Followers

Saturday, May 1, 2010

Pilihan Hati 30

“Yang mana satu pasangan yang nak kahwin ni?” Soal Jurunikah tersebut. Semua tetamu tergelak.

“Yang pakai baju biru ni Tok.” Iskandar menjawab. Tok Kadi itu pandang wajah Hadi dan Shila. Kemudian beralih pula pada Iskandar dan Ariyana.

“Owh!!! Ingatkan dua pasangan. Kenapa tak kahwin serentak? Senang sikit. Jimat kos,” Iskandar kerutkan dahi. Tidak faham. Hadi tersenyum simpul. Begitu juga Datuk Azran dan Datin Hasmah.

“Mereka ni takde jodoh Pak Aji. Tak lama lagi yang perempuan ni kahwin. Yang lelaki ni pulak masih belum jumpa jodoh dia,” Datin Hasmah menjawab tenang. Tok Kadi itu angguk kepala.

“Mereka ni sepadan. Macam pinang di belah dua,” Ucapnya tenang. Iskandar memandang ke arah Ariyana yang sudah tertunduk malu.

Majlis akad nikah berjalan lancar. Hadi tersenyum bahagia saat tangannya dicium oleh Shila ketika upacara pembatalan air sembahyang. Ariyana tersenyum bila melihat betapa berserinya wajah Shila setelah bergelar isteri. Matanya beralih pandang ke wajah Iskandar yang sedang leka memerhati gelegat Hadi yang terpaksa melakukan bermacam-macam gaya untuk dirakamkan. ‘Bagaimana agaknya rupa bakal isteri Abang Is?’ Ariyana berbisik di dalam hati. Wajah Zawiyah terlayar di ruang matanya. Beberapa minit kemudian, Ariyana mengeluh. Iskandar seperti merasakan seseorang sedang memerhatinya. Matanya meliar mencari gerangan yang berani memerhati gerak-gerinya. Iskandar terpaku saat matanya dan Ariyana berbalas pandang. Betapa indahnya jika saat itu, dia dan Ariyana yang sedang melakukan upacara pembatalan air sembahyang. Iskandar tersenyum sambil menggeleng kepala. ‘Jauhnya aku berangan,’ Bisiknya perlahan.

***************************

“Kaki Ari macamana? Dah okey?” Iskandar menghampiri Ariyana yang sedang leka mengemas dapur. Setelah semua tetamu pulang, barulah Iskandar berkesempatan menghampiri Ariyana.

“Err...abang. Dah ok. Sikit je tu.” Ariyana kekok bila berbicara berdua bersama Iskandar. Debaran di dada semakin kuat.

“Maaf sebab terpijak kaki Ari.” Ariyana tersenyum sambil geleng kepala.

“Bukan salah abang pun. Ari yang tak berhati-hati. Lagipun, abang tak sengaja.” Iskandar membantu Ariyana mengemas meja makan.

“Errr...Abang.....” Iskandar angkat muka memandang Ariyana.

“Terima kasih sebab bawa Ari balik semalam. Sorry kalau Ari agak menyusahkan.” Iskandar tersenyum senang.

“Mak dan ayah yang paksa. Susah jugak nak kejutkan Ari ye. Kalau pencuri masuk ke rumah, memang merdekalah mereka tu.” Ariyana tersengih. Bila diingatkan, memang memalukan kerana Iskandar terpaksa masuk ke dalam bilik tidurnya semata-mata hendak mengejutkannya.

“Abang minta maaf sebab masuk bilik Ari tanpa kebenaran.” Ariyana angguk kepala. salah dia juga kerana susah hendak dikejutkan.

“Ok. Ari nak naik atas dulu. Selamat malam,” Ariyana berlalu meninggalkan Iskandar yang masih leka di meja makan. Iskandar angguk kepala.

****************************

“Ida, kau apa khabar?” Zawiyah memeluk sahabatnya.

“Aku okey je. Kau? Dah jumpa pakwe?” Hanida bertanya nakal. Zawiyah tersenyum kelat.

“Dah jumpa. Tapi..dah terlepas.” Mereka duduk di meja yang agak terlindung.

