Followers

Friday, April 27, 2012

Alia Najwa 9




“Aku nak minta tolong kau boleh tak?” Ajay bersuara perlahan. 

“Minta tolong? Apa dia? Kalau aku dapat tolong, aku tolong, kalau tak, aku minta pertolongan mereka yang lain tu,” Alia menjawab tenang sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di buku lukisannya. Ketika itu matapelajaran Pendidikan Seni, mereka di suruh melukis persekitaran sekolah. Ajay dan Alia berada agak jauh dari rakan-rakan sekelas yang lain. Mereka sedang melukis permandangan kolam ikan yang terdapat jambatan ditengahnya menghubungkan pinggir kolam dengan pulau kecil buatan manusia.

“Sebenarnya, aku sukakan seseorang.” Ajay memulakan bicara. Tangan Alia berhenti melakar pokok kelapa dan padangannya difokuskan ke arah Ajay yang sedang tekun melakar lukisannya.

“Apa dia? Aku salah dengar ye?” Alia menepuk bahu Ajay.

“Aduh!!!! Apa ni? Sakit tau,” Ajay menggosok bahunya.

“Kau kata apa tadi? Kau sukakan seseorang? Siapa perempuan tu?” Alia menghadap wajah Ajay yang semakin memerah menahan malu.

“Amna. Budak form 2. Ingat tak, ada sorang budak perempuan yang kena buli oleh pelajar perempuan masa kat kantin minggu lepas,” Alia cuba mengingati kejadian minggu lepas.

“Owh….. Budak yang kena siram dengan air milo tu? Kau suka kat dia? Biar betul?” Alia bertanya lagi. Khuatir tekakannya salah. Ajay angguk kepala.

“Ermmm. Aku suka tengok dia. Dia tak menangis sekalipun baju putihnya itu bertukar warna.” Ajay tersenyum bila teringatkan wajah Amna yang merona merah bila dia menghulurkan sapu tangan. Dengan rambut ikal mayang dan pipi gebu serta alis mata yang lentik menambahkan kecantikan miliknya.

“Wah…. Dah kes berat ni. Ingat Ajay, kita tahun ni nak periksa. Jangan leka oleh jiwa remaja je,” Alia menasihatkan temannya itu.

“Kalau aku bercinta dengannya, aku dapat rasakan, pasti pembelajaran aku semakin baik.” Ajay berkata yakin.

“Hoiiii… mamat. Sedar sikit ok. Dari cara kau ni, aku dapat rasakan, kalau kau bercinta dengan budak tu, belum tentu kau dapat belajar dengan baik,” Alia cuba menyedarkan rakannya itu.

“Bagi aku, bercinta masa sekolah ni boleh membawa kemusnahan pada masa depan kita. Aku harap kau fikir baik-baik dulu. Kemudian, kalau kau masih juga nak teruskan niat kau tu, aku akan cuba usahakan sesuatu untuk kau,” Alia menepuk bahu Ajay.

“Tolong aku ye. Aku benar-benar cintakan dia.” Ajay merayu. Alia garu kepala yang tidak gatal.

“Yelah tu. Cinta sangat-sangat. Jiwang karat. Sebelum tu, untuk seminggu ni, jangan tiru kerja rumah aku,” Alia menunjal dahi Ajay.

“Betul?” Soalnya tidak percaya. Alia tersenyum senang.

“Okey. Takde masalah. ini yang aku sayang sangat kat kau,” Ucapnya sesungguh hati dan tangannya sedia hendak memeluk Alia.

“Kau dah gila. Kita ni masih kat sekolah. Jangan nak buat hal,” Alia menepis tangan Ajay. Ajay tersengih.

“Sorry. Lupa pulak,” Ajay meneruskan lakarannya.

“Mari. Aku tolong kau buat lukisan ni ye,” Ajay merampas kertas lukisan dari tangan Alia. Alia tergamam dengan aksi spontan Ajay. Namun seketika kemudian dia tersenyum. Ajay memang macam tu, kalau happy ringan je tangannya memberi bantuan.

