Followers

Thursday, December 22, 2011

Sedutan Relaku Pujuk

Aku tepuk tangan sebaik sahaja dapat menyiapkan istana pasir tersebut. Tetapi kegembiraanku hanya bertahan tidak sampai 5 minit. Segala penat lelahku musnah dalam sekelip mata bila kaki gergasi menghentam istana pasir yang ku bina.

“Awak!!!”

Aku menjerit kuat sambil bercekak pinggang melihat lelaki itu berjalan selamba meninggalkan aku setelah kakinya memijak istana pasirku. Aku mengeluh geram. Wajahnya tetap selamba seolah-olah tidak bersalah. Penat aku siapkan istana pasir itu, sekelip mata dia merobohnya. Sudahlah aku tak pernah lagi bina istana pasir seumur hidupku. Tadi, aku bagitahu dia, aku nak bina istana pasir, dia gelakan aku. Katanya, itu mainan budak-budak. Kerana marahkannya, aku terus keluar dan membina istana tersebut seorang diri. Agak lama juga masa diambil untuk menyiapkannya, dia dengan senang hati meruntuhkannya.

“Nak buat lagi?” Aku tersentak bila ditegurnya dari belakang. Bila masa pulak dia patah balik?

“Tak.” Aku menjawab kasar. Dia duduk mencangkung dihadapanku.

“Habis tu, kau buat tu?” Aku menjeling sekilas.

“Buat bodoh,” Malas nak melayan orang takde perasaan macam dia ni. Buat sakit hati je.

“Owh!!! Macamana buat bodoh?” Aku terus melakukan kerjaku tanpa menghiraukannya.

Dia terus duduk sambil merenung laut yang terbentang luas dihadapan kami. Paras air laut semakin meningkat.

“Kita mandi nak tak?” Aku pandang wajahnya. Mandi???? Aku memandang ke laut. Kemudian aku sentuh pipiku. Muncung mulut semakin panjang..

“Kenapa? Takut kulit muka hitam? Apa kau nak risau? Kau dah kahwin pun. Hitam atau putih, kenyataannya, kau dah kahwin. Kita dah kahwin.” Aku buat muka tak puas hati.

“Siapa kata orang takut kulit muka hitam? Orang tak percaya yang awak nak mandi air laut tu.” Dia mencebik. Memang pun aku takut kulit mukaku hitam. Kulit mukaku agak sensitif. Mudah sangat terbakar bila terkena cahaya matahari.

“Nak mandi atau tak?” Aku tetap geleng kepala.

“Okey. Tak nak sudah,” Aku lihat dia terus terjun ke laut. Aku cemburu melihatnya berenang ke hulu ke hilir. Kalau tak kerana aku sedang uzur, memang aku nak juga mandi air laut tu. Akhirnya aku bermain di tepi pantai. Bila ombak datang, aku cepat-cepat berlari ke atas. Aku menjerit kesukaan bila setiap kali dapat mengelak dari terkena ombak kecil itu. Setelah penat, aku kembali duduk menghadap bangunan pasir yang aku bina tadi.

4 catatan:

Anonymous said...

cite ni smpai bape episod??

Unknown said...

tak tahu lagi...tapi msh panjang...nak cari idea utk conflict dan endingnya..

Yong said...

sapa kawin ni? adei pening kepala la.huhuhu. ke salah masuk channel ni? tapi dah bunga mawar ada.

IVORYGINGER said...

mawar kahwin dgn ishamudin yea. yeah!!! I like it. ;D