Followers

Thursday, May 6, 2010

Pilihan Hati 31

Upacara akad nikah akan berlangsung sekejap lagi. Ariyana semakin gelisah. Ingin sahaja dia lari dari majlis tersebut. Rasa menyesal kerana membuat keputusan terburu-buru. Semuanya kerana ingin melupakan Iskandar. Dia bertekad, setelah dia berkahwin dengan Irwan, tumpuannya hanya pada Irwan. Namun, semakin hampir ke hari perkahwinannya, cintanya pada Iskandar semakin kuat. Ariyana kesat airmata yang tiba-tiba mengalir. Semua rakan-rakannya yang memenuhi bilik ketika dia sedang dihias tadi, sudah keluar. Ingin melihat bakal suaminya. Ariyana tersentak bila mendengar seseorang membuka pintu. Ariyana terus menyembunyikan wajahnya dan mengesat arimata yang mengalir dipipinya.

“Ari...” Ariyana tersentak lagi. Suara yang dia rindu bergema di ruang bilik tersebut. ‘Tak mungkin. Aku hanya bermimpi,’ Bisiknya dalam hati. Iskandar mengeluh.

“Ari...abang ada perkara nak cakap pada Ari...tolonglah pandang wajah abang,” Ariyana berpaling bila yakin, dia bukan bermimpi. Wajah kusut Iskandar dipandang sayu.

“Apa abang buat kat sini? Nanti apa pulak orang cakap? Ari dah nak jadi isteri orang, lebih baik abang keluar,” Ariyana bersuara bimbang. Iskandar mendiamkan diri.

“Ari...abang hanya nak bagi tahu Ari..” Iskandar terdiam bila mendengar bunyi tembakan di tingkat bawah. Dan suara orang ramai yang menjerit ketakutan. Ariyana meluru ke pintu. Begitu juga Iskandar. Sebaik sahaja Ariyana berada ditangga, dia terpandang sekujur tubuh kaku dipangkuan Arif. Ariyana tergamam dan terus jatuh terduduk dan sempat disambut oleh Iskandar. Jika tidak, sudah tentu tubuh kecil itu akan jatuh ke bawah. Majlis yang tenang bertukar riuh. Seorang lelaki meronta-ronta minta dilepaskan apabila 5 orang lelaki lain menahannya. Dia menjerit-jerit memanggil Ariyana.

“Farhan...” Ucapnya perlahan sebelum menutup mata. Iskandar peluk erat tubuh kaku itu.

************************

“Pergi kau dari sini. Aku benci tengok muka kau. Pergi!!! Kau perempuan yang membawa malang. Sekarang puas hati kau, kerana sikap tak baik kau tu, orang lain yang menjadi mangsa. Lebih baik kau pergi sebelum aku buat perkara yang lebih teruk lagi.” Ariyana tunduk memandang lantai hospital. Airmata mengalir laju dipipi. Suara Puan Sri Hanim menjerit kuat. Semua mata pengunjung hospital memandang ke arah mereka.

“Mak cik, tolong benarkan Ari berjumpa Irwan,” Iskandar turut merayu. Ariyana semakin lemah. Sungguh dia tidak menyangka perakra tersebut terjadi. Kenapa mesti Irwan yang menjadi sasaran.

“Lebih baik kau bawa perempuan ni pergi dari sini. Aku tak suka dia ada di sini,” Ariyana melepaskan pegangan tangan Iskandar dan melutut di kaki Puan Sri Hanim.

“Mak cik...tolonglah. saya minta maaf. Tolong benarkan saya jumpa Irwan. Mak cik...saya cin..” Ariyana terpana bila pipinya di tampar kuat.

“Mak cik!!!!” Iskandar menarik tubuh Ariyana yang jatuh terduduk. Berhati-hati tubuh lemah itu diangkatnya.

“Aku memang tak pernah izinkan kau berkawan dengan anak aku. Kerana kau jugak dia suka melawan segala kata-kata mamanya yang telah melahirkannya ini. Kerana perempuan macam kaulah, dia membelakangkan mamanya. Kerana kau memang perempuan yang tak tahu malu..perempuan..” Iskandar angkat tangan menghalang Puan Sri Hanim berkata.

“Cukup!!!! Mak cik tak layak menuduh Ari begitu. Ariyana bukanlah perempuan seperti itu. Sudahlah Ari...mari pergi.” Iskandar menarik tangan Ariyana. Ariyana meronta minta dilepaskan. Dia rela dimarahi oleh Puan Sri Hanim asalkan dia dapat berjumpa Irwan dan meminta maaf atas segala yang dia lakukan.

“Abang, lepaskan Ari... tolonglah...Ari nak jumpa dia sekejap je. Tolong..” Ariyana merayu. Iskandar menghentikan langkah. Kemudian mengeluh. Lama wajah suram itu di renung.

“Abang tak sanggup dengar hinaan dia pada Ari. Tolonglah Ari.” Ariyana terus memandang wajah Iskandar meminta belas kasihan. Iskandar picit dahi yang terasa sakit tiba-tiba. Kemudian dia berpaling ke belakang. Ariyana mengekori langkah Iskandar.

“Saya minta maaf mak cik. Tolong benarkan Ari jumpa Irwan sekejap. Selepas ni, saya janji, mereka takkan berjumpa lagi. tolonglah. Sekali ini saja.” Iskandar bersuara perlahan.

“Mama, biarlah mereka jumpa Abang Irwan sekejap.” Irni memujuk mamanya. Puan Sri Hanim menjeling tajam wajah basah Ariyana.

