 10, 2013

Relaku Pujuk 29



“Mawar, macamana honeymoon kau? Tentu seronok,kan? Aku ingat kau tak masuk kerja hari ni. Flight kamu berdua pagi tadi,kan?”  Aku angguk kepala. Kelam-kabut aku dibuatnya. Oleh kerana terlambat, aku masuk kerja jam 11 malam. Kalau aku tak dapat capai target malam ni, memang tak payah tanyalah.

Aku dapat rasakan semua orang memandang kearahku saat itu. Apa aku nak jawab. Memang seronok pun. Tapi, yang tak bestnya sejak balik dari bercuti, Ishamudin dah tak layan aku lagi. Kenapa dia marahkan aku, ye? Aku ada buat salah kat dia ke? Tapi, kenapa aku rasa dia memang sengaja nak main-mainkan aku.

“Berangan je kerjanya. Tentu best lah tu,” Aku senyap. Malas hendak turut serta sesi usik mengusik yang bakal berlangsung sebentar lagi.

“Tak best.” Aku menjawab marah. Aku marah sebab Ishamudin telah mengabaikan aku. Kenapa dengan aku ni, kami baru berkahwin dan aku tak suka dia. Dia tak suka aku.  Kenapa aku merasa marah bila dia mengabaikan aku?

“Macam marah je. Mawar, mana gambar kahwin kau? Dah siap?”

“Belum. Nantilah saya bawa.” Aku meneruskan kerjaku.

“Mawar, pinjam handphone kejap. Nak hantar mesej kat laki aku,” Aku kerutkan dahi. Mereka masih belum puas hendak mengusikku.

“Apahal pulak hantar mesej kat laki kakak, guna handphone orang?” Peliklah Kak Mila ni.

“Ala, kredit handphone akak dah kering,” Aku menyerahkan jua handphoneku padanya.

“Wah!!! Bahagianya. Kata tak best. Ni, gambar berpeluk lagi kau letak kat depan tu,” Alamak. Lupa pulak nak tukar balik.

“Ehhh!!! Kak, bagi balik,” Aku berusaha merampas semula handphone tersebut dari tangan Kak Mila tapi hampa.

“Wah!! Tak sangka romantik jugak Isham ni.” Wajahku mula membahang.

“Tak nampak macam orang kena kahwin paksa pun.” Kak Onah pula menyampuk. Mereka semua sudah berkumpul. Biarlah.

“Apa pulak kahwin paksa? Mana ada kita orang kahwin paksa. Merepek jelah.” Sangkalku. Mereka memandang wajahku dengan wajah yang  penuh pertanyaan.

“Kau dah lupa yang Mawar memang ada hati kat Isham tu? Tentulah dia seronok. Akhirnya kahwin juga mereka berdua. Makbul juga doa aku tu.” Kak Sally pula menyampuk. Aku gigit bibir. Ini dah melampau.

“Tapikan, kau tengok gambar ni, Isham sedang peluk Mawar. Kat muka dia memang tak menunjukkan yang dia tak suka. Muka dia tenang. Aku rasa dia memang sukakan Mawar juga.” Eh!! Ye ke?

“Yelah. Aku yakin sangat Ishamudin memang ada hati dekat Mawar ni. Aku pun nampak dia senyum dengan ikhlas kat sini. Mawar pun sama. Macam pasangan sedang hangat bercinta. Siapa yang tangkap gambar ni, Mawar?” Aku angkat muka.

“Merepek je kakak ni. Bercinta apa ke bendanya. Adalah seorang gadis yang lalu kat kawasan tu. Sham minta tolong dia tangkap gambar kami.” Aku menjawab malas. Tangan pula semakin pantas membuat kerja.

“ Alamak!! Mawar. Laki kau telefonlah.” Aku kerutkan dahi.

“Hah!! Siapa telefon?” Aku sambut handphoneku.

“Siapa?” Aku bertanya pada Kak Mila sebelum melekapkan telefon ke telinga.

