Followers

Monday, August 2, 2010

Pilihan Hati 39

“Kenapa kereta dengan kereta tu. Kalau nak memotong, jalan jelah...orang dah bagi signal tak nak jugak memotong,” Iskandar memperlahankan keretanya. Kerata hitam itu turut sama memperlahankan kelajuannya. Iskandar mula rasa tidak enak.


“Assalammualaikum, Hadi... aku on the way ke tempat korang ni. Tapi ada kereta hitam asyik mengekori aku dari tadi. Boleh tolong check no kereta ni tak? ME1350Q. Okey..okey..Aku kat jalan...lupa pulak. Mana papan tanda ni?” Iskandar meliar mencari papan tanda. Saat itu pulak dia terlupa jalan yang dia guna. Sudah agak lama dia tidak menggunakan jalan tersebut. Mengikut perancangan mereka, mereka akan memulakan operasi di kawasan terpencil yang menjadi lokasi penyeludupan dadah.


“Hadi...aku kat jalan...” Bummm...


“Arghhhh...” Iskandar menjerit kesakitan. Kereta yang dipandunya terbabas ke tepi jalan. Dunia terasa gelap gelita. Pada masa yang sama dia merasakan badannya ditarik keluar dari kereta. Wajah lelaki-lelaki yang membawanya keluar tidak begitu jelas kerana mereka memakai topeng. Akhirnya Iskandar pengsan.


****************************


“Bos, kami dah berjaya tangkap dia. Apa kita nak buat dengan dia ni?” Zack bertanya pada bosnya yang sedang enak menghisap rokok.


“Ikat dia di kerusi tu. Lepas tu bangunkan dia. Guna apa saja cara untuk sedarkan dia,” Slash ketawa besar. Bangga bila melihat lelaki yang dia sangat benci sedang berada dihadapan mata dengan kaki dan tangan terikat.


“Padan muka kau. Berlagak sangat sebab dapat tangkap aku. Taulah nasib kau lepas ni,” Ucapnya geram. Kuncu-kuncunya yang lain ikut sama ketawa.


************************


“Assalammualaikum. Shila, kejap lagi abang sampai. Kemaskan barang-barang Shila. Kita mesti ke rumah mak Shila sekarang,” Suara Hadi yang cemas itu membuatkan Shila tergamam.


“Kenapa bang? Apa yang terjadi?” Shila bertanya cemas. Tidak pernah dia mendengar suara Hadi yang cemas seperti itu. Fikirannya mula memikirkan perkara buruk.


“Nanti abang cerita. Kemaskan apa yang perlu saja.”


“Ok. Shila tunggu abang,” Shila mengemas segala dokumen yang penting sahaja. Shila tidak perlu membawa pakaian kerana pakaian di rumah ibunya masih ada. Setengah jam kemudian, kereta Hadi parking di hadapan rumah dan kelam kabut lelaki itu berlari ke dalam rumah. Sebaik sahaja melihat isterinya selamat, Hadi terus memeluk erat tubuh Shila. Beg yang sudah disediakan oleh Shila segera di bawa ke dalam kereta tanpa sempat Shila bertanya.


“Abang, kenapa ni?” Sekali lagi Shila bertanya. Hadi terus memecut laju kereta setelah memastikan pintu rumah dan pagar sudah dikunci.


“Is...dia...dia kena culik,” Akhirnya terluah juga. Shila menjerit halus.


“Abang Is kena culik? Siapa yang culik dia? Ya Allah, selamatkanlah abang ku di mana saja dia berada.” Shila menangis.


“Sabar sayang. Pihak polis masih mencari dia. Jangan risau. InsyaAllah Iskandar akan selamat.” Hadi menggenggam jari jamari isterinya.


“Mak dan ayah dah tahu tak tentang ni? Ari bagaimana? Dia baru je mengecapi bahagia.” Suara Shila kedengaran sayu. Hadi mengeluh. Dia juga sedih dengan pelbagai perkara yang menimpa sahabat merangkap abang iparnya itu. Dan kerana bimbang keselamatan ahli keluarga Iskandar, maka dia membawa Shila ke rumah keluarga Iskandar. Beberapa orang anggota polis ditempatkan di kawasan tersebut bagi mengelak kuncu-kuncu Slash mencederakan ahli keluarga Iskandar yang lain


**************************

“Ari...?” Shila memeluk Ariyana yang sudah bengkak matanya kerana terlalu lama menangis.


“Abang Is...Shila...aku tak tahu bagaimana aku nak teruskan hidup tanpa Abang Is,” Ariyana menangis lagi.


“Mak, ayah...” Shila memeluk ibu dan bapanya. Suasana sedih menyelubungi rumah besar itu. Hadi hanya mampu memandang wajah-wajah sedih di hadapannya.