“Ajay, kalau kau bercinta kelak,  jangan lupakan aku ye?” Alia berkata sayu.

“Maksud engkau?” Ajay memandang wajah sugul itu.

“Nanti bila kau bercinta dengan budak tu, jangan lupakan aku terus. Aku tak ramai kawan yang sudi layan kerenah nakal aku ni,” Alia bersuara sedih.

“InsyAllah. Aku takkan lupakan sahabat baik aku walaupun aku sedang bahagia,” Ajay tersenyum manis. Alia angguk kepala.

“Harap begitu sampai bila-bila,” Alia tersenyum kelat. Walau tidak yakin, Alia tetap berdoa Ajay tidak melupakannya.

*********************
“Cepat sikit. Jalan macam kura-kura,” Ariy menolak badan Ros. Mereka yang lain mengekori dari belakang.

“Kita nak ke mana ni? Dah sampai ke belum?” Ros bertanya tetapi tetap meneruskan langkah. Dengan mata yang ditutup menggunakan kain hitam Ros berjalan seperti orang buta.

“Ok. Dah sampai.” Sunyi sepi keadaan sekeliling. Perlahan ikatan kain yang menutupi mata Ros ditanggalkan.

“Happy birthday,” Ros terkejut saat terpandang kek kecil dan dirinya dikelilingi oleh rakan-rakannya. Ketika itu mereka berada di sebuah taman bunga yang cantik.

“Hahhhhhh….” Ros terkejut dengan mulut terngaga.

“Hoi…. Kalau ye pun, tutup mulut tu. Nanti di masuk lalat,” Alia menepuk bahu Ros.

“Nah. Ini hadiah dari aku. Semoga sentiasa sihat tubuh badan, murah rezeki dan berjaya dalam hidup.” Alia mengucup pipi Ros yang agak tembam itu.

“Terima kasih.” Ros menyambut dengan rasa terharu.

“Ni untuk kau. Selamat hari lahir dan semoga kehidupan kau semakin bertambah baik,” Maziah pula memeluk Ros. Diikuti oleh mereka yang lain.

“Sweet seventeen.” Ucap mereka serentak ketika Ros memotong kek hari jadinya.

“Terima kasih semua. Aku seronok sangat ada kawan macam kamu semua. Dan… aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku sayang korang semua,” Ros mengesat airmatanya. Terharu dengan layanan dari rakan-rakan yang sangat menyayanginya.

“Kita menjamu selera dulu,” Ajay mencapai piring lalu mengambil sepotong kek kemudian diikuti oleh mereka yang lain. Suasana taman bunga gamat bila mereka bergurau senda sambil berlari bekejaran.

“Imah, sini kejap,” Hafiz memanggil Imah supaya menghampirinya.

“Ikram tak datang hari ni?” Soal Hafiz terus sebaik sahaja Imah melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiz.

“Tak. Dia ada aktiviti kat sekolah. Kenapa?” Soal Imah pelik. Hafiz tidak pernah bertanya tentang Ikram sepanjang mereka berkawan.

“Owhh ada aktiviti kat sekolah?” Hafiz angguk kepala.

“Habis, tu siapa?” Jari Hafiz menunding kearah sepasang kekasih sedang berpelukan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Imah berdiri tegak.

“Ikram!!!” Imah menjerit. Semua rakan-rakannya memandang ke arah Imah yang sudah berlari menghampiri Ikram yang sedang terpinga-pinga.

“Kau…. Huhhh. Kita putus,” Imah berkata tegas.

“Putus? Kenapa pulak? Apa yang putus?” Soal Ikram tenang.

“Lelaki tak guna.” Tumbukan Imah hampir mengena muka Ikram tetapi sempat di halang oleh Hafiz.

“Jangan kotorkan tangan kau Imah. Biarkan dia. Mari.” Hafiz menarik tangan Imah.

“Terima kasih sangat-sangat. Semoga hubungan kalian berkekalan,” Imah mengesat setitik airmata yang mengalir dipipinya.

