Followers

Monday, May 31, 2010

Pilihan Hati 34

“Assalammualaikum, mak.” Datin Hasmah tersenyum riang bila melihat wajah ceria anaknya. Shila memeluk dan mencium pipi ibunya. Ariyana yang baru saja menuruni tangga tergamam bila melihat Shila.

“Shila...” Ariyana menjerit kuat.

“Ari...” Begitu juga Shila. Mereka berpelukan.

“Kenapa lama sangat tak balik sini? aku rindulah kat kau..” Ariyana bersuara sebak. Shila usap bahu temannya.

“Apa pulak rindu. Kau beruntung tau, mak, ayah dan abang Is semua ada kat sini. Aku tinggal sorang je kat sana.” Shila muncung mulutnya. Ariyana tergelak sambil menyeka airmata yang mengalir dipipi.

“Yelah. Kau ni, makin tembam aku tengok. Semakin cantik. Bahagialah?” Shila tersipu malu.

“Mana tak tembam. Hati senang sampai mak pun dia lupakan.” Datin Hasmah berkata perlahan. Shila berpaling pada ibunya.

“Mak ni, apa pulak. Mana ada adik lupakan mak. Adik cuma belum sempat nak call mak.” Shila memeluk bahu ibunya. Datin Hasmah muncung mulutnya. Sengaja mengusik anak perempuannya.

“Siapalah kita ni. Orang dah ada suami, mak sendiri dilupakan. Takde masa langsung nak telefon mak. Cakap dia sihat ke, tanya khabar ke,” Shila berdiri di hadapan Datin Hasmah sambil merenung tajam wajah ibunya yang masam itu.

“Habis tu, kenapa dulu beria-ia nak suruh adik kahwin? Kalau adik tahu, adik tak nak kahwin,” Shila berpeluk tubuh dan membelakangi Datin Hasmah.

“Budak ni, merajuk pulak dia. kenapa sensitif sangat ni? Mak gurau je. Itupun nak terasa ke?” Giliran Datin Hasmah pula memeluk tubuh anaknya. Shila berpaling dan membalas pelukan
ibunya.

“Mak jangan cakap macam tu lagi ye? Terasa adik, tau. Nampak sangat adik ni macam jenis yang mudah lupa diri.” Shila bersuara manja. Datin Hasmah menggosok belakang Shila.

“Berapa lama Hadi kursus? Sama dengan Is jugakkan?” Datin Hasmah bertanya lembut sambil beriring menuju ke ruang tamu.

“Ye mak. 2 minggu katanya.” Shila duduk. Sementara itu, Ariyana berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman.

“Ari, kau nak pergi mana tu? Tak payah susah-susah. Kejap lagi aku pergi ambil sendiri air tu,” Shila melambai tangan pada Ariyana.

“Siapa yang nak sedia air untuk kau? Perasan betul,” Ariyana mencebik.

“Owh!!!! Ingatkan kau nak buat air untuk aku tadi. Maklumlah, dah lama tak merasa air yang kau bancuh.” Ariyana mencebik kemudian berlalu meninggalkan Shila dan Datin Hasmah.

“Mak, Abang Is dan Ari tu, macamana? Dah okey?” Shila menoleh ke wajah ibunya bila mendengar keluhan dari ibunya.

“Dah ada perubahan sedikit. Kadang-kadang, mereka tu nampak macam orang sedang memendam perasaan. Tetapi, hati mak kuat mengatakan, yang mereka tu suka antara satu sama lain. Tapi, tak nak mengaku.” Datin Hasmah mengeluh. Shila termenung seketika.

“Nantilah adik cuba nasihatkan Ari.” Datin Hasmah angguk kepala. Shila menghimpit ibunya. Datin Hasmah senang bila merasa tangan halus itu memeluk lengannya. Manja. Sudah lama Shila tidak bermanja dengannya.

“Mak, errr....adik...errr..” Shila tersekat-sekat bersuara.

“Apa dia? Ada perkara nak bagi tahu mak?” Soalnya perlahan. Shila tersipu malu.

“Adik...ermmm..tak lama lagi... mak akan jadi nenek.” Shila tersengih bahagia. Datin Hasmah terkejut.

“Betul ke? Mak akan jadi nenek tak lama lagi? Shila mengandung? Berapa bulan?” Teruja wajah tua itu bertanya. Shila tersenyum lagi. Wajahnya memerah. Tangan di angkat.

“Betul? Terima kasih sayang. Jaga elok-elok ye,” Datin Hasmah memeluk erat tubuh Shila. Ariyana datang bersama dulang minunam.

“Ada berita gembira ye mak?” Ariyana bertanya setelah duduk di hadapan ibu mertuanya dan Shila.

