Followers

Thursday, November 10, 2011

Jangan Kau Pergi 26


“Abang, saya kat mana ni?” Hafiya bertanya pelik. Matanya memandang sekeliling bilik yang hanya nampak warna putih.

“Sayang kat hospital. Rehat dulu, ye.” Elman membantu Hafiya baring semula.

“Err...Abang, Alif dan Ina mana?” Hafiya duduk semula. Rindu pada anak-anaknya membuatkan Hafiya tidak dapat tidur.

“Tak perlu risau tentang mereka.Buat masa sekarang, sayang kena jaga diri dan baby kita,” Elman berkata tenang sambil menyentuh perut isterinya.

“Baby kita? Fiya..Fiya mengandung?” Hafiya bertanya teruja. Elman angguk kepala kemudian dia tunduk mengucup dahi isterinya.

“Fiya mengandung? Abang tak bohong,kan?” Elman tersenyum.

“Kenapa pulak abang nak bohong? Betul, sayang mengandung 5 minggu..” Elman menjawab dengan ceria.

“Alhamdulillah.” Hafiya mengucap syukur. Matanya terasa berat dan akhirnya dia tidur semula.

*******************

“El, bagaimana keadaan Fiya?” Elman tersenyum kelat.

“Dia okey, mama, papa. Alif pulak?” Pn.Mariam menangis teresak-esak. Pilu hatinya mengenangkan keadaan Alif. Apalah nasib anak kecil itu.

“Dia masih tak sedarkan diri. Kita kena balik uruskan pengkebumian Nurina.” En.Ezhan menepuk bahu Elman.

“Saya nak temankan Fiya. Tak sanggup nak tinggalkan dia seorang diri kat sini,” En.Ezhan angguk kepala. Pn.Mariam kesat airmata yang mengalir di pipi.

“Kenapa semua ni terjadi pada Fiya. Abang, saya kasihan betul pada Fiya.” En.Ezhan peluk tubuh isterinya. Elman kesat airmata yang masih setia mengalir dipipi.

“Kita berdoa semoga Fiya tabah menghadapi dugaan ini.” Mereka bertiga terdiam. Wajah lesu Hafiya dipandang penuh simpati.

**********************************

“Abang, lama betul Ina tak datang. Ina masih tak sihat ye? Abang tolong bawa Fiya jumpa Ina.” Hafiya bertanya lemah. Sudah 2 minggu dia terlantar di hospital. Dia mengalami pendarahan dan perlu penjagaan rapi oleh pihak hospital untuk memastikan kandungannya selamat. Elman mendiamkan diri. Serba salah untuk menipu isterinya. Namun keadaan Hafiya yang masih lemah itu, menghalangnya untuk menceritakan perkara sebenar.


“Nanti, kalau Fiya keluar dari sini, kita minta maaf dekat Abang Arif ye.” Hafiya merasa bersalah kerana Nurina dan Alif lari dari rumah kerana hendak berjumpa dengannya. Elman membuang pandang ke arah lain. Sebak di dada bila mengenangkan nasib malang Nurina. Sebaik sahaja di bawa ke hospital, Nurina menghembus nafas terakhir dipangkuannya. Airmata mengalir dipipi bila mengingatkan betapa payahnya Nurina mencapai tangan Hafiya yang ketika itu masih tidak sedarkan diri. Sayu hatinya mengenangkan betapa rindunya Nurina pada Hafiya sehingga mereka sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk berjumpa Hafiya. Alif pula masih trauma. Anak kecil itu tidak mahu bercakap. Keadaan Hafiya pula membimbangkannya. Bagaimana dia hendak menyatakan perkara sebenar pada Hafiya? Mampukah isterinya menerima kehilangan Nurina. Elman tahan sebak di dada.


“Fiya berehat dulu. Nanti dah elok betul-betul, kita jumpa Abang Arif. Jaga kesihatan okey.” Elman mencium dahi isterinya. Hafiya angguk kepala dan menutup mata. Badannya masih lemah dan tidak bermaya.