Imah melepar tisu yang digunakannya untuk mengesat hingus ke dalam tong sampah. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati. Masing-masing tidak berani untuk bersuara. Biarlah Imah menangis sepuas hati.

“Huargggggg. Bodoh!!!!!!” Imah menjerit.

“Kalau kau rasa nak pukul orang, kau pukullah aku,” Hafiz duduk di hadapan sahabatnya itu.

“Jangan pukul kuat sangat. Nanti sakit bahu aku ni.” Imah tergelak mendengar kata-kata dari Hafiz.

“Dah tau sakit, kenapa offer?” Imah menampar bahu Hafiz.

“Sudahlah. Kita masih belajar lagi. Aku janji, bila kau dapat keputusan cemerlang masa SPM kelak, aku akan cari lelaki yang baik untuk kau. Jangan dikenang perkara yang lepas tu. Ok?” Hafiz tersenyum. Imah merenung wajah ikhlas Hafiz.

Imah menarik nafas kemudian menghembuskannya perlahan.

“Ye. Aku terlupa yang aku ada tugas sebagai pelajar,” Imah mengeluh. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati setiap perlakuan Imah dan hanya Hafiz yang sentiasa memujuk temannya itu.

“Ok. Korang jangan risau. Aku akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjanji akan dapat keputusan yang cemerlang supaya, Hafiz cari lelaki yang baik untuk aku,” Imah tersengih.

“Hahhhhh,” Mereka serentak menjerit sebaik sahaja mendengar azam dari sahabat mereka itu.

“Sah. Memang dah rosak otak budak ni,” Ajay sentuh dahi Imah.

“Sebenarnya, aku tak apa-apa. Bagus jugak aku dan Ikram tu berpisah. Semenjak bersama dia, aku tak bebas nak bergaul dengan pelajar lain. Dengan korang pun dia nak cemburu.” Imah bersuara perlahan.

“Imah, aku ada cadangan.” Alia duduk di hadapan Imah sambil bersila di atas rumput.

“Cadangan apa?” Soal Maziah pelik.

“Apa kata, kalau kau pikat Cikgu Syah?” Alia tersengih. Serta merta mereka yang lain menolak kepala Alia.

“Budak ni. Dah takde orang lain? Kenapa mesti cikgu tu yang kau nak suruh pikat. Memang cari nahas betullah Alia ni.” Imah geleng kepala.

“Ok apa,” Alia masih cuba mempertahankan cadangannya.

“Tak payah. Kan Imah dah cakap tadi yang dia nak belajar bersungguh-sungguh.” Hafiz turut membantah.

“Ok. Kenapa kau tak offer diri kau jadi pak we Imah?” Hafiz dan Imah serentak terbatuk.

“Alia!!!!!!!” Imah menjerit kuat. Alia berlari menyelamatkan diri. Imah mengejar Alia dan terjadilah adegan kejar mengejar di taman tersebut. Gelak ketawa mengantikan suasana sedih tadi.

“Aku gurau je, lah. Itu pun nak marah. Muka korang serius sangat. Sakit mata aku tengok. Aku nak makan kek pun tak dapat,” Setelah penat berlari, Alia sempat juga membebel.

“Ok. Kita sambung lagi majlis yang tergendala sebentar tadi,” Mereka kembali bergelak ketawa. Terlupa sekejap masalah yang menimpa. Begitulah akrabnya persahabatan mereka.

******************************
            Alia dan Ajay duduk menunggu di jambatan sekolah. Dari jauh terlihat kelibat seorang pelajar perempuan menghampiri mereka. Ajay tersenyum lebar. Alia buat muka tak puas hati dan terus menolak bahu sahabatnya yang sudah tersenyum sampai ke telinga. Penangan cinta monyet.

“Tolong sikit ye. Jangan tayang muka miang kau dekat aku. Rasa nak muntah aku dibuatnya.” Marah Alia. Ajay hanya tersenyum lebar.