“Hai....kau ni. Berapa kali nak di ajar. Kan aku dah cakap dulu, kalau sukakan seseorang, luahkan. Usaha sampai dapat. Nak aku tolong?” Hanida menasihati sahabatnya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Semenjak Iskandar dan Hanida putus tunang, hubungan mereka renggang.

“Nak buat macamana. Dah takde jodoh.” Zawiyah mengeluh. Pada masa yang sama matanya terpaku pada sepasang kekasih yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Tiba-tiba Zawiyah berdiri. Hanida pelik. Riak wajah Zawiyah mengundang rasa ingin tahu Hanida. Perlahan dia berpaling. Dia turut sama tersentak.

“Puan!!!” Irwan gugup. Ariyana tersenyum.

“Irwan, Ariyana. Baru lepas shoping ye?” Zawiyah bertanya tenang. Menghilangkan rasa cemburunya. Irwan tersenyum bahagia sambil merenung wajah Ariyana.

“Ye. Dah dekat hari baru ada peluang nak beli barang ni,” Ariyana terus membisu. Melihat wajah Hanida yang keliru itu membuatkan Ariyana tertekan.

“Owh...lupa pulak...ni kawan saya. Hanida.” Irwan tersenyum pada Hanida.

“Hai!! Hai Ariyana, lama tak jumpa. Bukankan Ari dah kahwin dengan Iskandar,kan?” Ariyana terbatuk. Irwan pula tergamam. Wajah Ariyana dan Hanida dipandang dengan riak ingin tahu.

“Err...itu...errr..” Ariyana tidak tahu jawapan apa yang perlu dia berikan.

“Dia bakal isteri saya. dan...dia tak pernah berkahwin.” Irwan menjawab mewakili Ariyana tanpa mengetahui perkara yang terjadi sebelum dia berjumpa kembali dengan Ariyana.

“Owh!!!!! Ye ke? Masa kat Mall hari tu, mereka berdua ni mesra je. Siap berpelukan lagi.” Hanida berkata sinis. Irwan pandang wajah Ariyana. Ariyana merasa bersalah.

“Err...kami pergi dulu.” Ariyana berlalu meninggalkan mereka bertiga.

“Ida...” Zawiyah geleng kepala melihat perangai Hanida yang masih tidak berubah.

“Puan, saya pergi dulu. Cik Hanida, saya minta diri dulu ya. Selamat berkenalan.” Irwan mengejar Ariyana yang sudah berada di luar restaurent. Semasa hendak keluar, Ariyana bertembung dengan seseorang. Tanpa melihat wajah lelaki yang dilanggarnya, Ariyana meneruskan perjalanan. Lelaki yang dilanggarnya hanya memerhati langkah kaki Ariyana yang begitu pantas berlalu.

“Kak...sorry lambat sampai,” Zawiyah dan Hanida angkat muka. Hanida tergamam.

“Han, duduklah. Kami berdua pun baru jugak sampai. Makanan pun belum di tempah lagi ni. ” Zawiyah menjawab tenang.

“Kenalkan, kawan akak. Hanida. Ida....ni lah adik bongsu aku. Farhan.” Farhan menghulur tangan pada Hanida. Hanida menyambutnya kemudian tersenyum manis. ‘Kacaknya. Tak sangka pulak adik Za ni kacak.’ Bisiknya dalam hati. ‘Kenapa perempuan ni macam tak pernah tengok lelaki kacak?’ Farhan bertanya pada diri sendiri. Dia rasa tidak selesa bila direnung sedemikian oleh Hanida.

“Ida, kau cakap, Ari dan Iskandar berpelukan kat Mall? Bila tu?” Zawiyah bertanya. Hanida yang masih leka merenung wajah tampan dihadapannya tidak mendengar soalan dari Zawiyah.

“Hoi!!!” Hanida tersentak bila bahunya di pukul oleh Zawiyah. Farhan tersentak. sudah agak lama nama Ariyana tidak didengarinya. Semenjak pertemuan dia di kantin pejabat mereka dahulu, Farhan sudah berpindah ke jabatan lain. Mendengar kata-kata kakaknya, membuatkan ingatannya pada Ariyana kembali. Lebih-lebih lagi, tadi dia terlanggar Ariyana.

“Apa dia?” Hanida bertanya gugup.