“Ishamlah. Siapa lagi? Kau ada laki lain? Jawablah.” Perlahan aku melekapkan telefon tersebut ke telinga.

“Assalamualaikum,” Aku bersuara perlahan. Mataku merenung wajah rakan-rakanku yang ketika itu sedang memandang kearahku.

“Waalaikumsalam. Kau rindukan aku?” Soalan yang buat lidahku kelu.

“Hah!!!” Leher rasa kena cekik. Pak cik ni, soalan tak pernah nak bengkang- bengkok, semuanya straight to the point.

“Tadi kau hantar mesej kau rindukan aku.” Erkkk..Bila masa pulak aku hantar mesej kat dia? Aku menjeling tajam wajah Kak Mila yang pura-pura pandang kat tempat lain.

“Mana ada.”

“Habis tu siapa yang hantar tadi? Bukan kau?”

“Bukan.”

“Jadi kau tak rindukan aku?”

“Tak. Erkk. Rindu ehh...tak..tak.” Alamak!!! Terlepas pulak.

“Okeylah. Aku nak tidur. Assalammualaikum,” Dia terus memutuskan talian. Aku kerutkan dahi.

“Pelik. Call orang, lepas tu tanya orang rindukan dia? Siapa nak rindukan kau,” Aku berdengus kasar.

“Ehemm!! Sejak bila kau pandai bercakap seorang diri ni? Kalau rindu cakap jelah rindu. Tawar menawar pulak.” Aku tersentak. Beberapa saat kemudian aku pandang wajah Kak Mila. Mereka tersengih.

“Kak, kakak hantar mesej pada siapa tadi? Apa yang kakak text?” Tanganku pantas explore mesej yang dihantar.

“Dengan suami akaklah. Tiba-tiba akak rasa rindu kat dia.” Aku tepuk dahi sendiri bila membaca mesej yang dihantar oleh Kak Mila.

“Akak hantar mesej kat handphone Ishamudin. Ehhh...bila pula nama orang tua ni bertukar?” Sejak berkahwin, aku letak nama dia Monster Husband. Hahahhaa....nasib baik, sepanjang kat Sabah dia tak check handphone aku.  Kak Mila tersengih.

“Ye ke Mila. Kau memang best lah. Mesej apa yang kau hantar?” Kak Kate dan Kak Mila bertepuk tangan.

I miss U 2nite,” Aku buat muka tak puas hati. Tentu Ishamudin kutuk aku. Aduh!!! Susah juga kalau ada kakak-kakak yang berperangai macam budak-budak tak cukup umur.

“Tapi, aku sebenarnya memang nak hantar mesej kat laki aku. Tapi, aku terlupa aku guna handphone kau tadi. Untuk tidak memenatkan jari aku, aku hantar ke nombor laki kau,” Aku buat muncung itik. Kurang asam betullah Kak Mila ni. Tak pasal-pasal aku dapat malu malam ni.

“Siapa suruh kau letak nama Monster Husband kat nombor laki kau?” Marahnya padaku.

“Orang belum jumpa nama yang best untuk pak cik tu. Nama tu, untuk sementara je.” Kak Mila dah tersengih mendengar kata-kataku.

“Lawaklah kau ni Mawar. Tak patut kau panggil laki kau pak cik. Bukannya tua sangat dia tu. Lagi satu, aku dah tukar nama dia tadi. Dah kau letak nama Monster Husband kat situ, bunyinya tak sedap. Tak sangka, cepat je dia balas. Ingatkan dia bagi mesej, tapi dia call pulak. Tentu dia pun rindukan kau,lah Mawar.” Kak Mila bercerita panjang lebar.

“Kau letak nama apa? Mila, kalau bab tu, kau memang terbaik punya.” Kak Kate thumb up ibu jarinya..

“Suami Terchinta...” Mereka semua tergelak besar. Aku dah tak tahu nak buat apa. Tak kisah pun sebenarnya, sekurang-kurangnya dapat juga mereka menghilangkan mengantuk mereka.

“Dah puas?” Mereka geleng kepala.

