“Mak, ada lagi barang yang nak dibeli?”
Seharian mereka berjalan dipasar membeli bekalan untuk
sebulan. Memandangkan Suhana baru mendapat gaji dan kebetulan pula hari itu dia
bercuti.
“Rasanya dah takde lagi. Balik je lah. Nanti susah nak dapat bas, kalau
lambat,” Suhana angguk kepala.
Mereka berdua berjalan perlahan menghampiri
perhentian bas. Sambil itu mereka berdua bercerita tentang anak saudara Suhana
yang nakal.
“Kak Gee tu yang tak nak pukul anak dia tu. Kalau sekali sekala pukul
mereka, rasanya takde jadi masalah, betulkan mak?” Suhana begitu bersungguh
meminta pendapat ibunya.
“Budak dah biasa kena manja, macam tulah. Tapi, kalau takde dia sunyi jugak
rumah kita tu.” Pn.Shamsiah tersenyum bila mengenangkan gelagat cucunya yang
sangat nakal itu. Suhana turut sama tergelak.
“Semalam, bila Ana balik kerja, terus je dia tendang kaki Ana. Mana tak
terkejut Ana dibuatnya. Baru masuk dalam rumah dah kena tendang, ” Wajah Pn.Shamsiah jelas
terpancar riak terkejut.
“Kenapa pulak dia buat macam tu?” Pn.Shamsiah duduk dibangku perhentian bas
tersebut.
“Alhamdulillah. Sampai jugak. Ana tak tahu kenapa dia suka sangat nak
bergaduh dengan Ana. Budak tu nak kena agaknya,” Suhana bersuara marah sambil
tergelak. Pn.Shamsiah turut sama ketawa. Keadaan perhentian bas itu sunyi.
Jalanraya pun lengang.
“Ana pun suka juga melayan mereka tu. Sebab tu budak-budak tu tak takut kat
Ana.” Suhana tersenyum. Memang dia akui, walaupun dia garang, suka meninggi
suara dengan anak-anak saudaranya, namun dia tidak pernah memukul atau mencubit
mereka.
“Ala, mak bukan tak tahu perangai Ana. Tak sanggup Ana nak pukul mereka.
Lagipun, mak ayah dia orang tak pukul mereka tu. Tak naklah mak ayah dia orang rasa
tak selesa pulak. Kalau anak Ana, mungkin Ana dah pukul.” Suhana berkata yakin.
“Tengoklah nanti. Ana nak pukul anak sendiri? Dulu Gee tu pun cakap macam
tu, tengok sekarang, apa jadi?” Suhana tersengih.
Sedang mereka berbual, sebuah
kereta Honda City berhenti dihadapan mereka. Mareka berdua hanya menjeling
sekilas dan meneruskan perbualan mereka tanpa menghiraukan kereta tersebut.
“Assalammualaikum,” Seseorang memberi salam.
“Waalaikumsalam,” Mereka berdua menjawab serentak dan memandang wajah
lelaki yang memberi salam tersebut.
“Ingat saya lagi?” Soalnya sambil tersenyum.
Suhana memeluk lengan ibunya.
Sedikit takut bila disapa oleh lelaki yang tidak dikenali. Beberapa saat
kemudian wajahnya kembali tenang. Wajah itu seperti dikenali.
“Maaf. Encik kenal kami?” Suhana bertanya gugup. Lelaki tersebut terus
tersenyum.
“Ye. Hari tu, masa kat klinik. Saya bawa bayi yang tak henti menangis.
Lepas tu, mak cik dan cik ni datang tolong saya,” Pn.Shamsiah akhirnya
tersenyum. Suhana angguk kepala.
“Owh!!! Mak cik dah ingat. Apa khabar anak awak tu?” Lelaki tersebut angguk
kepala.
“Dia baik. Sekarang mama saya yang jaga dia. Baru balik dari membeli-belah
ye?” Lelaki tersebut melirik ke arah Suhana. Gadis itu hanya mendiamkan diri.
