Followers

Monday, April 25, 2011

Jangan Kau Pergi 22

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4




“Saya takkan bertanggungjawab. Awak boleh saman saya. Untuk berkahwin deng
an awak, tidak mungkin.” Elman berkata tegas. Matanya memandang wajah Hafiya. Semua mata memandang wajah tegang Elman. Semua tersentak. Mastura meraung. Hafiya geleng kepala. Baru sebulan dia meninggalkan Elman sendirian di kampung, sungguh dia tidak menyangka perkara tersebut terjadi sekali lagi pada Elman.


Walaupun hatinya terluka, namun dia tidak mudah melatah. Dia yakin Elman tidak akan melakukan perkara tersebut. Dia kenal siapa suaminya. Sedangkan dirinya yang telah sah menjadi isteri, Elman tidak pernah mengambil kesempatan keatasnya, inikan pula untuk melakukan perkara tersebut dengan perempuan yang bukan haknya. Elman tetap bersabar dan menunggu sehingga dia bersedia menjalankan kewajipannya sebagai isteri. Tetapi, dia kasihankan nasib cikgu muda itu. Bagaimana dia hendak menghadapi masyarakat setelah apa yang terjadi. Perlahan tangan Elman disentuh.


“Abang, abang tak patut buat macam tu. Kasihan dia.” Hafiya berkata perlahan. Semua penduduk kampung berbisik sesama sendiri.



“Kenapa pula? Dia sendiri yang cari masalah. Abang tak nak bertanggungjawab. Kalau perlu turun naik mahkamah, abang lebih rela. Dan Fiya, Fiya sanggup bermadu?” Elman bertanya kasar. Hafiya terpana. Renungan tajam mata suaminya begitu melukakan hatinya. Walau dia pernah menyatakan kesanggupan untuk membiarkan Elman kahwin dengan perempuan lain, namun bila perkara itu seakan terjadi, dia merasakan dia takut untuk kehilangan Elman. Mulut mengatakan sanggup, namun hati jauh menyimpang.



“Saya tak kira. Saya nak kahwin dengan Abang Elman jugak. Abang dah sentuh saya, abang tak boleh tinggalkan saya macam tu saja,” Mastura memeluk kaki Elman. Elman menepis kasar tangan halus itu.


“Jangan sentuh aku. Bila masa aku buat benda terkutuk tu. Kau jangan pandai nak tuduh aku sembarangan. Aku tak akan bertanggungjawab. Aku lebih rela diperjarakan dari berkahwin dengan kau,” Elman berkata tegas. Sekali lagi Mastura meraung.


“Kak Fiya, tolong kak. Semua orang dah tahu. Siapa lagi yang nakkan saya. Kak, tolonglah pujuk Abang Elman supaya terima saya,” Mastura merayu pada Hafiya juga. Beberapa orang wanita kampung tersebut menarik tangan Mastura dan memujuknya. Simpati pada gadis malang itu. Hafiya hanya mampu memandang sayu pada Mastura.


“Assalammualaikum,” Semua memandang keluar rumah.


“Waalaikumsalam,” Serentak mereka menjawab. Pegawai dari jabatan Agama Islam datang setelah menerima aduan. Elman mengeluh lega. Biarlah kali ini kerjayanya sebagai guru musnah, dia tidak akan sesekali memusnahkan hidupnya. Biarlah orang berkata dia lelaki yang tak bertanggungjawab, apa yang penting dia tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Mereka dibawa ke pejabat untuk disoal siasat. Elman tetap dengan keputusannya. Dia akan lawan sehabis-habisnya. Hafiya hanya merenung sayu wajah tegang Elman. Mastura terus menangis sambil dipeluk oleh salah seorang penduduk kampung yang bersimpati dengannya. Hafiya mengeluh. Elman berpaling menatap wajah yang sangat dirinduinya. Elman membuang pandang kea rah lain bila terasa airmata hampir menitis.


**********************************


Elman termenung dilaman. Fikirannya kosong sekosong hatinya kala itu. Hafiya awal pagi lagi sudah pergi ke pejabat. Hafiya sudah mahir bekerja dipejabat. Alif pula sudah dapat membiasakan diri dengan Pn.Mariam. Rumah besar itu tidak lagi sunyi. Cuma kebelakangan ini rumah 2 tingkat itu suram. Elman telah meletak jawatan sebagai guru dan kembali ke rumah orang tuanya sementara menunggu perbicaraan tentang kes khalwatnya.


