Followers

Saturday, December 31, 2011

2012

salam,

selamat menyambut tahun baru 2012 untuk semua rakan-rakan blogger, pengunjung2 yang sentiasa sudi menjenguk blog saya dan mereka yang sudi memberi komen pada setiap karya yang saya siarkan di sini. semoga tahun 2012 akan menjadi lebih baik dan bermakna buat kita semua.

selamat tinggal pada tahun 2011 yang banyak mengajarku erti kehidupan. begitu banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang tahu 2011. ada duka dan kecewa. tetapi ianya hanya sementara kerana bahagia pasti datang.

huhuhuhu...orang lain bermacam-macam azam yang mereka ingin gapai, tetapi, saya hanya berazam untuk menjadi lebih baik pada diri sendiri, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan serta orang sekeliling saya. dan, azam setiap tahun adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa saya...

mak, ayah, maafkan anakmu ini kerana masih belum cukup baik untuk membahagiakan kalian(sebab....ahhahahaa..belum temu jodoh) hahahahhaa....untuk kakak sulong ku, terima kasih sebab sudi menjaga adikmu ini. insyaAllah, suatu masa kelak, saya akan membalas berlipat kali ganda kebaikan yang kakak berikan.

terima kasih pada abang dan adik-adik ku juga. kerana mereka sering membantuku ketika aku berada didalam keadaan terdesak. bantuan kalian amatlah aku hargai.

buat rakan-rakan semua, tanpa kalian hidup ini sunyi dan aku minta maaf pada rakan-rakan terdekat sebab, kadangkala tidak dapat ikut serta aktiviti yang korang anjurkan. bukan niat untuk menjauhkan diri, tetapi, aku cepat leka bila bersama ahli keluargaku. mudah lupa pada perkara lain jika sudah berkumpul. aku ingiin menghabiskan masa bersama mereka. biarpun hampir 29 tahun hidup bersama, aku tetap merasa rindu untuk berkumpul dan beramah mesra dengan mereka.

buat teman-taman blogger, pembaca setia blog ni, semoga anda semua berjaya dalam kehidupan baik di dunia dan juga di akhirat...


p/s..... Insya Allah, esok masukkan n3 Relaku Pujuk....SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012....

0 catatan: