Followers

Wednesday, May 13, 2009

Takdir 1

“Erm…. Mengantuknya. Lambat betul budak ni,” Shima merungut bila kelibat adiknya belum kelihatan. Jenuh kaki berdiri terlalu lama, Shima duduk di tangga sambil memasang ear phone ketelinganya. Suasana petang itu agak suram dan hujan bakal turun tidak lama lagi, keadaan sekeliling juga agak sunyi. Shima leka mendengar lagu pelbagai bahasa dari hensetnya. Biarpun tidak mahal, tetapi memenuhi keperluannya yang gemar mendengar lagu. Dari lagu melayu, English, Cina, Korea, Japun, India, Thailand, dan Arab semua dia layan. Sambil menyanyi kecil, Shima terus leka dengan dunianya.

Beberapa minit kemudian, Shima tersentak bila ternampak sepasang kaki berhenti dihadapannya.

“Erk… Siapa pulak ni?” Shima mendongak memandang wajah empunya kaki tersebut. Yang dia nampak cuma senyuman yang menawan dan barisan gigi yang putih bersih. Shima kehairanan. Wajahnya jelas kelihatan keliru.

“Ye? Ada apa?” Soal Shima pelik sambil membalas pandangan mata orang yang merenungnya.

“Tunggu siapa?” Soalnya ramah. Shima menggaru dagunya yang tidak gatal. ‘Apa hal pula mamat ni? Tak pernah pun tegur aku, tiba-tiba je, pelik-pelik,’ Shima termenung seketika.

“Err… tunggu orang jemput. Kenapa?” Shima bertanya berani. ‘Mamat ni, nanti apa orang kata, tengok aku dan dia berdua kat sini,’ Bisiknya dalam hati. Lelaki tersebut tetap tersenyum. ‘Murahnya senyuman dia,’ Shima tetap sabar menanti jawapan pada pertanyaannya.

“Saya tolong hantar awak balik, boleh?” Soalnya terus. Shima tersentak. ‘Biar betul mamat ni,’ Shima memandang sekeliling. Beberapa kali hensetnya dibuka. Masih juga tiada mesej yang masuk. ‘Mana pulak budak ni,’ Shima gelisah.

“Aih…. Baiknya hati. Sorry yerk…saya tak kenal sangat awak dan awak pun tak kenal saya. Kenapa pulak awak nak hantar saya balik?” Shima bertanya pelik.

“ Siapa tak kenal awak? Awak je yang tak kenal saya,” Jawabnya sambil merenung Shima dengan pandangan yang sukar untuk Shima tafsirkan.

“ Ye ke? Owh…Awak kenal saya?” Shima bertanya bodoh.

“ Macamana awak kenal saya?” ‘ Ups..’ Shima tutup mulut.

“ La…. Saya kan selalu berurusan dengan awak. Road tax kereta saya kan awak yang uruskan.” Jawabnya tenang.

“ Jum… Saya tolong hantarkan. Saya ikhlas ni. Tak baik orang perempuan duduk kat sini lama-lama. Tempat ni sunyi,” Hujan mula turun dengan lebat sekali. Shima memandang wajah lelaki yang masih setia menanti jawapan darinya. Lelaki tersebut angkat kening. Shima melarikan pandangannya ke arah lain.

“Kalau awak takut, kita bagi tau kawan awak kat kedai sebelah tu. Dia orang kenal awak dan saya sekali. Nanti kalau ada apa-apa terjadi ke atas awak, dia orang cari saya,” Lelaki tersebut masih memujuknya. ‘Ye tak ye jugak. Agaknya Daus tak dapat jalan. Hujan lebat tu,’ Shima memandang keluar.

“ Takpe ke? Nanti isteri awak marah,” Shima bertanya. ‘Naya aku kalau isteri dia marah,’ Bisik Shima perlahan.

“ Dia tak marah punya. Saya berniat baik.” Jawabnya yakin.

Kedengaran lagu Matahari nyanyian dari Agnes Monica memecah kesunyian. Mesej dari henset Shima. Dengan pantas Shima membaca mesej tersebut. Dia mengeluh.

“ Kenapa?” Soalnya prihatin.