******************************

“Kenapa abang tak bagitahu awal-awal? Sampai hati abang,” Hafiya menolak tubuh Elman yang sedang memeluknya. Sudah 2 minggu berlalu sejak dia keluar dari hospital dan selama itulah Elman asyik berdalih untuk membawanya berjumpa Nurina dan Alif. Kerana menyedari sesuatu, maka dia memaksa Elman menceritakan semuanya. Pada mulanya Elman enggan bercerita, namun setelah di paksa, barulah suaminya bercerita. Hanya tuhan yang tahu apa yang dia rasa saat itu. Hatinya benar-benar terluka kerana tidak bersama Nurina ketika anak kecil itu menghembuskan nafasnya.


“Doktor pesan supaya tunggu emosi Fiya stabil. Abang tak mahu perkara lain pula yang terjadi kalau Fiya tahu tentang itu.” Hafiya terdiam. Airmata yang menitis dipipi dibiarkan mengalir tanpa henti.


“Alif bagaimana?” Hafiya bertanya lemah. Elman peluk bahu isterinya.


“Alif masih dihospital. Keadaan dia masih sama seperti hari pertama dihantar ke hospital. Dia masih terkejut.” Hafiya menangis lagi.


“Fiya nak jumpa Alif.” Hafiya berkata dalam esak tangisnya. Elman angguk kepala.


“Ye. Tapi Fiya kena berehat dulu. Bila dah sihat, kita sama-sama pergi jumpa Alif.” Hafiya angguk kepala.

********************************

Hafiya merenung sedih wajah pucat Alif yang hanya mendiamkan diri di atas katil. Sejak mereka tiba, Alif langsung tidak mempedulikan mereka. Dia hanya memandang wajah mereka melawatnya.


“Alif tak kenal ibu?” Hafiya sentuh pipi Alif yang bersih itu. Alif hanya memerhati dengan pandangan kosong. Kemudian dia meneruskan menungannya.


“Doktor, kenapa dengan anak saya ni? Kenapa dia tak bercakap langsung? Dia juga tak kenal saya.” Hafiya bertanya lemah. Airmata mengalir dipipi.


“Maafkan kami, puan. Anak puan telah mengalami satu kejutan yang menyebabkannya menjadi pendiam dan berada di dalam dunianya sendiri. Lebih tepat lagi, trauma.” Hafiya pejam mata. Segala kejadian yang berlaku pada malam tersebut terakam kembali. Sedangkan dia sendiri sukar untuk melupakan kejadian tersebut, inikan pula anak kecil seperti Alif. Hafiya peluk tubuh kecil itu sambil menangis semahunya dibahu Alif. Elman membuang pandang ke arah lain. Begitu banyak perkara yang menimpa isterinya.


Hafiya tersentak bila tubuhnya ditolak perlahan oleh Alif. Alif merenung wajah Hafiya kemudian perlahan jari halusnya menyapu airmata dipipi Hafiya. Keadaan itu membuatkan Hafiya bertambah sedih.


“Alif anak ibu. Maafkan ibu. Ibu bersalah tinggalkan Alif dan Ina.” Hafiya memeluk Alif semula. Elman menepuk belakang isterinya. Alif hanya merenung pelik wajah-wajah orang di sekelilingnya kemudian dia kembali termenung.


“Alif...Alif nak makan gula-gula?” Hafiya bertanya perlahan sambil mengusap kepala Alif. Alif hanya merenung tanpa perasaan membuatkan Hafiya bertambah pilu.


“Abang, Alif tak kenal Fiya lagi. Sampai hati dia lupakan saya.” Hafiya gigit bibir menahan sebak di dada.


“Jangan macam tu sayang. Kita berusaha untuk memulihkan dia. Abang yakin dia akan sembuh dan akan ingat sayang sampai bila-bila.” Elman genggam jari jemari Hafiya. Hafiya angguk kepala. Pada saat itu matanya terpandang wajah sugul seseorang.


“Kenapa abang kejam sangat?” Hafiya berkata marah.


“Fiya..abang...Abang minta maaf.” Hafiya geleng kepala.


“Abang Arif tahu tak apa perasaan Fiya sekarang?” Hafiya berdiri tegak di hadapan Arif yang hanya menunduk memandang lantai.


