Followers

Friday, May 15, 2009

Takdir 2

“Irna, kau nak dengar cerita hangat tak?” Shima duduk di hadapan Irna. Irna buat muka tidak sabar.

“Ye..ye… Nak… Nak.. Cerita apa?” Irna memandang wajah Shima.

“Kelmarin, masa aku tunggu si Daus tu datang jemput aku balik, L.I aku tunjuk baik,” Shima tersenyum sambil angkat kening.

“L.I kau? Biar betul. Dia dah kahwinkan? Jangan buat hal Shima. Suami orang tu.” Irna mengingatkan temannya.

“Ye… Aku tak lupa. Cuma aku hairan kenapa dia baik sangat kelmarin. Siap hantar aku balik lagi. Kalau tak percaya, tengahari nanti, kau tanya kat Kak Hana.” Shima membela diri.

“Kenapa pulak dia nak hantar kau balik? Musykil aku dibuatnya. Takkan dia nak mengorat kau pulak. Aku pernah tengok isteri dia. Cun giler.” Irna kehairanan.

“Yelah…. Aku pun tak faham. Bila aku tanya, dia jawab dia nak tolong. Kasihan tangok aku duduk sorang-sorang kat tangga tu. Susah betul nak faham perangai orang lelaki ni kan. Susah nak di jangka.” Shima membetulkan kerusi yang diduduknya.

“ O…mangkuk kau jatuh.” Shima melompat dari kerusinya bila terdengar bunyi hensetnya.

“Mangkuk betul. Terkejut aku dibuatnya.” Shima mencampak hensetnya ke atas meja. Irna ketawa terbahak-bahak mendengar Shima melatah.

“Shima…Shima… lawak betul kau ni,” Irna masih ketawa bila pintu pejabat terbuka. Terpancul muka Razlan dari sebalik pintu.

“Hoi… perempuan kenapa dengan kamu berdua ni. Ketawa bunyi hantu pontianak. Dari bawah sana aku dengar suara korang berdua.,” Razlan menghampiri mereka berdua.

“Tolong check betul-betul ye. Nanti belanja makan,” Razlan bersuara lembut.

“Banyak cantik muka awak. Ingat kami ni apa. Kuli awak ye?” Irna menyambut dokumen yang yang diserahkan oleh Razlan.

Shima leka membalas mesej dari pemilik nombor misteri yang masih setia mangganggu hidupnya. ‘Hai sayang…’ Mesej yang di hantar oleh peminat misteri Shima. ‘ C.A.C.A.T,’ Shima terus hantar mesej tersebut. Baru puas hatinya. Terdengar lagi lagu ‘Matahari’. Shima mengeluh lemah. ‘S.A.Y.A.N.G’ Argg….. Shima menjerit halus.

“Hai…..busy nampak. Dah ada pakwe ye?” Razlan menyoal selamba.

“Beranganlah awak,” Shima menjeling sekilas wajah Razlan. ‘Kejap lagi saya jumpa awak. Awak ada di pejabat kan?’ Shima tersentak.

“Alamak….. Irna, macam mana ni, dia nak datang sini,” Shima berbisik ke telinga Irna. “Siapa?” Soal Irna hairan. Shima menepuk dahi.

“Aku lupa nak bagitau kau cerita lain pulak,” Irna pandang wajah Shima. Begitu juga Razlan.

“Cerita lain?” Serentak mereka berdua bertanya. Shima tutup mulut dengan tangan.

“Upsss,” Shima tersengih.

“Takde apa-apa,” Shima menggeleng kepala. Sedang leka mereka memujuk Shima bercerita, kedengaran suara lelaki memberi salam. Shima tergelak melihat Razlan hampir jatuh dari kerusi kerana terkejut mendengar orang memberi salam. Apabila melihat orang yang memberi salam itu, serta merta Shima menutup mulutnya.

“Maaf. Mengganggu ke?” Soalnya ramah. Razlan yang memang peramah mempersilakan tetamu tersebut duduk. Shima terdiam. Terasa sakit pinggangnya di siku oleh Irna.