“Ye. Sementara Ana bercuti hari ni, sebab tu mak cik bawa dia pergi beli
barang dapur.” Lelaki tersebut angguk kepala.
“Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Syahrul,” Pn.Shamsiah tersenyum dan
memperkenalkan diri.
“Panggil mak cik Sham je. Yang ni anak dara mak cik, Suhana. Panggil Ana,”
Syahrul tunduk sedikit kepalanya tanda hormat.
“Marilah. Saya tolong hantar mak cik dan anak mak cik balik. Budi hari tu
belum saya balas lagi,” Ramah sekali dia mempelawa. Pn.Shamsiah tersenyum dan
belum sempat dia menjawab, Suhana terlebih dahulu menjawab.
“Takpelah. Mak, tu bas dah sampai,” Suhana segera mengemas barangnya.
Pn.Shamsiah memandang sama ke arah bas yang semakin menghampiri mereka.
“Penuh la pulak.” Suhana merungut. Bas tersebut sudah terlalu padat.
Semestinya tiada tempat duduk yang kosong.
“Saya tolong hantarkan,” Sekali lagi Syahrul menawarkan diri.
“Maaflah terpaksa menyusahkan Syah,” Syahrul tersenyum.
Dengan pantas dia mengambil beg plastik
di tangan Suhana dan Pn.Shamsiah lalu disimpan di dalam bonet keretanya. Suhana
hanya mampu memandang wajah ibunya yang dengan selamba menerima pertolongan
lelaki tersebut.
“Masuklah.”
Syahrul membuka pintu kereta untuk Pn.Shamsiah. Suhana
mengambil tempat duduk dibelakang. Rasa tidak selesa hendak duduk disebelah
lelaki itu. Syahrul tersenyum. Menyedari Suhana tidak selesa dengan layanannya.
Sepanjang perjalanan, Syahrul dan Pn.Shamsiah
berbual tentang banyak perkara. Suhana lebih selesa mendiamkan diri. Kadang-kadang
dia merasakan Syahrul asyik memandang kearahnya melalui cermin pandang
belakang.
“Anak Syah yang hari tu dah okey?” Pn.Shamsiah bertanya pula tentang anak
lelaki tersebut. Syahrul melirik seketika ke belakang. Dilihatnya gadis itu
sedang melayan perasaan. Begitu leka sekali merenung keluar.
“Dia dah okey. Anak pertama, jadi saya tak tahu sangat nak jaga. Tapi
sekarang dah okey. Saya dah boleh buat semua kerja,” Jawabnya tenang. Sesekali
matanya nakal memandang ke belakang. Wajah gadis itu begitu menarik
perhatiannya. Namun dia sedikit kecewa bila si gadis langsung tidak memandang
wajahnya. 'Manalah dia sudi nak pandang lelaki yang ada anak macam aku ni,' Bisiknya dalam hati.
“Owh!!!! Isteri awak apa khabar? Hari tu dia tak ikut sekali, kan?” Wajah
Syahrul berubah. Wajah yang ceria tadi bertukar mendung. Suhana berpaling dan
merenung seketika lelaki yang sedang memandu itu.
“Dia...dia dah meninggaldunia semasa melahirkan anak saya tu,” Suhana
tersentak. Begitu juga Pn.Shamsiah.
“Maafkan mak cik. Habis tu siapa yang jaga dia sekarang?” Suhana berlagak
selamba seolah-olah topik itu langsung tidak menarik perhatiannya. Tetapi jauh
disudut hati dia begitu teruja hendak mengetahui dengan lebih lanjut cerita
tentang lelaki itu.
“Mama saya yang jaga.” Syahrul menjawab perlahan. Lama mereka mendiamkan
diri dan suara Suhana yang nyaring itu membuatkan mereka berdua berpaling ke
belakang.
