Followers

Thursday, May 20, 2010

Pilihan Hati 33

“Mari makan.” Iskandar tarik tangan Ariyana. Ariyana menepis jari jemari kasar itu. Iskandar merenung wajah lesu itu. Semenjak mereka berkahwin seminggu yang lalu, segala keperluan Ariyana disediakan oleh Iskandar. Ariyana keliru. Kenapa mesti Iskandar berkahwin dengannya? Adakah kerana simpati? Atau...adakah kerana dia pernah meluahkan perasaannya pada Iskandar

“ Ari tak perlukan simpati abang tu. Lepaslah...” Ariyana menepis tangan Iskandar yang semakin erat dibahunya.

“Makan sikit je. Abang suapkan,” Iskandar bersuara perlahan. Ariyana gigit bibir. Hatinya memberontak untuk menerima pujukan Iskandar, tetapi perbuatanya bercanggah. Semua yang Iskandar lakukan di pandang sepi.

“Abang minta maaf okey. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati Ari. Abang nak jaga Ari. Itu je,” Iskandar berlutut di hadapan Ariyana.

“Saya tak nak.” Ariyana berkata tegas. Iskandar mengeluh.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Ariyana geleng kepala.

“Ari tak sayangkan abang lagi?” Iskandar bertanya lembut. Wajah dimaniskan sambil tangannya mengusap jari-jemari Ariyana. Ariyana menarik tangannya.

“Tak. Ari benci abang,” Ariyana menjawab kasar. Iskandar merenung wajah sayu itu. Mencari kebenaran dalam kata-katanya. Ariyana melarikan pandangan. Betapa sukar membohongi hati sendiri.

“Takpe. Abang takkan paksa Ari.” Iskandar berdiri kemudian mengucup dahi Ariyana.

*******************************

Sudah sebulan mereka bergelar suami isteri. Sikap Iskandar juga berubah. Ariyana keliru. Iskandar begitu romantik dan menyayanginya sehingga Ariyana terasa seperti mereka sedang saling mencintai. Jadual waktu kerja Iskandar juga sudah berubah. Katanya, dia sengaja memohon bekerja di bahagian pentadbiran. Waktu kerja yang tetap. Apa yang penting, dia dapat berjumpa Ariyana selalu.

“Ari, tolong pasangkan tali leher abang ni. Boleh?” Iskandar menghampiri Ariyana yang sedang membaca buku. Ariyana hanya memandang sepi sebelum meneruskan bacaannya.

“Cepatlah.” Iskandar tiba-tiba duduk dihadapan Ariyana sehingga membuatkan Ariyana hampir melompat. Perlahan dadanya diurut.

“Abang ni kenapa? Terkejut orang dibuatnya.” Iskandar tersengih bila mendengar suara Ariyana yang tinggi itu.

“Tolong ikat tali ni ye?” Iskandar sekali lagi merayu. Wajahnya dimaniskan. Ariyana serba salah. Terbit rasa bersalah dihatinya.

“Maaf. Ari tak pandai ikat tali leher.” Jawabnya mendatar. Iskandar tersenyum.

“Owh!!!! Okey. Takpe. Sorry, abang tak tahu. Abang ingatkan Ari pandai ikat.” Iskandar berdiri dan beredar ke pintu bilik mereka.

“Errrr...abang nak pergi ke mana?” Ariyana bertanya risau. Iskandar tersenyum.

“Abang nak minta tolong mak ikatkan. Sebab tu abang tak suka bahagian pentadbiran ni. Pakaian formal sangat.” Iskandar bersuara lemah. Ariyana gigit bibir. Terasa dirinya menjadi penyebab Iskandar melakukan perkara yang dia tidak suka.

“Kenapa abang minta tukar? Ari dapat jaga diri sendiri.” Iskandar menghampiri Ariyana. Perlahan bahu isterinya disentuh.

“Abang nak dekat dengan Ari. Itu je sebabnya,” Ariyana tunduk memandang lantai bilik.

“Abang pergi jumpa mak dulu. Nanti lambat pulak turun kerja.” Ariyana mengekori langkah Iskandar. Dari jauh dia melihat wajah ceria Iskandar saat ibunya mengemaskan tali lehernya.

“Kenapa masih minta tolong mak ni? Ari belum pandai ikat tali leher ye?” Iskandar hanya tersenyum.

“Taklah. Dah biasa minta tolong mak.” Iskandar tersengih. Datin Hasmah geleng kepala. setelah kemas, Iskandar menghampiri Ariyana yang tercegat di tepi tangga.

“Nak temankan abang sampai ke pintu?” Iskandar tarik tangan halus itu. Ariyana hanya mengekori langkah kaki Iskandar. Tersenyum Datin Hasmah melihat gelagat anak dan menantunya itu. Dalam hati dia berdoa semoga Ariyana dapat menerima Iskandar sepenuh hati.

“Abang pergi dulu. Petang nanti tunggu abang balik ye,” Iskandar mencium pipi Ariyana pula. Ariyana sentuh pipinya sambil menjeling tajam wajah Iskandar yang nampak lebih ceria sejak mereka bergelar suami isteri.

“Masak yang sedap-sedap tau.” Pesannya lagi sebelum beredar. Beberapa kali Iskandar menoleh ke belakang sambil melambai tangan pada Ariyana. Sebelum membuka pintu kereta, Iskandar berlari anak menghampiri Ariyana yang masih tercegat dihadapan pintu.