“Hadi, bagaimana? Sudah ada berita tentang Is?” Datuk Azran bertanya pada menantunya. Hadi geleng kepala. Setakat ini, mereka masih belum menerima apa-apa panggilan dari pihak yang bertangungjawab.


“Kalau mereka minta wang tebusan, cakap saja berapa mereka minta, yang penting anak ayah selamat,” Suara tua itu bergetar. Betapa dia terlalu sedih kerana satu-satunya anak lelakinya tidak diketahui keadaannya. Hadi geleng kepala.


“Pihak kami masih belum menerima apa-apa panggilan dari penculik tersebut.” Datuk Azran mengeluh kecewa. Datin Hasmah menangis kuat. Ariyana hanya mampu menahan airmata yang sudah terasa semakin kering kerana terlalu lama menangis. Sudah masuk hari kedua Iskandar di culik.


“Buat masa sekarang, kita hanya mampu berdoa semoga Iskandar selamat.” Hadi bersuara tenang. Dia harus tenang. Tanggungjawab menjaga keluarga Iskandar kini tergalas dibahunya. Dia harus kuat supaya ahli keluarga yang lain mampu bertahan.


******************************


Suara gelak ketawa lelaki diluar bilik terdengar sayup-sayup. Perlahan Iskandar membuka matanya. Iskandar mengaduh kesakitan. Seluruh badan terasa sakit. Dia pejamkan mata bila mengingatkan kejadian semalam. Beberapa orang lelaki membelasah secukupnya sehingga dia tidak mampu hendak berdiri. Namun demi keluarganya, dia harus kuat. Slash masih belum memberitahu kenapa dia diculik.


“Hahahaa...padan muka inspektor tu. Belagak sangat sebab dapat tangkap bos. Hahaha,” Iskandar mendengar suara seseorang mengutuknya.


“Kenapa pulak bos nak tangkap dia ni? Macamana kalau dia bawa masalah kepada kita?” Seorang lagi bertanya bimbang.


“Bos ada rancangannya sendiri. Aku yakin, dia tentu ada sebab kenapa dia culik polis tu. Tak payah nak risaulah,” Iskandar batuk. Dadanya terasa sakit. Dia memandang sekeliling bilik yang gelap itu. Mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri. Iskandar agak susah hendak bergerak kerana kaki dan tangannya diikat.


“Bagaimana dengan polis tu? Dia dah sedar?” Iskandar menoleh ke pintu. Suara Slash kedengaran di luar bilik tersebut.


“Tak..tak pasti bos,” Jawab seseorang dengan gugup.


“Bodoh. Kalau dia tak sedar, siram dia dengan air. Kenapa bodoh sangat ni,” Suara kasar Slash membuatkan Iskandar berundur ke belakang. Pintu bilik dibuka. Iskandar pejam mata. Setelah berada di dalam kegelapan sepanjang masa, mata terasa sakit bila terkena cahaya.


“Sedar pun. Bawa dia keluar.” Dua orang lelaki menarik Iskandar dan dibawa keluar.


“Nak bawa dia ke mana bos?” Iskandar masih lemah dan tidak dapat berjalan dengan betul. Belakang badannya di pukul sekali lagi bila dia tidak bergerak.


“Jalanlah bodoh.” Iskandar berusaha melangkah biarpun kaki terasa sangat tidak berdaya ketika itu.


“Bawa saja dia. Jangan banyak tanya.” Mereka meneruskan perjalan ke satu tempat yang Iskandar tidak pernah pergi. Dalam kepekatan malam itu suasana terasa sunyi. Hanya bunyi unggas menemani mereka meredah hutan tebal itu. Beberapa kali Iskandar hampir tersungkur. Nasib baik ikatkan dikaki sudah dibuka sebelum mereka bergerak tadi. Iskandar memerhati sekeliling. Ada 7 orang kesemuanya termasuk Slash.


“Hello...Zoey, bagaimana? Dah sedia semuanya?” Suara Slash bertanya pada seseorang. Tiada seseorang pun yang menjawab. Namun seketika kemudian terdengar suara Slash ketawa besar. Tahulah Iskandar bahawa Slash sedang bercakap dengan seseorang di telefon.


“Kejap lagi sampailah. Pastikan tiada orang lain tahu kita di situ.” Suara Slash kedengaran memberi amaran.


“Tapi takpe. Kalau ada pun, kita sudah ada tebusan.” Iskandar berusaha melepaskan diri. Namun pegangan dua orang lelaki itu membuatkan dia gagal melepaskan diri. Mereka meneruskan perjalanan setelah memberi pukulan kuat dibadan Iskandar. Iskandar hanya mampu mengerang kesakitan. Hampir sejam berjalan, mereka tiba di sebuah perlabuhan kecil. Iskandar dapat melihat beberapa buah kapal berlabuh di pangkalan tersebut. Beberapa orang lelaki membawa senjata. Ada yang memunggah barangan ke dalam kapal. Tidak kurang juga yang sedang berjudi dan sedang minum.