“Err..Kakak dan abang nak jumpa saya?” Alia berpaling pada gadis comel yang sedang menunggu jawapan dari mereka.

“Ye. Tapi, bukan akak. Abang Macho idaman melayang nak kenal dengan adik,”

“Alia!!! Apa pulak idaman melayang. Melaya.” Alia mencebik bibir.

“Elehh...mangkuk tingkat punya budak. Asyik-asyik nak masuk lif tekan sendiri.” Ajay membeliakkan matanya ke arah Alia. Alia buat selamba.

“Okey. Tak nak buang masa. Adik ni, siapa nama? Nama penuh ye,” Alia memulakan sesi soal jawab.

“Nur Amna Binti Norman.”

“Ajay, dia masih budaklah.” Ajay berdengus kasar.

“Isk..kau ni. Kau pun lebih kurang sama dengan dia. Sekadar angka umur je besar dari dia,” Marahnya. Alia kecilkan mata siap angkat penumbuk sekali.

“Amna kenal abang macho tapi tak kacak ni?”

“Alia!!!” Sekali lagi Ajay menjerit. Alia tergelak. Seronok dapat mengusik sahabatnya. Gadis tersebut geleng kepala. Alia tergelak sampai terduduk bila Amna geleng kepala. Wajah Ajay masam mencuka.

“Gilalah budak ni tak kenal raja pecut sekolah.” Ajay ketuk kepala Alia yang sedang ketawa tak ingat dunia.

“Sorry... Sorry..aku terlebih ketawa tadi. Tak sangka ada jugak budak tak kenal kau,” Ajay mencebik bibir.

“Amna, sebenarnya, abang ni..nama dia Ajay. Dia suka kat awak. Awak suka kat dia?” Wajah Amna merona merah. Ajay pula tersenyum senang.

“Errkkk...Saya.. Saya tak tahu.” Alia tersengih.

“Takpe. Saya bagi masa pada awak. Kalau awak sudi jadi girlfriend saya, nanti awak bagitahu saya.” Amna angguk kepala. Sekilas dia memandang wajah Ajay yang tersenyum senang.

“Saya balik dulu.” Alia dan Ajay angguk kepala.

“Tak tahu dan cakap apa. Kesian aku tengok budak tu. Apasal kau nak haru birukan hidup dia?” Ajay tersengih.

“Apa pulak haru biru? Kalau dia terima, aku happy, kalau tidak, tak mengapalah. Takkan nak paksa orang suka kat kita.” Alia mencebik bibir.

“Ayat memang tak pernah nak serius. Asyik nak tagih simpati orang je.” Ajay tersengih lagi.

“Jum.. balik. Tentu mereka dah ambil nasi untuk kita.” Alia dan Ajay berjalan pulang ke asrama.

“Alia..”

“Yups...” Ajay muncung mulut ke satu arah.

“Kenapa?” Alia angkat kening. Ajay geleng kepala.

“Sejak bila Cikgu Salmah tu baik dengan Cikgu Syah?” Alia kerutkan dahi. Pada masa yang sama Syah Aiman turut sama memandang ke arah mereka. Ketika itu, Cikgu Salmah masuk ke dalam kereta dan diikuti oleh Syah Aiman.

“Isk..kau ni. Mungkin Cikgu Syah menumpang dia je. Kan, rumah Cikgu Salmah tu tak jauh dari rumah Cikgu Syah,” Ajay garu kepala.

“Tapikan, kenapa Cikgu Syah tak tumpang Pengetua? Kenapa nak tumpang Cikgu Salmah pulak?” Dahi Ajay berkerut memikirkan kemungkinan yang berlaku di antara cikgu-cikgunya.

“Sibuk je. Biarlah mereka tu. Okey je aku tengok. Macam pasangan dua sejoli. Cikgu Salmah cantik dan tinggi lampai. Cikgu Syah pulak handsome.” Alia menjawab malas.

“Kau tak rasa cemburu ke?” Alia kerutkan dahi.