“Ye…ye.. duduklah. Er…. Encik nak perbaharui insuran kereta ya?” Shima bertanya gugup. Tetamu itu tersenyum.

“Ye.. Siapa yang uruskan?” Shima telan liur. ‘Sengaja nak kenakan aku lah tu,’ Shima berbisik sendirian.

“Dia,” Shima menunding jari kepada Irna, sementara Irna pula menunding jari kepada Shima. Shima buat muka serba salah. Keningnya menjadi sasaran jarinya yang runcing itu.

“Mana satu yang betul ni?” Shima tersengih malu.

“Dia. Apalah kau ni Shima. Apa pulak aku. Mangkuk betul lah kau ni,” Irna kembali mengadap komputernya.

Shima membetulkan duduknya. Dari duduk bersila, Shima duduk sopan sambil bersedia mencatat sesuatu di atas mejanya.

“Ermm… Saya nak perbaharui insuran kereta saya ni. Ada dua buah. Yang satu ni, kereta baru, yang ni pulak kereta lama. Saya nak tukar NCD kereta lama ke kereta baru. Boleh tak?” Terangnya panjang lebar. Shima membelek kedua-dua dokumen tersebut.

“Boleh. Kereta lama ni, NCD nya dah maxsimum, 55%, yang baru ni pulak, 25% ye. Okey macam ni,” Shima menconteng kertas kosong yang sentiasa di sedia di atas mejanya.

“Kereta lama ni, third party kan, dah expiry jugak, jadi senang sikit. Nak renewal dua-dua kereta ni ye?” Shima bertanya sambil mndongak memandang wajah lelaki yang sedang tersenyum dihadapannya itu.

“Ye… Kereta baru tu pun, dah nak expiry jugak,” Jawabnya tenang. Shima berasa kurang selesa.

“Encik bayar jumlah ni untuk kereta lama. Yang ini, untuk kereta baru.”

Shima menerangkan satu persatu kepada pelanggannya itu. Shima sempat melihat nombor kad pengenalan lelaki tersebut. ‘Sama tarikh lahir dengan aku. Umur dah masuk 35 tahun. Masih macam orang berumur 28 tahun,’ Shima memandang sekilas wajah lelaki dihadapannya. Ketika itu juga, lelaki tersebut angkat kening sambil mengenyit mata ke arah Shima. Shima tersentak. Irna menghampiri Shima bila dilihatnya muka Shima pucat.

“Tarikh lahir Encik samalah dengan tarikh lahir Shima,” Irna berkata selamba. Shima menyiku pinggang Irna.

“Adui… Shima. Tak kasihan ke kat baby aku ni, sakit tau,” Irna menggosok pinggangnya.

“Owh… Ye ke? Ada jodohlah ni,” Jawabnya ceria. Shima menjenggil matanya.

“Encik Azmy, kenapa tak suruh pekerja Encik yang buat kerja ni?” Irna bertanya ramah. Sementara Shima leka dengan kerjanya.

“Ini hal peribadi. Mana boleh suruh pekerja saya buat. Lagi pun cuti hari ni, hantar anak saya pergi daftar masuk taska.” Ceritanya panjang lebar.

“Bila cukup bulan tu?” Irna tertunduk malu bila di tanya tentang kandungannya yang hampir mencecah 8 bulan.

“Bulan depan cukup.” Irna menjawab bahagia.

“Ye ke? Bukan bulan ni?” Shima bertanya pelik.

“Kau ni kan, nak kena ketuk kepala tau. Bulan depanlah sayang. Kau memang tak ambil tahu hal aku,” Sempat juga Irna memarahi teman baiknya. Shima tersengih.

“Saja aku usik kau. Bising je dari tadi. Aku nak buat kerja pun tak concentrate. Sudah, pergi duduk sana. Perut dah besar macam tu masih jugak nak berdiri lama-lama.” Shima pula membebel. Dengan langkah berat Irna kembali ke kerusinya.