“Ari, Shila mengandung. 3 bulan.” Datin Hasmah mengkhabarkan berita gembira itu.

“Hahhhh!!!! Betul ke? Wahh!!! Tahniah kawan,” Ariyana menerpa ke arah Shila dan memeluk sahabatnya itu.

“Tak sangka, kau dah nak jadi mak orang, tahniah beb,” Shila tergelak dan membalas pelukan sahabatnya yang juga kakak iparnya.

“Kau bila lagi?” Shila bertanya bila pelukan sudah dileraikan. Ariyana gigit bibir.

“Masih awal lagi. Baru masuk bulan kedua kita orang kahwin,” Ariyana menjawab lemah. Wajahnya muram.

“Manalah tahu dah ada.” Datin Hasmah pula menyampuk.

“Belum ada rezeki la mak. Nanti, kalau ada, Ari bagi tahu ye,” Datin Hasmah tersenyum sambil menepuk bahu menantunya. Datin Hasmah berdiri untuk beredar.

“Mak nak pergi mana?” Ariyana bertanya bila melihat ibu mertuanya berdiri.

“Mak nak keluar sekejap. Jumpa kawan tengahari ni. Kamu berdua duduk la kat rumah ni. Mesti banyak cerita yang kamu berdua nak kongsikan.” Shila angguk kepala. Ariyana berwajah lega. Sangkanya Datin Hasmah marah sebab dia masih belum mengandung.

“Kenapa ni? Kau ingat mak marah ye?” Ariyana tersenyum kelat.

“Takde lah.” Shila peluk bahu sahabatnya.

“Kau apa khabar? Abang Is layan kau dengan baik?” Shila bertanya setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

“Baik. Abang Is jaga aku dengan baik. Tapi...entahlah...aku rasa tak layak bersama dia.” Ariyana mengeluh.

“Apa pulak. Kau memang layak bersama Abang Is. Dari dulu lagi aku suka sangat kau dan Abang Is bersama. Satu kombinasi yang sempurna.” Shila menyakinkan sahabatnya.

“Lebih-lebih pulak dia.” Ariyana geleng kepala.

“Betul kau belum ada tanda-tanda mengandung? Kalau kau mengandung jugak, kan best. Sama-sama bawak perut besar ni kelak,” Shila tergelak. Ariyana menjeling tajam wajah sahabatnya.

“Kau kahwin awal dari aku, memang patut pun kau mengandung awal,” Ariyana bersuara jengkel. Shila tergelak.

“Kau merancang ye?” Shila bertanya sambil angkat kening. Pipi Ariyana merona merah.

“Kau ni... ada pulak merancang. Belum ada rezeki la,” Ariyana berdalih.

“Kau cintakan Abang Is?” Ariyana tersentak bila Shila tiba-tiba bertanya soalan tersebut.

“Kenapa kau tanya?” Ariyana pula bertanya.

“Aku rasa kasihan kat kau. Kenapa mesti berkahwin dengan lelaki yang kau tak cinta?” Shila bersuara perlahan. Walaupun Iskandar adalah abangnya. Namun, Shila tetap merasa kasihan pada Ariyana.

“Dah nasib aku agaknya.” Ariyana turut sama mengeluh.

“Tapi...abang Is tu baik. Beruntung kau kahwin dengan dia. selama kamu berdua berkahwin, kau tak rasa apa-apa ke? Rasa rindu bila berjauhan. Rasa nak dekat dengan dia je? Pernah tak kau rasa semua tu?” Ariyana mendiamkan diri. Semenjak dulu lagi, dia memang merasai perasaan tersebut tetapi dia takut untuk menunjukkannya pada Iskandar kerana dia tahu Iskandar mengahwininya kerana simpati semata-mata.

“Aku doakan kau dan Abang Is bahagia selalu. Dan...cepat-cepat dapat anak,” Shila peluk bahu Ariyana. Ariyana membalas pelukan sahabatnya. Selama 2 minggu Shila tinggal di rumah ibunya. Pelbagai nasihat juga diberikan kepada Ariyana.


**************************

p/s : salam, sori wat semua tertunggu2 n3 terbaru. tengah bercuti sakan ni. tak smpt nak bukak laptop kat kpg. byk sangat keja.. maaf la kalau n3 ni tak begitu memuaskan hati...huhuhuhu

3 catatan:

apple_pie said...

wah... shila da nk jd mama
ari... cepat2 la ikut jejak shila.. bia riuh umah tu nt ngn ank2 korang

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaa..
tak puasnyaa baca..
nak lagi..
hehe

MaY_LiN said...

ari..!!!
caiyo caiyo