Followers

Tuesday, April 10, 2012

Sampai Seru 2



“Mak, ada lagi barang yang nak dibeli?”

  Seharian mereka berjalan dipasar membeli bekalan untuk sebulan. Memandangkan Suhana baru mendapat gaji dan kebetulan pula hari itu dia bercuti.

“Rasanya dah takde lagi. Balik je lah. Nanti susah nak dapat bas, kalau lambat,” Suhana angguk kepala. 

Mereka berdua berjalan perlahan menghampiri perhentian bas. Sambil itu mereka berdua bercerita tentang anak saudara Suhana yang nakal.

“Kak Gee tu yang tak nak pukul anak dia tu. Kalau sekali sekala pukul mereka, rasanya takde jadi masalah, betulkan mak?” Suhana begitu bersungguh meminta pendapat ibunya.

“Budak dah biasa kena manja, macam tulah. Tapi, kalau takde dia sunyi jugak rumah kita tu.” Pn.Shamsiah tersenyum bila mengenangkan gelagat cucunya yang sangat nakal itu. Suhana turut sama tergelak.

“Semalam, bila Ana balik kerja, terus je dia tendang kaki Ana. Mana tak terkejut Ana dibuatnya. Baru masuk dalam rumah dah kena tendang, ” Wajah Pn.Shamsiah jelas terpancar riak terkejut.

“Kenapa pulak dia buat macam tu?” Pn.Shamsiah duduk dibangku perhentian bas tersebut.

“Alhamdulillah. Sampai jugak. Ana tak tahu kenapa dia suka sangat nak bergaduh dengan Ana. Budak tu nak kena agaknya,” Suhana bersuara marah sambil tergelak. Pn.Shamsiah turut sama ketawa. Keadaan perhentian bas itu sunyi. Jalanraya pun lengang.

“Ana pun suka juga melayan mereka tu. Sebab tu budak-budak tu tak takut kat Ana.” Suhana tersenyum. Memang dia akui, walaupun dia garang, suka meninggi suara dengan anak-anak saudaranya, namun dia tidak pernah memukul atau mencubit mereka.

“Ala, mak bukan tak tahu perangai Ana. Tak sanggup Ana nak pukul mereka. Lagipun, mak ayah dia orang tak pukul mereka tu. Tak naklah mak ayah dia orang rasa tak selesa pulak. Kalau anak Ana, mungkin Ana dah pukul.” Suhana berkata yakin.

“Tengoklah nanti. Ana nak pukul anak sendiri? Dulu Gee tu pun cakap macam tu, tengok sekarang, apa jadi?” Suhana tersengih. 

         Sedang mereka berbual, sebuah kereta Honda City berhenti dihadapan mereka. Mareka berdua hanya menjeling sekilas dan meneruskan perbualan mereka tanpa menghiraukan kereta tersebut.

“Assalammualaikum,” Seseorang memberi salam. 

“Waalaikumsalam,” Mereka berdua menjawab serentak dan memandang wajah lelaki yang memberi salam tersebut.

“Ingat saya lagi?” Soalnya sambil tersenyum. 

      Suhana memeluk lengan ibunya. Sedikit takut bila disapa oleh lelaki yang tidak dikenali. Beberapa saat kemudian wajahnya kembali tenang. Wajah itu seperti dikenali.

“Maaf. Encik kenal kami?” Suhana bertanya gugup. Lelaki tersebut terus tersenyum.

“Ye. Hari tu, masa kat klinik. Saya bawa bayi yang tak henti menangis. Lepas tu, mak cik dan cik ni datang tolong saya,” Pn.Shamsiah akhirnya tersenyum. Suhana angguk kepala.

“Owh!!! Mak cik dah ingat. Apa khabar anak awak tu?” Lelaki tersebut angguk kepala.

“Dia baik. Sekarang mama saya yang jaga dia. Baru balik dari membeli-belah ye?” Lelaki tersebut melirik ke arah Suhana. Gadis itu hanya mendiamkan diri.

“Ye. Sementara Ana bercuti hari ni, sebab tu mak cik bawa dia pergi beli barang dapur.” Lelaki tersebut angguk kepala.

“Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Syahrul,” Pn.Shamsiah tersenyum dan memperkenalkan diri.

“Panggil mak cik Sham je. Yang ni anak dara mak cik, Suhana. Panggil Ana,” Syahrul tunduk sedikit kepalanya tanda hormat.

“Marilah. Saya tolong hantar mak cik dan anak mak cik balik. Budi hari tu belum saya balas lagi,” Ramah sekali dia mempelawa. Pn.Shamsiah tersenyum dan belum sempat dia menjawab, Suhana terlebih dahulu menjawab.

“Takpelah. Mak, tu bas dah sampai,” Suhana segera mengemas barangnya. Pn.Shamsiah memandang sama ke arah bas yang semakin menghampiri mereka. 

“Penuh la pulak.” Suhana merungut. Bas tersebut sudah terlalu padat. Semestinya tiada tempat duduk yang kosong.

“Saya tolong hantarkan,” Sekali lagi Syahrul menawarkan diri. 