“Aku tanya, bila masa kau jumpa Ariyana dan Iskandar berpelukan tu?” Hanida tersengih.

“Lama dah. Awal tahun ni kalau tak silap aku,” Zawiyah angguk kepala.

“Kau dan lelaki tadi tu, ada apa-apa ke? Lain macam je aku tengok?” Hanida pandang wajah Zawiyah yang sudah merona merah.

“Owh...... Jadi...itu lah lelaki yang kau cakap tadi ye? Jadi Ariyana yang rampas?” Zawiyah geleng kepala.

“Bukanlah.” Dalihnya. Hanida geleng kepala.

“Jangan nak tipu aku.” Zawiyah mengeluh.

“Takdelah. Dia tak suka kat aku. Takkan aku nak terhegeh-hegeh mengaku kat dia, yang aku sukakan dia.” Hanida geleng kepala tidak setuju dengan kata-kata Zawiyah itu.

“Sekurang-kurangnya, luahkan. Dia terima atau tidak, fikir kemudian.” Farhan menjadi pendengar setia.

“Maknanya, Iskandar masih single ye?” Hanida tersenyum. Zawiyah angguk kepala.

“Kenapa? Nak menyambung hubungan yang terputus tu?” Zawiyah bertanya sambil tersenyum.
“Iskandar sekarang ni bukan macam Iskandar yang dulu. Sekarang, dia berhati-hati. Dan, nampak macam tak minat kat perempuan lain. Tapi...kalau kau nak tahu, aku dapat rasakan dia sukakan Ariyana. Cara dia pandang Ariyana tu, lain sangat. Tapi tak tahulah kenapa mereka tak bersama. Kalau mereka bersama, memang secocok sangat.” Panjang lebar Zawiyah berkata. Farhan di sebelah terasa panas.

*********************

“Apa maksud dia, awak dan Iskandar berpeluk di Mall?” Irwan bertanya serius. Ariyana gigit bibir.

“Errr...itu..sebenarnya...perkara tu tak dirancang. Kak Ida tu, bekas tunang Abang Is. Mereka berpisah sebab Kak Ida ikut lelaki lain.” Irwan pandang wajah Ariyana.

“Kenapa dia bagi tahu Hanida yang kamu berdua dah kahwin?” Sekali lagi Irwan bertanya.

“Mungkin dia tak nak Kak Ida mengejek saya. saya juga menjadi faktor mereka berpisah. Kak Ida cemburu tengok Abang Is selalu lebihkan saya dalam setiap perkara.” Ariyana menjawab tenang. Biarlah Irwan mengetahui segalanya. Dia tidak mahu Irwan mencurigainya lagi. Irwan angguk kepala. mereka sama-sama mendiamkan diri sehingga sampai di perkarangan rumah Ariyana.

***********************

Hari perkahwinan Ariyana dan Irwan semakin hampir. Ariyana semakin gelisah. Dia tidak rela berkahwin dengan Irwan kerana dia yakin, Irwan bukan pilihan hatinya. Setiap malam Ariyana tidak dapat melelapkan matanya bila memikirkan dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta. ‘Aku cintakan Abang Is. Abang Is kenapa susah sangat nak faham perasaan Ari,’ Bisiknya sedih. Hampir setiap malam juga dia menangis bila memikirkan cintanya pada Iskandar. Dan hanya Irwan yang mengetahui perasaannya yang sebenarnya. Ariyana mengeluh. Irwan terlalu baik untuk dirinya. Dia merasa tidak layak bersama Irwan. Lebih-lebih lagi, ahli keluarga Irwan memang tidak menyenangi hubungan mereka. Oleh kerana Irwan yang berkeras hendak mengahwininya, maka mereka terpaksa menerima Ariyana.

Ariyana bingkas bangun bergerak ke almari mencapai kain tudung dan kunci kereta. Dia terus memandu ke satu arah yang hanya dirinya pasti.

*******************

“Betul ke apa yang aku buat ni?” Ariyana bertanya pada diri sendiri. Lama dia duduk di dalam kereta sambil memandang jauh ke dalam rumah besar itu. Kepala digaru. Akhirnya Ariyana mengeluh. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke pintu rumah tersebut. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka Ariyana tergamam.

