Followers

Monday, December 10, 2012

Bila Hatiku Kau Curi 1



“Mak, saya pergi dulu,” Aniq menyalami tangan ibunya. Pn.Asmah tersenyum sambil mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Mak, saya pun nak pergi sekolah,” Anip sedia untuk menyalami tangan ibunya. Namun wajah Pn.Asmah kelat.

“Kau dah kemaskan dapur tu? Nanti berselerak, siap kau,” Anip mendiamkan diri. Dia tetap menunggu ibunya yang sudah beredar ke dapur.

“Anip, sini kau.” Anip membuka kasutnya semula dan masuk ke dalam rumah yang semakin uzur itu.

“Ni, kenapa kuali ni masih kat sini? Aku suruh kau cuci bersih-bersih, lepas tu simpan kat tempat asal. Kau ni ada telinga atau tak?” Anip menyeringai kesakitan bila telinganya dipulas.

“Mak, sakit. Kuali tu belum dapat dicuci. Bekas hangus tu belum mahu tanggal,” Anip menjawab sambil menahan telinganya yang sakit dipulas ibunya. Terasa airmata mengalir dengan sendirinya.

“Owh!! Bila kau nak cuci? Nanti aku nak guna kuali yang mana untuk memasak? Baik kau cuci sebelum aku pukul kau dengan kuali tu. Pandai pakai, tapi tak pandai cuci. Sudahlah, habis harta benda aku, kau rosakkan.” Anip meletakkan semula beg sekolahnya dan terus mencuci kuali tersebut. Pagi tadi, ketika dia menggoreng telur untuk sarapan paginya, dia terlupa sehingga menyebabkan kuali tersebut hangus. Semuanya disebabkan dia sedang menyidai pakaian yang dicucinya seawall subuh lagi. Dengan pantas Anip mencuci kuali tersebut supaya tidak terlewat ke sekolah.

**********************


“Anip, kenapa asyik lambat ni?” Suara lantang Cikgu Roslan menyapa gegendang telinganya. Nampaknya hari ini dia kena hukum lagi. Anip berjalan menghampiri guru disiplin tersebut.

“Maaf cikgu,” Hanya itu yang mampu dia katakana.

“Kamu ni kenapa malas sangat. Tengok abang kamu, Aniq tu, awal lagi dia dah sampai. Bila lagi kamu nak berubah. Kamu sekarang dah di tingkatan 5. Hujung tahun ni ujian.” Anip mendiamkan diri.

“Dah masuk kelas. Balik sekolah nanti, saya nak awak cuci tandas guru.” Anip angguk kepala.

“Terima kasih cikgu.” Ucapnya perlahan dan terus berlalu. Cikgu Roslan geleng kepala. Dia hairan, Anip tiada perangai buruk yang lain, dia hanya selalu datang lewat. Bila ditanya anak muda itu hanya mendiamkan diri. Apabila di Tanya dengan Aniq, Aniq mengatakan Anip  suka tidur lewat dan bangun pun lewat. Hubungan dua beradik itu juga tidak mesra seperti orang lain. Anip suka menyendiri, sementara Aniq pula cemerlang di sekolah. Namun, satu yang baik tentang Anip, dia pandai. Pelajarannya sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dia juga ringan tangan dan peramah. Ramai cikgu sukakan Anip berbanding Aniq yang agak sombong.

Perbandingan antara mereka berdua seperti langit dengan bumi. Pakaian Anip simple tapi kemas biarpun nampak lusuh, sementara Aniq pula, sentiasa bersih dan baru.

“Anip, kau nak ikut abang tak?” Aniq bertanya pada Anip yang keluar dari kelas.

“Errr…Saya kena bersihkan tandas guru sebab datang lambat tadi.” Anip menjawab sopan. Aniq angguk kepala dan terus berlalu.