“Lepas ni, jangan berani jumpa anak aku lagi.” Puan Sri Hanim berlalu meninggalkan mereka. Iskandar dan Ariyana masuk ke bilik tersebut. Irwan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ariyana menangis lagi.

“Wan, maafkan Ari.” Hanya itu yang mampu Ariyana ucapkan. Selepas itu dia berlari keluar.

“Ari...Ari..tunggu Ari..” Iskandar mengejar Ariyana. Beberapa pasang mata memandang hairan ke arah mereka.

**************************

“Kenapa mesti Irwan? Kenapa orang yang Ari sayang pergi tinggalkan Ari?” Ariyana bertanya pada Iskandar. Iskandar mengeluh.

“Ari, jangan fikir yang bukan-bukan. Semua ini takdir. Tuhan yang menentukan segalanya. Ari mesti tabah. Jangan asyik salahkan diri sendiri. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,” Iskandar memujuk.

“Tapi, Ari bersalah pada dia. Ari tak pernah cintakan dia..tapi...kenapa bukan Ari yang kena? Sepatutnya Ari yang berada di hospital tu, bukan Irwan,” Ariyana menangis lagi. kepala di tundukan. Iskandar mengeluh. Dibiarkan Ariyana menangis.

****************************

Beberapa hari kemudian, mereka menerima berita kematian Irwan. Setelah 5 hari koma, Irwan meninggaldunia.Farhan dijatuhkan hukuman seumur hidup kerana menyebabkan kematian Irwan. Puncanya adalah cemburu dan juga ingin membalas dendam. Apa yang Ariyana tidak tahu selama ini, Farhan adalah adik kepada Zawiyah. Zawiyah pula sebenarnya menyukai Irwan dalam diam. Namun dia kecewa bila Irwan memilih Ariyana. Tetapi, tindakan Farhan itu tiada kaitan dengan Zawiyah. Kerana kejadian tersebut, Zawiyah meletak jawatan dan berhijrah ke luar negeri. Dia malu dengan perbuatan adiknya dan juga dia rasa bersalah pada keluarga Irwan dan juga pada Ariyana.

Sementara itu, Ariyana pula terus menyalahkan dirinya di atas kematian Irwan. Dia menjadi pendiam dan suka menyepikan diri. Iskandar yang bimbang penyakit Ariyana akan berlarutan mengambil keputusan untuk mengahwini Ariyana.

“Is yakin dengan keputusan Is ni? Mak nak Is fikir baik-baik. Ini untuk masa depan Is dan Ari.” Datin Hasmah bersuara tenang. Iskandar sentuh dahi. Memang pening untuk membuat keputusan tersebut. Tetapi demi Ariyana, dia sanggup. Masalahnya, mahukah Ariyana menerima dirinya? Iskandar mengeluh.

“Mak, Is yakin dengan keputusan Is. Kalau Is buat silap pada Ari, sekurang-kurangnya, mak masih boleh tegur Is. Tapi, kalau orang lain yang berkahwin dengan Ari, dan mengabaikan dia, kita tak dapat nak buat apa-apa.” Iskandar bersuara yakin.

“Tapi....Ari sakit. Sanggupkah Is terima dia sepenuhnya?” Iskandar tergelak.

“Mak, Is takkan buat keputusan terburu-buru. Is sayangkan Ari.” Iskandar tersenyum.

“Arif macamana? Arif setuju Abang Is kahwin dengan Kak Ari?” Arif tersentak. Beberapa ketika kemudian dia angguk kepala.

“Arif yakin Abang Is mampu sayangkan Kak Ari, biarpun, Kak Ari tak sihat.” Iskandar tepuk bahu Arif.

“Percayalah. Abang akan jaga dia sebaik mungkin. Mak, Is nak mintak tolong mak. Pujuk Ari. Dia masih marahkan Is,” Iskandar tunduk memandang lantai. Datin Hasmah tersentak.

“Kenapa dia marahkan Is? Dan, kalau dia marahkan Is, tak mungkin dia nak terima Is jadi suami dia,” Datin Hasmah bersuara kuat. Iskandar garu kepala.

“Kenapa dia marahkan Is? Biarlah jadi rahsia antara kami berdua. Is nak minta tolong mak dan ayah pujuk dia. Arif pun dah setuju nak pujuk dia,” Arif angguk kepala. Pada mulanya Arif juga keberatan hendak memujuk Ariyana menerima Iskandar. Bila mendengar kata-kata dari mulut Iskandar, Arif pun bersetuju. Yakin, kebahagiaan kakaknya adalah bersama Iskandar.

“Tengoklah nanti. Mak tak sampai hati nak paksa dia. Kenapalah kamu berdua tak bercinta seperti orang lain?” Datin Hasmah mengeluh. Permintaan anak bujangnya itu memang tidak masuk akal. Tetapi, bila difikirkan, memang betul apa yang Iskandar katakan. Sekurang-kurangnya, dia masih dapat melihat Ariyana dekat dengannya.

***********************

p/s : salam, sorry sbb lmbt masukkan n3 terbaru...bz dgn perkara yg tak berfaedah..hehhehehe...komen2 apa yang korang rasa nak komen...:p

4 catatan:

epy elina said...

hohoohooh....
x sngka ari x jd kawen ngn irwan....
pe lagi is...
ambil la pluang untk mndptkan ari...
sdih jg irwan mati...
pas ni x ada dah wtak irwan...

apple_pie said...

yea..yea...is ade pluang lg...
be gantleman ler is...

MaY_LiN said...

sadis nya..
pela yang is ngan ari gaduhkan tuh..
saspen

nursya said...

aduhai...
cian kat ari..