“ Adik saya tak dapat datang, hujan lebat sangat,” Shima menggaru dahinya yang tidak gatal sambil buat muka sedih.

“ Kalau macam tu, hantar mesej kat dia, tak payah ambil. Saya tolong hantar,” Lelaki tersebut masih menanti persetujuan Shima. Perlahan Shima angguk kepala. Mereka berjalan seiringan. Sebelum melangkah ke kereta, lelaki tersebut singgah sebentar di kedai makan sebelah.

“ Eh…En. Azmy, belum balik lagi?” Soal Hana tauke kedai makan itu.

“Nak baliklah ni. Tu kasian kat kawan awak tu, sorang-sorang kat tangga tu. Nak hantar dia balik dulu,” Jawabnya yakin. Shima hanya tersenyum sambil menghampiri Hana.

“Terpaksa menyusahkan dia kak, Daus tak dapat nak jemput saya balik. Hujan lebat sangat katanya.” Shima menerangkan sebelum Hana bertanya. Pandangan Hana sudah kelihatan lain.

“Yelah…Hati-hati tau.” Hana sempat menasihati Shima. Shima angguk kepala.

‘Bismillahirahmanirrahim,’ Shima masuk ke dalam perut kereta BMW 318i yang masih kelihatan baru itu. Azmy tersenyum melihat wajah serius Shima.

“Kenapa senyap je? Takut ye?” Soal Azmy perlahan. Shima menoleh sekilas ke arah Azmy.

“Takde modal,” Jawabnya ringkas. Azmy tersenyum.

“ Eh…ni nak hantar saya balik, tau jalan ke rumah saya ?” Shima baru tersedar yang lelaki itu belum bertanya di mana rumahnya.

“Eh…Ya tak ya jugak. excited sangat nak hantar awak balik. Terlupa pulak nak tanya.” Azmy tergelak. Shima geleng kepala. ‘Kenapa dengan dia ni. Tak faham aku,’ Shima menunjuk jalan untuk ke rumahnya. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah Shima, hanya Azmy yang banyak celoteh. Shima lebih selesa dengan menjadi pendengar.

“Pendiam jugak awak ni ye? Tapi selalu saya tengok awak asyik ketawa je kalau ada rakan sekerja awak tu.” Shima tersenyum sambil memandang wajah Azmy.

“Saya tak rapat sangat dengan awak. Jadi saya rasa kekok bila berdua dengan awak. Lagipun awak bos besar Syarikat Suria. Saya cuma kerani je kat agensi kami.” Shima cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.

“Dah lama saya nak tegur awak. Tapi selalu je tak kesampaian. Saya selalu tengok awak menunggu adik awak datang ambil awak balik kerja. Baru hari ni peluang datang.” Azmy memandu perlahan.

Beberapa ketika, kereta mereka berhenti di tepi jalan. Shima terkejut.

“Awak buat apa ni?” Soalnya hairan. Dengan selamba Azmy merampas telefon bimbit Shima. Shima tergamam.

“Henset saya. Bagi balik.” Shima cuba merampas hensetnya, tetapi Azmy lebih pantas. Setelah berusaha untuk merampas balik hensetnya tidak berhasil, Shima tersandar lesu. ‘Malas nak layan,’ Dengus Shima keras. Azmy tersenyum menang.

“ Ada kredit tak henset ni?” Soalnya sinis.

“Hello… Cik abang. Tolong sikit tau. Sekalipun henset saya murah, kredit tak pernah kering tau. Tak macam orang tu, henset je mahal tapi kredit takde. Buat malu je,” Shima berkata marah. Azmy tergelak. Hensetnya berbunyi.

“Ok. Nah. Pinjam sekejap pun kedekut.” Dengan pantas Shima merampas hensetnya kembali.

“Tu no fon saya. Jangan di buang.” Shima membeliakkan matanya. ‘Dia nak ambil aku punya no telefon rupanya.’ Shima membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Kereta terus bergerak menyusuri jalan menuju destinasi.

“Hello. Ye…Nak hantar kawan ni. Mungkin I balik lambat petang ni. Ye….ye… ok. Bye” Shima malas hendak tahu siapa yang menelefon lelaki itu.

“Tak nak tanya siapa yang call saya?” Soalnya lembut sambil memandang wajah Shima yang tenang itu.