“Nanti, kalau kau balik awal, bagi tahu mak, aku study dengan Johan dan kawan aku.” Anip angguk kepala. Anip memerhati abangnya berlalu pergi. Kadangkala dia cemburu melihat Aniq bebas melakukan apasaja mengikut kehendak hatinya. Mintalah apa saja pada ibunya, pasti dia akan dapat apa yang dia hendak. Berbeza dengan Anip, semua keperluannya disediakan olehnya sendiri. dan, semenjak dia kecil dia sentiasa berdikari. Segala yuran sekolah dibayar dengan duit biasiswa yang dia dapat memandangkan dia seorang pelajar harapan, jadi dia diberi biasiswa. Sambil itu, Anip juga mengambil upah bermacam-macam kerja dikampung. Dikampung, dia disenangi kerana sikapnya yang rajin membantu.

Setelah selesai mencuci tandas, Anip sedia untuk pulang ke rumah. Sewaktu dia keluar dari pagar sekolah, dia disapa oleh pengetua.

“Anip, baru balik?” Anip tunduk sendikit kepalanya tanda hormat pada gurunya.

“Ye. Cikgu.” Anip menjawab sopan.

“Naiklah. Saya hantarkan.” Cikgu Hamdan mempelawa Anip.

“Takpe cikgu. Tak jauh.” Anip menolak sopan.

“Masuk. Apa pulak tak jauh? Jauh rumah kamu tu. Dah, jangan nak degil. Masuk. Saya ada hal nak bincang dengan awak.” Anip mengeluh dan akhirnya terpaksa menumpang Cikgu Hamdan.

“Cikgu nak bincang tentang apa?” Anip bertanya sebaik sahaja dia duduk. Cikgu Hamdan tersenyum.

“Awak ni, tak sabar. Awak belum makan,kan. Mari, temankan saya pergi makan.” Anip tersentak.

“Ehhh…Tak payah cikgu. Nanti saya makan kat rumah.” Anip menolak lagi.

“Tak payah nak menolak. Ikut je,” Anip mendiamkan diri. Dia memang jenis yang tak pandai melawan. Cikgu Hamdan tersenyum.

“Awak ada masalah kat rumah?” Cikgu Hamdan bertanya lembut. Anip angkat muka. Wajahnya jelas terperanjat mendengar soalan tersebut. Pantas kepala digelengkan.

“Jangan nak tipu saya. Saya tahu awak ada masalah. Lebih baik awak kongsikan dengan saya. Kalau saya dapat tolong, saya tolong.” Anip terus geleng kepala.

“Betul cikgu. Saya okey je. Cuma banyak kerja. Saya kena cari duit untuk belanja keluarga saya.” Cikgu Hamdan angguk kepala. Apa yang dia tahu, Anip dan Aniq tinggal bersama ibunya. Ayah mereka telah lama meninggaldunia.

“Jadi, apa yang awak buat untuk menyara keluarga awak? Saya selalu terima laporan yang awak tak turun aktiviti pada waktu petang.” Anip menunduk.

“Maaf cikgu. Saya bekerja.” Anip menjawab perlahan. Cikgu Hamdan angguk kepala.

“Kerja apa tu?” Anip teragak-agak hendak menyatakan kerjanya.

“Saya ambil upah bekerja di kebun sawit. Kadangkala, saya ikut orang kerja kontrak. Kerja kat perumahan baru tu.” Anip bercerita tanpa rasa takut. Dia mula berasa selesa bersama pengetuanya itu.

“Owh….Berapa upah yang awak dapat?” Anip tersenyum. Pendapatannya cukup untuk mereka bertiga. Kadangkala kalau ada lebih, dia akan masukkan ke dalam akaun banknya. Nasib baik ayahnya sudah membuka akaun ASB untuk mereka berdua semasa masih kecil lagi.

“Cukup untuk kami bertiga makan cikgu.” Cikgu Hamdan angguk kepala. Timbul rasa kasihan pada anak muda ini. Masanya banyak dihabiskan dengan bekerja.

“Aniq buat apa? Dia pun bekerja jugak?” Anip mendiamkan diri. Aniq dilarang membuat kerja oleh ibunya. Aniq menjalankan kehidupannya seperti anak remaja yang lain.