“Papa,” Elman tersentak bila tangan halus memeluk lehernya. Elman tersenyum senang. Pantas tubuh kecil itu diletakan diribanya.


“Dah mamam?” Alif angguk kepala. Elman tersenyum senang.


“Kita pergi jalan-jalan petang ni sementara tunggu ibu balik. Kasihan anak papa, terpaksa tinggal dengan nenek,” Elman cium pipi Alif.


“Takpe. Nenek masih kuat lagi. Lagipun, nak tunggu anak kamu, nampaknya lambat lagi. Fiya tu semakin sibuk dipejabat. Tak menang tangan dia buat kerja. Isteri kamu tu kuat sangat bekerja.” Pn.Mariam menyahut. Elman tersenyum kelat.


“Fiya dan El bila lagi nak berbaik ni?” Elman mengeluh. Walau telah dicuba untuk menyembunyikan kepincangan dalam rumah tangganya, namun ibunya tetap dapat menghidu masalah dalam rumah tangganya.


“Entahlah, ma. Agaknya, dia memang tak pernah anggap El ni suami dia. Sanggup dia suruh El kahwin dengan perempuan tu.” Elman mengeluh.


“Fiya hanya kasihankan nasib budak tu. Dia perempuan El. Tentu dia faham apa perasaan budak tu.” Pn.Mariam menasihati anaknya. Elman berdengus kasar.


“Dia perangkap saya mak. Mana mungkin saya dapat terima dia. Lagipun, saya hanya cintakan Hafiya sorang.” Elman menjawab ikhlas. Pn.Mariam angguk kepala.


“Macamana dia boleh datang rumah kamu malam-malam buta tu?” Pn.Mariam bertanya pelik. Elman mengeluh.


“Malam tu, saya tak ingat sangat jam berapa sebab, lepas saya call Fiya, saya terus tidur. Mengantuk sangat, sebab banyak aktiviti dilakukan hari tu.” Elman mula bercerita.


“Abang Elman…Abang Elman..tolong…Abang Elman…” Elman terjadi dari tidur yang lena. Dia duduk termenung seketika kerana matanya masih mengantuk. Dia baru sahaja terlena dan sedang melayan mimpi indah bersama Hafiya. Bunyi pintu di ketuk dengan kasar mengganggu tidurnya. Selain itu kedengaran suara perempuan memanggil namanya dan meminta tolong. Perlahan Elman berdiri dan membuka pintu bilik. Lampu ruang tamu di pasang. Ketika pintu rumah dibuka, Elman terkejut bila tubuhnya dirempuh kuat dan dipeluk erat.


“Abang…tolong saya, bang,” Elman tergamam. Perempuan yang memeluknya itu menangis teresak-esak. Diluar hujan turun dengan lebat sekali. Elman menolak tubuh perempuan yang memeluknya itu.


“Mastura? Kenapa ni?” Elman bertanya pelik. Matanya meliar melihat ke halaman rumah.


“Abang…saya..” Mastura bersuara dalam tangisnya.


“Kenapa awak berjalan malam-malam buta ni? Awak dari mana?” Mastura mengesat airmata kemudian dia memeluk Elman semula.


“Nasib baik abang ada di rumah. Mas takut. Tadi ada orang cuba buat tak senonoh dekat Mas,” Mastura menangis teresak-esak di dada Elman. Sementara itu Elman berusaha menolak tubuh
Mastura.


“Ye. Awak datang dari mana?” Elman bertanya pelik. Dia hairan, apa yang Mastura buat kat luar tu malam-malam buta macam ni? Tidak takutkah dia?


“Saya dari rumah tadi. Nak ke kedai,” Mastura menjawab perlahan.


“Abang, sejuk…” Mastura menghampiri Elman. Elman berundur ke belakang.


“Tunggu sekejap. Saya pergi ambil tuala untuk awak.” Mastura angguk kepala. Ketika Elman sedang mencari kain tuala di dalam almari, dia terasa seseorang sedang memeluk pinggangnya.


“Mastura!!!” Elman menepis tangan Mastura yang erat memeluk pinggangnya. Mastura pula semakin erat memeluk Elman.


“Abang, Mas cintakan abang. Terimalah Mas jadi isteri abang,” Mastura bersuara lembut. Tangannya masih memeluk erat Elman. Elman berusaha menepis tangan halus itu.