“Mak...” Suhana sudah muncung mulutnya. Jarinya menunding ke luar tingkap.
Kemudian dia tersengih.
“La...apasal tak bagitahu awal? Budak ni...” Pn.Shamsiah membebel.
“Terpaksalah Syah putar balik. Simpang hendak ke rumah mak cik tu dah kat
sana tadi.” Syahrul tergelak kecil. Wajah Suhana yang keanak-anakan itu
menimbulkan rasa pelik dihatinya.
“Takpe mak cik. ” Syahrul menjawab sopan. Suhana mencebik. Mereka berhenti
betul-betul dihadapan rumah.
“Nilah rumah mak cik. Tempat tinggal untuk kami sekeluarga. Sekadar cukup
untuk kami semua berteduh. Suami mak cik, keluar agaknya.” Syahrul angguk
kepala.
“Syukurlah mak cik. Sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berteduh.
Yang penting, ada.” Pn.Shamsiah tersenyum senang. Semua barang-barang yang
dibeli tadi sudah dikeluarkan.
“Marilah naik dulu. Minum segelas air.” Syahrul tersenyum. Seperti orang
mengantuk di sorong bantal, pelawaan Pn.Shamsiah langsung tidak di tolak.
Suhana terlebih dahulu masuk ke rumah. Rumah mesti kemas, sebelum tetamu
pengsan melihat rumah yang berselerak.
“Jemputlah masuk. Rumah mak cik ni, berselerak. Belum sempat nak kemaskan
tadi. Tergesa-gesa nak ke pasar.” Syahrul tersenyum. Suhana dilihatnya leka
mengemas barang-barang yang dibeli mereka tadi. Tanpa segan silu, Syahrul
membantu Suhana membawa barang-barang tersebut ke dapur.
“Ehhhh...Tak payah. Biar saya sendiri yang uruskan. Encik duduk kat sana.”
Suhana melarang namun Syahrul buat pekak. Setelah habis plastik di angkat,
Syahrul kembali ke ruang tamu.
“Ana, buatkan air untuk Syahrul ni.”
“Baik mak.” Suhana menjawab perlahan. Dalam hati dia mengutuk lelaki
tersebut. Entah mengapa, hatinya tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.
“Jemputlah minum,” Pelawanya sebelum dia beredar. Syahrul tersenyum lagi.
‘Lelaki ni memang suka sangat tersenyum. Naik rimas aku dibuatnya.’ Suhana berbisik
di dalam hati sambil matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu. Syahrul
cepat-cepat melarikan wajahnya. Perbuatannya itu sempat dilihat oleh
Pn.Shamsiah. Pn.Shamsiah tersenyum.
“Errr...Mak cik.dah lama tinggal kat sini?” Syahrul bertanya gugup. Mana
tidaknya, perbuatannya tadi telah dikesan oleh ibu si gadis. ‘Rosaklah status
aku di hadapan mata mak cik Sham.’ Bisiknya dalam hati.
Sejak kejadian di
klinik hari tu, ibunya memaksanya untuk mencari pasangan anak beranak itu.
Sekembalinya dari klinik, dia terus menceritakan hal tersebut pada ibunya.
Terus ibunya memaksa dia mencari mereka. Kalau boleh, pikat anak gadisnya untuk
dijadikan isteri. Aduh!!!! Siapa yang nak kahwin dengan lelaki beranak satu macam dia. Syahrul
mengeluh.
“Kenapa? Ada masalah?” Syahrul tersentak bila ditanya oleh Pn.Shamsiah. Syahrul
tersengih. Dua kali tertangkap ketika sedang mengelamun. ‘Apakata aku teruskan
saja niat baik aku ni. Untung sabut, timbul.’ Syahrul membetulkan lengan
bajunya. Wajah ceria Pn.Shamsiah ditatap takut. Dalam hati sudah berdoa supaya
dia mampu menyuarakan hasrat hati.