“Mawar, kau dan Isham tak duduk satu rumah ke?” Aku geleng kepala.

“Dia tak cakap pun nak tinggal berdua dengan saya.”

“La, buat apa dia nak cakap kalau dah namanya berkahwin, tentulah tinggal berdua. Agaknya dia sedang cari rumah sewa tu.” Hai..mereka ni, kalau diberi peluang memang sampai ke pagi mereka bercerita tentang aku.

“Mawar, kau tahu tak Diah dah kahwin?” Kak Diah dah kahwin? Dengan siapa? 

“Hah!! Kahwin? Bila?” Aih..kenapa aku tak dengar cerita tentang tu.

“Jumaat lepas,” Aku kerutkan dahi.

“Jumaat?” Kak Onah angguk kepala.

“Ye.” Bererti semasa aku dan Ishamudin di masih di Sabah.

“Kahwin dengan siapa pulak?”

Pelik betul. Aku kerutkan dahi bila mendengar berita tersebut. Kenapa aku tak dengar cerita dari Isha? Agaknya dia malas hendak mengungkit kisah tu kat depan aku. Biarlah.

“Dengan anak saudara belah mak dia. Kita orang pun terkejut juga bila dengar dia dah kahwin.” Aku angguk kepala. Tentu Ishamudin sedih bila dengar Kak Diah dah kahwin. Tapi mengapa mereka tak jadi berkahwin ye? Soalan itu masih belum terjawab. Kalau aku tanya pada Ishamudin, aku yakin dia takkan bercerita tentang perkara lepas.

“Kak, tentu semua orang terkejut dengar saya kahwin dengan Ishamudin, kan?” Aku bersuara perlahan.

“Huhh!! Tak payah cerita. Macam-macam aku dengar. Tapi, mereka semua kesiankan Mawar.” Aku angkat muka.

 “Kesiankan saya? kenapa?” 

“Sebab Mawar jadi pengantin terjun,” Mereka tergelak. Lucu bila dengar perkataan pengantin terjun.

“En.Haikal tu suka kat kau ye Mawar?”

“Hah!! En.Haikal? Suka saya? Eh..mana ada,” Pelik betul. Manalah dia nak kat aku yang serba kekurangan ni.

“Ye? Tapi, kenapa minggu lepas tak nampak dia kat kilang ni?”

“La...Manalah saya tahu. Mungkin dia pergi mesyuarat,” Mereka berlima terdiam seketika.

 “Mungkin juga. Manalah tahu, dia pergi bercuti bawa hati yang lara,” Kak Mila buat muka sedih.

“Lara apa pulak. Awek dia lagi cun dari saya.”

“Mana kau tahu perempuan tu awek dia?” Aku tayang gigi. Betul juga. Manalah tahu, perempuan tu syok kat dia. Nampaknya, soalan aku tadi masih tiada jawapan. Cepat je mereka tukar topik. Siapa yang tahu kenapa Ishamudin dan Kak Diah tak jadi kahwin ye?



*********************

Hari ini kami bekerja shiff pagi. Hari ini merupakan hari aku terpaksa berdepan dengan ramai orang. En.Haikal, Abang Handsome, Kak Diah dan ramai lagi. Yang paling penting, aku akan berjumpa Ishamudin. Cuti hujung minggu lepas aku tidak balik ke mana-mana. Aku sengaja terperap di asrama. Puas aku tunggu dia call aku, tapi dia tetap juga tak call aku. Sekarang ni, aku rasa aku sedang merajuk. Huhuhu...merajuk? Ada ke orang nak pujuk.

“Kak Onah, kenapa pulak budak tu monyok je muka dia?”

“Entah. Dah macam ayam berak kapur aku tengok.”

“Takkan kena penyakit rindu pulak?”

“Aku rasa memang penyakit itu yang dia hidap. Tak pun, itu penyakit orang dah kahwin,”

“Tak mungkinlah. Saya masa mula-mula kahwin dulu, happy sepanjang masa.”