“Ari? Apa Ari buat kat sini?” Ariyana hanya merenung wajah lelaki dihadapannya. Airmata mengalir deras.

“Ari ada hal nak bagi tahu abang,” Ariyana bersuara dalam tangis. Iskandar tersentak. Sungguh dia tidak menyangka Ariyana sedang berdiri dihadapannya. Sedangkan, dia berusaha melupakan wajah itu semenjak Ariyana menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Irwan.

“Apa dia? kenapa tak boleh tunggu esok je? Esok abang balik,” Iskandar bersuara malas. Melindungi perasaannya. Dia terus bersandar di pintu. Ariyana gigit bibir. Iskandar langsung tidak menyenangi kehadirannya di situ.

“Ari nak jumpa abang sekejap je.” Ariyana bersuara perlahan.

“Sebelum Ari kahwin dengan Irwan, Ari hanya nak bagi tahu abang...yang Ari....Ari..” Ariyana terasa kelu lidah hendak menyatakan perasaannya pada Iskandar.

“Ari apa? Cepatlah cakap. Lepas ni balik. Nanti apa pulak kata jiran abang tentang kita ni,” Iskandar bercekak pinggang di hadapan Ariyana. Ariyana mendongak memandang wajah Iskandar.

“Ari cintakan abang,” Ucapnya tenang. Iskandar tergamam.

“Ari hanya nak bagi tahu abang perasaan Ari pada abang. Ari tak mahu berdosa pada Irwan. Lepas malam ni, Ari akan teruskan hidup dengan belajar menyintai Irwan. Ari puas sebab dapat meluahkan perasan Ari pada abang. Dan, selamat malam. Assalammualaikum.” Ariyana terus berlari ke keretanya dan memecut laju meninggalkan Iskandar yang masih terkejut dengan pengakuan Ariyana itu.

“Ari....kenapa baru sekarang?” Iskandar bersuara lemah dan jatuh terduduk. Iskandar sentuh dahi yang terasa pening tiba-tiba. ‘Ari...kenapa baru sekarang? Tapi...semuanya salah aku. Kalaulah aku berterus terang padanya,’ Iskandar mengeluh. Sepanjang malam dia menyesali perbuatannya yang tidak mahu berterus terang tentang cintanya pada Ariyana. Iskandar berlari ke kereta. Namun seketika kemudian dia berlari kembali ke dalam rumah. Kunci kereta di capai. Ketika hendak menghidupkan enjin kereta, Iskandar termenung.

“Apa aku buat ni? Jangan rosakkan segala yang telah mak dan ayah rancangkan. Perkahwinan itu tetap diteruskan. Aku tak nak jadi penghalang mereka. Lagipun, Irwan memang menyintai Ariyana sepenuh hati,” Iskandar bersandar lemah.

“Kenapa aku bodoh sangat. Kenapa aku tak pernah menyangka kami berdua punya rasa cinta yang sama.” Iskandar tunduk. Perlahan airmatanya mengalir di pipi. Menyesali sikapnya yang suka memendam perasaan sehingga terlepas orang yang dia cinta.

*******************

7 catatan:

epy elina said...

hoohhoo...
x nak ari kawen ngn irwan...
mst dorg xbhgia 2...
lgpun kuarga irwan x suke ari...
lama2 mst irwan trhsut jg ngn kuarga dia 2...
nak ari ngn is....

MaY_LiN said...

alahai~
nape sekarang...???
tp beter than nothing kan??

miz ruha said...

xnk ari ngan irwan,,,
x suke irwan,,,,

aqilah said...

kejarlah ari, is!!!!!!!!!!nak ari dgn is!!!!!!!!!!!!apapun, akak follow................

akak said...

alalah... sudah!!!

Nurul Nuha Yosri said...

betul3 x nak irwan kawen ngan arii...gerenti dijamin x bahagielah idup dorang 2 kang..dah laa irwan uh kuat cemburu..ramai plak yg ske kat ari...lagipon keluarge irwan sendiri x ske ngan ariyana wat pee nak kawen n then zawiyah pon ske irwan..biak pih laa irwan ngan zawiyah..ari ngan is baru betul...hik3

nursya said...

akhirnya...
ari gak yg confes kat si is..
ape la is nie...