Followers

Thursday, May 13, 2010

Pilihan Hati 32

“Abang, tak sampai hati pulak nak paksa Ari terima Is tu. Kasihan sangat Mah tengok dia. Kalau mereka tidak saling mencinta, bagaimana mereka hendak bahagia?” Datin Hasmah bersuara sedih.

“Biarlah mereka. Abang percaya Is mampu menjaga Ari. Bukankah itu yang Mah harapkan sejak dulu, kan?” Datin Hasmah angguk kepala.

“Ye. Tapi bukan dengan cara memaksa Ari terima Is.” Datin Hasmah kesat airmatanya.

“Kenapalah nasib Ari sedih sangat.” Datin Hasmah menangis perlahan.

“Sudahlah. Kita doakan sahaja semoga Is mampu menjaga Ari dan mereka akan bahagia kelak.” Datuk Azran peluk isterinya.

***********************

“Akak tak nak.” Ariyana bersuara kuat. Ketika itu, Arif sedang memujuk kakaknya.

“Kak, kalau Arif belajar kat sini, dapatlah Arif tolong jaga kakak. Masalahnya, Arif belajar jauh. Takde siapa yang nak jenguk akak.” Arif memujuk Ariyana yang sedang duduk di sudut katil sambil memeluk lutut.

“Akak tak sakit. Akak tak perlukan sesiapa,” Iskandar mengeluh bila melihat kedegilan Ariyana. Dia cuba menghampiri Ariyana tetapi sempat dihalang oleh Hadi.

“Sabar Is. Janganlah nak marah dia lagi. Bagi dia masa,” Hadi bersuara tenang. Iskandar berdengus kasar.

“Akak jangan macamni. Baiklah. Kalau kakak tak mahu kahwin dengan Abang Is, biarlah Arif tak payah sambung belajar. Biar Arif temankan kakak kat sini,” Arif berdiri dan berlalu. Iskandar tersentak. Dia mengejar langkah Arif.

“Arif...tunggu Arif. Arif tak boleh ikut perangai Ari tu. Arif kena sambung belajar. Kalau Arif tak sambung belajar, siapa yang hendak menerajui Syarikat arwah ayah Arif? Nak biarkan begitu saja?” Iskandar sentuh bahu Arif.

“Tapi.... Arif tak sampai hati nak tinggalkan Kak Ari dalam keadaan macam tu.” Arif menangis perlahan.

“Arif tak yakin pada abang?” Iskandar bertanya pada Arif. Arif terus tunduk memandang lantai. Niatnya untuk menyambung belajar adalah untuk menimba ilmu supaya senang dia mengambilalih syarikat keluarganya.

“Kita pujuk dia lagi ye.” Iskandar memujuk Arif.

“Tapi kenapa Kak Ari kena kahwin dengan abang?” Arif bertanya hairan. Iskandar garu kepala yang tidak gatal.

“Errr...sebab...abang dah janji hendak jaga dia.” Iskandar menjawab gugup. Itu hanya alasan. Dalam hati dia menjerit mengatakan cinta pada Ariyana.

“Betul?” Arif bertanya sangsi. Iskandar angguk kepala.

“Abang bohong. Abang ada sebab lain,kan?” Arif renung tajam wajah Iskandar. Iskandar tersentak. Dia garu kepala. Ketika itu mereka sedang berbual di halaman rumah setelah gagal memujuk Ariyana.

“Kalau abang bagi tahu, Arif simpan rahsia ni ya,” Arif angguk kepala. Iskandar mengeluh kemudian menarik nafas perlahan.

“Abang cintakan dia. Abang hendak jaga dia seumur hidup abang dan pastikan dia bahagia,” Arif tersenyum lebar. Iskandar hairan.

“Okey. Arif percayakan abang. Arif akan pujuk Kak Ari sampai dia setuju,” Iskandar geleng kepala.