“ Hissss…Pantang datuk nenek saya sibuk hal orang yang takde kena mengena dengan saya tau,” Shima buat muka marah. Azmy hanya tersenyum.

“Isteri saya. Dia tanya saya ke mana. Hari pun dah lewat ni?” Katanya tanpa di soal. Shima jungkit bahu. Shima menoleh memandang wajah hitam manis itu.

“Kasihan isteri awak. Kalau dia tahu awak bersama perempuan lain. Tentu dia kecewa.” Shima mencari riak bersalah di wajah tampan itu tetapi gagal.

“Seorang isteri yang baik, dia takkan curiga ke mana sahaja suaminya pergi. Kepercayaan adalah tiang utama sebuah perhubungan. Awak kena ingat tu,” Nasihatnya. Shima geleng kepala.

“Saya andaikan awak seorang yang benar-benar jujur.” Shima berkata perlahan.

Selama ini dia memang ingin mengenali lelaki tampan yang kini duduk tenang memandu. Dia tertarik untuk mengetahui serba sedikit tentang lelaki itu. Semenjak mengetahui dia sudah berkahwin, keinginan untuk mengenalinya terpaksa dibatalkan. Dia tidak sesekali cuba untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain. Masih ramai lelaki bujang di luar sana. Sesekali sekadar untuk mencuci mata, dia akan mencuri pandang lelaki tampan itu. Kadang-kala Shima hairan, kenapa tiada seorang pun lelaki bujang di luar sana menegurnya atau lebih tepat lagi mengoratnya. Shima mengeluh.

“Kenapa?” Azmy menoleh seketika. Shima geleng kepala.

“Masuk simpang kanan. Pastu belok kiri,” Arah Shima sebaik sahaja hampir di kawasan perumahan sewanya.

“Berhenti kat depan rumah tu.”Shima menunding jari ke arah rumah dua tingkat yang menjadi rumah sewanya 2 tahun lepas.

“Errr…Terima kasih,” Shima terus keluar dan menutup pintu kereta.

“Aih…Tak jemput saya masuk?” Soal Azmy selamba. Shima membeliakkan matanya. Azmy tergelak.

“Ok..Assalammualaikum.” Ucapnya perlahan dan berlalu.

Shima sempat memandang sekilas kereta yang berlalu pergi itu.

“Siapa tu? Wah!!!! Pakai kereta besar lagi,” Shima tersentak.

“Apalah kakak ni? Terkejut orang,” Shima mengurut dadanya.

“Kenapa tak jemput dia masuk?” Soal kakak nya tidak puas hati. Shima geleng kepala.

“Dia nak cepat. Isteri dia sedang tunggu kat rumah mereka,” Bohong Shima. Shima berlalu menuju ke biliknya. Shima berbaring di atas katil sambil merenung siling bilik tidurnya. ‘Kenapa dia buat macam tu?’ Tak pernah ada lelaki yang bertindak berani seperti yang dilakukan oleh Azmy.

**********************
“You rasa dia akan terima I atau tak? Dia tak seperti perempuan lain,” Azmy meletakkan majalah kereta yang dibacanya. Mira yang sedang menyikat rambut di meja solek hanya tersenyum manis.

“Jangan risau. Dia tentu akan terpikat dengan you. Kat luar sana masih ramai yang berminat kat you tau. Sampai I ada kat sebelah you pun, mereka masih berani nak goda you. Ini kan pula kalau you yang pikat dia dulu. Jangan risaulah,” Mira yakin dengan rancangannya. Azmy termenung seketika. Dia dapat rasakan yang Shima jauh lebih baik dari mana-mana perempuan yang dia kenal dan gadis itu terlalu naïf.

*******************

Azmy Safuan bin Yunus. Satu nama yang besar dalam Syarikat Suria. Dia merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah Syarikat tersebut. Shima mengenalinya apabila Azmy menghidupkan insuran keretanya. Itu pun sebagai pelanggan. Shima boleh dikatakan agak peramah apabila melayan pelanggannya. Cuma apabila berhadapan lelaki yang tampan seperti Azmy dia sedikit gugup padahal sebelum ini dia pernah berjumpa dengan ramai lagi lelaki kacak dan muda belia tetapi keadaannya berbeza dan dia tidak merasa gugup seperti itu. Tetapi lelaki itu berlagak selamba dan tidak sedikit pun Shima menyangka yang lelaki itu turut memerhatinya.