“Padan muka. Aku yang duduk kat depan ni, bukan dia nak layan,” Razlan memarahi Irna.

“Kalau kau marah, aku tak nak semak kes kau ni,” Irna menggertak Razlan.

“Okey… okey… Sorry banyak-banyak.” Irna menjeling sekilas wajah Razlan.
Shima tergelak. Shima menutup mulut bila tersedar yang lelaki dihadapannya itu sedang memerhatinya.

“Ok… dah ok,” Shima menyerahkan salinan polisi insuran kepada lelaki yang leka merenung wajahnya.

“Ehemm…,” Shima melambai tangan di hadapan muka lelaki tersebut.

“Errrr… Ye.. apa dia?” Soalnya gugup. Shima tersenyum.

“Dah ok. Ada apa-apa yang tak kena kat muka saya?” Sengaja Shima bertanya. Biar lelaki tersebut malu.

“Takde apa-apa. Cantik sangat awak hari ni,” Jawabnya selamba. Razlan dan Irna berpaling memandang wajah Shima dan Azmy.

“Dia memang cantik. Cuma takde orang berkenan. Sebab cantik sangat, jadi lelaki takut nak mengorat,” Razlan menyampuk.

“Lan… merepek saja,” Shima menjeling.

“Betul ke dia belum berpunya?” Soal Azmy penuh minat.

“Hai…berminat ke?” Irna bertanya selamba.

“Sudah.. sudah… aku pulak yang kena,” Shima marah.

“Itu lah kamu. Kalau kamu berkahwin, takdelah kami usik kau macam tu. Umur dah 25 tahun masih single. Nak kata bercinta, tak nampak pun kau keluar dengan lelaki,” Razlan masih membebel.

“Kau nampak ni?” Shima tunjuk tangannya yang di genggam.

“Wah…. Garangnya.” Azmy tersenyum. Shima menjeling.

“Road tax nya, nak kami tolong buatkan jugak?” Shima bertanya tanpa menghiraukan lelaki yang masih tersenyum dan Razlan yang tergelak sakan disebelahnya.

“Bila boleh siap?” Soal Azmy perlahan.

“Greencard original ada ni, petang ni siaplah. Kalau takde apa-apa masalah kat post office tu,” Shima menjawab tenang. Malas hendak bertekak lagi.

“Owh…. Berapa kena bayar?” Azmy mengeluarkan dompetnya.

“Avanza ni, RM220 . proton Wira ni, RM74. Semuanya Rm294.” Shima menunjukkan calculator ke arah Azmy.

“Pukul berapa siap ye?” Azmy bertanya.

“Dalam pukul 4.30 petang. Kalau takde masalah,” Shima menyerahkan resit kepada Azmy.

“Okey… nanti kalau dah ada roadtax tu, telefon saya,” Shima tersentak.

“Errr… nombor telefon awak. Macamana kami nak telefon nanti?” Shima bertanya. Azmy merenung wajah putih bersih itu. Kemudian dia menoleh ke arah Razlan dan Irna yang leka menyemak dokumen pelanggan Razlan.

“Nah… ,” Shima mencapai kertas yang ditulis oleh Azmy. ‘Awak ada simpan no saya kan. CACAT,' Shima tersentak lalu mendongak memandang wajah Azmy. Azmy mengenyit mata ke arah Shima.

“Awak?” Shima bertanya marah. Wajahnya semakin merah. Malu dan marah menjadi satu. Azmy tersenyum dan meminta diri untuk beredar. Dia bersalaman dengan Razlan.

“Jumpa lagi petang nanti, er…. Pukul berapa kamu balik?” Shima malas untuk menjawab soalan tersebut.

“ Biasanya pukul 5 kalau takde apa-apa hal,” Irna menjawab bila dilihatnya Shima tidak mempedulikan lelaki yang sedang menanti dengan sabar dihadapannya. Azmy angguk kepala. Setelah Azmy beredar.

1 catatan:

Anonymous said...

nape n3 yg lain x de?