“Kenapa abang tak cakap awal-awal? Kalau abang bagi tahu awal-awal, Arif akan paksa dia kahwin dengan abang dan bukan dengan Abang Irwan. Maka perkara ni tak terjadi.” Perlahan bahu Arif ditumbuknya. Dia juga kesal. Dia sendiri takut untuk mengaku perasaannya pada Ariyana.

“Abang ingatkan dia memang cintakan Irwan.” Iskandar bersuara lemah. Arif geleng kepala.

“Ari pernah jumpa abang malam sebelum majlis tu. Dia luahkan perasaan dia pada abang. Dan, abang menyesal sangat-sangat. Keesokkan harinya, abang pergi jumpa Ari. Ingat nak bagi tahu dia perasaan abang pada dia, belum sempat abang cakap, terjadi pulak perkara tu.” Iskandar mengeluh. Arif turut sama mengeluh. Bukan dia tidak perasan perubahan Ariyana dan Iskandar.
“Arif akan paksa kakak terima abang. Abang mesti jaga kakak sebaik mungkin ye. Sayangi dia,” Iskandar angguk kepala.

“Abang janji. Abang akan buat Ari bahagia.” Iskandar berkata yakin. Arif angguk kepala.

“Sebelum Arif pergi, Arif akan pastikan Kak Ari kahwin dengan abang. Tapi...Abang kena sabar dulu ye.” Iskandar angguk kepala. Demi Ariyana, dia sanggup menunggu.

***************************

“Adik, adik dah mendaftar untuk pergi ke Australia tu?” Ariyana bertanya pada Arif. Petang yang nyaman itu mereka duduk santai di halaman rumah mereka.

“Malaslah. Adik ingat nak sambung belajar kat sini jelah. Lagipun, Universiti kat Malaysia pun dah setanding dengan Universiti kat luar negara. Yang penting, niat kita,” Arif menjawab tenang. Ariyana renung wajah adiknya yang sedang leka melayan game ditelefon bimbitnya.

“Adik tak pergi sebab adik ingat kakak sakit. Betulkan?” Arif pandang wajah kakaknya dengan kerutan di dahi.

“Eh mana ada. Arif memang malas nak sambung belajar jauh-jauh.” Arif menjawab malas. Ariyana gigit bibir.

“Kakak tak kira, Arif mesti sambung belajar kat Australia jugak.” Ariyana bersuara tegas.

“Tak nak.” Selamba dia menjawab kemudian Arif berlalu meninggalkan Ariyana yang terpinga-pinga.

“Apa kena dengan budak ni?” Ariyana kerutkan dahi. Sejak beberapa hari ni, Arif seperti menjauhkan diri darinya. Dia juga semakin pulih dari traumanya. Dia juga sudah dapat menerima hakikat bahawa Irwan telah pergi meninggalkannya. Namun dia bimbang dengan permintaan adiknya beberapa hari lepas.

***********************

“Arif...Abang Is tak cintakan kakak. Kenapa mesti kami berkahwin?” Ariyana bersuara perlahan. Sudah sebulan sejak Arif memintanya berkahwin dengan Iskandar.

“Adik hanya akan pergi jika abang dan kakak kahwin. Arif tahu abang akan jaga kakak sebaik mungkin. Tentang cinta tu, rasanya itu antara abang dan kakak. Yang Arif mahu, kakak kahwin dengan Abang Is sebab Arif tahu, hanya Abang Is yang layak jadi suami kakak,” Ariyana gigit bibir. Serba salah. Hatinya meronta-ronta untuk menyetujui perkara tersebut. Namun sangat sukar untuk dia mengaku.

“Huhhhh...baiklah...Kalau akak kahwin dengan Abang Is, Arif setuju sambung belajar ke Australia tu? Kalau Arif setuju akak akan ikut segala kemahuan Arif tetapi.... Arif mesti mendaftar dulu.” Ariyana bertanya serius sambil memandang wajah selamba Arif. Arif menoleh seketika ke arah kakaknya kemudian dia geleng kepala.

“Kenapa?” Ariyana bertanya pelik. Hairan bila melihat Arif menggeleng kepala.