Aku malas nak ikut serta kempen menyakat mereka tu. Aku terus melakukan kerjaku tanpa menoleh kiri kanan.

“Sebab kau kahwin dengan lelaki yang kau cinta.” Aku menjeling sekilas.

“Dah ada reaksi sedikit.”

“Eh...Isham...” Aku tersentak dan angkat muka.

“Hahahhaha... nampak sangat kau rindukan Isham. Sebut nama dia terus angkat muka.” Aku gigit bibir. Geram betul dengan kakak dua orang ni. Kak Sally dan Kak Ita tersengih. Kak Ita dah lama juga berjuga bercuti. Kasihan aku tengok dia, sebulan menginap di hospital sebab menjalani pembedahan appendik.

“Mawar..Mawar.. Kalau rindu call. Zaman dah canggih macam ni, gunakanlah kemudahan yang disediakan itu.” Kak Kate menasihatiku. Aku tersenyum lemah. Masalahnya sekarang, aku bingung mengenangkan minggu ni aku kena balik rumah Kak Rina. Aku bukan tak nak balik rumah kakakku itu, tetapi aku rasa tak selesa dengan suami adik ipar Kak Rina tu. Cara dia pandang orang membuatkan aku rasa tidak selesa. Oleh sebab itu, aku lebih suka terperap di dalam bilik jika mereka sekeluarga datang menziarah. Dengarnya, minggu ni mereka akan bermalam di rumah Kak Rina. Kenapalah aku berjanji hendak balik minggu ni. Tapi, kalau Ishamudin call aku dan bawa aku balik kampung dia, tak perlulah aku menghadap muka biras kakakku itu. Tapi, harapkan dia nak call aku? Tunggu bulan jatuh ke riba.

“Arghhhh..” Aku mengeluh dan menompang dagu. Aku takde mood nak kerja. Akhirnya aku berdiri dan berjalan perlahan menuju ke tandas.

“Mawar, kau nak pergi mana tu?” Aku berpaling ke arah Kak Onah.

“Ke tandas kak,” Aku berjalan perlahan. Fikiran melayang entah ke mana. Aku terus berjalan dan langkahku terhenti bila seseorang berdiri dihadapanku. Aku angkat muka. Aku tersenyum kecil pada lelaki yang sedang berdiri sambil tersenyum itu.

“Kenapa ni? Ada masalah?” Aku angguk kepala. Entah mengapa aku selesa berbicara dengannya.

“Nak share?” Aku geleng kepala. Bila teringatkan Ishamudin, aku batalkan hasrat untuk bercerita tentang masalahku dengan Abang Asran.

“Rindukan Isham?” Aku angkat muka merenung wajah Abang Asran yang sedang tersengih.

“Errrr....Abang handsome... Abang suka saya tak?” Aku bertanya serius. Terkejut Abang Asran dibuatnya. Beberapa saat kemudian dia tergelak.

“Jum, kita jalan-jalan sekejap,” Aku kerutkan dahi. Gilalah Abang Asran ni. Takkan nak berjalan-jalan dalam production ni. Tentu ramai operator perempuan dapat mata juling tengok aku dan dia berjalan macam orang makan angin kat taman.

“Takpelah. Nanti bising pula Madam kalau nampak saya makan angin kat dalam production ni.” Abang Asran tersengih.

“Okey. Kalau macam tu, kita berjalan balik ke meja kerja awak,” Aku angguk kepala. Niat hendak ke tandas aku batalkan.

“Tentang soalan Mawar tadi tu, mulanya, abang ingat, abang ada hati kat Mawar. Tapi, bila dengar Mawar nak kahwin dengan Isham, abang tak rasa apa-apa selain dari terkejut. Jadi, abang simpulkan, sebenarnya abang selesa berkawan dengan Mawar. Mawar tak seperti gadis lain. Mawar anggap semua orang yang baik dengan Mawar adalah kawan.” Aku kerutkan dahi. Tak faham sebenarnya.

“Kenapa? Tak faham?” Aku angguk kepala. Dia tersenyum.