“Agaknya dia nak mainkan aku. Jangan ingat aku begitu mudah dimainkan,” Shima berkata tegas pada diri sendiri.

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu
Shima leka mendengar lagu ‘Matahari’ dendangan Agnes Monica dari hensetnya menandakan mesej masuk. Dengan malas Shima membaca mesej tersebut.

‘Terkenangkan saya ye?’

Mesej tanpa nama itu membuat Shima tersentak. ‘Siapa pulak yang perasan nak mampus ni,’ Bisiknya perlahan. Shima membiarkan mesej itu tanpa di balas. Memang prinsipnya tidak suka membalas mesej orang yang tidak dikenali. Shima memasang media player hensetnya sambil menghayati lagu-lagu yang beraneka irama dan bahasa.

“Aih..Lagu ni balik?” Shima memandang hensetnya. ‘Patutlah… mesej rupanya,’ Shima membaca mesej tersebut.

‘ Senyap tandanya betul tekaan saya tu,’

Mesej itu mengundang perasaan marah dalam diri Shima.

‘Slm. Awak ni sape? Sy knl awak ke? Awak syok sendiri agaknya,’ Shima melontar hensetnya jauh dari sisinya.

‘Takkan sikit pun tak ingat saya?’ Mesej dari pemilik nombor misteri itu lagi.
Walaupun hatinya sakit Shima tetap juga membaca mesej tersebut. Agaknya kawan-kawan aku yang main-main.

‘Ye…sy ingat semua org kecuali org yg hantar msj ni,’ Shima membalas.

‘Siapa pulak yang sengaja buat hal kat aku ni,’ Shima beredar menuju ke dapur. Sambil mengikat rambutnya yang panjang serta lurus itu, Shima membuka peti sejuk.

“ Kak, apa lauk hari ni?” Shima menanyang giginya yang putih bersih itu ke arah kakak sulongnya.

“Kamu ni. Makan je tau dia. Masak tak reti-reti lagi,” Kak Mai membebel.

“Kakak kan ada? Kalau saya masak, tak sedap.” Shima mencapai cucur jompot yang baru di angkat dari kuali.

“Aduh!!!!” Shima menyentuh cuping telinganya.

“Panasnya. Alamak, sakitnya jari aku,” Shima membelek jarinya yang tersentuh cucur jompot yang masih panas itu.

“Padan muka. Tak pernah nak bersabar. Shima…… Shima…,” Kak Mai geleng kepala. Shima berlari menuju ke peti ais. Jarinya yang sudah kemerahan itu segera di letak dalam air sejuk.

“Leganya,” Shima beredar ke sink.

“Shima nak mandi dulu.” Shima terus beredar menuju kebiliknya. Sambil menyanyi kecil dia berlari mendaki tangga. Sebaik sahaja sampai di bilik, Shima mencapai kain tuala lalu beredar menuju ke bilik mandi. Hampir 30 minit mandi, Shima keluar. Selesai berkemas, Shima berbaring sambil mencapai telefon bimbitnya.

“Mesej 5. Misscall 3 kali. Siapa dia ni. Tak faham bahasa betullah,” Shima membaca satu-persatu mesej yang di hantar. Semua dari nombor yang tidak dikenali.

‘Marah ye? Nanti kena jual,’

‘Jual mahal ye. Takpe. Masa msh panjang,’ Shima garu dagu yang tidak gatal.

‘Tak nak tanya, siapa saya?’ Mesej ketiga di baca. ‘Malas nak layan,’ Shima meneruskan bacaannya.

‘Tak baik marah. Nanti cepat tua. Dpt suami tua jugak,’ Shima tergelak sakan. Lucu betul orang ni.

‘Takpe. Sy tak kan putus asa. Bye…. Cukup utk hari ni,’ Shima geleng kepala.

“Orang gila mana pulak yang mengganggu aku ni?” Shima ‘delete’ semua mesej yang di kirim oleh pemilik nombor misteri itu.

0 catatan: