Followers

Wednesday, December 14, 2011

layan sedutan dr Relaku Pujuk 17

“Kalau Mawar nak tahu. Dulu, kami berdua berjanji nak kahwinkan anak-anak kami. Supaya hubungan kami semakin erat. Kalaulah, kita berjumpa awal, tentu mak cik pinang Mawar untuk Ishamudin.” Aku pandang wajah Ishamudin yang merona merah itu. Begitu juga wajahku. Terasa panas membahang. Nasib baik aku tak jadi kahwin dengan dia. Kalau tidak, memang huru hara hidup aku. Yang penting, nasib baik mereka tak tahu yang kami saling mengenali.

“Takpe, Yon. Anak dara kau masih adakan. Anak bujang aku pun masih ada.” Mereka ketawa lagi. Aku tersenyum kelat. Tak nak aku kahwin dengan lelaki sombong ni. Belagak. Aku menjeling sekilas wajah lelaki yang dari tadi mendiamkan diri disebelahku. Walaupun rasa tak selesa sebab dia asyik berada disebelahku terpaksalah aku bertahan demi menjaga nama baik ibuku.

“Anak dara aku tu susah sikit. Anak bongsu. Asyik melawan cakap aku je. Susah nak paksa dia. Yang ini, mendengar kata.” Mak angguk kepala. Mendengar kata? Werkkk.. aku buat muka tak puas hati. Depan mak dia, pijak semut tak mati. Belakang mak dia, perangai entah macam apa. Bukan nak tegur orang, nak pandang sebelah mata pun dia tak sudi. Huh!!! Boleh jalanlah. Setelah selesai membeli barang keperluan untuk majlis tersebut, kami sedia untuk beredar.

“Terima kasih. Sila datang lagi.” Kami angguk kepala.

“Tahniah atas pernikahan encik dan cik. Semoga bahagia ke akhir hayat.” Aku dan Ishamudin saling berpandangan. Dia ucap tahniah kat aku? Aku tergelak lucu.

“Bukan mereka yang nak kahwin. Anak lelaki saya ni dengan tunang dia.” Mak cik Yon menyampuk.

Jurujual tersebut tersipu malu. Kalau orang lain tengok pun, pasti akan mengata begitu. Yelahkan. Kami berempat keluar bersama. Kadangkala kami berdua serentak geleng kepala bila ada sesuatu yang ditunjukan pada kami. Semua barang yang dibeli mengikut citarasa kami berdua. Tentulah mereka salah faham. Tapi, kenapa citarasa aku dan dia sama? Malas nak fikir. Hati masih sakit dengan kata-katanya ketika kami berada di dalam kedai perhiasan tadi.

4 catatan:

MaY_LiN said...

isk isk..
ntah2 c ishamudin tu suka kat mawar..
tu yang sombong gile..
tinggalkan kesan kat mawar..
suh ingat kat die slalu..

YONG JIAO XIU said...

hehehe lawak. tp pendek la, nak lagi.

IVORYGINGER said...

apa lg ishamuddin mak ko dah bg greenlight klu jumpa mawar dl dia nk nikahkan korg. tp it still not to late nk stop ur wedding dgn pompuan tah apa2x tu. nymapah ja. bg free pun tak mau la.

kaira_syuma said...

hahahhaa....petang nanti saya masukkan n3 penuh...kena edit ckit..tq sebab saba menunggu