Followers

Wednesday, February 22, 2012

Setiaku Di Sini 3


“Atul, kamu nak ke mana tu?” Nazatul menghentikan langkahnya sebaik sahaja terdengar suara abangnya. Kepala ke depan, sebelah kaki terangkat, tangan pula memeluk erat bag tangannya. Perlahan Nazatul berpaling ke belakang sambil tersengih.

“Err…nak ke tempat kerjalah. Abang baru sampai ye?” Dia menjawab tenang. Niatnya untuk turun awal terpaksa dibatalkan bila melihat wajah abangnya. Tak sangka pulak abangnya balik awal pagi tu. Nazrin menghampiri adiknya. Songkok di kepala di letakan di atas almari.

“Ye. Ada kuliah subuh kat masjid tadi. Semalam, kenapa balik dengan baju basah?”

“Semalam? Errr…Atul jatuh dalam laut sebab nak ambil selipar Atul,” Nazatul menjawab gugup. Berusaha mempamerkan wajah tenang.

“Atul kan tak pandai berenang? Kalau lemas, siapa nak tolong,”

“Ala…ada dah orang tolong semalam..erkk…” Nazatul tutup mulut. Dia terlepas cakap.

“Ada orang yang selamatkan kamu? Maknanya memang kamu lemas semalam?” Nazatul geleng kepala.

“Takdelah. Errkkk…mana ada. Orang jatuh kat tepi pantai tu je,” Dia berdalih.

“Ehhh…Naz, siapa gadis ni?” Zul Hazmi yang baru naik di tangga menyapa. Dalam hati dia tergelak melihat wajah cuak gadis itu. Pura-pura tidak mengenali gadis itu adalah cara mudah untuk dia membalas balik apa yang gadis tu buat padanya semalam.

“Awak kenal dia?” Zul Hazmi terdiam dan merenung wajah gadis itu.

“Dia ni yang saya selamatkan semalam tu. Tak tahu apa yang dia buat kat tengah laut tu. Nasib baik saya sempat selamatkan dia.” Nazatul gigit bibir menahan marah. Dalam hati sudah sebakul sumpah dia berikan pada lelaki itu.

“Atul buat kat dalam laut tu?” Nazrin tarik telinga Nazatul yang ditutupi kain tudung.

“Aduh!!! Abang, sakitlah…huhuhu…abang tak sayang orang ye?” Nazatul buat muka kasihan. Zul Hazmi berlagak tenang. Dalam hati dia dah ketawa tergolek-golek bila melihat Nazatul kena cubit telinga. Dah besar pun kena cubit telinga.

“Kan abang dah pesan. Jangan main kat tepi laut tu. Telinga ni tak mendengar cakap.” Nazatul mengaduh kesakitan dan berusaha menolak tangan abangnya.

“Naz, kenapa cubit telinga adik kamu tu?” Nazatul berlari bersembunyi dibelakang ibunya. Dia hanya berani menjenguk sedikit dari celah ketiak ibunya.

“Dia jatuh dalam laut tu. Nasib baik Zul sempat selamatkan dia semalam,” Nazrin mengeluh berat.

“Atul, betul ke?” Perlahan Nazatul angguk kepala.

“Orang nak tenangkan hati je. Lepas habis kerja tu, Atul jalan-jalan kat pantai. Kemudian, selipar Atul dihanyut ombak, jadi, Atul pergilah ambil. Takkan nak balik dengan selipar sebelah je,” Nazatul merungut. Mereka bertiga terdiam. Nazrin dan Pn.Nazrah terdiam sebab memikirkan perasaan Nazatul yang mungkin masih kecewa kerana ditinggalkan oleh tunangnya.

“Kenapa tak call abang suruh datang ambil Atul?” Nazatul mengeluh perlahan.

“Telefon Atul dah basah,” Jawabnya perlahan.

“Pening kepala aku dibuatnya. Jaga kambing tu semua takdelah susah sangat dari jaga kamu ni,” Nazrin geleng kepala kemudian dia berjalan perlahan kebiliknya. Nazatul menjeling Tajam wajah Zul Hazmi yang sedang menyembunyikan senyumnya. Pn.Nazrah pula beredar ke dapur.

“Zul, jemput minum dulu sebelum balik ye,” Sebelum ke dapur sempat pula Pn.Nazrah mempelawanya minum. Zul Hazmi angguk kepala. Dia senang dengan layanan yang diberikan oleh Nazrin dan ibunya. Zul Hazmi pandang wajah tak puas hati gadis itu. Dia angkat kening.

“Hutang tau. Sengaja nak kenakan orang,” Nazatul bersuara marah dan terus berlalu ke ruang tamu. Zul Hazmi mengekori langkah Nazatul. Dia turut sama duduk berhadapan dengan Nazatul. Nazatul peluk tubuh kemudian memandang kea rah lain. Tak sudi nak tengok wajah lelaki yang telah membongkar rahsianya. Tentu selepas ni susah untuk dia keluar sesuka hati.

“Awak buat apa kat rumah saya ni?” Tanyanya jengkel. ‘Mamat kerek ni, nak makan free je,’ Kutuknya dalam hati.

“Jalan-jalan makan angin.” Nazatul berdengus kasar.

“Atul, Zul mari minum dulu,” Nazatul menghempas begnya ke kerusi. Matanya tajam merenung wajah selamba Zul Hazmi.

“Hantar balik ke Pakistan tu, baru tahu,” Zul Hazmi mencebik.

“Mengata orang. Awak sendiri tu, pergi balik ke China sana.” Terbeliak mata Nazatul mendengar lelaki itu menghalaunya. Nazatul tarik kerusi dengan kasar.

“Atul, kenapa ni? Boleh tak bersopan sedikit. Atul tu perempuan,” Nazatul mengeluh kemudian mencebik.

“Jangan hairan dengan perangai dia ni. Perangai mengalahkan orang lelaki. Memang patut pun tunang lari,”

“Makkkk!!! Tak nak makanlah,” Nazatul terus beredar.

“Tengok tu.” Zul Hazmi terdiam. Terfikir olehnya, mungkin Nazatul cuba bunuh diri semalam sebab kecewa ditinggalkan tunang dia.

“Atul, kenapa ni?” nazatul menghentikan langkah kakinya bila dihalang oleh abangnya.

“Mak tu. Orang tahulah orang tak baik. Jahat. Sebab tu tunang orang lari. Jangan nak cerita depan orang lain. Malulah Atul,” Nazrin geleng kepala.

“Mak tak bermaksud macam tu. Sudahlah. Macam tak biasa pulak. Biasa takde pulak nak marah tak tentu pasal macam ni.” Nazrin gosok kepala adiknya.

“Memang tak kisah. Sebab, kita bertiga je. Tapi, hari ni, mak cakap macam tu kat depan orang lain. Tu, yang duduk kat meja makan tu, dia bukan ahli keluarga kita.” Nazatul menjeling tajam kea rah Zul Hazmi yang masih tekun menyuap nasi goreng. Nazatul tahu lelaki itu mendengar semuanya. Nazrin geleng kepala. Nazatul terus keluar dari rumah. Nampaknya, hari ini dia terpaksa berhenti bekerja lagi.

Nazatul berjalan perlahan di tepi kebun Pak Sahak. Pokok-pokok kelapa pandan itu tersusun kemas menjadikan kawasan dibawahnya redup. Nazatul bersandar disebatang pokok kelapa tersebut. Tangannya memintal-minta hujung kain tudungnya.

“Kepala kau meletup,” Nazatul melompat bila sebiji buah kelapa jatuh dan hampir terkena kepalanya. Nazatul urut dada.

“Nasib baik tak kena. Kalau kena tadi, mahu aku lupa ingatan dibuatnya.” Kepala didongak ke atas.

“Kurang asam boi pokok kelapa ni. Nak jatuh pun, nak tunggu aku lalu kat bawah ni jugak. Masa aku tak lalu kat sini, takde pulak dia nak jatuh. Aku tebang pokok ni, kang. Baru dia tahu,” Nazatul membebel.

“Tebang kalau berani,”

“Erkkk…Pokok kelapa pandai menjawab?” Nazatul terperanjat lagi. Matanya meliar memandang sekeliling pokok tersebut.

“Mak!!! Kera tua…” Nazatul jatuh terduduk bila dijenguk oleh seseorang dari pokok kelapa tersebut. Tidak lama kemudian, Nazatul terdengar suara lelaki yang dia sangat kenal sedang ketawa tak ingat dunia di belakangnya. Lelaki tua yang berada di atas pokok tadi sudah berdiri dihadapannya.

“Pak Sahak!!! Apahal jatuhkan buah kelapa tu depan Atul?” Pak Sahak hanya tersengih menayang giginya yang tinggal dua itu.

“Buah kelapa tu miang agaknya. Dia nak mengorat Atul,” Atul buat muka meluat. Pak cik ni, rumah kata pergi, kubur kata mari, masih jugak nak mengorat perempuan. Nazatul terlupa pada mamat sengal yang sedang ketawa pulas dibelakangnya.

“Awak nak ketawa sampai bila?” Soalnya selamba. Zul Hazmi terdiam. Beberapa saat kemudian dia ketawa lagi.

“Lucu betul. Melatah, lepas tu marahkan pokok yang tak pandai bercakap ni.” Zul Hazmi duduk mencangkung dihadapan Nazatul. Pak Sahak yang tadinya cuba nak pasang jerat terpaksa berundur bila lelaki kacak menghampiri Nazatul.

“Sengaja nak ketawakan orang.” Nazatul berdiri sambil menepuk kotoran dipunggungnya.

“Mana ada. Saya cuma takut awak nak bunuh diri dengan terjun dari pokok kelapa ni pulak.” Nazatul bagi jelingan maut.

“Malas nak layan awak. Sana sini asyik nampak muka awak.” Marahnya. Nazatul mengatur langkah menuju ke rumahnya semula. Zul Hazmi geleng kepala. ‘Perangai macam budak-budak,’ Kutuknya.

********************************

p/s : salam, layan n3 ni je..kalau tak best terpaksa jugak korang layan...huwarg..jangan lupa komen ye...terima kasih semua sebab sokong semua karya saya selama ni....

5 catatan:

Wawa said...

Menarik!! kalau boleh nak lagi panjang, ngeheheh
watak Atul tu kebudak budakan, suka la... boleh lepas rindu kat Mawar, hahah :)

MaY_LiN said...

not bad la kaira..
nakal tul zul ni..
cian atul kena buli

Unknown said...

wawa, tqvm....tak sempat nak taip panjang2...sengaja buat watak atul tu tak matang...sebab dia muda lagi...sama mcm mawar..
may_lin, tqvm...dia mmg nakal..hobi baru dia adalah menyakat si atul tu...

fifi said...

hahaha...memang lucu habis lah....gelak sorang2

bubble bee said...

bagus.. bila nak smbg