“Selamat datang Slash. Lama tak jumpa,” Iskandar amati wajah lelaki yang memeluk Slash tersebut. Dia seperti kenal.


“Ye. Tentu kau semakin kaya sekarang ni. Bisnes majukan sejak aku kena tangkap,” Lelaki tersebut hanya tergelak besar. Beberapa saat kemudian dia merenung ke arah Iskandar.


“Nilah inspektor yang berjaya tangkap kau tu?” Soalnya sinis. Wajah Iskandar disentuh dengan kasar.


“Kau kenal aku tak? Tentu kau kenalkan?” Lelaki itu bertanya sinis sambil menampar pipi Iskandar.


“Siapa tak kenal kau,” Iskandar bertanya sinis. Siapa tak kenal Zoey. Selain Slash, Zoey juga menjadi buruan pihak polis. Pengedar senjata api yang semakin berleluasa. Negara jiran juga sedang memburunya.


“Orang glamor macam kami ni memang semua orang kenal. Hahahaa,” Suara Zoey berpadu dengan suara Slash.


“Kau yakin pihak polis tak buat serbuan malam ni?” Slash bertanya lagi. Mereka sedang menaiki kapal. Ketika itu, Iskandar menolak sekuat hati dua orang yang sedang memegangnya dan terus dia melompat ke dalam sungai. Slash terkejut dengan tindakan Iskandar tersebut.


“Bodoh. Cepat kejar dia. Tangkap dia,” Zoey dan Slash kelam kabut bila Iskandar berjaya melarikan diri. Beberapa orang di antara mereka terjun juga ke dalam sungai. Ada yang membawa lampu dan menyuluh ke sekeliling. Namun bayang Iskandar tidak kelihatan.


“Cari dia sampai dapat.” Slash membentak marah. Dia menangkap Iskandar kerana ingin lelaki tersebut mati di hadapan matanya. Selagi dia tidak menyeksa Iskandar, dia tidak akan puas hati. Sedang leka mencari Iskandar, mereka mendengar bunyi siren polis. Bertempiaran mereka melarikan diri. Masing-masing menyelamatkan diri.


“Zoey...apa semua ni?” Slash bertanya marah dan bersembunyi di sebalik kotak.


“Mana aku tahu. Kenapa kau bawa polis tu? Tentu dia tinggalkan jejak.” Mereka saling menyalahkan. Bunyi tembakan di sana sini. Agak lama juga mereka berbalas tembak dengan pihak polis.


Iskandar berpaut pada tiang jambatan. Walaupun tangannya masih terikat, dia masih mampu mengelakkan diri dari dijumpai oleh kuncu-kuncu Slash yang masih mencarinya. Walaupun bunyi tembakan masih kedengaran, Iskandar tetap terus menyembunyikan diri. Setelah agak reda, Iskandar keluar dari tempat persembunyiannya dengan perlahan. Ketika dia berdiri dan berada di tepi pantai, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang sehingga dia hampir terjatuh.


“Mana lagi kau nak lari ha...?” Iskandar cuba meronta. Pada masa yang sama, lampu suluh memancar ke arah mereka.


“Jangan dekat. Kalau korang nak dia selamat,” Slash mengacu pistol ke kepala Iskandar. Semua menghentikan tembakan.


“Letakkan senjata, kalau tak aku bunuh dia ni,” Iskandar berusaha menepis tangan Slash yang memeluk erat lehernya. Anggota polis yang berada hampir di situ meletakkan senjata mereka ke tanah dengan perlahan setelah mendengar arahan dari orang atasan mereka. Perlahan Slash melangkah ke belakang sambil mengheret Iskandar. Setelah melangkah beberapa tapak ke belakang, Iskandar menyiku perut Slash dan meniarap. Namun Slash sempat melepaskan tembakan ke arah Iskandar dan diikuti bunyi tembakan bertalu-talu menuju ke arahnya. Suara raungan Slash bergema di perlabuhan tersebut. Iskandar pejam mata bila merasakan tenaganya semakin lemah dan akhirnya dunia terasa gelap.


*********************************

4 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

hohhooo
hope is selamat..

MaY_LiN said...

o-o
mesti is kena tembak tu..
moga semuanya selamat..

Liyana (LSJ) said...

ala....
cepat2 smbg...
hope is selamat,k...

nursya said...

harap2 is xdela cedera parah...
cian kat si ari..