“Dia…errr…dia pun bekerja.” Anip terpaksa berbohong. Dia pernah kena pukul ibunya bila mengatakan Aniq tidak bekerja.  Secara tidak sengaja dia terlepas cakap dan didengar ibunya. Habis badannya calar balar kesan dipukul ibunya kerana bercerita keburukan Aniq.

“Ye ke? Kenapa saya selalu tengok dia melepak dengan kawan-kawan dia kat pasaraya tu?” Anip gugup.

“Err….Mungkin dia dah habis kerja.” Anip menjawab gugup.

“Takpelah. Kita makan dulu. Hari ni, awak kerja tak?” Anip geleng kepala selepas melihat jam ditangannya. Jam hadiah dari sahabat baiknya sebelum berpindah dari sekolah tersebut.

“Kenapa? Dah lambat?” Anip angguk kepala.

“Bos awak tak marah?” Anip geleng kepala.

“Tak. Dia cakap, saya boleh bekerja ikut masa saya.” Cikgu Hamdan angguk kepala. Kagum dia dengan semangat Anip.  Mereka berhenti diwarung Pak Ajis.

Order cepat. Hari ni saya belanja.” Anip tersipu malu.

“Takpelah cikgu.” Ucapnya segan.

“Dah, tak payah nak menolak. Sekali sekala saya belanja. Awak bertuah sebab saya sudi belanja tau. Awak pelajar pertama yang saya belanja.” Anip tersenyum malu. Cikgu Hamdan merupakan Pengetua sekolah mereka yang baru. Dia baru berpindah ke sekolah mereka awal tahun itu.

“Okey. Nanti, kalau saya ada duit, saya pulak belanja cikgu makan.” Anip menjawab tenang. Tersenyum Cikgu Hamdan mendengarnya.

“Saya akan tulis dalam buku kata-kata awak tu.” Cikgu Hamdan tersenyum mesra. Anip tersipu malu.

“Insya Allah cikgu. Doakan saya tak lupa kat cikgu,” Cikgu Hamdan angguk kepala. Dia senang berbicara dengan Anip.

“Order je apa yang awak nak.” Mereka memesan makanan dan berborak kosong sementara menunggu pesanan sampai.

***********************

“Kau pergi ke mana tadi? Kenapa balik lambat?” Anip mendiamkan diri.

“Aku Tanya jawab. Dah nak jadi anak derhaka? Jawab aku kata…” Anip gigit bibir bila tangan ibunya memukul kepalanya.

“Pengetua ajak pergi makan tadi.” Wajah Pn.Asmah memerah menahan marah. Wajah sayu Anip sedikitpun tidak menarik simpatinya.

“Jadi, kau tak bekerja hari ni? Habis tu, kita nak makan apa petang ni? Barang dapur dah habis tu. Mana nak dapat duit untuk beli semua tu? Kau nak aku mati tak makan?” Anip menundukkan kepalanya.

“Nanti saya pergi kedai. Saya berhutang dulu. Esok saya bayar.” Pn.Asmah berdengus kasar.

“Pergi cepat. Beli beras, minyak masak, bawang merah, bawang putih apalagi. Apa je keperluan dapur tu. Belikan sekali syampoo untuk  Aniq. Dia bagi tahu tadi syampoo dia dah habis.” Anip angguk kepala.

“Jangan lupa beli ayam. Kalau takde ayam, ikan pun boleh juga.” Anip hanya menurut. Kalau dibantah, ibunya akan melenting. Nampaknya, terpaksalah dia bekerja keras seminggu ni untuk membayar hutang tersebut. Nasib baik rekod dia bersih dan Tauke Ah Chong sudi membenarkan dia berhutang. Lagipun, kadangkala, dia akan membantu  tauke Ah Chong angkat barang.

******************
p/s : cite ni pernah di post kat blog yg satu tu. oleh kerana dah lama tak post n3 baru, saya post pulak cite ni kat blog ni... maaf sebab terpaksa tunggu lama E-novel Relaku Pujuk dan Alia Najwa... huhuhuhu

1 catatan:

MaY_LiN said...

cian anip kan..?
bile nk terbongkar pasal mak..ayah..anip n aniq??