“Maaflah terpaksa menyusahkan Syah,” Syahrul tersenyum. 

     Dengan pantas dia mengambil beg plastik di tangan Suhana dan Pn.Shamsiah lalu disimpan di dalam bonet keretanya. Suhana hanya mampu memandang wajah ibunya yang dengan selamba menerima pertolongan lelaki tersebut.

“Masuklah.” 

         Syahrul membuka pintu kereta untuk Pn.Shamsiah. Suhana mengambil tempat duduk dibelakang. Rasa tidak selesa hendak duduk disebelah lelaki itu. Syahrul tersenyum. Menyedari Suhana tidak selesa dengan layanannya.

Sepanjang perjalanan, Syahrul dan Pn.Shamsiah berbual tentang banyak perkara. Suhana lebih selesa mendiamkan diri. Kadang-kadang dia merasakan Syahrul asyik memandang kearahnya melalui cermin pandang belakang.

“Anak Syah yang hari tu dah okey?” Pn.Shamsiah bertanya pula tentang anak lelaki tersebut. Syahrul melirik seketika ke belakang. Dilihatnya gadis itu sedang melayan perasaan. Begitu leka sekali merenung keluar.

“Dia dah okey. Anak pertama, jadi saya tak tahu sangat nak jaga. Tapi sekarang dah okey. Saya dah boleh buat semua kerja,” Jawabnya tenang. Sesekali matanya nakal memandang ke belakang. Wajah gadis itu begitu menarik perhatiannya. Namun dia sedikit kecewa bila si gadis langsung tidak memandang wajahnya. 'Manalah dia sudi nak pandang lelaki yang ada anak macam aku ni,' Bisiknya dalam hati.

“Owh!!!! Isteri awak apa khabar? Hari tu dia tak ikut sekali, kan?” Wajah Syahrul berubah. Wajah yang ceria tadi bertukar mendung. Suhana berpaling dan merenung seketika lelaki yang sedang memandu itu.

“Dia...dia dah meninggaldunia semasa melahirkan anak saya tu,” Suhana tersentak. Begitu juga Pn.Shamsiah.

“Maafkan mak cik. Habis tu siapa yang jaga dia sekarang?” Suhana berlagak selamba seolah-olah topik itu langsung tidak menarik perhatiannya. Tetapi jauh disudut hati dia begitu teruja hendak mengetahui dengan lebih lanjut cerita tentang lelaki itu.

“Mama saya yang jaga.” Syahrul menjawab perlahan. Lama mereka mendiamkan diri dan suara Suhana yang nyaring itu membuatkan mereka berdua berpaling ke belakang.

“Mak...” Suhana sudah muncung mulutnya. Jarinya menunding ke luar tingkap. Kemudian dia tersengih.

“La...apasal tak bagitahu awal? Budak ni...” Pn.Shamsiah membebel.

“Terpaksalah Syah putar balik. Simpang hendak ke rumah mak cik tu dah kat sana tadi.” Syahrul tergelak kecil. Wajah Suhana yang keanak-anakan itu menimbulkan rasa pelik dihatinya. 

“Takpe mak cik. ” Syahrul menjawab sopan. Suhana mencebik. Mereka berhenti betul-betul dihadapan rumah.

“Nilah rumah mak cik. Tempat tinggal untuk kami sekeluarga. Sekadar cukup untuk kami semua berteduh. Suami mak cik, keluar agaknya.” Syahrul angguk kepala.

“Syukurlah mak cik. Sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berteduh. Yang penting, ada.” Pn.Shamsiah tersenyum senang. Semua barang-barang yang dibeli tadi sudah dikeluarkan.

“Marilah naik dulu. Minum segelas air.” Syahrul tersenyum. Seperti orang mengantuk di sorong bantal, pelawaan Pn.Shamsiah langsung tidak di tolak. Suhana terlebih dahulu masuk ke rumah. Rumah mesti kemas, sebelum tetamu pengsan melihat rumah yang berselerak.

“Jemputlah masuk. Rumah mak cik ni, berselerak. Belum sempat nak kemaskan tadi. Tergesa-gesa nak ke pasar.” Syahrul tersenyum. Suhana dilihatnya leka mengemas barang-barang yang dibeli mereka tadi. Tanpa segan silu, Syahrul membantu Suhana membawa barang-barang tersebut ke dapur.

“Ehhhh...Tak payah. Biar saya sendiri yang uruskan. Encik duduk kat sana.” Suhana melarang namun Syahrul buat pekak. Setelah habis plastik di angkat, Syahrul kembali ke ruang tamu.

“Ana, buatkan air untuk Syahrul ni.”

“Baik mak.” Suhana menjawab perlahan. Dalam hati dia mengutuk lelaki tersebut. Entah mengapa, hatinya tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. 

“Jemputlah minum,” Pelawanya sebelum dia beredar. Syahrul tersenyum lagi. ‘Lelaki ni memang suka sangat tersenyum. Naik rimas aku dibuatnya.’ Suhana berbisik di dalam hati sambil matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu. Syahrul cepat-cepat melarikan wajahnya. Perbuatannya itu sempat dilihat oleh Pn.Shamsiah. Pn.Shamsiah tersenyum.