“Selepas kakak dan abang Is kahwin, baru Arif mendaftar.” Ariyana gigit bibir. Tersentak dengan kata-kata Arif.

“Betul Arif nak kakak kahwin dengan Abang Is? Arif tak takut jika satu masa kelak, akak menderita sebab kahwin dengan dia?” Ariyana menguji adiknya.

“Abang Is takkan kecewakan kakak. Tapi...mungkin kakak yang akan mengecewakan Abang Is.” Ariyana menjeling tajam wajah adiknya.

“Apa pulak kakak? Takkan kakak nak kahwin dengan lelaki yang tidak menyintai kakak?” Ariyana melenting. Arif berdengus kasar.

“Ye. Cinta boleh dipupuk selepas kahwin. Yang penting kakak dapat menambat hati Abang Is. Rasanya...takkan ada masalah,” Arif pula bersuara tinggi.

“Adik tak tahu apa rasanya cinta dalam rasa terpaksa. Kakak tak mahu Abang Is menderita sebab terpaksa menerima kakak.” Ariyana berkata perlahan.

“Pernah tak kakak terfikir jika sebenarnya Abang Is...” Kata-kata Arif terputus bila telefon bimbitnya berbunyi. Nama Iskandar tertera di skrin.

“Assalammualaikum..” Ariyana hanya mendiamkan diri cuba mencuri dengar perbualan Arif dengan si pemanggil. Beberapa ketika kemudian, Arif pandang wajah Ariyana.

“Kak, betul kakak setuju kahwin dengan Abang Is sebelum Arif pergi Ke Australia?” Ariyana tersentak. perlahan dia mengangguk kepala. Arif tersenyum lebar.

“Terima kasih kak. Abang, kakak setuju. Ye...ye...sebelum Arif berlepas ke sana lah. Ye.. Assalammualaikum. Kirim salam pada mak dan ayah juga kak Shila dan Abang Hadi,” Arif tersenyum lebar. Ariyana menjeling tajam wajah adiknya.

“Lepas kakak kahwin, barulah tenang hati Arif nak sambung belajar.” Ariyana mengeluh. Dia bersetuju bukanlah kerana Arif, tetapi hatinya juga memaksa dia menerima lamaran Iskandar. Lebih-lebih lagi bila Datin Hasmah dan Datuk Azran turut sama memujuknya. Namun jauh di sudut hati dia terasa sesuatu. ‘Gembirakan aku?’ Bisiknya di dalam hati. ‘Betulke dia pilihan hatiku? Biarlah aku ikutkan kata hati untuk kali ini saja,’ Ariyana termenung lagi.

***********************

“Mak, ayah....Ari dah setuju kahwin dengan Is.” Iskandar gembira. Senyuman tak lekang dibibirnya. Datin Hasmah memandang hairan wajah ceria anak terunanya.

“Mak hairan..kenapa Is nak sangat kahwin dengan Ari? Simpati atau ada niat lain?” Iskandar tersentak. Dia mengaru kepala sambil tersengih. Datuk Azran turut sama tersengih. Dia memang menyedari sesuatu dihati anak mudanya itu.

“Biarlah dia. abang yakin Is ada sebabnya tersendiri. Kita doakan aje budak-budak ni bahagia ke akhir hayat.” Iskandar tersenyum lebar.

“Terima kasih ayah. Is janji akan jaga Ari sebaik mungkin. Mak, Ari akan jadi menantu mak. Mak gembira tak?” Datin Hasmah merenung wajah ceria itu.

“Mak lebih gembira lagi jika kamu berdua berkahwin kerana cintakan antara satu sama lain.” Datin Hasmah bersuara lemah.

“InsyaAllah mak.” Iskandar menjawab perlahan.

*****************

4 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa..
suke suke.
nk lagi...!

hana_aniz said...

yes!! haha

akak said...

wah..bermula episod baru!!!!

MaY_LiN said...

ala..
sambungla lagi..