“Fiya, kami minta maaf. Kami cuai.” Salimah bersuara sebak. Dia turut sama menyesal dengan kelalaiannya. Hanya kerana sikapnya yang tidak dapat bersabar dengan kerenah budak-budak, Nurina dan Alif lari meninggalkan rumah.


“Apa gunanya. Ina tinggalkan saya, Alif tak kenal saya. Itu yang abang dan kakak suka. Kalau abang dan kakak tak suka mereka, kenapa tak hantar ke rumah kami. Kenapa harus mereka pergi sendiri cari saya sampai jadi macam ni. Saya tak dapat bayangkan, betapa kejamnya abang dan kakak pada mereka sehingga mereka lari dari rumah.” Hafiya meluahkan rasa tidak puas hatinya.


“Fiya sudahlah. Ini semua sudah ditakdirkan. Abang Arif pun sedih juga tu.” Elman memujuk isterinya. Hafiya membuang pandang ke arah lain.


“Biar dia marahkan abang, Elman. Fiya, marahlah puas-puas. Abang tahu, ini memang salah abang. Memang abang layak untuk terima apa jua hukuman.” Hafiya kesat airmatanya.

“Fiya akan jaga Alif. Itu janji Fiya pada arwah kak Hana. Kenapa bukan Fiya yang pergi dulu..” Hafiya kembali duduk di sisi Alif.

“Fiya... Kenapa cakap macam tu? Bawa mengucap Fiya.” Elman berkata marah. Hafiya terdiam.

“Bagi peluang pada abang untuk tebus kesalahan abang. Abang janji akan jaga Alif dengan sebaiknya.” Hafiya angkat muka merenung wajah penuh mengharap Arif.

“Tak mungkin. Fiya tak benarkan. Biar Fiya sendiri yang jaga dia.” Elman geleng kepala sambil memandang wajah Arif yang cuba membantah.

“Abang Arif, temankan saya minum. Sayang jaga Alif kat sini, ye. Abang nak pergi minum dengan Abang Arif.” Elman cium dahi isterinya sebelum beredar.

***********************

“Maafkan Fiya ye bang. Emosi dia tak stabil. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni.” Elman bersuara perlahan setelah mereka melabuhkan punggung di kantin hospital.

“Abang yang patut minta maaf. Semuanya berpunca dari sikap abang yang terlalu pentingkan diri sendiri. Kalaulah abang tak mengabaikan mereka bertiga, tentu semua ini tidak terjadi.” Salimah kesat airmata.

“Sal juga salah, bang. Sal tak jadi ibu yang baik untuk mereka. Sal hanya pentingkan kerjaya Sal saja.” Salimah tunduk merenung meja.

“Baiklah. Sekarang bukan masa untuk menyesali perkara yang telah terjadi. Kita kena fikirkan bagaimana hendak memulihkan ingatan Alif. Dia terlalu kecil untuk mengharungi ujian ini.” Elman pandang satu persatu wajah dihadapannya.

“Abang akan cari orang yang dapat ubati penyakit dia.” Arif berkata penuh harapan. Elman terdiam.

“Abang, maafkan saya. Buat masa sekarang, rasanya lebih baik biarkan Fiya jaga dia. Saya faham perasaan abang. Tetapi, demi kebaikan Alif, rasanya Hafiya lebih layak untuk menjaganya. Saya bukan hendak menjauhkan Alif dari abang dan kakak. Saya tahu, Fiya mampu lakukannya. Dia lebih rapat dengan Alif. Lagipun, kita tak nak terjadi perkara yang sama kelak.” Arif mengeluh.

“Tetapi, itu hanya memburukkan keadaan. Alif akan terus melupakan abang. Abang ni ayah kandung dia.” Elman tersenyum.

“Ye. Saya tahu. Sebab itu, saya nak minta pertolongan abang. Beri peluang pada kami untuk menjaganya sehingga pulih. Saya janji, bila Alif pulih kelak, saya akan berusaha untuk merapatkan hubungan abang dan Alif. Walauapapun, abang tetap ayah kandung dia. Sesiapa pun tak dapat menyangkal kenyataan itu. Cuma, fikirkan demi kebaikan Alif.” Elman berusaha memujuk Arif.

“Abang, biarlah mereka jaga Alif. Sal tak mahu perkara yang sama berulang lagi.” Salimah sentuh lengan suaminya.