“Mastura lepaslah. Saya dah kahwin. Saya tak mungkin terima perempuan lain. Saya hanya cintakan isteri saya seorang.” Mastura geleng kepala. Setelah berusaha dengan gigih, akhirnya Elman berjaya menepis tangan Mastura dan berdiri tegak merenung wajah gadis itu.


“Abang tentu kesunyian sebab isteri abang takde kat sini,kan? Biar Mas temankan.” Mastura tersenyum manis. Tangannya menyentuh pipi Elman. Elman menepis.


“Mastura, lebih baik awak balik. Tolong jangan jatuhkan maruah awak sebagai seorang perempuan. Jangan sampai saya hilang hormat pada awak. Lebih baik awak pergi.” Mastura tersenyum lagi. Dia masih tidak berputus asa. Biarlah kerjayanya sebagai guru musnah, yang penting Elman akan menjadi suaminya. Elman tentu akan bersetuju berkahwin denganya jika mereka di tangkap berkhalwat.


“Kenapa abang tak nak dekat Mas. Mas masih anak dara lagi. Mas kasihan tengok abang terpaksa kahwin dengan janda tu.” Mastura bersuara lembut. Sakit telinga Elman mendengar Mastura mengata isterinya.


“Jaga tutur kata awak. Walaupun dia janda, tapi yang penting perangai dia baik.” Elman menjawab geram. ‘Kenapa perempuan ni tak faham bahasa? Sudahlah, mengutuk isteri aku yang baik itu.’ Elman menjeling tajam wajah selamba Mastura. Mastura semakin berani. Elman tersentak bila Mastura dengan beraninya bersedia hendak menanggalkan baju dihadapan Elman. Pantas lima jari Elman melekat di pipi Mastura.


“Sedar sikit yang awak tu perempuan.” Elman berkata geram. Tangan Mastura ditariknya dan dibawa ke pintu. Ketika itu juga, terpancul wajah-wajah berang orang kampong di hadapan pintu rumahnya.


“El, mama yakin, Fiya pun percayakan kamu. Cuma dia rasa kasihan pada perempuan itu.” Pn.Mariam menepuk bahu Elman.


“Saya hanya cintakan Fiya seorang.” Luah Elman sungguh-sungguh.


“Kalau macam tu, apa tunggu lagi. Pikatlah isteri kamu tu cukup-cukup. Untung sabut, bolehlah mak dapat cucu hujung tahun ni.” Pn.Mariam tersengih. Elman mengeluh. Hafiya sudah kembali ke perangai asalnya. Nampaknya, terpaksalah dia gandakan usaha memujuk isteri tercinta.


**************************


“Mama, Alif mana?” Hafiya bertanya sebaik sahaja menyalami tangan ibu mertuanya. Pn.Mariam tersenyum.


“Elman bawa dia keluar tadi. Bosan duduk kat rumah katanya.” Hafiya angguk kepala.


“Macamana kerja kat syarikat tu? Okey?” Hafiya tersenyum.


“Okey je, ma. Tapi, Fiya kena biasakan diri dengan mereka-mereka kat pejabat tu.” Hafiya tersenyum.


“Biasalah. Errr...Fiya, bila Fiya dan El nak buat majlis bersanding tu? Mama rasa buat dalam masa terdekat ni, boleh tak?” Hafiya tersentak. Banyak betul masalah yang menimpa, jadi dia tidak tahu yang mana satu harus difikirkan. Sebulan lepas, Elman ditangkap berkhalwat. Minggu lepas pulak Arif menyatakan hasrat untuk mengambil Nurina dan Alif. Serba tak kena dibuatnya.


“Mama, bagi masa sedikit untuk kami.” Hafiya bersuara lemah. Pn.Mariam pandang wajah menantunya.


“Fiya ada masalah? Teruk sangat ke kerja kat pejabat tu?” Pn.Mariam duduk di sebelah Hafiya. Jemari Hafiya digenggam erat. Sebelum dia kenal Hafiya, dia pernah memberi pendapat supaya Elman meninggalkan gadis ini, namun setelah mengenalinya, rasa sayang pada Hafiya semakin hari semakin menggunung. Kerana Hafiya memang layak untuk anaknya. Namun rumah tangga mereka sering kali didatangi ujian.


“Fiya tak apa-apa. Mama jangan risaulah. Mama doakan ye, semoga Fiya cepat-cepat mengandung.” Hafiya angkat tangan Pn.Mariam dan mencium tangan ibu mertuanya. Pn.Mariam usap kepala Hafiya.