“Errr...Mak cik.dah lama tinggal kat sini?” Syahrul bertanya gugup. Mana tidaknya, perbuatannya tadi telah dikesan oleh ibu si gadis. ‘Rosaklah status aku di hadapan mata mak cik Sham.’ Bisiknya dalam hati. 

        Sejak kejadian di klinik hari tu, ibunya memaksanya untuk mencari pasangan anak beranak itu. Sekembalinya dari klinik, dia terus menceritakan hal tersebut pada ibunya. Terus ibunya memaksa dia mencari mereka. Kalau boleh, pikat anak gadisnya untuk dijadikan isteri. Aduh!!!! Siapa yang nak kahwin dengan lelaki beranak satu macam dia. Syahrul mengeluh.

“Kenapa? Ada masalah?” Syahrul tersentak bila ditanya oleh Pn.Shamsiah. Syahrul tersengih. Dua kali tertangkap ketika sedang mengelamun. ‘Apakata aku teruskan saja niat baik aku ni. Untung sabut, timbul.’ Syahrul membetulkan lengan bajunya. Wajah ceria Pn.Shamsiah ditatap takut. Dalam hati sudah berdoa supaya dia mampu menyuarakan hasrat hati.

“Mak cik,  saya...sebenarnya...saya...errr...saya nak pinang anak mak cik.” Lancar sekali Syahrul menuturkannya.

Prangggg....

       Mereka berdua berpaling ke dapur. Bunyi gelas pecah membuatkan Syahrul berlari ke dapur. Ketika itu, Suhana sedang mengutip serpihan kaca.

“Auchh...” Suhana gigit bibir menahan sakit ditangannya.

“Awak tak apa-apa?”

“Err...saya okey.” Suhana tersentak bila melihat Syahrul berlutut dihadapannya.

“Luka ni. Mari saya tolong sapu ubat.”

“Ehhh...Tak payah. Luka kecil je.”

“Ye kecil. Tapi banyak darah tu.”

“Takpe. Lepas ni okeylah.”

“Kenapa degil sangat. Saya tolong cuci.”

“Ehhh...awak ni siapa? Suka hati sayalah nak cuci ke nak biarkan saja. Sibuk je.” Suhana menjeling marah. Syahrul tersentak. Beberapa ketika kemudian, dia tergelak halus.

“Sorry.” ucapnya sepatah dan berdiri.

“Awak terkejut dengan lamaran saya tadi? Saya betul-betul maksudkannya. Hujung minggu ni, saya akan hantar rombongan meminang.” Suhana membeliakkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Mak cik, saya tahu, saya terburu-buru. Kubur arwah isteri saya pun masih merah lagi. Tapi, saya tak mahu kehilangan gadis yang baik seperti dia. Percayalah, saya akan jaga dia sebaik mungkin. Kalau mak cik benarkan, saya akan hantar orang tua saya untuk meminang anak mak cik tu.” Pn.Shamsiah juga masih terkejut. Namun, beberapa saat kemudian, dia tersenyum lebar.

“Baik Syahrul bincang dulu dengan keluarga Syahrul sebelum buat keputusan. Lagipun, mak cik kena bincang dengan ahli keluarga kami. Mak cik harap hasrat Syahrul tu akan tercapai.” Syahrul menyalami tangan Pn.Shamsiah.

“Terima kasih mak cik.” Wajahnya ceria.

“Errr...Kalau boleh, saya nak dapatkan nombor telefon mak cik ataupun, nombor telefon Ana sebelum saya balik ni.” Pn.Shamsiah terus menyebut satu persatu nombor telefon anaknya. Syahrul tersenyum senang. Setelah selesai, dia terus meminta diri.

“Mama saya tentu gembira bila dengar berita ini.” Pn.Shamsiah geleng kepala sambil tersenyum melihat keceriaan diwajah Syahrul.

“Kirim salam pada mama kamu. InsyaAllah, kalau ada jodoh, adalah. Berdoa pada Allah S.W.T semoga segalanya berjalan dengan lancar.” Pesannya pada Syahrul.

“InsyaAllah mak cik.” Syahrul meminta diri untuk beredar.

*******************************
p/s : hahahhaa...layan jelah...kalau rasa macam mengarut je..terpaksalah korang layan...(syok sendiri pulak) aduiii...

5 catatan:

kaknOOr said...

Okeh apa cerita mengarut tapi reality...tidak terlalu berkhayal dgn kehidupan org2 kaya raya...

part paling menarik " kubur arwah isteri masih merah lagi...dah dah kawin lain ha ha ha ha

Unknown said...

kaknoor, hihihihi...rasa mcm syok sendiri pulak..hahhaa...takut kehilangan gadis yg baik, terus dia dtg melamar..huhuhuhu...

zm said...

best la....alah buat la novel panjang

blinkalltheday said...

best...pjg kan la sikit cite ni...

fara said...

Mana ada mengarut...it happened to me 10 yrs ago. Mula2 mmg cam pelik, rasa hubby cuma nak jadikan sy babysitter je tp bercinta slps nikah sgt la indah !