“Senang cerita, abang anggap Mawar macam adik je.” Aku pandang wajahnya.

“Jadi, samalah macam saya. Abang ni macam Abang Zam saya. Tapi, abang lebih mengongkong,” Aku tersengih. Wajah Abang Asran jelas menunjukkan dia tidak faham.

“Mengongkong?”

“Ehh...Bukan...bukan..terlebih prihatin.” Aku tayang gigi. Dia geleng kepala.

“Mungkin sebab saya ada adik perempuan yang tak dapat diselamatkan. Jadi, bila nampak awak, saya seperti ternampak adik saya tu,” Aku pandang wajahnya.

“Adik? Mana dia sekarang?” Abang Asran ada adik? Setahu aku, dia anak tunggal.

“Dia meninggaldunia masa dia umur macam Mawar ni. Dia suka sangat terikut-ikut budak-budak tak tentu hala tu,” Aku angguk kepala.

“Masalah Mawar tu ada kaitan dengan Isham?”

“Hah!! Isham? Errr...bukan. Bukan dia.” Aku mengeluh. Baik aku cakap kat dia jelah.

“Sebenarnya, saya kena balik rumah kakak saya hujung minggu ni. Tapi, saya tak suka sebab ada keluarga adik ipar dia. Saya rasa tak selesa je bila mereka ada kat rumah tu,” Aku berterus terang. Bukan nak membuat fitnah, tapi itulah kenyataannya.

“Kenapa tak ikut Isham balik?” Aku tersengih. Takkan nak cakap, dah seminggu Isham tak call aku. Apalah yang pak cik tu marah sangat kat aku.

“Tapi, owh... ye juga. Isham duty minggu ni. Sejak balik dari honeymoon hari tu, dia sibuk je. Petang pulak rajin dia pergi gym.” Aku kerutkan dahi mendengar penjelasan Abang Asran. Pergi gym? Kenapa dia pergi gym ye? Malas nak tanya.

“Kalau tak nak balik. Terus terang dekat kakak awak tu,” Aku terdiam.

“Takpelah. Nanti saya bagi tahu kakak, saya tak dapat balik,” Dia tersenyum. Aku berjalan perlahan menuju ke meja kerja. Seketika kemudian aku merasakan seseorang sedang merenung kearahku. Bila aku angkat muka, aku bertembung pandang dengan Ishamudin yang ketika itu hendak ke pejabat. Wajah dia macam marah je. Aku melangkah longlai menghampiri rakan-rakanku.

“Lamanya kau pergi tandas?” Aku kerutkan dahi. Lama apanya. Aku tak sempat pun pergi ke tandas tadi.

“Orang tolong budak baru tu pasang wayer kat mesin dia,” Memang betul pun. Sementara menunggu Abang Asran bagi nasihat, aku rajinkan diri membantu budak baru kat bahagian sebelah tadi. Kasihan tengok dia terkial-kial memasukkan wayer tersebut ke dalam mesin.

“Rajin kau ye.” Aku tersengih dan meneruskan kerjaku.

Minggu ni, semua orang pelik tengok aku berubah perangai. Ada yang cakap, aku berubah selepas berkahwin. Ada yang cakap, aku dan Ishamudin tak bahagia. Biarlah apa orang nak cakap. Bagus juga dia tidak menghubungiku, mungkin dengan cara itu, aku dan dia dapat tenangkan diri. Dia juga perlukan masa untuk mengubati hatinya. Walaupun masa seminggu di Sabah merupakan hari yang paling indah buatku, tetapi, belum tentu ianya hari terindah buat Ishamudin.
******************************            
P/S : selamat membaca semua...

4 catatan:

Fieza Kadir said...

nice story.. truskan menulis.. i'll be waiting for next entry.. hehe...

Anonymous said...

menarik! cepat sambung ;)

-Mr.SweetHeart

Unknown said...

best...

MaY_LiN said...

isk isk isk..
jeles sangat isham ni..
ngan abg zam pun..
adeh..
mawar kenalah say sorry n sambut beday isham