“Terima kasih,” Ucapnya ceria sambil memeluk Ariyana lama sebelum sekali lagi dahi Ariyana dikucupnya. Ariyana tersentak dengan tindakan spontan Iskandar itu. Tersentuh hatinya mengenangkan sikap Iskandar yang sentiasa bersabar melayan kerenahnya.

“Ari...Kenapa ni nak?” Datin Hasmah peluk bahu menantunya.

“Mak..” Ariyana kesat airmata yang mengalir dipipi.

“Kenapa ni sayang? Is ada buat salah pada Ari?” Ariyana geleng kepala.

“Boleh tolong ajar Ari cara ikat tali leher tak?” Ariyana tiba-tiba bertanya. Wajah Datin Hasmah dipandang dengan rasa segan. Datin Hasmah tersenyum.

“Boleh. Apasalahnya.” Dia tahu ada sedikit perubahan pada hubungan Ariyana dan Iskandar.

“Mari..” Mereka beredar ke bilik Ariyana dan Iskandar. Ariyana mula belajar menjadi seorang isteri yang solehah.

***********************

Selepas memasak untuk makan malam, Ariyana berlari ke bilik tidur untuk mandi.

“Ari tak makan?” Soal Datuk Azran ketika Ariyana hendak menaiki tangga menuju ke biliknya.

“Errr...Ari tunggu abang Is, yah,” Datuk Azran angguk kepala. Datuk Azran menoleh ke jam dinding.

“Lambat pulak Is balik hari ni. Dia ada call Ari tak?” Ariyana geleng kepala.

“Mungkin dia banyak kerja agaknya.” Ariyana menjawab perlahan. Datuk Azran angguk kepala dan berlalu ke dapur. Ariyana pula terus berlari ke bilik.

Ariyana tertidur di ruang tamu menunggu kepulangan si suami. Sepanjang malam dia menunggu Iskandar, namun hampa. Hampir pukul 11.30 malam, Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. lampu ruang tamu masih menyala.

“Siapa yang lupa nak off lampu ni?” Iskandar bertanya pada diri sendiri sambil geleng kepala. Beberapa langkah kemudian, dia terpandang wajah polos isterinya sedang meringkuk kesejukan di atas sofa.

“Ari????” Bisiknya perlahan. Lama wajah itu ditatap kemudian dia tersenyum. Beberapa saat kemudian, Iskandar tepuk dahi sendiri. Dia terlupa sesuatu. Perlahan tubuh Ariyana didukung dan di bawa ke bilik mereka.

Selepas sembahyang Subuh, Ariyana mengemas katil. Wajahnya masam. Sedikitpun wajah suaminya tidak dipandang. Iskandar hanya tersenyum. Dalam diam, Ariyana minta di pujuk. Satu perubahan yang baik. Fikir Iskandar.

“Abang ni kenapa?” Ariyana bertanya garang. Marah bila langkah kakinya terpaksa berhenti bila tangan kasar suaminya memeluk erat pinggangnya.

“Sorry. Semalam abang lupa nak balik awal . Banyak sangat kerja. Maafkan abang ye?” Iskandar bersuara perlahan ditelinga Ariyana. Ariyana berusaha melepaskan diri dari pelukan Iskandar.

“Lepaslah. Orang nak turun ke bawah ni.” Ariyana masih menolak tangan Iskandar yang semakin erat memeluknya.

“Tak nak. Selagi Ari tak maafkan abang, abang takkan benarkan Ari keluar dari bilik ni,” Iskandar tersenyum bila mendengar Ariyana berdengus marah.

“Abang tau tak, penat Ari memasak. Tapi abang tak balik-balik. Ari lapar sebab tunggu abang balik. Tahu tak?” Ariyana meluahkan rasa marahnya. Iskandar memutar tubuh isterinya menjadikan mereka bertentangan. Supaya mudah dia melihat wajah yang sedang marah itu. Dia terus tersenyum.

“Kalau lapar makanlah. Kenapa nak seksa diri?” Ujarnya sambil tersenyum lagi. Ariyana gigit bibir. Geram mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Dah abang cakap nak balik awal. Siap suruh Ari memasak lagi.” Iskandar tersenyum lagi.

“Cantik pulak bila Ari tengah marah ye? Kenapa dulu abang tak perasan ye?” Iskandar mengubah topik. Nada juga sudah lain. Ariyana meronta untuk dilepaskan. Akal jahat terlintas difikirannya. Ariyana sengaja memijak kaki Iskandar. Terjerit kuat suaminya dan serta merta pelukan dilepaskan. Iskandar duduk sambil menggosok kakinya. Ariyana tersenyum puas.

*************************

6 catatan:

MizaEija said...

sweet nye iskandar neh..pandai pun amek pluang..bagus2..
ari pun da x jual mahal sgt.....suke.....
kaira..nak lagi...

aqilah said...

so sweet.......................

Unknown said...

comey,,,,
sweet,,,,

nk lagi.....

MaY_LiN said...

amboi..jeles ye ari..
harap ari berubah..
sis..ader typing error..
perntadbiran~pentadbiran
belekang~belakang

Unknown said...

tq sis, hehehhe...dah ubah..harap semua enjoy membacanya....kalau tak best...bagitahu jugak ye..supaya sy dpt perbaiki lagi novel ni..

nursya said...

hahahaha...
sweet..