“Tapi Alif tu anak abang. Jadi dia tanggungjawab abang. Kenapa mesti diserahkan pada mereka yang bukan ayah dan ibu kandung dia?” Arif bersuara kasar. Salimah terdiam. Elman geleng kepala.

“Saya faham perasaan abang tu. Tapi, abang dan kakak perlu bekerja. Siapa yang akan menjaga Alif?” Arif dan Salimah saling berpandangan.

“Abang akan minta cuti untuk menjaganya.” Elman mengeluh.

“Sampai bila? Saya tahu, saya agak keterlaluan kalau saya katakan, abang dan kakak tak mampu memulihkan ingatan Alif.” Elman berkata yakin.

“Apa maksud kau?” Arif tarikh leher baju Elman. Sebelah tangannya bersedia untuk menumbuk Elman. Elman tetap selamba.

“Abang. Jangan burukan lagi keadaan. Boleh tak? Kalau sikap panas baran abang ni tak di kawal, memang abang tak layak jaga Alif. Malah tak layak jadi ayah pada dia.” Salimah berdiri. Terpana Arif mendengarnya.

“Abang, selama mereka berdua tinggal dengan kita, berapa kali saja abang luangkan masa bersama mereka. Abang nak tahu mengapa saya tak nak ada anak sejak berkahwin dengan abang?” Elman dan Arif terdiam. Arif geleng kepala.

“Sebab abang belum layak jadi seorang ayah. Semua tentang anak-anak abang serahkan pada isteri abang. Dan yang paling saya kesalkan, abang serahkan hak penjagaan pada Hafiya setelah mendengar saya tak nak jaga mereka.” Salimah bersuara lemah.

“Tapi Sal sendiri cakap tak nak ada budak-budak dirumah selepas kita berkahwin.” Arif kembali duduk. Elman membetulkan koler bajunya yang ditarik oleh Arif sebentar tadi. Salimah mengeluh.

“Abang sebagai lelaki dan ayah patut tahu apa yang abang perlu buat. Sebenarnya, saya memang berfikir untuk bawa mereka tinggal bersama selepas kita berkahwin. Tetapi, bila saya nampak abang tak hiraukan mereka, saya jadi tawar hati. Saya pernah pergi ke kampung dan melihat Hafiya begitu sayangkan mereka. Saya tak sampai hati nak pisahkan mereka. Kerana saya tahu, sikap abang yang sambil lewa itu dan saya tahu, abang akan serahkan semuanya pada saya.” Arif terdiam. Sangkanya Salimah memang tidak mahukan anaknya tinggal bersama mereka.

“Tapi, berilah peluang pada abang untuk membetulkan keadaan. Abang dah kehilangan Nurina, abang tak sanggup lagi kehilangan Alif.” Elman mengeluh. Mengingatkan Nurina, hatinya sakit. Kenapa bila sudah kehilangan, baru hendak sedar. Manusia memang begitu. Bila dekat tidak dihargai, setelah kehilangan barulah ditangisi.

“Kalau abang nak minta peluang itu. Abang patut tahu apa yang abang perlu buat.” Elman pandang wajah Salimah. Risau.

“Kak Sal..Tapi..” Salimah tersenyum pada Elman.

“Kami balik dulu. Nanti kami bagitahu keputusannya.” Elman mengeluh namun dia membiarkan mereka beredar. Tapi, jika difikirkan, memang Arif patut menjaga Alif. Bagi peluang untuk mereka bersama. Dia harus memujuk Hafiya supaya dapat menerima apa saja keputusan yang akan diambil oleh Arif.

4 catatan:

MaY_LiN said...

kejam nya..
sis..sedih la

YONG JIAO XIU said...

sian,igt alif yg meninggal. next pls...

sue said...

Sedihnya... Sian kt Fiya...
Tahniah buat Elman dan Fiya.... nak dapat baby..
tengok apa dah jadi sebab Ayah yang x berguna ... anak jadi mangsa....
Biarkan lah Alif tinggal dengan Fiya....
hanya Fiya yang boleh pulihkan Alif...

nursya said...

sedey...sedey...
cian kat hafiya ngn elman