“Fiya dah sedia untuk mengandung?” Hafiya angguk kepala.


“Abang Elman dah bantu Fiya hilangkan rasa takut tu.” Hafiya tersenyum lemah.


“Fiya, kenapa Fiya paksa Elman kahwin dengan perempuan tu? Fiya kan tahu, Elman takkan buat benda terkutuk tu.” Hafiya mengeluh. Lama wajah ibu mertuanya direnung.


“Fiya kasihan kat Mastura. Fiya tahu dia dah lama sukakan Abang El.” Hafiya tersenyum kelat.


“Mana Fiya tahu?” Pn.Mariam bertanya pelik. Pelik. Macamana Fiya tahu? Janganlah ini semua angkara dia sudahlah. Pn.Mariam geleng kepala. Bingung sekejap.


“Dia pernah jumpa Fiya.” Hafiya tarik nafas perlahan. Melalui Nurina, Mastura menghantar pesan untuk berjumpa dengannya. Nurina juga pernah merajuk denganya kerana Cikgu Mastura selalu marahkannya kerana ibunya masih belum berjumpa dengan Cikgu Mastura.


“Dia jumpa Fiya nak apa? Berani betul budak tu. Mesti paksa Fiya tinggalkan Elman?” Fiya geleng kepala.


“Dia nak jadi isteri nombor dua Abang El. Fiya tak tahu nak buat apa lagi. Dia juga sering marah-marah pada Nurina. Kasihan pulak saya dengan anak saya yang tak tahu apa-apa. Bila, Fiya bagitahu abang supaya cari perempuan lain, dia terus marahkan Fiya. Akhirnya Fiya ambil jalan mudah dengan menerima tawaran papa. Fiya nak bagi peluang untuk Mastura pikat abang.” Hafiya mengeluh lega. Terasa selesai satu masalah.


“Fiya takde kaitan dengan penangkapan tu. Betulkan?” Hafiya geleng kepala laju sekali.


“Demi Allah, mama. Fiya takkan buat perkara macam tu. Fiya tak sanggup abang terima nasib yang sama untuk kali yang kedua. Tapi, Fiya tak tahu Mastura akan buat perkara macam tu.” Pn.Mariam angguk kepala.


“Habis tu kenapa Fiya bermasam muka dengan Elman. Kasihan mama tengok anak mama tu. Kesepian dia,” Pn.Mariam tersenyum. Wajah Hafiya merona merah.


“Fiya rasa bersalah pada abang. Kalau Fiya tak tinggalkan abang seorang diri di kampung, tentu perkara tu tak terjadi.” Pn.Mariam tersenyum.


“Bukan salah Fiya pun. Semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Dan, janganlah bermasam muka dengan Elman. Kasihan mama tengok dia.” Pn.Mariam tepuk bahu Hafiya dan beredar.


***************************


“Betul El nak sambung belajar?” Elman angguk kepala. Mereka sedang duduk santai di halaman rumah. Elman angguk kepala.


“Ye.” En.Ezhan angguk kepala.


“Tapi kenapa tak nak terus bekerja. Lagipun, sebelum ni kamu memang ambil pengurusan perniagaan. Kenapa nak sambung belajar lagi?” Elman tersenyum kelat.


“Nak refresh balik apa yang El belajar dulu. Lagipun, untuk 1 tahun je.” Elman tolak rambut ke belakang.


“Mana-mana yang baik untuk El. Nak sambung belajar kat mana? Nak ke luar negeri atau dalam Malaysia je?” En.Ezhan bertanya sebelum menghirup air Milo panasnya.


“Dalam Malaysia je, papa.” En.Ezhan tersenyum.


“Baguslah. Papa ingat kamu nak sambung belajar kat luar negeri tadi. Bimbang pulak dengan nasib Fiya dan anak-anak.” Elman tersenyum kelat.


“Hubungan El dengan Fiya, dah okey?” Elman kerutkan dahi.


“Apa maksud papa?” Elman garu lengannya. En.Ezhan tersenyum.


“Mama kamu bagitahu semalam. Dia cakap, Fiya rasa bersalah sebab tinggalkan kau kat kampung waktu tu. Tapi, semua itu salah papa. Papa yang terlalu mengharap Fiya bekerja disyarikat papa. Kalau dia ada bersama kau kat kampung dulu, tentu perempuan tu tak ambil kesempatan.” En.Ezhan dan Elman sama-sama mengeluh. Elman masih tidak tahu apa yang terjadi pada Mastura. Walaupun, sering ke mahkamah, namun dia tidak pernah terserempak dengan Mastura. Dan, perbicaraan mereka seringkali tertangguh.