“Isk...Merepek je kau ni. Kenapa aku nak cemburu? Cikgu Syah tu bukan sesiapa pun pada aku. Dia hanya guru sandaran kat sini.” Ajay tersengih.

“Manalah tahu, sejak kau dan dia asyik berperang kut..kut ada taman kat dalam nun..” Ajay tergelak besar. Alia bercekak pinggang. Pada masa yang sama, kereta Cikgu Salmah berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Merepek je budak ni. Aku bagi kau makan kasut. Nak?” Ajay terus berlari menyelamatkan diri. Alia bukan boleh percaya. Nanti, tak pasal-pasal makan kasut dibuatnya.

“Okey. Sorry.” Alia angguk kepala. Sesekali, matanya melirik pandang ke arah kedua-dua cikgunya yang sedang berbual di tangga rumah pengetua. Alia tarik nafas perlahan. ada rasa kurang senang melihat situasi tersebut. Tapi, dia tidak mahu terlalu memikirkannya.

            Syah Aiman mengeluh sebelum menaiki tangga rumahnya. Seketika kemudian dia menoleh ke belakang. Kelibat Alia dan Ajay yang sedang bergelak ketawa membuat hatinya sedikit terusik. Apakaha maknanya perasaan ini? Syah Aiman mengeluh sekali lagi dan meneruskan langkah.

“Syah, dah balik? Mama kamu mana?” Datuk Zamri bertanya sambil memandang ke bawah. Tadi dia terdengar bunyi kereta, tapi, kenapa anaknya tidak bersama cucunya.

“Mak ada meeting di PPD.” Syah Aiman menjawab lemah.

“Owh!! Jadi, kereta siapa yang Atuk dengar tadi?”

“Syah menumpang kereta Cikgu Salmah tadi. Dia nak tolong hantarkan.” Datuk Zamri tersenyum meleret.

“Nampaknya, ada orang berkenan kat cucu atuk ni. Biasanya, kamu lebih suka berjalan kaki dari sekolah ke rumah. Hari ni, tiba-tiba pulak menumpang Cikgu Salmah tu.” Syah Aiman kerutkan dahi.

“Isk..merepek je atuk ni.” Memang niatnya hendak berjalan kaki tadi, tapi, bila melihat Alia dan Ajay berjalan pulang ke asrama. Timbul rasa tak puas hati. Nasib baik, Cikgu Salmah ‘mengoffer’ untuk menumpangkannya.

“Apa pulak merepek. Cikgu Salmah tu okey je atuk tengok. Cantik, lemah lembut orangnya.” Syah Aiman tersenyum. Lemah lembut? Bukan ciri-ciri wanita yang dia minat. Dia lebih berminat dengan wanita yang ceria, nakal, namun tetap ada sifat malu dalam diri dia. Macam..macam Alia. Syah Aiman ketuk kepala sendiri sebab memikirkan perkara yang tidak masuk akal.

 “Syah, masuk bilik dulu. Belum Sembahyang lagi ni,” Datuk Zamri angguk kepala sambil tersenyum-senyum.

“Tapi, kalau dapat isteri macam Alia tu, lagi seronok. Meriah rumah kita ni dengan perangai budak tu.” Syah Aiman yang baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik, menjenguk semula.

“Apa atuk cakap tadi?” Datuk Zamri hanya tersengih.

“Takde apa-apa.” Syah Aiman geleng kepala dan terus masuk ke bilik. Telinganya seperti menangkap nama Alia yang keluar dari mulut datuknya. Semenjak akhir-akhirnya, telinganya terlalu sensitif bila mendengar nama Alia. Seolah-olah, nama itu sudah sebati dengan hatinya. Syah Aiman mengeluh lagi.

***************************
p/s : sori semua. lambat post new n3...enjoy ye.. kalau best layan..kalau tak best sila2 lah komen ye...terima kasih semua..

2 catatan:

MaY_LiN said...

sonok kan masa zaman skolah dl..

eija said...

Trigat zman skolah dlu..sma jer.... Ahhhh rindu zman dlu..alagkh bhgia nya kalo msa blh bputar blik...