Followers

Wednesday, December 28, 2011

Penghujung Cintaku...


“Sekarang kita ada acara paling istimewa. Ini permintaan pengantin perempuan. Dia nak dengar suami dia menyanyi. Jadi, dengan tidak membuang masa, kita jemput pengantin lelaki Ishamudin serta isterinya Pn.Mawardina. Opss.... salah info tadi, mereka akan berduet. Mereka memilih lagu jiwang. Penghujung Cintaku,” Aku gigit bibir mendengar siulan pemuda-pemuda kampung serta sorakan dari tetamu yang hadir. Kami berdua berjalan seiringan menuju ke tempat pengacara Majlis.

“Terima kasih sebab sudi datang ke majlis perkahwinan kami. Walaupun ada yang hairan sebab pengantin saya tidak sama dengan yang berada di dalam kad jemputan tu. Dah, jodoh saya dengan dia ni, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,” Aku kelu lidah mendengar ucapanya.

“Tahniah!! Dapat isteri cantik macam tu, aku pun rela,” Aku kerutkan dahi mendengar suara sumbang menyampuk. Mereka tergelak besar. Mana aku nak letak muka ni.

“Ye. Terima kasih,” Aku gigit bibir merenung tajam wajah Ishamudin yang tergelak halus.

“Terimalah Penghujung Cintaku,”

Semua tetamu menunggu dengan sabar. Ishamudin tarik nafas dan merenung lembut kearahku. Saat itu, aku rasakan seperti kami memang pasangan suami isteri yang sedang dilamun cinta. Bait-bait lagu yang dinyanyikan seolah-olah menyatakan rasa hati kami berdua saat itu.

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

Aku tersenyum manis sambil membalas genggaman tangannya. Terbuai dengan liriknya. Tanpa aku sangka, aku menyanyi tanpa melihat skrin Tv. Dia tersenyum padaku.

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ishamudin begitu khusyuk sekali. Suaranya juga merdu. Kalaulah itu janjinya, akulah yang paling bahagia saat ini. Di mataku hanya wajah dia. Kami saling bertatapan.

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Dia tersenyum sambil meramas jari-jemariku. Kami berada di dunia kami sendiri.

wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu

Tepukan gemuruh mengiringi penamatnya. Aku tersipu malu bila Ishamudin dengan selamba mencium dahiku.

“Terima kasih, Mawar,” Ucapnya perlahan. Aku angguk kepala.

Tetapi, perangainya baik hanya untuk waktu itu sahaja. Selepas itu semuanya kembali normal. Nampak sangat yang dia memang sengaja nak kenakan aku.

5 catatan:

MaY_LiN said...

ala...
kawin ke..
harap2 mimpi je..
hehehehe

Unknown said...

hahahaha...nampaknya bkn jodoh mawar dgn haikal, mawar perlukan lelaki yg blh bimbing dia...mungkin haikal akan jumpa someone yg lebih baik dr mawar....apapun, kita tunggu jelah...sori sekali lagi menghampakan sis...huhuhu

Yong said...

er mmg confirm gan sham la ni, igt haikal td.huhuhu. oh ya mana lesap pompuan meroyan tu ya?

Anonymous said...

bile nk ending cite ni?bt org t'tunggu2...huhuhuhuhu

Anonymous said...

agak2 lama lg ke cite ni..nk tau gak pesal xjd kawen dgn diah......musykil ni..