“Benda nak jadi papa. Siapalah kita nak menolak.” Elman menjawab perlahan. Patutlah Hafiiya kurang melayan dirinya. Mungkin isterinya berasa bersalah.


“Dia tentu terkejut. Papa ingat nak buat majlis bersanding untuk kamu berdua dalam masa terdekat ni. El setuju tak?” Elman pandang wajah papanya.


“Nanti El bincang dengan Fiya dulu.” En.Ezhan angguk kepala.



********************************

slm semua, maaf sebab lmbt masukkan n3 terbaru...harap korang sudi2 la komen apa yang patut...tqvm...



17 catatan:

Unknown said...

nk lg,,,

suka bce cite ni,,,

slalu tgu cite ni kuar,,,

:)

Salina Azni said...

Adui.... kenapa blh jd mcm ni?? harap Elman tegas tk nk kawin dgn Mastura... penyibuk betul Mastura tu... campak je kt laut... Fiya pun satu... bg ler sokongan kt suami... lain kali jgn tinggal suami... sian kt Elman... harap2 kes mahkamah cepat settle....

hana_aniz said...

tak tahu malu giler si mastura tu. come on fiya. kesian elman.

MaY_LiN said...

alahai..
tamaula gaduh lelama

diahperi said...

mastura tu btl2 perempuan yg x malu. dah x da lelaki lain lagi ke spm nk pikat suami org. dah org x nk terhengeh2 pula. bila nk pergi honeymoon ni.

syahsulaiman said...

kesian nya...tp hrp fiya jgn cepat mnyerah kalah...elman hak dia...hargai slagi ade...
gud luck kaira...

aqilah said...

setuju....setuju!!!!!! apapun, El, fight kes tu!!!!! El di pihak yg benar!!!!!!!!!!!!!

Anor said...

kesianlah pulak dgn El..kenapalah
si Fiya ni cpt betul mengalah..kalau
betulkan sayang dn cintakan El ikat
kuat2 jgn dilepaskan malahan El pun
memang cintakan Fiya...nak lagi...
semuga cepatlah Fiya mengandungkan
anak El...

IVORYGINGER said...

kan dah kata. mmg akan jd camni. Fiya lah xmau dgr ckp. huhuhu...
berani lg nk tinggal laki hg. Tgk apa dah jd. Jahanam tul mastura tu. perempuan tak tau malu. thegeh2x kat laki org. huh... nyampah. Elman you jgn mngalah ngan dakwaan tu. Pertahankan kewibawaan you n perkahwinan you tu. Yg Mastura tu awat xberani dtg mahkamah??? Takut ya??? berani bt berani tanggung la. Fiya n Hilman ni kena belajar bkomunikasi la. masing2 suka luah ceta kat parent. napa la xluah sesama sendiri. biar masing2x jelas dgn perasaan masing2x.

Unknown said...

tqvm semua sebab sokong elman....sy kasihan dd mereka yg tak dpt baca menggunakan internet explorer...sy akan ubah template blog...kalau masih tak dpt baca, inform kat sy ye....sori sgt2...

Unknown said...

bangang betul la si mastura tu
suka2 hati ganggu rumah tangga org

nursya said...

aduhai...
masturah nie sj jer nk ssh kn elman...
org xnk nk gak thegeh2kn...
geramnyer...
huh..

Mahxiauwen said...

Yeii akhirnya dpt jugak ema b'ca, sukenya...
Tak nak Elman kahwin dgn mastura...

Hafiya cepat pny baby ye..

Zass said...

eeiiiii... kalau akulah elman tu.. aku dah lempang2 pompuan tak bermaruah tu.... sanggup gadai kesucian diri semata2 kerana nafsu betinanya...

mujur aku bukan elman..

Unknown said...

tqvm semua,

tunggu kemunculan hafiya versi gedik dlm epi yg akan dtg.....oleh sebab sian kat el, kaira kasi fiya pujuk hubby dia....

Zass said...

tak sabar den nak membacanya... hihihi....

Yong said...

apa la bodoh sangat c mastura tuh.buat lagu tu,lagi la elman benci. klo dah benci cmne nak kawin. dia tu ada masalah jiwa kot. hehehe.
hmm patutla org kata jgn tinggalkan suami,utamakan suami. klo tak jadi kes macam ni kan.