“Mak cik,
saya...sebenarnya...saya...errr...saya nak pinang anak mak cik.” Lancar
sekali Syahrul menuturkannya.
Prangggg....
Mereka berdua berpaling ke dapur. Bunyi gelas pecah membuatkan Syahrul
berlari ke dapur. Ketika itu, Suhana sedang mengutip serpihan kaca.
“Auchh...” Suhana gigit bibir menahan sakit ditangannya.
“Awak tak apa-apa?”
“Err...saya okey.” Suhana tersentak bila melihat Syahrul berlutut
dihadapannya.
“Luka ni. Mari saya tolong sapu ubat.”
“Ehhh...Tak payah. Luka kecil je.”
“Ye kecil. Tapi banyak darah tu.”
“Takpe. Lepas ni okeylah.”
“Kenapa degil sangat. Saya tolong cuci.”
“Ehhh...awak ni siapa? Suka hati sayalah nak cuci ke nak biarkan saja.
Sibuk je.” Suhana menjeling marah. Syahrul tersentak. Beberapa ketika kemudian,
dia tergelak halus.
“Sorry.” ucapnya sepatah dan berdiri.
“Awak terkejut dengan lamaran saya tadi? Saya betul-betul maksudkannya.
Hujung minggu ni, saya akan hantar rombongan meminang.” Suhana membeliakkan
matanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Mak cik, saya tahu, saya terburu-buru. Kubur arwah isteri saya pun masih
merah lagi. Tapi, saya tak mahu kehilangan gadis yang baik seperti dia.
Percayalah, saya akan jaga dia sebaik mungkin. Kalau mak cik benarkan, saya
akan hantar orang tua saya untuk meminang anak mak cik tu.” Pn.Shamsiah juga
masih terkejut. Namun, beberapa saat kemudian, dia tersenyum lebar.
“Baik Syahrul bincang dulu dengan keluarga Syahrul sebelum buat keputusan.
Lagipun, mak cik kena bincang dengan ahli keluarga kami. Mak cik harap hasrat
Syahrul tu akan tercapai.” Syahrul menyalami tangan Pn.Shamsiah.
“Terima kasih mak cik.” Wajahnya ceria.
“Errr...Kalau boleh, saya nak dapatkan nombor telefon mak cik ataupun,
nombor telefon Ana sebelum saya balik ni.” Pn.Shamsiah terus menyebut satu
persatu nombor telefon anaknya. Syahrul tersenyum senang. Setelah selesai, dia
terus meminta diri.
“Mama saya tentu gembira bila dengar berita ini.” Pn.Shamsiah geleng kepala
sambil tersenyum melihat keceriaan diwajah Syahrul.
“Kirim salam pada mama kamu. InsyaAllah, kalau ada jodoh, adalah. Berdoa
pada Allah S.W.T semoga segalanya berjalan dengan lancar.” Pesannya pada
Syahrul.
“InsyaAllah mak cik.” Syahrul meminta diri untuk beredar.
*******************************
p/s : hahahhaa...layan jelah...kalau rasa macam mengarut je..terpaksalah korang layan...(syok sendiri pulak) aduiii...
5 catatan:
Okeh apa cerita mengarut tapi reality...tidak terlalu berkhayal dgn kehidupan org2 kaya raya...
part paling menarik " kubur arwah isteri masih merah lagi...dah dah kawin lain ha ha ha ha
kaknoor, hihihihi...rasa mcm syok sendiri pulak..hahhaa...takut kehilangan gadis yg baik, terus dia dtg melamar..huhuhuhu...
best la....alah buat la novel panjang
best...pjg kan la sikit cite ni...
Mana ada mengarut...it happened to me 10 yrs ago. Mula2 mmg cam pelik, rasa hubby cuma nak jadikan sy babysitter je tp bercinta slps nikah sgt la indah !
Post a Comment